…SILA JANGAN BUAT JAMBAN ITU RUMAH ANDA…

Tarikh:: 27 Disember 2011

Masa:: 8.15am

Tempat:: Pejabat tempat aku kerja

Pepagi buta lagi masuk toilet, tengok dah ada manusia di dalam. alahai… oke takpe aku sanggup je tunggu kejap. sebab tak suka nak guna toilet biasa sebelah lagi. jadi tunggu jelah dengan harapan manusia itu keluar cepat. tiba tiba aku dengar bunyi kertas. sah! dia tengah baca surat khabar. oke panas! panas!

weyyh kalau yea pon engkau nak membuang lelama dalam toilet sampai nak berumah dalam tu pon disebabkan engkau memang sembelit atau cirit birit tak ada orang nak kisah oke. seyes tak ada orang nak kisah tapi kalau sebab engkau nak baca surat khabar sambil menikmati hasil pelaburan sila jangan buat jamban tu hasil hak pensendirian oke. sila jangan berumah didalam. nak baca sokhabar sila balik tempat, duduk situ diam diam baca lah sampai esok malam, tade sape kisah. kalau ada pon bos engkau jelah, sebab engkau tak buat kerja. 

adakah sesuai tandas kakitangan jabatan itu engkau gunakan macam tandas rumah engkau. apa engkau ingat engkau buat pelaburan dekat bank amanah saham bumiputera ke haper? *eh? pesal asb jugak yang jadi mangsa?* sambil sambil menunggu nombor giliran dipanggil engkau silang kaki sambil baca sokhabar macam engkau la otai yang tahu segala isu-isu semasa dan dunia. oh pelisss oke. ini bukan tempat nya. engkau nak macam tu sila balik rumah, tak ada orang nak kacau engkau! kat sini ramai orang nak guna toilet. huh! menyusahkan betul. dah kalau aku kena ceri beri pagi tu tak ke naya? boleh tak jangan pentingkan diri sendiri? engkau nak melabur sila jelah tade sape nak kisah tapi kalau sampai nak membaca sokhabar dalam tu pe jadahnya?

hissss pepagi buta dah buat aku angin. nasib aku nak guna toilet dalam kadar segera. kalau tak mau aku tunggu je dia dalam tu nak tengok sape manusia tak sekolah tu. meh aku nak sekolah kan balik. sila jangan buat pangai tak senonoh begini ya adik adik~ kat sekolah ada ambik sivik kan? belajar leklok biar ada kesedaran, kalau cikgu tak ajar meh akak yang ajar. huh!

*ada bran?*

notatangan:: lenkali aku nak melabur aku bawak novel. habis satu novel baru aku keluar. boleh?

notatangan 2:: banyak betul “SILA” aku harini… tensen punya pasal

notatangan 3:: gambar tak ada kena mengena dengan entri

2 thoughts on “…SILA JANGAN BUAT JAMBAN ITU RUMAH ANDA…

    • ::Brandlicious::

      tak gado pong kalau gado dah ada orang tersekat lam lubang jamban tu.. cuba engkau yg kena. tengah2 nak memerut ada orang buat onar. pe ko rasa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s