…MELAKA BUJET TRIP ::DAY 1…

Tarikh:: 10 Disember 2011 (entri sudah basi. harap maklum)

Tempat:: Melaka Bandar Bersejarah

Masa:: Seperti yang dinyatakan

(PERHATIAN! SEGALA ENTRI BERKENAAN MELAKA INI MEMUATKAN BANYAK GAMBAR… JADI JIKA LAMBAT LOADING, PADAN MUKA KORANG… hahahah! keji kan?)

– 8.30 am –

Bertolak dari rumah di Sentul bersama puan emak dan inche ayah also tak lupa cik kakak tuan empunya kereta dan duit yang menanggung segala perbelanjaan percutian. baik kan cik kakak aku. After bertolak sempat berhenti sarapan di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Aku order Nasi Goreng Ayam yang berharga rm5.90, boleh buat ganti nasi goreng USA oke harganya tu. tapi nasi dia tak bes dan ayam dia kecik macam ayam tak cukup makan dedak, dahla tu keras tak hagak!

-11.00pm-

Sampai aja cari hotel nak check in, disebabkan walk in so gasak jelah hotel apa pon, janji dapat tido dan selesa kan. sebab dah malas nak fikir. jumpa hotel nama d’VILLAGE… hotel sangat gah oke. sangat! tapi….kemudahan dan kondisi agak menghancurkan. cerita pasal bilik kejap lagi akan dicerita sebab ini belum masuk part bilik lagi. bilik dia harga rm190 semalam sebilik with 3 single bed, family room semua dah penuh. nak ambik family chalet mahal rm290… hakhakhak. bilik adalah untuk tido saja jadi tak perlu cari yang mahal mahal (tapi tak bermakna tidak perlu selesa) so ambik jugaklah, lantak! harga bilik include breakfast for 2 pax. check in kul 3pm jap lagi, boleh? we olls ambik dua malam. disebabkan lambat lagi nak check in pergi la berjalan anak banak dulu.

12.00pm

Jalan jalan kat Taman Buaya, Ayer Keroh. Sekali masuk rm8/pax (dewasa). Taman Buaya tu not bad, berbaloi la dengan harga sebab engkau boleh pusing satu taman besar tu sampai seploh kali tade sape kisah. sempat bergambar dengan replika replika bangunan yang best kat mesia ni ha. ambik replika jelah nak pegi betul betul tak dapat.

dsc04799

 

dsc04800-e1325331699683

:: Replika Bangunan Parlimen::

dsc04802

::Replika Istana Kehakiman::

dsc04804

::Replika Bangunan Perdana, Putrajaya::

dsc04806

::Replika Litar Sepang::

untitled

:: Replika Tugu Negara ::

untitled3

:: Replika Masjid Negara ::

then kitaorang masuk Rumah Hantu, rm3/pax aku lah tu yang tergedik gedik nak masuk. nak buat cobaan rasukan ablasa kat diri sendiri. konon nak menguji tahap keberanian.. cerita pasal Rumah Hantu, not bad jugak…boleh tahan walau tak begitu menakutkan. cuma gelap sangat sangat jadi jalan macam sipot sedot… mengesot je. hahahha! seyes kelakar oke. apa yang mengejutkan bila ada kain (macam baju pontianak dengan rambut pontianak tu) betul betul hempap atas kepala dan lalu depan muka. memang bertempik jugaklah aku sebab aku orang first yang kena. tapi bertempik ala ala ayu jelah… reputasi anggun kena jaga oke. suara hantu tak ada yang ada cuma bunyi kete api. motip?? pastu bercampur dengan suara budak yang jaga tu… ouh sungguh tak lulus bahagian sound effect.

perjalanan diteruskan ke Taman Botanikal Malaysia – tak bes, seyes tak bes. tapi tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk masuk kedalam. sayangnya tak ada apa dalam tu, hanyalah hutan dan pokok pokok sahaja. sesuai untuk jogging or jungle tracking. we olls egat nak naik buggy je sebab tak larat nak redah hutan tu jalan kaki, mau balik ni naik kerusi roda je. tapi kena tunggu lama sangat, ramai orang. nak tak nak kena jalan kaki jugak tapi separuh jelah, tak kose nak jelajah sampai habis. tak ada yang menarik so tak lulus.

2.00pm

Balik ke hotel dah gesa gesa receptionist tu nak masuk bilik, tak larat oke. penat sesangat, hotel lain check in kul 2pm engkau sampai kul 3pm haruslah kejung kita orang nak menunggu kan? Bukak bukak pintu bilik mata agak kejulingan nengok bilik itu. macam indah khabar dari rupa lah jugak… bilik dia oke, bilik air lagi lah oke, luas dan cantik. cuma tahap kebersihan agak tidak memuaskan pastu agak berbau… bantal, selimut dan kain tuala semua berbau. huh! tak selesa oke. so tidak lulus disitu. bila rasa tak selesa automatik jadi sangat tidak seronok untuk duduk dan tido rasa nak berjaga sepanjang malam, tapi customer service terbaik oke.

5.00pm

Jenjalan di Jusco Melaka (macam la kat KL tu tak ada Jusco kan?) sempat jugaklah rembat enam helai baju…setelah berkurun aku ni tak bershoppin baju kan. memang kali ni puas hati jugaklah. RM100. habis simpanan aku selama setahun..huhuhu tak pelah janji berbaloi baloi. nampak juga hasilnya bila gigih menyimpan. sempat jugaklah makan kat fo0dcourt, makan nasi goreng kailan sotong, memang terbaekk! sedap. sangat!! memang bes, tak tipu…sumpah sedap.

::nasi goreng kailan sotong…nyum nyum!::

:: ini baju g jenjalan~sangat sangat murah dan sangat chantek!! ::

:: ini baju untuk g kerja, pon sangat murah gila oke! ni semua hasil rembatan dari JUSCO::

Then the journey continue tomorrow.

3 thoughts on “…MELAKA BUJET TRIP ::DAY 1…

    • ::Intan::

      ehh haruslah~ sebab aku ni kan cute… so serta merta yang bergambar dengan aku akan turut cute,ko hader? lalalalla~ aku ada pose sebelah boyer tuh g r tgk album..tapi boyer yang diawet~ lalalalalala

  1. Pingback: Bangunan stadthuys | Kennedymall2468

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s