…MELAKA BUJET TRIP:: DAY 2…

Tarikh:: 11 December 2011

Masa:: Seperti yang dinyatakan

Tempat:: Melaka Bandar Bersejarah

-7.15am-

Bangun, mandi dan sarapan di hotel, untuk tiga orang dia bagi percuma satu. makanan dia… boleh geleng kepala oke. memang boleh berdiet. pilihan tak banyak dalam dua tiga pilihan je. dan kurang tahap kesedapan. entahla maybe masa tu aku dah mula rasa tak sihat nak demam kan tu yang jadi macam tu…. huhuhu, juz ada pilihan kuetiow goreng, roti canai and roti bakar, sadis kan?

-9.00am-

Mulakan aktiviti melawat tapak. ke Mini Malaysia dan Mini Asean, tapi bila sampai rasa macam nak menjerit kuat kuat. dah jadi macam orang gila pon ada waktu tu. sebab TUTUP untuk renovation, jiwa oke. dari jauh engkau datang semata mata nak pegi tempat ni, boleh dia tutup, harus la aku meroyan kan? huH!!! dah tu pegi la kedai kecik kecik kat tepi tu beli cenderahati buat kenkawan. bulan tiga tahun depan baru bukak balik. siotttttt oke!

::muka tak puas hati sebab tutup::

#oke ada satu benda yang nak dikongsikan dengan u olls semua, kalau nak membeli kat kedai cenderahati ni, korang pergi kedai depan sekali, kedai first yang sebelah kedai makan tu, kedai dia memang sangat murah gila vivas oke, kalau korang pandai menawar korang akan dapat harga yang superb murah dan tuan kedai memang sangat peramah, baik dan lemah lembut. seyes, tak tipu. kalau kedai dia wujud lagilah masa korang pegi tu :p #

-9.30am-

dah tu terpaksa la pergi berjimba ditempat lain kan? we olls pergi Taman Seribu Bunga (lah sangat kan….) bunganya tak ada pon, bunga plastik berlambak! tapi seyes tempat itu sangat cantik dan bersih, maybe sebab masih belum bukak lagipun belum siap sepenuhnya. tapi dia dah bagi kami masuk. memang best nak tangkap gambar di waktu pagi cenggitu sebab engkau boleh feeling feeling macam engkau ada kat KOrea oke.

::chantek gila kan tempat dia::

-11.00am-

Meneruskan perjalanan melawat muzium lebah… memang best sebab dorang jual madu asli.

then we olls ke Taman Rama-Rama… nama jelah taman rama rama tapi taman untuk rama rama tu sekangkang kera pon tak lepas oke. banyak reptilia, segala jenis burung… tempat rama rama sangat kecik. so motip? reject! masuk sini kalau engkau orang bawak kamera kena bayar rm3 tau, tapi aku pakai kamera tepon so senyap senyap sudah… wakakakka. tak salah aku sorang rm8 sekali masuk.

::taman sekangkang kera ni je utk rama2 boleh? ini muka aku sedang menahan kegelian…lupakan edisi close up tembam giler itu::

habis round a bout~ we olls menapak pulak ke MYDIN, oke masa ni aku seyes dah tak larat… sebenarnya aku demam masa ni… tapi usaha gagahkan diri. at the end fail oke. memang tak tahan, so aku ambik keputusan duduk dalam kereta. tido. biar je dorang shopping nama aku nak menyeksa diri mintak ampun.

-5.00pm-

balik ke hotel. seyes aku dah lembik masa ni. mandi air panas, terus aku boom! tido. dorang pulak rehat rehat kejap terus ke MITC, aku tamau pergi…demam aku dah tahap kritikal. so layan tido kat bilik aja sepanjang masa. sadis kan? stop here dah tak ada cerita menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s