…SILALAH BERHENTI DI DEPAN SAYA SECARA BERJEMAAH…

Tarikh:: 21 Januari 2012

Masa:: 6.30am

Tempat:: Sentul ~ Kuala Terengganu

6.30am, bertolak daripada sentul. cewah konon konon la kan bertolak awal gila vavi sebab hagak hagak nak sampai kampung dalam pukul 1 pm gitu. angan angan begitu tinggi melangit. pergi pam tayar pastu isi minyak. baca doa apa perjalanan pastu meneruskan lah perjalanan sesambil memasang yassin. memang cenggitu kebiasaan kami sekeluarga supaya tak ada yang nak “ganggu” perjalanan kami.

onda way berjalan tu aku bunyik benda pelik dari belakang kereta, macam bunyi kapal terbang pon ada. pastu kereta ni bila langgar lobang ke langgar batu ke dia punya gegar mengalahkan orang yang parkinson!

lepas tol gombak ada kereta hon, cik kakak terus berhenti tepi. we olls turun cek. memang tak ada pape. dah cuak gila. dalam setengah jam jugaklah macam tu… tetiba cik kakak nampak tayar belakang belah pemandu dah bocor teruk. perghhh sejarah oke. sejarah yang memang tak nak diulang. tak pernah jadi lagi macam ni. sekali pon tak pernah. memang gelabah gila babas la wei.

tepon inche ayah dan mintak bantuan inche abang ipar dan cik kakak pertama. oke setel dia nak tolong. yang tak bestnya selepas dua jam pon belum sampai sebab jem teruk semua orang nak balik kampung masa tu dah tu dalam masa dua jam tu macam macam benda terjadi. aku memang salute la kepada RAKYAT MESIA YANG TERLEBIH PRIHATIN dabel dabel ni, engkau orang tahu tak… dia orang punya tengok kalau boleh nak pusing je kepala tu walau kereta dorang dah lepas ke depan, tengok macam ada kemalangan ngeri aja berlaku. apakah? pelik sangat ke melihat dua gadis chantek sedang bersantai di dalam kereta? atau kamu semua pelik kenapa dua gadis chantek ini chillex je duduk dalam kereta sedangkan tayar belakang keretanya pecah? habis tu engkau orang nak suruh kami buat apa?? menari poco poco didepan kereta??? tak paham aku. kalau dah rasa boleh TOLONG SANGAT silalah berhenti dan tolong tukarkan tayar. SENGAL! setakat tengok sampai terteleng teleng itu tidak membantu oke. yang lebih bagus siap gelak gelak lagi tengok kitaorang. sila kagum ya rakyat mesia semua atas sikap anda itu. bangang sangat oke. apakah engkau ingat kami buat lawak antarabangsa? tidak lawak pon oke -..-‘

ada juga mamat cina ni dia tengok lepas tu dia gelak pastu sembang dengan kawan dia dia tengok lagi (sampai menjengah keluar) lepas tu gelak. motip?

ada seorang mamat melayu berhenti didepan kami mau tolong, tapi memandang kan kami berdua takut terkena dan inchik abang ipar pon dalam perjalanan maka kami ucapkan terima kasih aja. ada lagi kereta lain berhenti dibelakang, mujur tidak menawarkan pertolongan hanyalah berhenti atas sebab sebab tertentu. kemudian ada juga polis traffic berhenti didepan kami kerana menahan sebuah motorsikal? yeahh clap clap, acara berhenti di depan kami secara berjemaah kan? dah kenapa semua nak berhenti depan kami ni? haishhh…. dah dua jam menunggu, ada pihak MTD PRIME datang tolong, tukar tayar. bayar rm20 kat dia (sepatutnya tak payah bayar sebab itu memang kerja dia, tapi takpelah derma ikhlas 🙂 )barulah inchik abang ipar sampai -..-

beliau tolong bawak kami  ke kedai tayar untuk tukar tayar spare sebab tayar itu tak mampu bertahan lama. keputusan, tayar asal itu sudah pecah teruk dan tak dapat digunakan lagi, terpaksa guna tayar baru. melayang rm150. T_T (nanges macam duit aku je yang melayang)

notatangan:: pes time terjadi dalam seumur hidup. mintak jadi kan pengalaman dan dijauhkan untuk kali berikutnya.

notatangan 2 :: silalah ubah attitude anda wahai rakyat mesia

…KESUDAHAN YANG BAIK UNTUK ORANG YANG BAIK…

Bila baca tajuk marilah kita muntah secara berjemaah, sebab tuan belog ini memanglah suka masuk kedalam bakul lalu diangkatnya sendiri, sebab berat tade sape sanggup angkat. sekian, harap maklum.

macam biasa tajuk adalah sama sekali tiada kena mengena dengan isi kandungan. sebab isi kandungan ini hanyalah berkisarkan apa yang aku dapat hari ini, hati berbunga bunga bila menanti dan menanti, akhirnya apa yang dinanti itu sudah kunjung tiba.

hari ini dapat tiga parcel dengan berbagai jenis benda didalamnya.

:: parcel daripada KAK MARINA MAR MAWAR@MARINA MANSOR ::

*jenuh nak padam, tak best langsung guna paint windows 2010*

*kerepek pisang sira aku sudah sampai…hoyeh! akhirnya!! kerepek dia sedap!! dan sangat murah! mekasih kak M …muachhh lebiu!!*

:: parcel daripada ZRM Collections ::

*yang ni aku beli untuk kecantikkan sepanjang zaman…panggg!*

*ini nama dia vco or virgin coconut oil or minyak kelapa dara…u olls. anak anak dara je boleh makan hokey. eh? *

tak delah…. ni semua usia pon boleh no prob! ni senanya untuk kecantikkan kulit. banyak lagi khasiatnya… aku malas nak explain. hahaha! aku beli ni untuk kulit muka aku supaya dapat hilangkan parut dan jerawat. baru seminggu pakai kita tengok lagi seminggu apa akan jadi… kalau sesape berminat leh contact aku… 🙂 tak memasal lettew… atau boleh jep contact zrm collections ni, add la facebook beliau. ZRM COLLECTIONS… link beliau tk dapat aku nak berikan kat sini harap maaf. dalam seminggu ni aku makan, aku rasa dia kuarkan semua toksin2 dalam badan, jerawat2 semua keluar… amatlah huduh diri aku sekarang. takpe kita tunggu lagi seminggu k. tengok hasilnya. harap2 lah kan…. sebotol ni tak mahal pon. rm50 sahaja (tidak termasuk pos) memang terbaik. dia berbentuk kapsul jadi senang korang nak telan, twice daily dan boleh amek minyak dia sapu kt muka. bukan setakat muka parut2 kat tempat lain pun boleh 🙂

:: parcel 1 dari Trendy Store ::

*ini aku beli dari Trendy Store:: Purse GUCCI*

murah aja hokey. korang pon disarankan membelinya kalau nak tengok banyak lagi beg beg chantek dan kualiti amat memuaskan dengan harga terbaek korang boleh lawat page dia kat facebook atas nama TRENDY STORE. kira tak menyesal kalau membeli belah dengan beliau sebab beliau seorang yang baik hati senang nak berbincang, tak macam sesetengah penjual. nak menjual tapi tak amek seyes hal hal semua, hengat aku main2 gamaknya. so membeli la dengan beliau, memang sangat puas hati. silalah ke page beliau oke kalau tak nak beli pon takpe singgah je. (sekali lagi link tidak dapat disertakan. harap maaf)

:: parcel 2 dari Trendy Store ::

*ini handbeg yang aku beli dari TRENDY STORE, pong murah. berbaloi baloi*

aku ni bukanlah jenis orang yang suka membeli barangan online ni sebab bagi aku tak ada kepuasaan beli online, tapi disebabkan aku gila malas nak ke supermarket ditambah tak ada masa memang ini aja alternatif yang aku ada. nasib la keputusan dan hasil memberansangkan sebab memang tabik spring dengan kualiti yang dijanjikan oleh pihak penjual. harga pon memang mampu milik. aku pomot je ni tak ada dapat komisen pape pon, harap maklum 🙂

:: buah tangan dari ketua seksyen yang baik hati ::

update::

TRENDY STORE<— boleh klik untuk ke page beliau

ZRM COLLECTIONS <— boleh klik untuk ke page beliau

…LAKSA JOHOR…

Tarikh:: 22 Januari 2012

Masa:: 7.00pm

Tempat:: Villa Zaimie, Kuala Terengganu.

 

Yeahh harini jom kita masak memasak stail masterchef US (ai tak minat malaysia punya, harap maklum)

ni sebenarnya resepi daripada pelakon RUBIAH SUPARMAN

so kalau tak sedap jangan salahkan ibu mengandung yea sila salahkan beliau… wakakakaka gila jahat!

ni aku nak bagi resepi, sebab ramai sangat yang request. ni untuk makan banyak. kalau korang nak buat sikit. pandai pandailah korang adjust sukatan dia. sila maklum.

RESEPI LAKSA JOHOR

*hambek ko sekali periuk aku kuarkan….peyok tak bertangkai lak tu hahaha gila sempoi mak aku*

1/2 kg ikan – ikut suka ikan apa, sebaiknya ikan parang.

# 1 inci lengkuas

# 3 ulas bawang putih

# 2 biji bawang besar

# sedikit belacan

# 1 sudu udang kering

2 batang serai – ketuk

1 paket kecil rempah kari ikan

2 sudu makan kerisik

500 gram santan

Asam keping, garam dan ajinamoto secukup rasa.

>>> 1) rebus ikan- ambil isinya dan kisar bersama bahan bahan yang bertanda #.

>>> 2) tumis bahan bahan bersama satu paket kari ikan hingga naik bau

>>> 3)  masukkan santan bersama isi ikan tadi. kacau hingga pekat.

>>> 4) letak asam, garam dan aji secukup rasa. akhir sekali, masuk kan kerisik.

boleh dimakan bersama laksa ataupun spageti. kalau nak sedap letak la fishball, fishcake, tauhu goreng, solok lada. lobak masin ke… ikut kreativiti memasing la nak sedap tu camne kan? okies itu aja. 

notatangan:: sila cuba pastu tinggalkan komen kat sini~

…GENDANG GENDUT TALI KECAPI, BILA GEMUK NYUSAHKAN DIRI…

Tarikh:: 18 Januari 2012

Masa:: 12.30pm

Tempat:: Di depan PC pejabat

kennzz? aku lah tu. yea yea tajuk tu untuk aku. dah! tayah nak pasan sangat aku ngata kat engkau orang. aku ni kalau tengah susah hati or sedih aku akan makan makan makan dan makan. pastu bila timbang, penimbang pon mintak ko turun cepat cepat tau. tak sanggup dia. huh! masa tu mulalah nak menyusahkan diri, nak bangun awal sabtu ahad, nak pergi jogging. nak balik jalan kaki…. katanya! hareeeemm!

melalut sudah. senanya aku nak cerita yang aku ni sedang mengidam nak makan kepek pisang sira. ini semua salah emak pembawa budak Brando Brenda tu sebab dia lah aku pulak yang mengidam. wakakaka! tapi susah la nak cari sekarang ni.

tak dapat kerepek pisang sira, aku bantai kerepek kentang sira… eh? kerepek kentang masin original flavour (aku tak suka yang ada perisa, sebarang kekerepekkan yang dibeli dan dimakan adalah berperisa original sahaja) oleh itu marilah melayan kerepek kentang ini wahai sahabat ditengah hari yang hening. hening? sebab kononnya tamau makan pape, aku nak diet (menyusahkan diri kan?)

kerepek ini sedap sangat sangat. dah itu je aku nak cakap dan ini saja  intipati sebenarnya entri ini. k bai.

 

….SUKA HATILAH PAKCIK, DUDUKLA SAMPAI MUNTAH…

Tarikh: 17 Januari 2012

Masa: 5.55pm

Tempat: Dalam Komuter KL Sentral ke Sentul

Kalau nak diikutkan memang lah banyak cerita cerita best yang boleh didapati jika engkau adalah seorang penaik setia komuter. penaik? macam aku, setiap hari berdepan dengan macam macam karenah manusia manusia ni, kebanyakkan yang pentingkan diri sendiri la. tapi jenis aku ni aku lebih suka nak pandang tanpa perasaan je, so kiranya tak simpan dalam otak. sampai rumah lupakan apa yang berlaku. satu kerja pulak aku nak egat semua yang terjadi pastu hapdet kat sini kan? lainla kalau aku hapdet satu dapat rm100 tiap tiap hari seploh entri pon aku sanggup hadap. 

tapi kali ni macam best pulak. harini balik lewat sikit dari kebiasaan sebab inche bos aku memang lah peminat tegar untuk bagi kerja last minute. pukul lima kang engkau nak angkat punggung adalah dia nak bagi engkau suruh scan surat la, buat surat la, minit surat la…..jiwa oke! jadi tadi tergopoh gapah gak la aku nak naik tren tu terpaksa naik coach belakang sekali yang campur campur. oke tak pe lah kan chillex la, macam tak biasa pulak. tak payah nak bujet sangatla geli nak naik tren campo macam ko ratu. puihhh! takde sape pon nak ngorat ko! *aku kata kat diri sendiri, sila jangan ada yang terasa*

pastu sampai bank negara aku dapat duduk. oke setel. ondaway nak ke putra ada pakcik sorang ni duduk depan kerusi aku (kerusi bertentangan)

*lebih kurang cenggini la tempat duduk nya. gambar sekadar hiasan oke, makcik to tak ada dose dengan aku pon. amponkan saya makcik amponkan saya. dah tak ada gambar lain terpaksa letak gambar ni*

aku rasa pakcik ni cina tapi tak pasti pulak, dia ni kurang upaya dengan erti kata lain tak dapat nak melihat, gitu kan….? aku kan gadis timur haruslah cakap dan tulis dengan penuh aura aura kelembutan, kebaikan, kesopanan dan ketatasusilaan…engkau hengat rukun negara saja buat rukun macam tu??? aku tengah amalkan ni tau! sambung cerita…….. sekali dia cakap kuat kuat tanya dah sampai mana, semua orang tamau layan termasuk aku. kahhhh. gila jahat oke. pastu ada sorang kakak ni jawab PUTRA, oke dia tanya pukul berapa sekarang kakak tu jawab kurang lima minit jam enam. then dia kata (dalam bahasa inggeris yang ditranslatekan ke bahasa melayu oleh aku… gadis timur yang penuh kelembutan ini…) 

“oo oke lagi lima minit pukul enam. takpa takpa saya jalan jalan dulu, pusing lagi satu round. nanti pukul tujuh sampai KL Sentral saya turun la…. saya nak round round jalan jalan dulu, nanti saya turun…tak pa tak pa” 

boleh???? aku macam…pandang dengan pelik. ahali nujum ke haper pakcik ni tau aja pukul tujuh nanti terus sampai KL SENTRAL. dah lama ke buat kerja ni pakcik? 

dia cakap benda ni berulang ulang kali, jap lagi dia dengar pengumuman PUTRA dia akan cakap lagi. apakah??? nak kata tak betul? maybe la kot ada suis terputus sikit. pakaian pon compang camping, bawak beg silang letak kat tengkuk then sangat kotor, jari jemari hitam. tapi waras cuma agak tidak oke dalam kondisinya, kalau tak camne boleh lepas naik tren kan?

apa yang aku nak kata~ suka ati lah pakcik. pakcik nak round berapa kali pon. free kan? beli tiket satu destinasi boleh pusing lapan poloh kali tak ada sape nak cek. pusingla pakcik tak ada orang heran, sampai komuter tamatkan perkhidmatan jam 10 malam nanti pon takpe. nak lagi heaven dengan rasa pemandangan yang indah lagi permai dan boleh buat tido sampai lapanploh kali bangun lapanploh kali tido pakcik naik aja tren rawang — seremban, lagi cambest oke! heaven gila. tayah bayar pape. lagipun komuter ni dah kaya raya pon bukan tau nak tingkatkan mutu perkhidmatan dengan menaik taraf sistem dorang. yang dorang tau delay delay delay.

daripada menaik taraf memanjangkan laluan supaya lebih ramai lagi manusia bersesak2 dalam tu sedangkan ruang komuter macam tin sardin lebih baik la menaik tarafkan sistem perjalanan komuter itu sendiri supaya kelihatan baru, laju macam ERL. tapi pada cost yang sama macam sekarang.

boleh buat statement berani mati cenggitu? hagak hagak aku kena saman tak? mati. dah blah blah pi buat kerja. asik nak mengutuk je keje ko!

notatangan:: bilalah semua komuter di Kuala Lumpur ni nak berubah jadi macam ni