…REVIEW FILEM:: THE DARKEST HOUR…

Tarikh:: 31 Disember 2011

Masa:: 1.30 pm

Tempat:: GSC Mid Valley Megamall

Pernah dengar filem ni??? kalau sape yang kaki masuk panggung tu haruslah pernah dengar, nampak dan tengok kan? bukan macam aku ni ha. masa kawan cakap nama filem ni aku dah terkebil kebil, sebab tak pernah nampak iklannya. Dah la pelakon dia sorang pon aku tak kenai…pengsan!

Filem ni boleh dikategorikan sebagai filem fiction horror (suka suka hati aku je bagi nama) dan aksi. Berlatar belakangkan negara Moscow yang memang cun dan chantek tapi musnah dalam sekelip mata. buleh?

The Darkest Hour ni adalah filem mengenai mahluk asing yang nak tawan dunia. dia mencari mineral asli… okeh mengarut… aku tak paham senanya dia cari apa cuma yang aku tau dia nak takluk bumi. so sepanjang filem ni dia berkisarkan tentang perjuangan 4 sahabat (aku tatau sape pelakon nya, sila jangan tanya… nak tau kalu, google sendiri) untuk menyelamatkan diri dari alien yang amat menakutkan ini. aku takut, tak tau la korang leh chillex tengok kan? gila kau kalau dia tangkap harus ko jadi debu aja tau!

*para pelakon. kenal?*

Awal kedatangan alien ni macam satu cahaya lampu yang indah, mula mula ia hadir macam bintang diangkasa lepas tu diawang-awangan macam cahaya krismas gitu, rupa-rupanya bukan sahaja cahaya yang indah tapi bisa mematikan. bukan setakat manusia yang mati. tapi satu moscow hancur lebur.

*Chantekkan?*

*cahaya yang membunuh*

Bagi aku, cerita ni boleh dikategorikan sebagai best sangat! cuma.. kenapa lah watak seorang perempuan pasti akan digarapkan selembab dan seteruk itu? pasal dia orang lain tanggung susah. realiti? bila disuruh ikut mereka yang arif, dia ikut suka sendiri, tak memasal bunuh orang lain. bila orang lain bergerak dia terhegeh hegeh lagi, lagi sorang mati. haishhh fed up betul! tapi cerita dia memang best sangat sangat. ending pon bagi aku ok. kalau dapat tengok melalui 3D lagi best. rasa macam nak pergi tengok balik dalam 3D, pekater??

notatangan:: senanya banyak gambar nak dimasukkan tapi, nak haplod tu terhegeh hegeh mengalahkan sipot, malas aku!

7 thoughts on “…REVIEW FILEM:: THE DARKEST HOUR…

  1. tunggu aku balik kk kot..baru dpt tgk wayang..kalau namanya mc kat putrajaya..harem ckit..hehe..okey² nanti aku try tgk..kalau xdpt tgk, makanya beli cd pirate je la, boleh kan..;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s