…REVIEW FILEM:: NEW YEAR EVE…

Tarikh:: 2 Januari 2012

Tempat:: GSC Mid Valley Megamall

Masa:: 2petang-11malam

Haritu sempena tahun baru inche chenta hati turun KL ^_^ nak meraikan tahun baru bersama. esoknya 2 hb tu kitaorang pergi menghabiskan masa bersama. ingat nak pergi jalan jalan sekali bila dah sampai kat midvalley, amek tiket wayang  secara marathon. gila hokey! hailaaa jadinya seharian di midvalley. sila bayangkan -..-‘

mula mula we olls pergi tengok filem NEW YEAR EVE

bagi yang tak tau sape pelakon dalam filem ni, lebih baik korang tayah tau. rasanya lebih nikmat engkau ambik tiket terus masuk panggung tatau citer apa, sape pelakon sebab leh jadi teruja ditambah jakun macam aku dan inche chenta hati. kitaorang sama-sama dok “ek eh… ni ashton kutcher ni” “mana pulak, hensem sangat” “Betul la dia” “ek eh, ini yang berlakon charmed tu, apa nama dia” haaaa bes kan bila pelakon yang tak dijangka jangka keluar. sebab pelakon dalam ni semua sangat glamer. engkau orang tak kan sangka punya. tapi dah alang alang aku pegi tengok, aku letak jelah kan muka depa, sape suruh korang tak pegi tengok. miaha! keji!

cerita dia banyak chapter senanya, maksud aku cerita malam tahun baru yang penuh meriah dengan ragam manusia. cerita orang itu dan orang ini. selain tu citer ni kelakar sesangat. best! bagi aku memang best walau cita ntah hapa2, sesuai bagi mereka yang nak mencari hiburan ringan. tak payah penat penat fikir, nak emo bagai. ketawa je. best!

antara cerita utama yang dipaparkan::

*pelakon:: sarah jessica parker. budak tu aku tatau nama apa*

cerita tentang mereka I :: dia adalah seorang ibu dimana mempunyai seorang anak perempuan sekolah menengah yang inginkan kebebasan. keluar bersama sama kawan dan ada teman lelaki. ibu sangat berat hati nak lepaskan sebab dia takut anak dia jadi liar, dan ibu juga ada masalah dalam percintaanya. lelaki-sangat hensem!

*pelakon :: Lea Michele dan Ashton Kutcher*

cerita tentang mereka II :: Ashton ni tak pernah meraikan tahun baru, baginya tiada kepentingan, tiada keseronokkan. kiranya dia ni jenis tak bergaul dengan orang la. home alone punya guy. Lea Michele (pelakon glee) ni pulak jadi back up singer malam tahun baru untuk Bon Jovi dan malam tahun baru tu memperkenalkan mereka yang terperangkap dalam lif.

*pelakon:: Michelle Pfeifer dan Zac Efron*

cerita tentang mereka III:: Michelle ni berhenti kerja dan menghabiskan masa masanya yang berbaki bila bertemu Zac, dia mintak Zac melengkapkan Wish Listnya sebab selama dia hidup ni, hidup dia asyik tertumpu pada kerja dan tidak pernah merasakan keseronokkan sampai la satu masa dia terserempak dengan Zac.

*pelakon:: Bon Jovi dan Katharine Heighl*

cerita tentang mereka IV:: Bonjovi yang nak berbaik semula dengan makwe dia selepas dia tinggalkan makwe dia begitu saja suatu masa dahulu. dan dia merancangkan suatu pertemuan yang kelihatan kebetulan untuk mengambil hati bekas kekasihnya kembali.

*tade gambar scenes dorang jadi masukkan jelah gambar ini.*

*pelakon:: Hilary Swank dan Robert De Niro*

cerita tentang mereka V:: Seorang ayah yang sedang sakit dan dimasukkan ke dalam hospital. Beliau mengharapkan kehadiran anak beliau untuk bersama-sama meraikan tahun baru setelah lama tidak berjumpa dengan anak beliau dan keinginan yang lain berada melihat countdown diatas bumbung hospital

Dan banyak lagi cerita pasal rakyat New York yang nak sambut tahun baru ni yang tak mungkin aku tuliskan semua kat sini, kalau gitu baik aku download kat you tube je kasi korang tengok, ye dop? yang penting sambutan mereka ini berbagai ragam dan masalah. sangat best! kelakar. cuma yang tak best… ramainya orang tua yang bercinta dengan orang muda -..-

sementara tunggu wayang seterusnya jam 6.45 petang, sempat pergi bermain bowling seround dengan inche chenta hati,. dia menang aku kalah. MENCIK!!!!! kan aku dah kata aku ratu longkang, saper aja yang boleh kalahkan? tade oke… takkan ada….miaha! dia tu asik strike memanjang kalau tak strike, spare. sakitnya ati. oke tape. tunggu la hari pembalasan si pitung…. wakakaka!!!!!

lepas tu dah kebulur, sesi mengenyangkan perut di Mekdi. seperti biasa banje beliau makan pospeti beger (prosperity burger) kegemaran beliau. sejak bersama beliau memang ini acara wajib tiap tiap tahun bersama beliau. beliau akan datang sini dan aku akan belanja beliau pospeti. macam tu lah yang akan berlangsung untuk tahun seterusnya. insyaAllah ^_^

notatangan:: bersama kamu cukup membahagiakan aku. kamu tahu?!

6 thoughts on “…REVIEW FILEM:: NEW YEAR EVE…

    • ::Izuee::

      bizik sangat kah kamu? sampai tk sempat nengok wayang ni? hahaha. aku pun sebab ada orang belanja barulah boleh tergedik2 tunjuk muka kat panggung. kalau tak. hurmmm nama nak pegi sensorang tak ada maknanya!

  1. kekeke..ko sempat lg ndak tergedik² tunjuk muka kat panggung..aku langsung xda kesempatan..;p
    bzz tue x la jga..tp ntah la, xda geng ndak pegi..pastu, aku lebih suka kot besarkan bontot menghadap laptop aku..ntah buat apa..hehehehe! aku pernah sekali tgk wayang sensorang..ya Allah, time tue dlm hati berkata sumpah aku xnak buat lg..haha!

    • ::Izuee::

      kah3… betul la ging! kalau tak ada geng memang tak best. aku pon kalau tk ada orang mengajak, perghh jangan harapla…tobat tak masuk pon tak pa panggung tu. cam orang bodo pulak layan sensorang cita kat panggung…. dah la ppuan, kalau lelaki slumber la kan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s