….SUKA HATILAH PAKCIK, DUDUKLA SAMPAI MUNTAH…

Tarikh: 17 Januari 2012

Masa: 5.55pm

Tempat: Dalam Komuter KL Sentral ke Sentul

Kalau nak diikutkan memang lah banyak cerita cerita best yang boleh didapati jika engkau adalah seorang penaik setia komuter. penaik? macam aku, setiap hari berdepan dengan macam macam karenah manusia manusia ni, kebanyakkan yang pentingkan diri sendiri la. tapi jenis aku ni aku lebih suka nak pandang tanpa perasaan je, so kiranya tak simpan dalam otak. sampai rumah lupakan apa yang berlaku. satu kerja pulak aku nak egat semua yang terjadi pastu hapdet kat sini kan? lainla kalau aku hapdet satu dapat rm100 tiap tiap hari seploh entri pon aku sanggup hadap. 

tapi kali ni macam best pulak. harini balik lewat sikit dari kebiasaan sebab inche bos aku memang lah peminat tegar untuk bagi kerja last minute. pukul lima kang engkau nak angkat punggung adalah dia nak bagi engkau suruh scan surat la, buat surat la, minit surat la…..jiwa oke! jadi tadi tergopoh gapah gak la aku nak naik tren tu terpaksa naik coach belakang sekali yang campur campur. oke tak pe lah kan chillex la, macam tak biasa pulak. tak payah nak bujet sangatla geli nak naik tren campo macam ko ratu. puihhh! takde sape pon nak ngorat ko! *aku kata kat diri sendiri, sila jangan ada yang terasa*

pastu sampai bank negara aku dapat duduk. oke setel. ondaway nak ke putra ada pakcik sorang ni duduk depan kerusi aku (kerusi bertentangan)

*lebih kurang cenggini la tempat duduk nya. gambar sekadar hiasan oke, makcik to tak ada dose dengan aku pon. amponkan saya makcik amponkan saya. dah tak ada gambar lain terpaksa letak gambar ni*

aku rasa pakcik ni cina tapi tak pasti pulak, dia ni kurang upaya dengan erti kata lain tak dapat nak melihat, gitu kan….? aku kan gadis timur haruslah cakap dan tulis dengan penuh aura aura kelembutan, kebaikan, kesopanan dan ketatasusilaan…engkau hengat rukun negara saja buat rukun macam tu??? aku tengah amalkan ni tau! sambung cerita…….. sekali dia cakap kuat kuat tanya dah sampai mana, semua orang tamau layan termasuk aku. kahhhh. gila jahat oke. pastu ada sorang kakak ni jawab PUTRA, oke dia tanya pukul berapa sekarang kakak tu jawab kurang lima minit jam enam. then dia kata (dalam bahasa inggeris yang ditranslatekan ke bahasa melayu oleh aku… gadis timur yang penuh kelembutan ini…) 

“oo oke lagi lima minit pukul enam. takpa takpa saya jalan jalan dulu, pusing lagi satu round. nanti pukul tujuh sampai KL Sentral saya turun la…. saya nak round round jalan jalan dulu, nanti saya turun…tak pa tak pa” 

boleh???? aku macam…pandang dengan pelik. ahali nujum ke haper pakcik ni tau aja pukul tujuh nanti terus sampai KL SENTRAL. dah lama ke buat kerja ni pakcik? 

dia cakap benda ni berulang ulang kali, jap lagi dia dengar pengumuman PUTRA dia akan cakap lagi. apakah??? nak kata tak betul? maybe la kot ada suis terputus sikit. pakaian pon compang camping, bawak beg silang letak kat tengkuk then sangat kotor, jari jemari hitam. tapi waras cuma agak tidak oke dalam kondisinya, kalau tak camne boleh lepas naik tren kan?

apa yang aku nak kata~ suka ati lah pakcik. pakcik nak round berapa kali pon. free kan? beli tiket satu destinasi boleh pusing lapan poloh kali tak ada sape nak cek. pusingla pakcik tak ada orang heran, sampai komuter tamatkan perkhidmatan jam 10 malam nanti pon takpe. nak lagi heaven dengan rasa pemandangan yang indah lagi permai dan boleh buat tido sampai lapanploh kali bangun lapanploh kali tido pakcik naik aja tren rawang — seremban, lagi cambest oke! heaven gila. tayah bayar pape. lagipun komuter ni dah kaya raya pon bukan tau nak tingkatkan mutu perkhidmatan dengan menaik taraf sistem dorang. yang dorang tau delay delay delay.

daripada menaik taraf memanjangkan laluan supaya lebih ramai lagi manusia bersesak2 dalam tu sedangkan ruang komuter macam tin sardin lebih baik la menaik tarafkan sistem perjalanan komuter itu sendiri supaya kelihatan baru, laju macam ERL. tapi pada cost yang sama macam sekarang.

boleh buat statement berani mati cenggitu? hagak hagak aku kena saman tak? mati. dah blah blah pi buat kerja. asik nak mengutuk je keje ko!

notatangan:: bilalah semua komuter di Kuala Lumpur ni nak berubah jadi macam ni

One thought on “….SUKA HATILAH PAKCIK, DUDUKLA SAMPAI MUNTAH…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s