…KESUDAHAN YANG BAIK UNTUK ORANG YANG BAIK…

Bila baca tajuk marilah kita muntah secara berjemaah, sebab tuan belog ini memanglah suka masuk kedalam bakul lalu diangkatnya sendiri, sebab berat tade sape sanggup angkat. sekian, harap maklum.

macam biasa tajuk adalah sama sekali tiada kena mengena dengan isi kandungan. sebab isi kandungan ini hanyalah berkisarkan apa yang aku dapat hari ini, hati berbunga bunga bila menanti dan menanti, akhirnya apa yang dinanti itu sudah kunjung tiba.

hari ini dapat tiga parcel dengan berbagai jenis benda didalamnya.

:: parcel daripada KAK MARINA MAR MAWAR@MARINA MANSOR ::

*jenuh nak padam, tak best langsung guna paint windows 2010*

*kerepek pisang sira aku sudah sampai…hoyeh! akhirnya!! kerepek dia sedap!! dan sangat murah! mekasih kak M …muachhh lebiu!!*

:: parcel daripada ZRM Collections ::

*yang ni aku beli untuk kecantikkan sepanjang zaman…panggg!*

*ini nama dia vco or virgin coconut oil or minyak kelapa dara…u olls. anak anak dara je boleh makan hokey. eh? *

tak delah…. ni semua usia pon boleh no prob! ni senanya untuk kecantikkan kulit. banyak lagi khasiatnya… aku malas nak explain. hahaha! aku beli ni untuk kulit muka aku supaya dapat hilangkan parut dan jerawat. baru seminggu pakai kita tengok lagi seminggu apa akan jadi… kalau sesape berminat leh contact aku…🙂 tak memasal lettew… atau boleh jep contact zrm collections ni, add la facebook beliau. ZRM COLLECTIONS… link beliau tk dapat aku nak berikan kat sini harap maaf. dalam seminggu ni aku makan, aku rasa dia kuarkan semua toksin2 dalam badan, jerawat2 semua keluar… amatlah huduh diri aku sekarang. takpe kita tunggu lagi seminggu k. tengok hasilnya. harap2 lah kan…. sebotol ni tak mahal pon. rm50 sahaja (tidak termasuk pos) memang terbaik. dia berbentuk kapsul jadi senang korang nak telan, twice daily dan boleh amek minyak dia sapu kt muka. bukan setakat muka parut2 kat tempat lain pun boleh🙂

:: parcel 1 dari Trendy Store ::

*ini aku beli dari Trendy Store:: Purse GUCCI*

murah aja hokey. korang pon disarankan membelinya kalau nak tengok banyak lagi beg beg chantek dan kualiti amat memuaskan dengan harga terbaek korang boleh lawat page dia kat facebook atas nama TRENDY STORE. kira tak menyesal kalau membeli belah dengan beliau sebab beliau seorang yang baik hati senang nak berbincang, tak macam sesetengah penjual. nak menjual tapi tak amek seyes hal hal semua, hengat aku main2 gamaknya. so membeli la dengan beliau, memang sangat puas hati. silalah ke page beliau oke kalau tak nak beli pon takpe singgah je. (sekali lagi link tidak dapat disertakan. harap maaf)

:: parcel 2 dari Trendy Store ::

*ini handbeg yang aku beli dari TRENDY STORE, pong murah. berbaloi baloi*

aku ni bukanlah jenis orang yang suka membeli barangan online ni sebab bagi aku tak ada kepuasaan beli online, tapi disebabkan aku gila malas nak ke supermarket ditambah tak ada masa memang ini aja alternatif yang aku ada. nasib la keputusan dan hasil memberansangkan sebab memang tabik spring dengan kualiti yang dijanjikan oleh pihak penjual. harga pon memang mampu milik. aku pomot je ni tak ada dapat komisen pape pon, harap maklum🙂

:: buah tangan dari ketua seksyen yang baik hati ::

update::

TRENDY STORE<— boleh klik untuk ke page beliau

ZRM COLLECTIONS <— boleh klik untuk ke page beliau

2 thoughts on “…KESUDAHAN YANG BAIK UNTUK ORANG YANG BAIK…

    • ::izuee::

      eh? saya tidak malas untuk kuar bershoppin la sayang. itu hobi saya tu. tapi tak ada masa. selalu masing masing (saya dan kakak) sibuk dengan aktiviti jadi teda masa untuk membeli. last2 resolusi terbaek adalah dengan membeli secara on9, nak tunggu shoppin di supermarket haruslah duit itu habis kemana2 aja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s