…SILALAH BERHENTI DI DEPAN SAYA SECARA BERJEMAAH…

Tarikh:: 21 Januari 2012

Masa:: 6.30am

Tempat:: Sentul ~ Kuala Terengganu

6.30am, bertolak daripada sentul. cewah konon konon la kan bertolak awal gila vavi sebab hagak hagak nak sampai kampung dalam pukul 1 pm gitu. angan angan begitu tinggi melangit. pergi pam tayar pastu isi minyak. baca doa apa perjalanan pastu meneruskan lah perjalanan sesambil memasang yassin. memang cenggitu kebiasaan kami sekeluarga supaya tak ada yang nak “ganggu” perjalanan kami.

onda way berjalan tu aku bunyik benda pelik dari belakang kereta, macam bunyi kapal terbang pon ada. pastu kereta ni bila langgar lobang ke langgar batu ke dia punya gegar mengalahkan orang yang parkinson!

lepas tol gombak ada kereta hon, cik kakak terus berhenti tepi. we olls turun cek. memang tak ada pape. dah cuak gila. dalam setengah jam jugaklah macam tu… tetiba cik kakak nampak tayar belakang belah pemandu dah bocor teruk. perghhh sejarah oke. sejarah yang memang tak nak diulang. tak pernah jadi lagi macam ni. sekali pon tak pernah. memang gelabah gila babas la wei.

tepon inche ayah dan mintak bantuan inche abang ipar dan cik kakak pertama. oke setel dia nak tolong. yang tak bestnya selepas dua jam pon belum sampai sebab jem teruk semua orang nak balik kampung masa tu dah tu dalam masa dua jam tu macam macam benda terjadi. aku memang salute la kepada RAKYAT MESIA YANG TERLEBIH PRIHATIN dabel dabel ni, engkau orang tahu tak… dia orang punya tengok kalau boleh nak pusing je kepala tu walau kereta dorang dah lepas ke depan, tengok macam ada kemalangan ngeri aja berlaku. apakah? pelik sangat ke melihat dua gadis chantek sedang bersantai di dalam kereta? atau kamu semua pelik kenapa dua gadis chantek ini chillex je duduk dalam kereta sedangkan tayar belakang keretanya pecah? habis tu engkau orang nak suruh kami buat apa?? menari poco poco didepan kereta??? tak paham aku. kalau dah rasa boleh TOLONG SANGAT silalah berhenti dan tolong tukarkan tayar. SENGAL! setakat tengok sampai terteleng teleng itu tidak membantu oke. yang lebih bagus siap gelak gelak lagi tengok kitaorang. sila kagum ya rakyat mesia semua atas sikap anda itu. bangang sangat oke. apakah engkau ingat kami buat lawak antarabangsa? tidak lawak pon oke -..-‘

ada juga mamat cina ni dia tengok lepas tu dia gelak pastu sembang dengan kawan dia dia tengok lagi (sampai menjengah keluar) lepas tu gelak. motip?

ada seorang mamat melayu berhenti didepan kami mau tolong, tapi memandang kan kami berdua takut terkena dan inchik abang ipar pon dalam perjalanan maka kami ucapkan terima kasih aja. ada lagi kereta lain berhenti dibelakang, mujur tidak menawarkan pertolongan hanyalah berhenti atas sebab sebab tertentu. kemudian ada juga polis traffic berhenti didepan kami kerana menahan sebuah motorsikal? yeahh clap clap, acara berhenti di depan kami secara berjemaah kan? dah kenapa semua nak berhenti depan kami ni? haishhh…. dah dua jam menunggu, ada pihak MTD PRIME datang tolong, tukar tayar. bayar rm20 kat dia (sepatutnya tak payah bayar sebab itu memang kerja dia, tapi takpelah derma ikhlas🙂 )barulah inchik abang ipar sampai -..-

beliau tolong bawak kami  ke kedai tayar untuk tukar tayar spare sebab tayar itu tak mampu bertahan lama. keputusan, tayar asal itu sudah pecah teruk dan tak dapat digunakan lagi, terpaksa guna tayar baru. melayang rm150. T_T (nanges macam duit aku je yang melayang)

notatangan:: pes time terjadi dalam seumur hidup. mintak jadi kan pengalaman dan dijauhkan untuk kali berikutnya.

notatangan 2 :: silalah ubah attitude anda wahai rakyat mesia

One thought on “…SILALAH BERHENTI DI DEPAN SAYA SECARA BERJEMAAH…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s