…DIA RINDU KAMo0…

mungkin!

ya mungkin DIA sedang merindui aku, aku yakin benar. sebab itu DIA beri aku ujian yang maha hebat, maha besar ini…. ya aku tau, aku tak pernah salah kan DIA malah aku terima dengan mendekatkan diri pada DIA.

DIA semestinya rindu mahu mendengar rintihan hati aku memohon pertolongan DIA,

DIA semestinya rindu mahu aku sujud dan menyebut khalimah khalimah suciNya, 

DIA semestinya rindu mahu mendengar aku menyebut namaNya… 

Kerana itu DIA bagi aku dugaan supaya aku dekatkan diri dengan dia. bila dah susah baru nak ingat DIA, apa punya manusia lah! tapi DIA tak pernah merungut tak pernah berpaling, macam mana pun aku DIA akan sedia mendengar, akan cuba menunaikan…lambat atau cepat sahaja. 

Dulu, masa putus cinta… aku boleh chillex, langsung tak ingat DIA, tak ada nya nak meratap pilu macam sekarang… aku mengaku… aku terlalu alpa. aku tak kisah, tak terusik dengan dugaan DIA. bongkak dan sombong untuk rendahkan diri bersujud padaNya….duit aku orang ambik RM80 ribu pun (tulis balik RM80 RIBU oke) aku patah hati sekejap je….pastu buat tak kisah dalam hati sumpah seranah, kecewa biasa biasa….terima je tapi tak mintak pertolongan DIA. Nah sekarang, ambik kau… sekali DIA bagi gila punya besar dugaan sampai kau sendiri rasa dunia ni ranap, kelam dan kosong. padan muka! 

Masa ni, baru sedar diri… yea sudah lama aku tidak menangis bila bertemu DIA. sudah lama aku tidak meminta minta pada DIA, rasa macam diri hebat sangat boleh buat semua benda tanpa DIA, huh! dan sudah lama aku ambil sambil lewa perihal solat aku. tak pernah cukup, selalu lambat…dah hujung hujung baru terhegeh hegeh nak solat….

Dulu, aku cepat panas. aku mana reti maksud sabar sabar ni. bagi aku apa yang aku nak aku mesti dapat SEGERA tanpa banyak cerita, kalau orang sakitkan ati aku buat aku terasa memang harus aku sembur dia, tak ada nak sabar dengar je. dah engkau sakitkan hati aku mana aci aku sorang je yang merasakan? ko memang harus kena sekali! lagi satu kalau aku tak dapat apa yang aku nak atau aku kecewa, aku akan nanges tak buat pape…cuma yang aku tahu salahkan diri, salahkan semua orang, salahkan orang yang tinggalkan aku…semua lah aku nak salahkan. nama aku nak redha, jangan harap.

Sekarang, dugaan demi dugaan yang datang…duit RM80 hilang dan beliau sudah meninggalkan aku memilih jalan hidup beliau sendiri… sebenarnya DIA nak bagitahu aku… dunia ini berputar sekejap kau kat atas, sekejap kau kat bawah. untuk ke atas balik kau kena USAHA, MEMINTA bukan BONGKAK dan SOMBONG… DIA nak ajar aku erti kesabaran. Alhamdulillah… kali pertama beliau (inche chenta hati) tinggalkan aku memilih “orang lain” dalam hidup aku cari apa salah aku, apa lagi kekurangan aku, apa lagi yang aku tak korban, apa lagi yang aku tak berikan… aku rasa macam…..kenapa hati aku tak tenang, walau aku senyum je terima kata perpisahan, kenapa hati aku berbolak balik, kenapa aku susah nak terima… lalu aku kata pada diri “ini tidak boleh terus begini eza, there must be something wrong and u must fix it quickly” aku cari dan cari… dan aku sedar aku telah lama alpa, telah lama lupakan DIA…buat suruhan DIA pon sambil lewa macam aku lagi hebat dari DIA… *mengucap* aku bertafakur pada diri… ya aku perlu buat sesuatu, aku dekatkan diri dengan DIA, aku cuba penuhkan solat ku… aku cuba tak solat hujung waktu, cuba kusyuk dalam solatku… aku…menangis bila bersama DIA. walau tak dapat terima apa yang berlaku tapi aku agak tenang sedikit, aku SABAR dan terus bagi beliau peluang kedua…….kecewa lagi….. dan akhirnya peluang ketiga aku beri dan semalam beliau ucapkan beliau tidak sanggup lepaskan “orang lain” itu dan beliau memang tamak, beliau mahu kedua duanya namun untuk melepaskan “orang lain” itu tidak mungkin sama sekali.

Dunia rasa runtuh, rasa kelam…DIA saja yang tahu apa aku rasa… semalaman aku menangis, berfikir dan meminta pandangan semua orang yang aku percaya. Dan harini aku lebih tabah lebih sabar. aku yakin DIA tak pernah silap dalam memberikan cabaran dalam hidup…jika engkau senang mendapatkan seseorang, engkau tidak akan menghargainya. macam aku dulu…  walau hati masih pedih, luka yang beliau tinggalkan masih berdarah…tak apalah… aku masih ada DIA… DIA selalu ada untuk aku, aku lupakan DIA, DIA tetap datang cari aku dengan bagi ujian supaya aku kembali pada DIA.

Sekarang, aku sedang membuat keputusan…aku perlukan masa untuk bertenang. jika aku sudah tenang sudah redha, aku akan cuba fikirkan apa yang terbaik pada aku….

apa yang aku tanamkan AKU TAK MENYESAL BELIAU MENINGGALKAN AKU, BELIAU YANG SEPATUTNYA MENYESAL KERANA TIDAK DAPAT MEMILIKI AKU DAN TIDAK SANGGUP BERKORBAN UNTUK AKU YANG MEMBAHAGIAKAN BELIAU. aku dah berikan yang terbaik… kerana beliau aku menjadi tabah, menjadi sabar… kerana beliau aku belajar membuang ego… beliau sepatutnya merasa rugi meninggalkan aku yang telah cuba sehabis daya… yang katanya “bila bersama aku beliau bahagia sangat sangat”. beliau seharusnya merasa menyesal….kerana menjadi penakut dan “LOSER”

-Aku mahu tutup cerita- buat masa ini biarlah aku bertenang dan berfikir. memohon pada DIA, andai DIA sudah beri jawapan, aku akan cari beliau balik andai jawapan itu memihak pada beliau. insyaAllah. aku perlukan DIA, sebab DIA tak pernah kecewakan aku ^_^

~wallahualam~

notatangan:: aku akan buka belog lain, belog ini akan dibiarkan. apa belog baru aku? biarlah rahsia… aku mahu bersendirian, tenang memikirkan kehidupan masa depan, keputusan yang akan diambil.

Advertisements

…SEKARANG NI DOUBLE TRIPLE SENSITIP…

semalam ada sorang kawan buat status, kawan lama yang dah berzaman gila tak online. jadi mengkomen la di status beliau yang men’tag’ing nama nama kami sahabat beliau. bercerita pasal mak budak yang sudah selamat melahirkan kemudian disusuli pula dengan cerita bakal puan emak yang sudah tidak lama akan melahirkan. komen dah 100 lebih. tetiba sampai last komen aku dengan tak semena-mena rasa tersentuh walhal ayat beliau biasa-biasa aja cerita beliau akan melahirkan dan hopely semua nya selamat, kami kami pon ada berkongsi petua dan pantang larang walau tak pernah jadi mak budak. 

aku sendiri tak pasti kenapa tapi seyes aku rasa tersentuh gila, its cross my heart. bila baca komen kawan kawan dan diri sendiri macam ia meresap ke dalam jiwa. terus mata aku bergenang. kalau aku terus mengkomen, harus ada empangan yang pecah! mungkin… aku cemburu melihat kebahagiaan manusia lain. tipu sangat kalau kau dalam situasi “hati-patah-lumat-hancur-berkecai-tak-tinggal-pape” korang leh chilex je macam tak ada perasaan. drama sangat oke. mesti ada rasa cemburu. aku pon rasa begitu, rasa cemburu melihat bahagia mereka sambil memandang dan membuat perhitungan pada diri sendiri “kau? apa yang kau dapat? padan la muka, cari nahas sangat kan” monolog itulah yang selalu ada dalam diri. tapi bukan setakat cemburu semata-mata, aku rasa terharu rasa bahagia sangat sangat tengok kawan aku bahagia. seolah bahagia mereka itu aku dapat rasa, first time ni terjadi, ikhlas aku rasa bahagia sangat bila tengok komen komen kawan aku semalam.

aku juga pernah impikan ada one-perfect-family…aku pernah impikan hidup bahagia dengan beliau… masa bersama beliau dulu, aku selalu berangan… nak naik pelamin nanti nak wat kaler apa erk? dua-dua belah pihak ke? aku nak wat kat dewan … kat KL biar kawan kawan aku dapat datang, kemudian aku nak ikut dia berpindah… aku nak hidup dengan dia, hanya kami berdua dalam rumah yang kecil dan sunyi sepi… kemudian aku nak anak… nak empat orang..nak pasangan, dua lelaki aku nak bagi nama Mohd Daniel Haikal B. ***** sorang lagi nak nama Mohd Daniel Hakim B ***** pastu dua anak perempuan nak nama Nourul Ain Natasha Bt ***** dan sorang lagi Nourul Iman Natasha Bt ***** jugak….aku nak dia dididik camne cara mak aku didik aku dan mak beliau didik beliau…kerna kami jadi anak yang berguna.yang tahu menghargai kedua orang tua, yang tau erti susah senang kehidupan. besar kan impian dan angan angan aku untuk beliau? tapi dah nama angan angan memang tinggal angan angan jelah pon. tak pernah mungkin jadi kenyataan. tak mungkin… seriously aku tak nampak jalan bersama… aku hanya nampak jalan dia seorang… bersama yang lain bukan dengan aku…. *tarik napas dalam dalam*

dah tua tua ni aku memang sangat sensitip, nak nak lagi hati aku ni baru je digilis ketepi hancur remuk rendam… jadi bila tertempias melihat kebahagiaan orang lain, orang datang bercerita dia dengan pakwe dia begitu begini, dia tu nak bertunang, dia ni nak kawen….seyes hati aku menangis. cuma aku tak tunjuk. act like profesional. padahal………! orang tak nak nampak apa yang aku rasa, orang nampak aku chillex je hepi gelak ketawa setiap masa macam aku tak ada problem macam putusnya hubungan aku dengan beliau tu tak ada beri efek langsung pada aku, but hey… aku bukan iron lady, aku manusia yang aku rasa inilah ujian terbesar Allah bagi pada aku. cuma aku tak reti nak buat muka annoying depan orang ramai. sebesar mana pon masalah aku, aku tetap akan bermanis muka. sebenci mana pon aku, aku tetap berlagak biasa bergelak ketawa… tak ada nak buat muka toya! konon ko nak pendam sensorang tapi depan orang tu kau buat muka annoying *okeh itu dah masuk bab lain…tutup kes*

dulu, putus cinta dengan J1 aku habis tewas nanges pon sebulan dua…pastu macam…gasak engkau la nak mamps pon aku tak kisah, dh engkau tinggalkan aku kan. putus dengan J2 pon aku rasa seminggu la ralatnya, tade pape sebab mak kata aku suka beliau pasal ilmu beliau guna, pergi berubat jadinya dah tak ada perasaan. J3? huh! lagilah….putus hancur lumat pon aku rasa tak ada seminggu, sehari pon aku dah boleh gelak ketawa secara berjemaah. cuma yang ni… walau dia bukan cinta pertama tapi beliau adalah nyawa…tak ada orang yang aku cinta segila cinta aku pada beliau, dan tak ada orang juga yang cintakan aku macam cinta beliau… kali ni lah tuhan uji betul betul aku, ujian terbesar aku kena lalui, kalau tak sabar aku dah lama boleh makan buah rambutan hari hari kat tanjung. 

merayu, menangis air mata darah sekali pon tak dapat kembalikan beliau. beliau sudah jauh, sudah pilih jalan hidup sendiri…yang nyatanya bukan bersama aku. beliau takut untuk buat keputusan, takut akan perubahan, takut bergelar seseorang… beliau… PENAKUT… jadi apa lagi harapan yang aku ada jika hanya aku seorang yang mencuba? jika hanya aku yang mempertahankannya??? berjanji dan tidak pernah kotakannya sedangkan beliau mengatakan JANJI ITU KOTA, kena pertahankannya. setahun setengah aku menanti dan menanti, dan akhirnya aku khabarkan pada hati “tutuplah pintu hatimu kerna dia sudah tidak akan singgah lagi, apatah lagi untuk melalui”

biarlah aku hidup bersama kenangan-kenangan itu. untuk membuang beliau dari hati, dari hidup, dari memori tidak mungkin sama sekali… perit, jadi biar saja aku hidup bersama memori dan bayang bayang itu. beliau cinta terakhir…aku suka dengar lagu berdua bersatu “seringkali ku dengar patah tumbuh hilang berganti, tetapi ku tidak mahu cinta selain darimu” dan takkan aku benarkan sesapa lagi berjaya membukanya kembali, melukai dan berlalu pergi.

…I’M BACK!! DALAM KEADAAN SENTAP!…

Tarikh:: 16hb Februari 2012

Masa:: 8.45am

Tempat:: Mana lagi kalau bukan rumahku syurgaku di opis ni ha~

IM BACK YEAH YEAH!!!! *meroyan* anybody miss me?? anyone???? ada tak??? tak ada? oke bai! T_T

hurmm aku egatkan nak peram lagi sebulan dua belog ni, malas lagi nak berhapdet, tapi disebabkan tengah bengang, tade sape nak aku luah, maka belog… ya engkau akan jadi masa luahan aku…

BENGANG SATU::

entah berapa tahun ntah aku nak nunggu baru boleh pegi hospital/klinik itu. hari tu aku nak pegi dia tutup sebab ganti maulidur rasul.. swasta pon nak kena ganti-ganti jugak kan sekarang? inovatip sungguh dalam menyusahkan aku. lepas tu sabtu minggu lepas aku tak boleh pegi sebab kakak aku ada kelas ganti, tade sape nak hantar aku. minggu ni aku tak tau macam mana, dengar kata kakak aku ada kursus pulak. dah tu nak suruh aku tunggu berapa tahun lagi ni? nak tunggu biar parah? nak tunggu sampai jadi teruk kaw-kaw baru nak pegi berubat ke? aku dah macam cacing kepanasan ni oke, langsung tak senang duduk.

engkau orang pon kan kalau tahu something about urself sudah tentu kalau boleh nak cepat cepat pergi jumpa doktor dan buat rawatan kan? tade de nak senang-senang lepak tepi kolam sambil tengok ikan emas berenang-berenang pastu nyanyi lagu “wahai ibu ku, ibu ku si ikan kaloi…tunjukkan diri….” ahhh dah melalut.motip apa ntah! gila. aku bukan pe takut mende ni memudaratkan aku. aku tamau la something happen later, sekarang memang la tak nampak kan? dah dua tahun kot baru terkinja-kinja nak pegi jumpa doktor, selama ni lek lek je kan. padan muka!

BENGANG DUA::

aku bukan nak mengungkit ke haper kan tapi memang aku terasa gila beb bila orang buat kat aku. aku tak ada sikit pon nak ungkit apa yang aku buat dan mintak balasan. TAK ADA pon. cuma yelah… selagi aku belum luah, memang rasa macam… entahla…lagi tensen! aku ni jenis kalau orang mintak tolong, tak kiralah engkau kawan baik aku ke, teman tapi mesra ke, kawan je ke, tak kawan tapi baik dengan aku ke, tak kawan tapi tak pernah cari masalah dengan aku… kalau yang jenis cari pasal, musuh memang aku tak ada gila la nak tolong, lantak engkaula kan.. boleh kata semua yang baik dengan aku, aku mesti akan tolong… susah gila gila sampai korbankan masa dan tenaga pon aku akan tolong.

walau sesetengah tu aku tak tolong guna kudrat tapi aku guna masa… terkorbankan masa. example, cam engkau ajak aku kuar… sesaja sebab engkau bosan, engkau mintak aku teman ke… tak kisahla kan, aku sepantas kilat boleh setuju sebab kesian kat engkau tak ada orang nak teman (kalau ada orang teman tayah la engkau ajak aku, yea dop? sebab keluar dengan aku seyes bosan… aku tak reti nak happening-happening bagai kecuali dengan inche chenta hati….) aku ni tak kira la letih ke tidak ke, ada keje ke aku tetap akan keluar.

tapi bila aku first mintak tolong orang… memang benda ni bagi aku seyes rumit, tapi bagi dia aku rasa tak… sebab dia ada banyak kan…katanya lah BANYAK sangat… apa salahnya engkau sedekah satu kat aku, bukan aku nak buat apa pon… antara hidup dengan mati kot (ayat harus hiperbola), memang la engkau ada tolong (walau tamau dengar nasihat aku…aku kata ini…jangan buat itu, engkau buat jugak yang itu tamau buat yang ini) lepas tu tak berjaya engkau dah fed up pastu sentap tamau tolong langsung dah, weh helllooo aku lagi sentap tau… engkau fikir engkau punya sentap je?

seyes la wei, lepas ni takder der aku nak mintak tolong lagi dah…INSAP aku dengan perangai BERKAWAN engkau ni….aku tamau mintak tolong dan aku takkan menolong. pes and las la engkau hadap muka jelita ni lagi…errr jelita…perlu ke? ahhh persetankan….hohoho… yelah yelah aku tukar statement kang ada muntah darah lak…. pes and las la engkau hadap muka toya aku ni lagi… sori der pes aku sentap aku simpan sampai bebila, pedoman tuk hari tua…. so lepas ni aku kena belajar sendiri…kena rajinkan diri. aku ni jenis susah gila nak mintak tolong orang… sebulan sekali pon belum tentu… tapi once aku mintak tolong..terus dapat layanan macam ni…jadi apa engkau rasa aku akan pk. memang patut la aku tak pernah mintak tolong kan, apa yang aku nak selama ni memang aku usaha sendiri. sampai bila-bila pon aku akan usaha sendiri untuk diri aku, terima kasih untuk istilah KAWAN ko tu…silalah letak dalam plastik, ikat kemas kemas dan buang dalam tong sampah! pastu kol MBPJ mintak dia hangkut!

notatangan:: mo0d tengah tidak elok. maka bahasa pon ikut tidak elok -..-

…BERHENTI BERBLOGGING, SAYONARA OLLS…

PESANAN DARI TUAN EMPUNYA BELOG :: CIK IEYZA AZMIEY

ATTENTION TO ALL READERS, FOLLOWERS, STALKERS, FRIENDERS AND HATERS. THIS BLOG WILL STOP UPDATING ITS CONTENT FOR A LONG TERM DUE TO HER OWNER THAT HAVING HEALTH PROBLEMS. SHE WILL UPDATE SOON WHEN EVERYTHING GONNA BE ALRITE. STAY MISS HER OKE. N PRAY FOR WHAT SHE WILL GONNA BE THROUGH. STAY KEEP IN TOUCH.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA, PENGIKUT, PENGINTIP, PENGKAWAN DAN PEMBENCI. BLOG INI AKAN MENGHENTIKAN PROSES ‘MENGHAPDET’ BUAT JANGKA MASA YANG AGAK LAMA AKIBAT DARI TUAN EMPUNYA BELOG YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN. BELOG AKAN DI’UPDATE’ SETELAH SEMUANYA KEMBALI PULIH. SILA RINDUKAN BELIAU. DAN DOAKAN SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH~ SEMOGA KETEMU LAGI DIALAM MAYA.

p/s:: aku nak mintak maaf sangat sangat pada rakan rakan facebook yang segelintirnya kata aku mem’block’ beliau lalu beliau merajuk dan membawa diri. TIDAK sayang sayangku. aku tidak pernah mem’block’ sesiapa *orang je selalu block aku -..-* sebenarnya akaun facebook itu telah aku deactived kan, maknanya aku telah tutup untuk sementara waktu atas sebab sebab tertentu.

aku akan berhenti berfacebook dan berbelog buat sementara waktu itu, ini bukanlah satu keputusan yang mudah bagi aku. tapi masa memaksa aku membuat keputusan ini. aku ada masalah masalah kesihatan yang tak mengizinkan aku bersenang lenang jadi bila aku dah kembali oke, kita akan bertemu lagi. sesiapa yang kata AKU BLOCK BELIAU~ AKU TAK BLOCK AKU CUMA DEACTIVED AKAUN, maknanya semua orang pon tak boleh tengok akaun aku…. SEMUA BUKAN BELIAU SEORANG SAJA.

SILA LAH JANGAN BERKECIL HATI dengan aku, kalau tak tahu sila bertanya aku dulu pada yang tahu number phone aku. Kalian semua, silalah contact aku melalui mesej, aku akan layan cuma tidak akan beronline buat masa ini. harap maklum. mengharapkan pengertian dari kalian semua dan beliau. aku tidak kuat untuk melalui semua ini seorang diri, jadi ini adalah keputusan terbaik aku yang aku mampu buat.

* LUV U ALLS~ SAYONARA UNTILL WE WILL MEET AGAIN 🙂 *

notakakitangan:: haruskah diberi peluang kedua? adakah dia akan mensia2kannya juga?