…SEKARANG NI DOUBLE TRIPLE SENSITIP…

semalam ada sorang kawan buat status, kawan lama yang dah berzaman gila tak online. jadi mengkomen la di status beliau yang men’tag’ing nama nama kami sahabat beliau. bercerita pasal mak budak yang sudah selamat melahirkan kemudian disusuli pula dengan cerita bakal puan emak yang sudah tidak lama akan melahirkan. komen dah 100 lebih. tetiba sampai last komen aku dengan tak semena-mena rasa tersentuh walhal ayat beliau biasa-biasa aja cerita beliau akan melahirkan dan hopely semua nya selamat, kami kami pon ada berkongsi petua dan pantang larang walau tak pernah jadi mak budak. 

aku sendiri tak pasti kenapa tapi seyes aku rasa tersentuh gila, its cross my heart. bila baca komen kawan kawan dan diri sendiri macam ia meresap ke dalam jiwa. terus mata aku bergenang. kalau aku terus mengkomen, harus ada empangan yang pecah! mungkin… aku cemburu melihat kebahagiaan manusia lain. tipu sangat kalau kau dalam situasi “hati-patah-lumat-hancur-berkecai-tak-tinggal-pape” korang leh chilex je macam tak ada perasaan. drama sangat oke. mesti ada rasa cemburu. aku pon rasa begitu, rasa cemburu melihat bahagia mereka sambil memandang dan membuat perhitungan pada diri sendiri “kau? apa yang kau dapat? padan la muka, cari nahas sangat kan” monolog itulah yang selalu ada dalam diri. tapi bukan setakat cemburu semata-mata, aku rasa terharu rasa bahagia sangat sangat tengok kawan aku bahagia. seolah bahagia mereka itu aku dapat rasa, first time ni terjadi, ikhlas aku rasa bahagia sangat bila tengok komen komen kawan aku semalam.

aku juga pernah impikan ada one-perfect-family…aku pernah impikan hidup bahagia dengan beliau… masa bersama beliau dulu, aku selalu berangan… nak naik pelamin nanti nak wat kaler apa erk? dua-dua belah pihak ke? aku nak wat kat dewan … kat KL biar kawan kawan aku dapat datang, kemudian aku nak ikut dia berpindah… aku nak hidup dengan dia, hanya kami berdua dalam rumah yang kecil dan sunyi sepi… kemudian aku nak anak… nak empat orang..nak pasangan, dua lelaki aku nak bagi nama Mohd Daniel Haikal B. ***** sorang lagi nak nama Mohd Daniel Hakim B ***** pastu dua anak perempuan nak nama Nourul Ain Natasha Bt ***** dan sorang lagi Nourul Iman Natasha Bt ***** jugak….aku nak dia dididik camne cara mak aku didik aku dan mak beliau didik beliau…kerna kami jadi anak yang berguna.yang tahu menghargai kedua orang tua, yang tau erti susah senang kehidupan. besar kan impian dan angan angan aku untuk beliau? tapi dah nama angan angan memang tinggal angan angan jelah pon. tak pernah mungkin jadi kenyataan. tak mungkin… seriously aku tak nampak jalan bersama… aku hanya nampak jalan dia seorang… bersama yang lain bukan dengan aku…. *tarik napas dalam dalam*

dah tua tua ni aku memang sangat sensitip, nak nak lagi hati aku ni baru je digilis ketepi hancur remuk rendam… jadi bila tertempias melihat kebahagiaan orang lain, orang datang bercerita dia dengan pakwe dia begitu begini, dia tu nak bertunang, dia ni nak kawen….seyes hati aku menangis. cuma aku tak tunjuk. act like profesional. padahal………! orang tak nak nampak apa yang aku rasa, orang nampak aku chillex je hepi gelak ketawa setiap masa macam aku tak ada problem macam putusnya hubungan aku dengan beliau tu tak ada beri efek langsung pada aku, but hey… aku bukan iron lady, aku manusia yang aku rasa inilah ujian terbesar Allah bagi pada aku. cuma aku tak reti nak buat muka annoying depan orang ramai. sebesar mana pon masalah aku, aku tetap akan bermanis muka. sebenci mana pon aku, aku tetap berlagak biasa bergelak ketawa… tak ada nak buat muka toya! konon ko nak pendam sensorang tapi depan orang tu kau buat muka annoying *okeh itu dah masuk bab lain…tutup kes*

dulu, putus cinta dengan J1 aku habis tewas nanges pon sebulan dua…pastu macam…gasak engkau la nak mamps pon aku tak kisah, dh engkau tinggalkan aku kan. putus dengan J2 pon aku rasa seminggu la ralatnya, tade pape sebab mak kata aku suka beliau pasal ilmu beliau guna, pergi berubat jadinya dah tak ada perasaan. J3? huh! lagilah….putus hancur lumat pon aku rasa tak ada seminggu, sehari pon aku dah boleh gelak ketawa secara berjemaah. cuma yang ni… walau dia bukan cinta pertama tapi beliau adalah nyawa…tak ada orang yang aku cinta segila cinta aku pada beliau, dan tak ada orang juga yang cintakan aku macam cinta beliau… kali ni lah tuhan uji betul betul aku, ujian terbesar aku kena lalui, kalau tak sabar aku dah lama boleh makan buah rambutan hari hari kat tanjung. 

merayu, menangis air mata darah sekali pon tak dapat kembalikan beliau. beliau sudah jauh, sudah pilih jalan hidup sendiri…yang nyatanya bukan bersama aku. beliau takut untuk buat keputusan, takut akan perubahan, takut bergelar seseorang… beliau… PENAKUT… jadi apa lagi harapan yang aku ada jika hanya aku seorang yang mencuba? jika hanya aku yang mempertahankannya??? berjanji dan tidak pernah kotakannya sedangkan beliau mengatakan JANJI ITU KOTA, kena pertahankannya. setahun setengah aku menanti dan menanti, dan akhirnya aku khabarkan pada hati “tutuplah pintu hatimu kerna dia sudah tidak akan singgah lagi, apatah lagi untuk melalui”

biarlah aku hidup bersama kenangan-kenangan itu. untuk membuang beliau dari hati, dari hidup, dari memori tidak mungkin sama sekali… perit, jadi biar saja aku hidup bersama memori dan bayang bayang itu. beliau cinta terakhir…aku suka dengar lagu berdua bersatu “seringkali ku dengar patah tumbuh hilang berganti, tetapi ku tidak mahu cinta selain darimu” dan takkan aku benarkan sesapa lagi berjaya membukanya kembali, melukai dan berlalu pergi.

18 thoughts on “…SEKARANG NI DOUBLE TRIPLE SENSITIP…

    • ::Kak Q::

      lama menunggu komen kamu~ hikss… baiklah kakak. saya memang perlukan kamu untuk menjadi bahan rujukan. saya tatau la skrg hati kata ya, otak kata jangan….saya nak amek risiko tapi otak tak benarkan~

        • ::Kak Q::

          uikkk senang jep nak komen pon penyakit M jugak ke? haahahah… tkpelah kaka sayang, memadailah saya sendiri yang tahu u r always by my side. the best sistah that i ever had🙂

          • kih3…akak suke men nyorok bwh mesin jahit skrg neh…akak bc n3 kamu tuh, dun wori la, jgn ghiso2 eh…kamu jgn pakse2 memaksa diri utk melupakakn sesuatu hal yg pedih itu krn lagik kamu nak lupakan lagik dier akan kejor kamu so, jz take a deep breath ….then lepaskan perlahan2…lalui idop dgn ceria, jgn memaksa utk mengingati @ memaksa utk melupakan, biar ia berlalu dgn sendirinyer.

          • ::Kak Q::

            hikss tamau la nyorok, nanti kita tk jumpa. emm yelah nanti kita buat luahan hati ahad ni.. hahaha. ye kakak saya sedang cuba belajar utk “lets time heal everything, whatever would be juz let it be by its own way” insyaAllah~

  1. siyesly, tacing gak aku baca entry ko yg ni darling..but, the word i just want to say is, kalau bukan dia, pasti ada yg terbaik utk kamu..tp siapa dan bila dan bagaimana, aku pun tidak tahu, sebab itu rahsia Dia..sampai masa dan ketika, di tempat yg sesuai, pasti terbukti juga tue..be strong, memang sakit, tp itulah hakikat kehidupan..dan kadang², mencintai seseorang itu tidak bermakna kita akan memiliki dirinya..we will be happy when someone that we love happy..and i really hope that u will find ur happiness..one fine day later..beautiful day is really exist, u have to trust that girl~ smile..^^

    • ::izuee::

      sayang…ai dh tk nak sapa2, buat masa ni ai tamau sapa2 ai serik gila nak rasa kecewa patah hati macam ni. ai beri kepercayaan dan cinta ai pada dia seratus lima puluh peratus, bila dah jadi macam ni dah tak tau nak kata apa. kecewa dia hanya Allah je yang tahu. so ai tamau dah siapa, ai tamau cinta sape2 selain beliau. tapi itu kuasa DIA kan, kalau itu kehendakNya…siapalah aku untuk melawan. kalau nak aku happy sebab dia happy, hell no… ai tak sestrong itu… kebahagiaan dia kemusnahan bagi ai, takleh nak tipu diri sendiri. takpelah, ai relakan masa jadi pengubat. kena banyak berkorban untuk melupakan.
      hanya mampu berdoa pada Allah sahaja, sebab hanya DIA sahaja yang ai ada sekarang ni.

  2. semoga kebahagian mengiringi kamu suatu hari nnt…lama dah tidak menjengukkan diri ke sini..
    aii baru jer masuk belog aii yg dh lama bersawang tuh…u nak jawab tag tuh kan..silalah buat walapon dah lama..aii tidak mengisahkan diri pon…ngee~~

    • ::Nicki::

      CIk lagi kah?? lalalala…..
      Tula kamu, sampai hati melupakan diri ku…uhuk uhuk uhuk… insyaAllah sayang. banyak perkara yang berlaku namun tak terdaya untuk bercerita. semoga ai dapat meredhai apa yang berlaku.
      emmm tag tu ai buat kat belog baru nantilah. ai dah malas nk update kat sini….kat sini pon banyak kenangan dengan beliau T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s