…DIA RINDU KAMo0…

mungkin!

ya mungkin DIA sedang merindui aku, aku yakin benar. sebab itu DIA beri aku ujian yang maha hebat, maha besar ini…. ya aku tau, aku tak pernah salah kan DIA malah aku terima dengan mendekatkan diri pada DIA.

DIA semestinya rindu mahu mendengar rintihan hati aku memohon pertolongan DIA,

DIA semestinya rindu mahu aku sujud dan menyebut khalimah khalimah suciNya, 

DIA semestinya rindu mahu mendengar aku menyebut namaNya… 

Kerana itu DIA bagi aku dugaan supaya aku dekatkan diri dengan dia. bila dah susah baru nak ingat DIA, apa punya manusia lah! tapi DIA tak pernah merungut tak pernah berpaling, macam mana pun aku DIA akan sedia mendengar, akan cuba menunaikan…lambat atau cepat sahaja. 

Dulu, masa putus cinta… aku boleh chillex, langsung tak ingat DIA, tak ada nya nak meratap pilu macam sekarang… aku mengaku… aku terlalu alpa. aku tak kisah, tak terusik dengan dugaan DIA. bongkak dan sombong untuk rendahkan diri bersujud padaNya….duit aku orang ambik RM80 ribu pun (tulis balik RM80 RIBU oke) aku patah hati sekejap je….pastu buat tak kisah dalam hati sumpah seranah, kecewa biasa biasa….terima je tapi tak mintak pertolongan DIA. Nah sekarang, ambik kau… sekali DIA bagi gila punya besar dugaan sampai kau sendiri rasa dunia ni ranap, kelam dan kosong. padan muka! 

Masa ni, baru sedar diri… yea sudah lama aku tidak menangis bila bertemu DIA. sudah lama aku tidak meminta minta pada DIA, rasa macam diri hebat sangat boleh buat semua benda tanpa DIA, huh! dan sudah lama aku ambil sambil lewa perihal solat aku. tak pernah cukup, selalu lambat…dah hujung hujung baru terhegeh hegeh nak solat….

Dulu, aku cepat panas. aku mana reti maksud sabar sabar ni. bagi aku apa yang aku nak aku mesti dapat SEGERA tanpa banyak cerita, kalau orang sakitkan ati aku buat aku terasa memang harus aku sembur dia, tak ada nak sabar dengar je. dah engkau sakitkan hati aku mana aci aku sorang je yang merasakan? ko memang harus kena sekali! lagi satu kalau aku tak dapat apa yang aku nak atau aku kecewa, aku akan nanges tak buat pape…cuma yang aku tahu salahkan diri, salahkan semua orang, salahkan orang yang tinggalkan aku…semua lah aku nak salahkan. nama aku nak redha, jangan harap.

Sekarang, dugaan demi dugaan yang datang…duit RM80 hilang dan beliau sudah meninggalkan aku memilih jalan hidup beliau sendiri… sebenarnya DIA nak bagitahu aku… dunia ini berputar sekejap kau kat atas, sekejap kau kat bawah. untuk ke atas balik kau kena USAHA, MEMINTA bukan BONGKAK dan SOMBONG… DIA nak ajar aku erti kesabaran. Alhamdulillah… kali pertama beliau (inche chenta hati) tinggalkan aku memilih “orang lain” dalam hidup aku cari apa salah aku, apa lagi kekurangan aku, apa lagi yang aku tak korban, apa lagi yang aku tak berikan… aku rasa macam…..kenapa hati aku tak tenang, walau aku senyum je terima kata perpisahan, kenapa hati aku berbolak balik, kenapa aku susah nak terima… lalu aku kata pada diri “ini tidak boleh terus begini eza, there must be something wrong and u must fix it quickly” aku cari dan cari… dan aku sedar aku telah lama alpa, telah lama lupakan DIA…buat suruhan DIA pon sambil lewa macam aku lagi hebat dari DIA… *mengucap* aku bertafakur pada diri… ya aku perlu buat sesuatu, aku dekatkan diri dengan DIA, aku cuba penuhkan solat ku… aku cuba tak solat hujung waktu, cuba kusyuk dalam solatku… aku…menangis bila bersama DIA. walau tak dapat terima apa yang berlaku tapi aku agak tenang sedikit, aku SABAR dan terus bagi beliau peluang kedua…….kecewa lagi….. dan akhirnya peluang ketiga aku beri dan semalam beliau ucapkan beliau tidak sanggup lepaskan “orang lain” itu dan beliau memang tamak, beliau mahu kedua duanya namun untuk melepaskan “orang lain” itu tidak mungkin sama sekali.

Dunia rasa runtuh, rasa kelam…DIA saja yang tahu apa aku rasa… semalaman aku menangis, berfikir dan meminta pandangan semua orang yang aku percaya. Dan harini aku lebih tabah lebih sabar. aku yakin DIA tak pernah silap dalam memberikan cabaran dalam hidup…jika engkau senang mendapatkan seseorang, engkau tidak akan menghargainya. macam aku dulu…  walau hati masih pedih, luka yang beliau tinggalkan masih berdarah…tak apalah… aku masih ada DIA… DIA selalu ada untuk aku, aku lupakan DIA, DIA tetap datang cari aku dengan bagi ujian supaya aku kembali pada DIA.

Sekarang, aku sedang membuat keputusan…aku perlukan masa untuk bertenang. jika aku sudah tenang sudah redha, aku akan cuba fikirkan apa yang terbaik pada aku….

apa yang aku tanamkan AKU TAK MENYESAL BELIAU MENINGGALKAN AKU, BELIAU YANG SEPATUTNYA MENYESAL KERANA TIDAK DAPAT MEMILIKI AKU DAN TIDAK SANGGUP BERKORBAN UNTUK AKU YANG MEMBAHAGIAKAN BELIAU. aku dah berikan yang terbaik… kerana beliau aku menjadi tabah, menjadi sabar… kerana beliau aku belajar membuang ego… beliau sepatutnya merasa rugi meninggalkan aku yang telah cuba sehabis daya… yang katanya “bila bersama aku beliau bahagia sangat sangat”. beliau seharusnya merasa menyesal….kerana menjadi penakut dan “LOSER”

-Aku mahu tutup cerita- buat masa ini biarlah aku bertenang dan berfikir. memohon pada DIA, andai DIA sudah beri jawapan, aku akan cari beliau balik andai jawapan itu memihak pada beliau. insyaAllah. aku perlukan DIA, sebab DIA tak pernah kecewakan aku ^_^

~wallahualam~

notatangan:: aku akan buka belog lain, belog ini akan dibiarkan. apa belog baru aku? biarlah rahsia… aku mahu bersendirian, tenang memikirkan kehidupan masa depan, keputusan yang akan diambil.

7 thoughts on “…DIA RINDU KAMo0…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s