…REVIEW FILEM:: WRATH OF THE TITANS…

Tarikh:: 09 April 2012

Masa:: 6.30pm

Tempat:: TGV KLCC

Saper dah tengok, sila berlari setempat. err motip?

Walau tak suka tapi kena pegi jugak kat TGV tu, sungguh tidak ohsem tau. tak besla panggung kat TGV, cam haper je… tapi nak buat camne itu aja tempat terdekat, nak pegi midvalley macam berasak asak petang petang orang nak balik kerja macam tu.

Pergi dengan inche kawan, tak tengok clash of the titans tetiba tengok wrath of titans, lantak p situ kan. memang teruja jugaklah nak mentengok sebab aku ni mang jenis minat citer epic epic tentang mitos-myth.

Ulasan aku, citer dia buleh tahan kalau pakat pakat semua bagi 5 bintang aku bagi 3 setengah… emmm kalau nak up pon setakat 4 bintang. jalan cerita boleh tahan la jugak… boleh diterima pakai cuma tak adalah gempak sangat macam yang digembar gemburkan. cuma aku suka orang yang buat illustrasi (illustrasi?) citer ni… Dewa Kronos tu betul betul menjadi wa cakap sama lu. sebijik macam dalam mitos dan games yang aku pernah main “Age Of Mythology” Cuma memang tak sangka la rupanya Dewa Kronos tu ayah kepada Zeus? heh? selama ni mati mati aku ingat Zeus adalah dewa kepada semua dewa dewa ni. pelik. Dan tak tau pulak aku Ares ada adik? ooo pening. banyak lagi rupanya yang aku tak tau. camne nak jadi peminat tegar ni?

*memang menjadi dewa kronos ini*

*cyclops mengganas*

*hero yang tak ensem -..-”*

*puteri andromeda yang chantekkk gilaa!! ohsem!*

pape pon, buleh dikatakan a go0d job! mungkin boleh jadi lebih baik lagi

::sinopsis *copy from google*::

Satu dekad telah berlalu namun Perseus (Sam Worthington) tetap tak bisa mengingkari takdirnya sebagai anak Zeus (Liam Neeson). Meski dia sudah berusaha keras untuk hidup normal sebagai manusia biasa, takdir selalu membawanya kembali ke alam para dewa. Kali ini tugas Perseus sangat berat. Dia tak hanya harus menyelamatkan umat manusia namun juga menyelamatkan para dewa yang bersemayam di Olympus.

Semuanya bermula ketika Kronos, ayah kepada Zeus, Hades (Ralph Fiennes) dan Poseidon (Danny Huston) berhasil meloloskan diri dari penjara di Tartarus. Kini Kronos memimpin seluruh pasukan Titans untuk mengambil alih kekuasaan yang selama ini dipegang oleh para dewa di Olympus. Kekuatan para Titans memang tak terbayangkan dan yang lebih mengerikan lagi, ada pengkhianat di Olympus.

Hades dan Ares (Édgar Ramírez) memilih berpihak pada Kronos yang membawa erti bahawa Zeus tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri. Perseus tak mungkin diam berpangku tangan. Sekali lagi ia harus turun padang. Dengan bantuan Andromeda (Rosamund Pike), Agenor (Toby Kebbell), dan Hephaestus (Bill Nighy), Perseus pun berangkat menuju dunia kegelapan (Gate Of Tartarus) untuk menyelamatkan Zeus dan menyelamatkan seluruh umat manusia.

Advertisements

…CERITA BASI II:: PERTANDINGAN AGENSI/JABATAN MOSTI…

Tarikh:: 25hb March 2012

Masa:: 9am

Tempat:: SIRIM

Penat sangat hokey! rasa cam artis kebudayaan dah. keje 24jam tanpa henti… ni pulak kena sertai pertandingan anjuran MOSTI, kementerian kesayangan aku ni. Memang kami tak ready apa pun sebab terlalu pack jadual, lagipun tenaga sudah dikerah habis habisan untuk hari meteorologi. pengsan! 

Pertandingan ni melibatkan semua agensi dan jabatan di bawah MOSTI, pemenang hanyalah untuk tempat pertama. dimana nanti mereka (yang menang tu lah) kena buat persembahan di setiap acara yang MOSTI anjurkan. perghhh lenguh lutut dengar tau. komitmen untuk hari met pun sudah hancus lebus ini kan nak buat setiap acara… 

Memang kami tak menjangkakan sebarang kemenangan dan juga tak jangka untuk dapat number sebab kami dah habis tenaga. dan memang seperti yang dijangkakan jugak kami dapat tempat ketiga. alhamdulillah. walau sebenarnya besar harapan tapi dah memang kami pun tak buat persediaan pape memang sangat layak tak dapat apa pun hahaaha, tapi oke la tuh number tiga kan?

Yang jadi pemenang nya adalah agensi remote sensing. terbaek! tapi memang salute kat rappers JMM sekali lagi. buleh engkau bergelek tarian ucop wilcha kan depan aku lak tu… terbuntang mata aku melihat, dahla betul2 berdiri depan aku. hahaha! nasib engkau, ucop wilcha tu dapat tempat ketiga kalau dia buat gaya m daud kilau aku rasa kami dapat number satu tuh, silap silap ahli kump gerhana skacinta (pengadil) tu terus bergelek sekali kat atas dengan kami…. *sujud syukur terus!*

Pape pon memang best, banyak pengalaman yang ditimba. mungkin lain kali rezeki kami… hewhewhew. kalau betul menang bukan setakat inche bos aku bawak minyak angin (merujuk kepada entri sebelum) dengan minyak masak sekali dia bawak agaknya!

…CERITA BASI I:: WORLD METEOROLOGICAL DAY…

Tarikh:: 24 Mac 2012

Masa:: 8am-5pm

Tempat:: Pusat Sains Negara

Ya ammpunn, tau ni cerita dari bulan berapa… tahu? bulan tiga. harap maklum. seyes dah berkulat, bercendawan, berbasa basi (eh?) dan berbagai ber lagilah. aku rasa lagi lama dari cerita ni pun ada ni, tapi kalau memang dah nyanyuk tak boleh nak bawak berbincang tayah cakap banyak yelah dop? so up aja entri yang mana aku ingat.

masa ni, tak salah aku tiga minggu berturut-turut setiap petang di setiap hari kitaorang ada latihan koir, semuanya untuk hari meteorologi sedunia ni. aku rasa bos aku pon dah standby minyak angin siap siap sebab aku asik hilang hilang aja. mahap leww bos. saya berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama yang terchenta, tahu?

*sebelum acara bermula mari kita bergamba hilangkan kekecutan di dalam perut, jumpa tksu wei…engkau gila tidak kecut?*

well, masa ni banyak gila kenangan pahit manis maung segala bagai ada dalam ni, dengan manusia manusia yang tak reti reti nak bagi komitmen, dah besar panjang jadi bapak budak mak budak pon, nak kena usul sorang sorang suruh naik buat persembahan. dengan orang ni orang tu gila kuasa lah.. haishh macam macam watak la. tapi alhamdulillah macam mana pon yang berlaku, semuanya dah selamat. we olls kena buat persembahan koir dengan lagu gerakan inovasi lagu baru tuh, mula mula macam hampagas je dengar lama lama terus jatuh chenta oke. selain koir kami kena buat persembahan dikir barat.

hari met sedunia ni dah disambut 24hb haritu di pusat sains negara, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. TKSU pon tersenyum lebar sambil tepuk tepuk semangat gila. Kembang lapanblas mangkuk kena puji persembahan kami terbaik. KP pon puji. aduhhh tak tidur sebulan maunya!

*Koir Negaraku dan Gerakan Inovasi… Rappers kami adalah terbaik, tksu pon tepuk kuat2 bila rappers keluar, terbaeeekk!*

*Dikir Barat Terbaik, kepujian dari TKSU. Tenaga pengajar; Encik Rosli Zakaria aka tukang karut yang berbaju kuning itu*

*bersama Dato TKSU dan Dato KPJMM*

*di belakang tabir*

*weeee jomm makannn!! sesi menternak lemak ini harus ye*

*acara berjalan mentawaf PSN setelah tamat persembahan. perlu bertukar menjadi budak sekolah saat ini, transformmmmm…..!! errrr…!! eh?*

*muka tak puas hati tak dapat masuk!*

komitmen itu penting. apa saja kerja yang engkau buat engkau kena komited. baru kerja menjadi. engkau tak suka sekali pun engkau kena buat, anggap ia tugas dan tanggungjawab. dan akhirnya aku jatuh chenta dengan apa yang aku buat ni……

notatangan:: tak sabar untuk buat persembahan lagi walaupun hanyalah perhimpunan bulanan! hahahaha….hopely ada lagi acara untuk bersuka ria di hari bahagia… errrr?

…ADAKAH PERLU BEGITU?….

Tarikh:: 23hb April 2012

Masa:: 9pm

Tempat:: Rumah ku syurga ku

Tadi sedang menstalker (menjadi stalker adalah kehebatan aku -..-”) kemudian terlihat satu post dikomen dan mengkomen… meneruskan pembacaan ke hujung cerita.

Tetiba rasa nak muntah. Sebab apa? Kalau kau kapel kau kena gediks bagi tahu seluruh dunia ke haper???? Bukan laki engkau pon. malu la sikit adik nak mention macam 2, malu la untuk mengediks, kita sama perempuan tolonglah menjaga maruah seorang perempuan. Akak pon pernah kapel tapi akak diam diam aja, tak perlu nak mention -pakwe ai, makwe dia- tapi ada jugak orang yang tahu… ouhh memang annoying gila membaca post itu tadi. Kalau putus? isk isk isk

Seyes ann0ying!!

*Tak mau jadi makwe derhaka*~sort of. ::rolling my eyes:: whatt thhheee~~ hurmm laki bini pon tade macam tu adik… kecuali laki bini tak cukup kasih sayang memang meroyan kat FB la. yang cukup kasih sayang diam2 je meset2 tade orang tau -..-”

perlu ke mention macam tu… “ai tamau jadi kekasih yang…..” (sila isi tempat kosong sendiri) kalau engkau dah memang pasangan bercinta tak payah mention pon orang tahu adik. entahla… motip sebenar sangat tidak dapat dikenal pasti~

 notatangan:: adoiii please la tamau stalker dah lepas ni, muntah hijau aku!

…MARAHKAN KELAMBU, NYAMUK DIBAKAR. ERR??…

Tarikh:: 23hb April 2012

Masa:: 2.15pm

Tempat:: Opis Sejuk Beku

Semalam, tak kira dapat gaji ke tidak… duit berkepuk ke tidak. SOGO buat sales ke tidak aku tetap mentekadkan diri nak membeli Sogo… tak kira!! Aku dah meroyan tahap nenek gaban ni nak membeli kasut… sekali hambek engkau! puas ati dapat beli dua pasang kasut. itu sebab banyak size tak ada, kalau tak mau pat pasang aku borong…. mana tak bengang, susah sangat aku ni nak membeli kasut dah setengah tahun baru nak beli satu… tu nasib la kadang tu setahun baru bertukar.

Dah tu pulak cik cik kasut aku buat hal, dah semua nak buat mogok rosak secara berjemaah, aku pun apa lagi buat jugakla mogok membuang kasut lama beli kasut baru banyak banyak secara berjemaah jugak. Nasib la ada lagi duit, kalau tak ada je orang pegi keje pakai kaki ayam.

Kebetulan semalam last day sogo sales, memang gila gila punya sales turun sampai 80 peratus… juling jugak bijik mata, rasa macam nak hambek semua yang ada tapi……… hurmmmm banyak yang berkenan tp macam biasalah selalu yang aku memang dah jatuh chenta tu yang itulah yang tak kan pernah ada size, dari zaman aku jahiliah sampaila dah tak berapa nak jahil ni asal aku berkenan je dan dan tak ada size, aku ni pulak jenis cerewet…susah nak minat… haper orang mesia semua kai kasut size 6 (37) ke????????

aku beli wedges Santa Barbara n Esarli, maklumla belum jadi bini dato’ berpangkat lagi tak payahla berangan nak pakai kasut harga ratus riban ke kan. pakai puluh puluh pon dah bangga sangat (bangga ke? citt!) Santa Barbara ni sebenarnya kalau nak diikutkan tak de size aku pon yang ada cuma size 5… tapi tahap bengang aku mang dah tak leh bawak berbincang, lagipun aku dah berkenan plus murah size 5 pon bantai aja… bila aku jalan tayang2 kat cik kakak memang dia kata sendat sama elok… haper lagi terus ambik jelah! nasib! memang sangat best pakai jenama ni, walau 4 inci tapi engkau rasa macam 2 inci je…rendah dan ringan sangat sangat, pakai ni ko boleh bawak joging round satu padang. ringan gila. so afta this memang melekat kat jenama ni jelah gamaknya….sandel Esarli khas untuk pegi berjalan aja ^_^

*sandel untuk jenjalan: ESARLI RM27… murah kan? juling bijik mata tau! nasib ada size kalau tak aku bako sogo tuh!*

*sandel pegi keje: SANTA BARBARA RM50.00, murah hokey… ni la yang tak ada size, tapi bantai je size 5 pong!*