…MARAHKAN KELAMBU, NYAMUK DIBAKAR. ERR??…

Tarikh:: 23hb April 2012

Masa:: 2.15pm

Tempat:: Opis Sejuk Beku

Semalam, tak kira dapat gaji ke tidak… duit berkepuk ke tidak. SOGO buat sales ke tidak aku tetap mentekadkan diri nak membeli Sogo… tak kira!! Aku dah meroyan tahap nenek gaban ni nak membeli kasut… sekali hambek engkau! puas ati dapat beli dua pasang kasut. itu sebab banyak size tak ada, kalau tak mau pat pasang aku borong…. mana tak bengang, susah sangat aku ni nak membeli kasut dah setengah tahun baru nak beli satu… tu nasib la kadang tu setahun baru bertukar.

Dah tu pulak cik cik kasut aku buat hal, dah semua nak buat mogok rosak secara berjemaah, aku pun apa lagi buat jugakla mogok membuang kasut lama beli kasut baru banyak banyak secara berjemaah jugak. Nasib la ada lagi duit, kalau tak ada je orang pegi keje pakai kaki ayam.

Kebetulan semalam last day sogo sales, memang gila gila punya sales turun sampai 80 peratus… juling jugak bijik mata, rasa macam nak hambek semua yang ada tapi……… hurmmmm banyak yang berkenan tp macam biasalah selalu yang aku memang dah jatuh chenta tu yang itulah yang tak kan pernah ada size, dari zaman aku jahiliah sampaila dah tak berapa nak jahil ni asal aku berkenan je dan dan tak ada size, aku ni pulak jenis cerewet…susah nak minat… haper orang mesia semua kai kasut size 6 (37) ke????????

aku beli wedges Santa Barbara n Esarli, maklumla belum jadi bini dato’ berpangkat lagi tak payahla berangan nak pakai kasut harga ratus riban ke kan. pakai puluh puluh pon dah bangga sangat (bangga ke? citt!) Santa Barbara ni sebenarnya kalau nak diikutkan tak de size aku pon yang ada cuma size 5… tapi tahap bengang aku mang dah tak leh bawak berbincang, lagipun aku dah berkenan plus murah size 5 pon bantai aja… bila aku jalan tayang2 kat cik kakak memang dia kata sendat sama elok… haper lagi terus ambik jelah! nasib! memang sangat best pakai jenama ni, walau 4 inci tapi engkau rasa macam 2 inci je…rendah dan ringan sangat sangat, pakai ni ko boleh bawak joging round satu padang. ringan gila. so afta this memang melekat kat jenama ni jelah gamaknya….sandel Esarli khas untuk pegi berjalan aja ^_^

*sandel untuk jenjalan: ESARLI RM27… murah kan? juling bijik mata tau! nasib ada size kalau tak aku bako sogo tuh!*

*sandel pegi keje: SANTA BARBARA RM50.00, murah hokey… ni la yang tak ada size, tapi bantai je size 5 pong!*

5 thoughts on “…MARAHKAN KELAMBU, NYAMUK DIBAKAR. ERR??…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s