…CERITA BASI I:: WORLD METEOROLOGICAL DAY…

Tarikh:: 24 Mac 2012

Masa:: 8am-5pm

Tempat:: Pusat Sains Negara

Ya ammpunn, tau ni cerita dari bulan berapa… tahu? bulan tiga. harap maklum. seyes dah berkulat, bercendawan, berbasa basi (eh?) dan berbagai ber lagilah. aku rasa lagi lama dari cerita ni pun ada ni, tapi kalau memang dah nyanyuk tak boleh nak bawak berbincang tayah cakap banyak yelah dop? so up aja entri yang mana aku ingat.

masa ni, tak salah aku tiga minggu berturut-turut setiap petang di setiap hari kitaorang ada latihan koir, semuanya untuk hari meteorologi sedunia ni. aku rasa bos aku pon dah standby minyak angin siap siap sebab aku asik hilang hilang aja. mahap leww bos. saya berkhidmat untuk negara, bangsa dan agama yang terchenta, tahu?

*sebelum acara bermula mari kita bergamba hilangkan kekecutan di dalam perut, jumpa tksu wei…engkau gila tidak kecut?*

well, masa ni banyak gila kenangan pahit manis maung segala bagai ada dalam ni, dengan manusia manusia yang tak reti reti nak bagi komitmen, dah besar panjang jadi bapak budak mak budak pon, nak kena usul sorang sorang suruh naik buat persembahan. dengan orang ni orang tu gila kuasa lah.. haishh macam macam watak la. tapi alhamdulillah macam mana pon yang berlaku, semuanya dah selamat. we olls kena buat persembahan koir dengan lagu gerakan inovasi lagu baru tuh, mula mula macam hampagas je dengar lama lama terus jatuh chenta oke. selain koir kami kena buat persembahan dikir barat.

hari met sedunia ni dah disambut 24hb haritu di pusat sains negara, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. TKSU pon tersenyum lebar sambil tepuk tepuk semangat gila. Kembang lapanblas mangkuk kena puji persembahan kami terbaik. KP pon puji. aduhhh tak tidur sebulan maunya!

*Koir Negaraku dan Gerakan Inovasi… Rappers kami adalah terbaik, tksu pon tepuk kuat2 bila rappers keluar, terbaeeekk!*

*Dikir Barat Terbaik, kepujian dari TKSU. Tenaga pengajar; Encik Rosli Zakaria aka tukang karut yang berbaju kuning itu*

*bersama Dato TKSU dan Dato KPJMM*

*di belakang tabir*

*weeee jomm makannn!! sesi menternak lemak ini harus ye*

*acara berjalan mentawaf PSN setelah tamat persembahan. perlu bertukar menjadi budak sekolah saat ini, transformmmmm…..!! errrr…!! eh?*

*muka tak puas hati tak dapat masuk!*

komitmen itu penting. apa saja kerja yang engkau buat engkau kena komited. baru kerja menjadi. engkau tak suka sekali pun engkau kena buat, anggap ia tugas dan tanggungjawab. dan akhirnya aku jatuh chenta dengan apa yang aku buat ni……

notatangan:: tak sabar untuk buat persembahan lagi walaupun hanyalah perhimpunan bulanan! hahahaha….hopely ada lagi acara untuk bersuka ria di hari bahagia… errrr?

12 thoughts on “…CERITA BASI I:: WORLD METEOROLOGICAL DAY…

  1. jangan peduli dengan 10 komenku

    1)jangan peduli berapa bulan lepas pun entri yang bakal ditulis
    sebab semakin lama cuma data yang best perlu dikey-in

    2)jangan peduli kalau ada yang dah tak ingat
    sebab dah tiga minggu u berlatih koir mana boleh lupa

    3)jangan peduli siapa yang hadir, betul tksu,
    sebab lagi tinggi di seat vip makin tinggi skala showmanship

    4)jangan peduli bapak budak mak budak yang takde komitmen sebab yelah bukan hari-hari di atas pentas tapi yang seunik event macam beginilah yang kena “seize the day” sehabis kudrat

    5)jangan peduli kp puji tksu puji ke tidak
    sebab bila-bila masa terpaksa menelan pahit makian mereka tapi koir yang best tetap best

    6)jangan peduli menternak lemak, alamak lapar pula ku tengok

    7)jangan peduli transformmmmm satu dua tiga empat lima huruf m okeh dah sama jumlah huruf m nya sebab inilah masanya lari dari formmmmmaliti meteorological data

    8)jangan peduli dengan chenta jatuh atau tidak
    sebab dengan chenta akan tersusul komitmen

    9)jangan peduli dengan perhimpunan bulanan
    sebab koir yang berulang lagi syok VS. tayangan slide pekeliling

    10)jangan peduli repekan cemburuku sebab blog cik ieyza memang harus dicemburui

    jangan komen 10 saja komenku

    • ::tjahaya::

      hahahaha panjang nya komen, boleh buat satu entri nih!! terima kasih terima kasih… terharu ada orang baca belog ini dan menjeles, saya suka komen number 10 itu…hewhewhew….
      sumpah terharu ni. ^_^
      mekasih diatas komen yang membina itu…hiksss

    • ::Ivy na::

      ko memang sentiasa lambat hapdet… what to do~ muahahaha
      tulah tu nama tak glamer langsung… kihkihkih
      bagusnya dapat ilangkan stress kamu…..i likkee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s