…REVIEW FILEM:: WRATH OF THE TITANS…

Tarikh:: 09 April 2012

Masa:: 6.30pm

Tempat:: TGV KLCC

Saper dah tengok, sila berlari setempat. err motip?

Walau tak suka tapi kena pegi jugak kat TGV tu, sungguh tidak ohsem tau. tak besla panggung kat TGV, cam haper je… tapi nak buat camne itu aja tempat terdekat, nak pegi midvalley macam berasak asak petang petang orang nak balik kerja macam tu.

Pergi dengan inche kawan, tak tengok clash of the titans tetiba tengok wrath of titans, lantak p situ kan. memang teruja jugaklah nak mentengok sebab aku ni mang jenis minat citer epic epic tentang mitos-myth.

Ulasan aku, citer dia buleh tahan kalau pakat pakat semua bagi 5 bintang aku bagi 3 setengah… emmm kalau nak up pon setakat 4 bintang. jalan cerita boleh tahan la jugak… boleh diterima pakai cuma tak adalah gempak sangat macam yang digembar gemburkan. cuma aku suka orang yang buat illustrasi (illustrasi?) citer ni… Dewa Kronos tu betul betul menjadi wa cakap sama lu. sebijik macam dalam mitos dan games yang aku pernah main “Age Of Mythology” Cuma memang tak sangka la rupanya Dewa Kronos tu ayah kepada Zeus? heh? selama ni mati mati aku ingat Zeus adalah dewa kepada semua dewa dewa ni. pelik. Dan tak tau pulak aku Ares ada adik? ooo pening. banyak lagi rupanya yang aku tak tau. camne nak jadi peminat tegar ni?

*memang menjadi dewa kronos ini*

*cyclops mengganas*

*hero yang tak ensem -..-”*

*puteri andromeda yang chantekkk gilaa!! ohsem!*

pape pon, buleh dikatakan a go0d job! mungkin boleh jadi lebih baik lagi

::sinopsis *copy from google*::

Satu dekad telah berlalu namun Perseus (Sam Worthington) tetap tak bisa mengingkari takdirnya sebagai anak Zeus (Liam Neeson). Meski dia sudah berusaha keras untuk hidup normal sebagai manusia biasa, takdir selalu membawanya kembali ke alam para dewa. Kali ini tugas Perseus sangat berat. Dia tak hanya harus menyelamatkan umat manusia namun juga menyelamatkan para dewa yang bersemayam di Olympus.

Semuanya bermula ketika Kronos, ayah kepada Zeus, Hades (Ralph Fiennes) dan Poseidon (Danny Huston) berhasil meloloskan diri dari penjara di Tartarus. Kini Kronos memimpin seluruh pasukan Titans untuk mengambil alih kekuasaan yang selama ini dipegang oleh para dewa di Olympus. Kekuatan para Titans memang tak terbayangkan dan yang lebih mengerikan lagi, ada pengkhianat di Olympus.

Hades dan Ares (Édgar Ramírez) memilih berpihak pada Kronos yang membawa erti bahawa Zeus tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri. Perseus tak mungkin diam berpangku tangan. Sekali lagi ia harus turun padang. Dengan bantuan Andromeda (Rosamund Pike), Agenor (Toby Kebbell), dan Hephaestus (Bill Nighy), Perseus pun berangkat menuju dunia kegelapan (Gate Of Tartarus) untuk menyelamatkan Zeus dan menyelamatkan seluruh umat manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s