…REVIEM FILEM:: DARK SHADOWS…

Tarikh:: Seriously aku tak ingat… tapi tak salah awal bulan 5

Masa:: pon aku tak ingat… tak bawak tiketnya pulak…

Tempat:: GSC Mid Valley

mengekeluarkan diri dengan beliau. mentengok citer “Dark Shadows” lakonan my hero Johny Deep (dulu la sekarang dah tak hero sbb beliau sangat sangat huduh! kurus cengkung aja… isk)

citer dia bagi aku… emm bolehla tahan. nak kata best sangat sangat tu tak adalah… untuk santai je kan sebab jalan cerita pon tak berat, biasa biasa aja. yang bestnya cerita ni kelakar… setiap masa ada je benda yang dia kasi orang gelak. berkisarkan johny deep yang disumpah oleh perempuan sihir yang minat kat dia tu untuk jadi dracula dan puan wife beliau matik disebabkan perempuan sihir tu. akhirnya johny deep dikurung dalam keranda dan ditanam untuk beratus tahun la kot. then akhirnya dia bangkit semula selepas abad demi abad dan cari balik rumah lama beliau, terjumpa pulak keluarga pelik tu dimana ada seorang perempuan yang muka dia sejibik wife zaman lampau beliau…. itu apa yang aku paham la, sebab tak berapa nak focus melihat cerita ini. wakakakaka!

aku bagi 3 bintang sebab filem dia jenis santai tak payah kepala otak nak fikir… 

para pelakon:-

*heroin citer… tak chantek… tak sesuai dgn johny deep… agagagga*

*perempuan sihir (ular)… dia jahat tp aku suka dia sebab dia chantek*

*tuan rumah yang tahu segala cerita*

*nurse tapi cuba ambik kesempatan atas kebaikan hero*

*anak tuan rumah yang jugak jadian…aku tk egat apa… rubah? seringala?*

Sinopsis:- 

The beginning of the show introduces Victoria Winters (Alexandra Moltke) and the members of the Collins family, who reside on top of Widows’ Hill in a house called Collinwood in Collinsport, Maine. Victoria was orphaned, and she came to Collinwood to find out more about her eerie past, including why she was invited to work there in the first place. At first Victoria is alarmed over the erratic behavior of her boss, Roger Collins, whom she eventually suspects might want to murder her. His young son David Collins (David Henesy) tell her that he hates her when he first meets her downstairs in the middle of the night and, later, he would constantly tell Victoria of the ghosts he saw. Victoria also encountered the ghost of Josette Collins (Kathryn Leigh Scott) when she was looking through the closed-off west wing of Collinwood. Roger’s wife and David’s mother Laura Collins (Diana Millay) returned to Collinwood and proceeded to wreak havoc on her family members, resorting to the use of magic. Laura ended up facing an early demise herself. Elizabeth, the matriarch of the family and Roger’s sister, hadn’t left Collinwood in 18 years and seems to guard a room in the basement carefully. Viewers learn much later that this is because she killed her former husband Paul with whom she had her daughter Carolyn, who is a main character who befriended the new nanny Victoria at the beginning of the story.

notatangan:: simple entri sebab aku malas dan mengantuk… menulis ni untuk menghilangkan kantukan demi kantukan 

…FESYEN SHOW STORY 2:: MBS GATHERING…

SAMBUNGAN DARI FESYEN SHOW STORY 1::MBS GATHERING…

tengokla, bertapa pemalasnya aku nak menghapdet. pastu bila tengok belog orang lain tak berhapdet berhari hari, mulut gatal je “alaaa kenapa tak hapdet hapdet dia ni, busanlah macam ni” hah engkau! mengata orang memang mulut itu enak aja. tapi time engkau sendiri…. pemalas tak hagak hagak kan.

oke… malas nak berceloteh banyak. abes je fesyen show pertama kami bergegas untuk menukar pakaian. berganti dengan baju kurung biasa. tapi masih bersulam manik manik comel… aku fikir bertapa rajin dorang ni nak telek satu satu manik tu… aku dikhabarkan semua baju kurung tersebut harganya rm1,500. hamek engkau. pengsan mak  dengar nokss. curlastt sangat baju kurung kosong harga ribu riban….

*ouhh i luv dis picca so much!! thanks ezuee sayang!!*

2

3

4

tapi fesyen show untuk baju kurung ni sekejap aja… picca pon tak banyak sebab masa ni dorang tengah menjamu selera jadi masing masing macam malas nak ambik gambar… sekejap je dah habis satu pusingan. pastu tak ada gambar bersama  pereka… so lepas habis je kami terus buat sesi melantak dan menternak lemak akibat perut yang kelaparan sebab dari pagi tak makan apa….

5

ini kita panggil sesi mencuci mulut… sesi makanan berat tak sempat ambik gambar sebab dah kelaparan… dan pencuci mulut adalah rojak buah… seyes shedap!! aku rasa cam nak bertambah tambahan. dahla tart badam dia ohsem gila… tapi dah malu plus kenyang melampau terpaksa la batalkan niat suci murni nak menambah berat di bahagian badan tu.

ini kami punya Pengurus, sis Dayang… dia sangat chantek… aku memang terkagum pes time tengok dia. kulit dia mulus gila…licin sangat… mata macam tamau berkelip. sangat chantek okeh. plus beliau sangat peramah dan keanak-anakkan. tak percaya aku beliau ada anak. anak dia pon sama chantek dengan beliau…ohsem gila dua beranak ni

 

ini pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat dengan cik ezuee *cik ezuee bukan pereka fesyen, sila engkau jangan perasan ya ezuee… dia tu kawan aku* … pstt senanyakan aku tak kenal saper manusia ni… nasib la kawan aku bagitahu. kehkehkeh…. bengaps gila rasa, maklumlah aku tak layan fesyen high class sbb aku sedor diri aku tak mampu… tapi seyes hatta dolmat adalah comel!! cuma aku tak berpeluang nak ambik gambar dengan beliau sebab ramai gila orang berpusu pusu ambik nombor. tak kuasa aku nak menunggu nak berasak asak

ini pencetus suasana gilang gemilang Datin yang sangat gojes, peramah dan baik hati….. nama dia Datin Elly… aku akui dalam usia emas begitu beliau sangat sangat  gojes. aku terbayang kalau aku nanti mampukah aku segojes beliau???? tak lapuk dek usia tak telan dek zaman *yeke? oke lantak p situ… tak reti aku benda benda camni*

akhirnya majlis tamat….perghhh penat tayah cakap la. aku tatau camne orang boleh buat modelling sebagai full time job or photoshoot satu hari… tara ni pon aku macam nak pengsan, tido mati tamau bangun bangun tiga hari tiga malam. penat weeii. tapi pengalaman yang diberikan memang best. engkau ingat senang engkau nak bergaul dengan manusia high class gitu sesuka aty tak kira tempat. alhamdulillah terasa sangat bertuah diri ini. thanks again to my friend ezuee dan mereka mereka yang banyak membantu. thanks jugak tu my beloved sistah, cik kakak yang sanggup bersusah payah anta aku dan amik aku… ai owe u so much sis… lebiu!!!!

…FESYEN SHOW STORY 1:: MBS GATHERING…

Tarikh:: 29 April 2012 (kalau tak salah aku)

Masa:: 9am

Tempat:: Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Berabad menyimpan cerita sebab tahap kemalasan nak bercerita memang la tak boleh nak dibawak berbincang dah. Ini semua kawan baik n comel aku yang punya pasal… budak comel yang bernama Ezuee, beliau tetiba inbox FB aku haritu mintak aku datang untuk jadi model kepada satu event ni. Dia punya tahap memujuk tu memang sangat memberansangkan. sampai aku yang pemalu gila ni boleh menjoinkan diri. see? Thanks to you my dear friend, ai owe u so much for giving me this fun and unforgettable momento~ lain kali panggil lagi. kihkihkih.

Who knows what shortform MBS are for? Malaysian Beads Society wahai sayangku… satu pertubuhan khas untuk pencinta pencinta manik. bukan sebarang manik oke… manik yang engkau nak kena jahit sebiji sebiji dekat baju tu… sekarang dah ada manik flower 3D gitu… millenium sangat u olls. Selain dari tu dorang cakap MBS ni ajar cara nak berfesyen and bermake up jugak. sangat berbaloi la kalau masuk kelab ni. tapi aku? oke… tade mase. bye! huh… terkejar sana sini macam orang gila lagi ada hati nak masuk benda benda macam ni ke? So dorang ni buat gathering sempena merayakan ulangtahun MBS ini…

Aku rasa dalam ramai2 model aku orang pertama sampai kut. ouh sangat berdedikasi letteww kan? jadi bolehlah mana mana agencies nak ambil aku sebab aku awal gila sampai, pasti korang tak menyesal. keh!! aku cuak gila nak masuk hotel besar tu… dahla sensorang…. pak gad pon pandang slack je kan, selebeh and selekeh. aku naik duk atas lobi, peeling peeling anak dato’ kejap pepagi buta tu!

dalam dua jam kemudian baru cik kawan aku sampai. aku dah kebas montot dah engkau tahu? kami terus naik bilik hotel untuk bersiap siap… masa masuk tu sangat sangat peeling macam akan ada makeup artist untuk touch muka selebet engkau yang pucat lesi macam pocong ni kan… tapi… haraaaammm… mimpi jelah hoiiiii!! makeup sendiri la engkau anak banak kat atas tu, makeup artist tak pandang sebelah mata pon oke. sangat kasihan! kihkihkih.

*pocong kampung pinang. boleh?*

*menggunakan skill makeup yang dipelajari*

1

*sempat tuh. budak comel pegang kamera mahal itu adalah ezuee*

sekali kawan aku cakap makeup aku tak tebal, pucat sangat. oke fine aku tak reti nak makeup tetebal jadi pengkomen itu didera menjadi jurumakeup aku. saper suh engkau pandai makeup…hakhakhak. tengss Nana, i adore ur skill of makeuping *makeuping?* me!!

6

*bantu membantu amalan mulia*

then afta makeup we olls berebut cari baju, disebabkan aku ni buah cempedak didalam pagar dan sangat sangat tak reti nak berebut dengan orang, jadi aku orang paling last dapat baju… seyes aku tak reti nak demand and berebut “nak kaler tu kaler ni” aku terima seadanya apa yang orang bagi pada aku. lastly setelah tukar tukar tukar i got the puple pink one with 3D beads flowers.ohsem! ^_^

*barisan model*

7

kendian acara dimulakan dengan fesyen show, kami kena berjalan dari meja ke meja untuk peragakan baju and kalau ada yang nak ambik gambar, kena berhenti n posing disitu, tunggulah kat situ sampai orang tu muntah nak ambik gambar engkau. keh!! masa berhenti kat meja banyak banyak tu, semua pakat pakat nak ambik gambar then aku seyes macam “apa aku nak buat ni, muka seyes ke muka senyum… nak bergaya ke nak tegak…oke lepas ni nak ikut jalan mana” mang gemuruh tak payah nak cakap la. without rehersel what-so-ever memang la macam tu gayanya.

*tengok baju jangan tengok model, model adalah tidak chantek*

*jalan jalan keliling meja*

dan alhamdulillah part satu tamat dengan jayanya. lepas ni hazab untuk yang kedua. *hazab la sangat padahal engkau yang paling teruja kan?* aiseehh!

8

notatangan:: to be continued~