…PERTANYAAN MEREKA, PENJAWAPAN AKU…

Tarikh:: 09 April 2012

Masa:: 8.45am

Tempat:: Rahsia..keh keh keh

Ada orang kata pada aku “kenapa susah awak nak mengaku yang awak masih rindukan inche chenta hati?” dan ada ayat lain macam ni “awak masih simpan semua memori awak dengan inche chenta hati dalam blog ni, so sweet” dengan erti kata lain nak kata aku masih ingat, rindu, sayang dan mengharapkan beliau letteeww kan? macam la aku tak paham.

oke sebetulnya begini. dulu usah kata nama, panggilan pon aku tak benarkan engkau orang sebut depan aku. tahu? sebab masa tu yang aku tau cuma nanges nanges dan nanges aja. bodoh bahalul pulak rasa menangis pada orang yang macam tu, tapi sebenarnya bukan apa… aku menangis sebab tak sangka betul la dia buat aku macam tu. tapi sekarang engkau nak sebut empat puluh ribu kali sampai tanggal gigi pon aku dah tak kisah.

cuma satu aku mintak TOLONG JANGAN CAKAP “SAYA TAU AWAK MASIH RINDU/INGAT/SAYANG DIA” tolong ya kawan kawan… bukan apa… setiap apa yang terlahir dari mulut itu adalah doa bukan? jadi kalau engkau orang sayang aku tolong la jangan doa kan begitu… sangat tak baik tau. aku tamau la hidup dengan orang yang macam tu dah… lebih baik engkau orang doa kan aku dengan orang yang tahu menghargai aku dan mencintai aku seikhlas hati dia. takpun korang boleh cakap “SAYA GEMBIRA AWAK DAH LUPA DIA, SAYA KAGUM GILA DENGAN AWAK” boleh? hewhewhew…

oke dah melalut rasanya, juz nak kata seriously ingatan aku langsung dah tak ada pada dia, rindu dan sayang serta cinta dah lama terbuang dalam hati aku mahupun mana mana kotak memori aku. sejak dia kata “MENCINTAI AKU ADALAH SATU KESILAPAN” . aku tak kisah kalau ada yang tak percaya, well tak kuasa la aku kan nak bermati-matian pertahankan apa yang aku cakap adalah benar… aku tahu ramai tak percaya……. ai hokey aja pape yang korang nak kata. Tapi kalau engkau orang islam maka percayalah Allah itu ada, Kuasa Dia Hebat sangat!! sepanjang masa aku solat tak pernah lekang, solat hajat disetiap waktu kecuali subuh dan asar dan hanya satu doa aku…. “TOLONG AKU LUPAKAN SEGALANYA TENTANG DIA,BUANG RASA SAYANG INI JAUH2, AKU REDHA ATAS SEGALANYA” Alhamdulillah, akhirnya DIA tolong aku, DIA maha penyayang bukan? maha mengetahui bukan? akhirnya aku memang benar redha dan pasrah.

redha itu menerima pasrah itu menyerah~ jadi sekarang terpulang pada engkau orang. kalau nak kata aku tipu, aku tak ada hak tak ada kuasa nak hentikan pemikiran korang tu… lagipun bukan pakwe aku kan…

aku bukan tamau buang semua pasal dia dalam ni, tapi aku malas la wei, satu kerja pulak aku nak cek satu satu pastu delete…ohhh tidakkk! engkau rajin jadi engkau sila tolong buangkan… aku tak kisah pon, sebab semua gambar, mesej, inbox, bukti, barang dan memori dia aku dah buang semua dah…. tade keje aku nak simpan! (nanti jangan meroyan mintak bukti dengan aku, aku lempang laju2 kang) so jangan menilai orang jika kamu tak mahu menyelami apa perasaan dia sebenarnya. tidak mahu mengakui kebenaran kata katanya.

peace!

21 thoughts on “…PERTANYAAN MEREKA, PENJAWAPAN AKU…

  1. kadang kadang memori tu lebih baik disimpan.. kenangan bersama tu kan lebih indah.. biarkan memori tentang die tersimpan rapi..

      • Melupai org yg dicintai amat le sukar…..mungkin take a year coz i susah untuk jatuh cinta…..take a year n will always take a year…..

        • ::jejaka misteri::

          saya senang je… percaya dan yakin Allah it akan membantu, pasti mudah… alhamdulillah. mungkin sbb tamparan yang diberikan begitu hebat jadi boleh buang dgn senangnya.
          eh, kamu mesti berpengalaman kan?

          • still mencintai nyer walaupun dia dah nikah ngn org lain….she was my lover…sampai bile2pun still lagi cintakan dia…coz dah janji akan sayang dia walaupun she not mine

          • ::jejaka misteri::

            kesian kat bakal wipe u… lelaki mang suka nak permainkan perasaan ppuan…. haishhh kesian perempuan2 yang malang macam ai ni~

  2. u silap tu sebab i tak kahwin coz what coz i msh sayang dia…i bukan pedendam kat my xgirl…but she give me a sweet memory….sakit bile dia nikah ngn org lain….tapi dia tak salah coz tu dah ditakdirkan dia bukan untuk i…i sayang dia n akan lihat dia bahagia dari jarak jauh……akn sentiasa.

    • ::jejaka misteri::

      menyeksa diri adalah tidak baik… kalau ada ppuan suka kat awak, takkan awak tak nak terima?? nak membujang sampai tua kah???? kesian wanita2 yang tak dapat laki bujang jadi jangan salahkan wanita kalau dia amek laki orang sbb laki bujang sendiri dah berikrar tak nak kawen…adesss

  3. i tak siksa diri…serius tak siksa diri….cume pintu hati tak terbukak lagi..n kalau terbuka pun i hope my future wife takkan marah i sebab i simpan memory dengan dia….its just a memory…

    • ::jejaka misteri::

      emm ingatlah kalau sendiri ikrar tamau kawen adalah tidak baik, nabi takkan mengaku umat…. hurmmm spt yg ai ckp kesian kat bakal wife u… u kena cari orang yg betul2 beriman supaya dia boleh terima segalanya

  4. i tak kata i taknak kahwin le dik….
    i akn kahwin dengan wanita yg penyabar….:)….
    allah tak marah kite mengingati org yg berbuat baik kepada kite…kenape perlu u buang dia jika u dah dapat yg baru….???
    no need coz dia tak buat salahpun kat i….
    thankz coz u kesian kan i……:)

  5. kite berbeza…coz i tak di ajar untuk membenci…..i akan rasa tak tenang kalau membenci org sekeliling i walaupun i tau mereka menyakiti i….my mum never teach me….:)

    • ::jejaka misteri::

      oke tak guna nak tegakkan benang yang basah…tak perlu ai nak kata ai betul n u salah, sbb masing masing punya situasi berbeza dan don’t judge a book by its cover… u never know what inside it and cannot summarize it untill u noe da whole story…. full stop.

    • betol, dunia x akan tenang kalau membenci org sekeliling…
      90/10 principles: 10% of life is made up of what happens to you. 90% of life is decided by how you react.

  6. Assalamualaikum cik puan ieza,

    “MENCINTAI AKU ADALAH SATU KESILAPAN” statement disebelah adalah statement yang encik chienta hati awak bagi dekat saya…….tapi bukan kat awak……. kenape awak tak tanye saya maksud sebenarnye statement itu???……..en chienta hati awak tak pernah menafikan yang dia mencintai awak n dia sangat berani mengakui kebenaran tu……..cume dia menyatakan ia satu kesilapan yang dia lakukan kepada saya kerana mengkhianati cinta saya…….. dia tak kata bile jatuh cinta ngan awak ia merupakan satu kesilapan…….perlu tanye kalau x faham cik ieza

    Dengar sini baik-baik…..setiap kali saya tgk blog awak saya tahu en chienta hati awak amat bahagia dengan awak ……awak tak perlu le buruk2kan dia yang memang ,saya pun tak tahu kenape dia boleh mencintai awak n serius dengan awak…… Cinta tukan buta………Saya sangat berbangga kalau saya jadi awak sebab cik chienta hati awak tak pernah memburukkan awak di hadapan saya….

    N semua barang yang awak kasi dia …saya yang pakse dia buang bukan nyer dia yang buang ……(puh dah lama saya diamkan diri tapi hari nie terlepas jugak rasa yang memang nak di luahkan kepada awak……) Sangat simpati kerana en chienta awak menceritakan kebaikan awak tapi awak siap buat statement camtu………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s