…FESYEN SHOW STORY 2:: MBS GATHERING…

SAMBUNGAN DARI FESYEN SHOW STORY 1::MBS GATHERING…

tengokla, bertapa pemalasnya aku nak menghapdet. pastu bila tengok belog orang lain tak berhapdet berhari hari, mulut gatal je “alaaa kenapa tak hapdet hapdet dia ni, busanlah macam ni” hah engkau! mengata orang memang mulut itu enak aja. tapi time engkau sendiri…. pemalas tak hagak hagak kan.

oke… malas nak berceloteh banyak. abes je fesyen show pertama kami bergegas untuk menukar pakaian. berganti dengan baju kurung biasa. tapi masih bersulam manik manik comel… aku fikir bertapa rajin dorang ni nak telek satu satu manik tu… aku dikhabarkan semua baju kurung tersebut harganya rm1,500. hamek engkau. pengsan mak  dengar nokss. curlastt sangat baju kurung kosong harga ribu riban….

*ouhh i luv dis picca so much!! thanks ezuee sayang!!*

2

3

4

tapi fesyen show untuk baju kurung ni sekejap aja… picca pon tak banyak sebab masa ni dorang tengah menjamu selera jadi masing masing macam malas nak ambik gambar… sekejap je dah habis satu pusingan. pastu tak ada gambar bersama  pereka… so lepas habis je kami terus buat sesi melantak dan menternak lemak akibat perut yang kelaparan sebab dari pagi tak makan apa….

5

ini kita panggil sesi mencuci mulut… sesi makanan berat tak sempat ambik gambar sebab dah kelaparan… dan pencuci mulut adalah rojak buah… seyes shedap!! aku rasa cam nak bertambah tambahan. dahla tart badam dia ohsem gila… tapi dah malu plus kenyang melampau terpaksa la batalkan niat suci murni nak menambah berat di bahagian badan tu.

ini kami punya Pengurus, sis Dayang… dia sangat chantek… aku memang terkagum pes time tengok dia. kulit dia mulus gila…licin sangat… mata macam tamau berkelip. sangat chantek okeh. plus beliau sangat peramah dan keanak-anakkan. tak percaya aku beliau ada anak. anak dia pon sama chantek dengan beliau…ohsem gila dua beranak ni

 

ini pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat dengan cik ezuee *cik ezuee bukan pereka fesyen, sila engkau jangan perasan ya ezuee… dia tu kawan aku* … pstt senanyakan aku tak kenal saper manusia ni… nasib la kawan aku bagitahu. kehkehkeh…. bengaps gila rasa, maklumlah aku tak layan fesyen high class sbb aku sedor diri aku tak mampu… tapi seyes hatta dolmat adalah comel!! cuma aku tak berpeluang nak ambik gambar dengan beliau sebab ramai gila orang berpusu pusu ambik nombor. tak kuasa aku nak menunggu nak berasak asak

ini pencetus suasana gilang gemilang Datin yang sangat gojes, peramah dan baik hati….. nama dia Datin Elly… aku akui dalam usia emas begitu beliau sangat sangat  gojes. aku terbayang kalau aku nanti mampukah aku segojes beliau???? tak lapuk dek usia tak telan dek zaman *yeke? oke lantak p situ… tak reti aku benda benda camni*

akhirnya majlis tamat….perghhh penat tayah cakap la. aku tatau camne orang boleh buat modelling sebagai full time job or photoshoot satu hari… tara ni pon aku macam nak pengsan, tido mati tamau bangun bangun tiga hari tiga malam. penat weeii. tapi pengalaman yang diberikan memang best. engkau ingat senang engkau nak bergaul dengan manusia high class gitu sesuka aty tak kira tempat. alhamdulillah terasa sangat bertuah diri ini. thanks again to my friend ezuee dan mereka mereka yang banyak membantu. thanks jugak tu my beloved sistah, cik kakak yang sanggup bersusah payah anta aku dan amik aku… ai owe u so much sis… lebiu!!!!

One thought on “…FESYEN SHOW STORY 2:: MBS GATHERING…

  1. Entah kenapa… hari nie kat office teringat blog nie…

    kat kantin tadi pon teringat blog nie.. naik keta pon teringat blog nie…
    awak ada calit minyak senyonnyong ke kat homepage ??🙂 lawak jer .. tahniah post yang menarik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s