…ADA KETIKANYA…

Ada ketikanya insan yang kita sayang…
Membuatkan kita dalam keadaan teruji,

Ada ketikanya insan yang kita sayang…
Membuatkan kita terkeliru,

Ada ketikanya insan yang kita sayang….
Selalu membuatkan kita terluka,

Ada ketikanya insan yang kita sayang…
Membuatkan kita terkilan,

Ada ketikanya insan yang kita sayang…
Membuatkan rasa sabar kita kian menipis,

Ada ketikanya insan yang kita sayang…
Mengguris hati kita hingga menitis airmata,

Namun kita tetap menyayangi dia… kerana APA?
Kerana kita terima dia seadanya….

^_^ 

 

…PERCUBAAN PERTAMA…

Tarikh:: 24 June 2012

Masa:: Sepanjang Hari

Tempat:: Rumah 16 Tingkat

Dari tadi bergolek depan laptop, seyes tatau nak buat apa dah harini. bosan dia mengalahkan tenuk nak mengawan. eh?
lepas tu teringat ada DVD yang belum ditonton lagi. *ayat bm, sumpah dapat A ni* dah selesai semua benda… terus la layan citer Sunny Girl (cerita apa???? alaaa nantilah…entri lain aku citerkan…..)

Dalam jam 2pm macam tu cik kakak aku tetiba text aku “lambatnya nak balik, lapar gila” alahai… kesian sangat cik kakak. jadi perlu la aku yang memasaknya. hengat nak masak nasi n lauk pauk tapi beliau request nak makan mee. haaa….edisi yang paling aku lemah… seumur hidup aku, belom pernah try masak segala jenis mee, k.toew… bihun tu pun aku main bantai je itupun atas tunjuk ajar cik kakak. ini engkau duduk rumah sensorang engkau kena masak benda yang paling engkau lemah n fail, kecuali mi maggi.. itu aku pakar. wakakaka.

Cari resepi keliling rumah…nan hadooo… eh tetiba teringat, apa guna tagline ‘dunia dihujung jari’ kalau tamau guna kan kan? *tagline main bantai je, tak ingat senanya* makanya aku google search kan aja resepi mee goreng basah. hewhewhew. bagi orang lain sebelah mata pon boleh buat kan? apala sangat mee goreng basah… tiap tiap hari aku buat la…itupun nak kecoh ieyza azmiey ni…. ahhh! tak kira aku nak bangga jugak, nak post jugak…. pes time aku buat engkau tahu? engkau tak tahu dok diam diam situ…

tapi tak adalah seratus peratus ikut resepi itu, banyak jugak yang aku ubah… ikut selera tekak sendiri. makanya jadilah mee goreng basah yang tak berapa nak basah. sebab aku rasa dah banyak air aku letak tapi tetap tamau basah. dah! lantak pi situ…. persilakan cik mee goreng basah tampilkan diri…. jeng jeng jeng…..

cik kakak kata mee goreng basah ni oke. not bad… pedas and ada rasa… bolehla kan? dari terus tak boleh makan. yeahhh B+ kihkihkih. main campak campak pon menjadik!

notatangan:: tetiba aku teruja nak masak segala jenis mee pulak…. hurmmm

…BERENANG RENANG KEHULU, BERAKIT RAKIT KETEPIAN……

Tarikh:: 21 June 2012

Masa:: 4.40pm

Tempat:: Opis yang sudah kurang sejuk beku

dua tiga minggu ni… biziknya mengalahkan haper je… dua tiga minggu ke? rasa macam dua tiga bulan jek 😦 
inche bos ada ke tade ke macam samer je, tak ada pon kerja tetap ada kalau ada…
hurmmm lagilah rasa macam orang gila….

belum habis satu kerja siap eh… dah datang kerja lain…
baru nak tulis satu perkataan… kerja lain pulak bertenggek.
last last meja kepenuhan sampai tak jumpa pen sendiri. terjenguk jenguk…
tertunduk tunduk mencari pen hitam nan sebatang… nan hadooo… rupanya dicelah celah buku diari….
waktu waktu ni jugak engkau nak main sorok sorok dengan aku kan?

aku ni ada satu penyakit, bila meja aku mula dipenuhi di segenap ruang yang ada,
sampai mouse pon aku dah tak leh nampak… mulalah aku akan rasa tensen gila…
rasa nak biar je semua dok atas meja, aku tak nak buat apa apa….
biar dok situ, apa pun aku tak nak sentuh kalau boleh…
lepas tu mulalah rasa nak nanges bila melihat kerja bertimbun timbun… sebab?
rasa tak tau nak start kat mana… rasa macam tak kan selesai kerja aku….rasa….
entahla tak reti nak bagitahu. seyes aku penat kaki, badan dan otak. 

*ini baru sikit, ada hari yang lebih bertimbun dari ini*

*sehari punya kerja, engkau bayangkan kalau tiap tiap hari macam ni?*

memang rasa nak stop buat kerja nak termenung je.
tensen aku memandang segala jenis surat, kertas dan fail.
dorang pon mesti tensen jugak pandang muka aku kan? hurmm… 

sekarang kerja dah siap semuanya dari pagi bersilat di partition sendiri dan bilik bos.
memang pesen aku tak suka buat kerja tangguh tangguh, harini punya kerja maka perlu disiapkan harini… sekarang bos sedang meeting. sebab tu sempat nak hapdet blog.
selama ni tak hapdet pasal kebizian ditempat kerja sebab tak sempat.
tipu sangat, padahal semendang je buka fb… tapi sekarang aku dah tak aktif di fb. malas nak bukak.
akaun masih dibuka tapi malas nak aktif. kang tutup bising pulak cik kakak aku…
kawan kawan pon nak mencari susah katanya, padahal aku bukak pun bukan aku masuk. hohohoho.

dahla. aku nak kemas kemas nak balik sudah…. lambat gila cuti rasanya. nak rehat.
otak aku dah sakit kena perah…. tangan apatah lagi kan.k bai.