…RONGGANG RONGGENG DI PORT DICKSON…

Tarikh:: 26hb May 2012

Masa:: Pagi – Tengahari – Petang – Malam

Tempat:: Sentul —> PD —> Bangi —> Taman Jaya

Pagi-pagi buta dah bangun sediakan bihun goreng dengan ayam goreng celup tepung
untuk dijamukan kepada kengkawan masa nak berpiknik di PD nanti.
Dah lama merancang akhirnya jadik jugak pergi berlima, walau macam macam halangan pada mulanya.

Dalam kul 10am gitu budin dah sampai kat umah aku, amek segala barang barang makanan…
well aku ni spesel case la kiranya kena datang hadap amek kat umah. kihkihkih.
perjalanan memakan masa hampir 2 jam. kebas montot mak nokss… huhu.
sesampai je kami terus check in bilik. we olls menginap kat bujet hotel je…
tak salah nama dia Suria Hotel (rm 78 kalau tak salah).
tido pon semalam je sebab  esoknya ada perancangan lain pulak…
so amek jelah hotel murah2 kan setakat semalam je pon. tapi hotel dia mang tak boleh blah la.
hanya letak katil semata mata pastu bilik air dan meja solek… pastu dah tak ada ruang nak solat.
so kalau nak solat terpaksa lah g cari masjid atau surau. nasib la semalam aja.
kalau tak mau kena rasukan ablasa masing masing…

*ini lah bilik kami yang tunggang langgang*

afta letak beg kami terus keluar mencari pantai. tempat menginap adalah
sangat jauh dengan pantai sebab dah dekat dengan bandar. so terpaksa naik keta.
katanya pantai tu dekat batu 8 area teluk kemang. bolehla tahan. not bad.
cuma masa tu dah tengahari sangat so tak ada gilanya engkau nak bermandi manda
sunburnkan diri kat pantai tu tengah panas terik. nanti tak jadi tanned jadik hitam terus, sempat makan makan n amek gambo jelah…

*bihun yang sudah tidak berapa nak sedap sebab berkuap ni dalam perjalanan*

*pantai batu 8 teluk kemang*

*dari lensa abam wafi… kelabu la lensa kamu abam kata 16 megapix*

*abam wafi, dahlina, budin n effa comel*

*kelabu lagik…adess*

habis je sesi men-tanned-gelap-kan kulit… kami terus je pecut ke muzium tentera darat.
memang dah tak ada keje. berjiwa patriotik sungguh sensorang kan??
malas nak cita banyak. kita layan gambo jelah ya?

*mendaftar nama di hadapan pintu masuk*

*kemudian anda akan di”guide” oleh penyambut tamu yang entah datangnya dari mana… harharhar*

sebenarnya banyak lagi gambo tapi aku seriyes malas nak haplod masuk dalam ni.
ada gambo masuk dalam terowong, dengan kete kebal, kete api semua2 lah tapi ni pon dah 11 kiraannya…
ni pon banyak lagi yang nak dimasukkan… so cukuplah sikit sikit ye dok?
lepas aja melawat muzium tentera derat… erh? darat…
kami teruskan perjalanan ke sebuah pulau yang tak berapa nak pulau sangatla… jeti je memanjang…
kawan aku kata nama pulau tu pulau burung…ada ramai jugak yang amek gambo kawen kat situ.
masa kami pergi pon rasanya ada empat ke lima pasangan pengantin yang sedang bergambo…
*ouhh saya jeles, harap maklum* rasa macam aku nak pergi join sama jadik tukang sibuk… agagagaga…. 

*haaaa apa yang korang buat tu panggil JAKIM kang… agagaga*

 *dah engkau kenapa budin? menurun???*

*chantekkan? pemandangan waktu senja lagi chantek. tapi aku tak leh nak turut serta berjalan2 sebab kasut adalah tumit 4 inci adakah engkau gila nak buat modelling disitu? nak buang kasut malas dan cahaya matahari menyakitkan mata, jadi tak dapat nak buat sesi gedik di batu bata….errr? batu bata??*

dah hampir maghrib baru reti nak balik sensorang ni…
balik ke hotel mandi manda lepas tu terus keluar untuk makan malam pulak…
makan malam dah tak amek gambo, dah tak terdaya nak amek gambo…
then jenjalan kejap di pantai cahaya sebelum ribut petir melanda. gila punya ribut malam tu.
kesian pada mereka mereka yang berkhemah di tepi pantai tu….
kami pon sampai je terus tukar baju dan masuk tido.
tak de nak sembang sembang dah masing masing letih and nak simpan tenaga untuk meneruskan perjalanan pada esok hari.

pening jugaklah nak fikir camne nak solat…
sampai cik effa kena solat atas katil nasib tak tersembam,
dah aku katakan buatlah pape pon jangan isau aku buat buat tak nampak je…
gila lawak memikirkan cara nak solat. gelak tak habis habis dengan beliau…. 

notatangan:: and the journey will continued after this~

4 thoughts on “…RONGGANG RONGGENG DI PORT DICKSON…

  1. best2 g pantai.. err cmera hp abam wafi tu 12 mgapixel aje ye.. xmmpu lg nk bli yg 16 mgapixel huhu…

    • ::nicki::

      bersama rerama?? apakah?? tepi pantai ada rerama ke yunk?? muahahahaha… kerengga banyak. tulah sekali sekala pegi dengan kenkawan pon best jugak walau tak lah happening mana. perancangan last minit. lama dah kita tk buat gath kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s