…GENTING HIGHLANDS, KOTA KERIANGAN…

Tarikh:: 09hb June 2012

Masa:: 11am – 7pm

Tempat:: Genting Highlands

Hari Sabtu 02hb Jun tu gigih aku pergi KL Sentral walau demam masih belom kebah
semata-mata nak ambik tiket ke genting. semangat waja engkau. kalau bab macam ni memang semangat kan? kalau bab buat kerja mengelat macam macam.
ambik tiket untuk 4 orang (aku, cik wana, encik KN dan encik zul) aku amek yang pakej punya,
Bus Transfer KL Sentral –> Genting Skyway –> KL Sentral dengan Outdoor games sekali. harga dia rm58…

*masa ni dah nak balik, tiket dah tinggal dua, baru egat nak amek gambo*

Tiba masanya tu, we olls berkumpul dekat KL Sentral.
Yang tiba hanyalah aku, wana dan KN (nama dia khairul nizam, tapi sesaja suka nak panggil KN
sebab tatau nak panggil apa… asal bolehhh je kan?? tkpelah lain sikit dari yang lain… agagaga),
zul masih sesat agaknya… ngee. jadi kami berkumpul kat kepci kl sentral,
disebabkan aku adalah meroyan tahap gaban nak makan kepci bekpas,
terpaksalah mereka bertabah menurut perintah.
aku n KN mam a.m riser… wahh peberet tuh! aku ambik air teh dia (tak sedap… nyesal tak amek milo je)
dan KN ambik air kopi yang pahit gila letak 5sachet gula pon tak rasa apa tu.
Wana on diet gamaknya (setelah membaham bihun dirumah yang entah berapa pinggan) dia ambik milo ais… maka berbahagialah anak banak makan atas tu sebab aku yang belanja kan?
rasa nak buat pesta tak? *tetiba*

lebih kurang jam 10.40am gitulah kot zul akhirnya tiba dengan twister anggur dia…
pepagi dah minum anggur…. tabik spring.
aku kalau minum itu haruslah korang pakat pakat tak g genting kita lepak lam toilet secara berjemaah.
pastu terus je pergi menapau air mineral dan jajan.
tak beli makanan sebab wana dengan baik hatinya menapau BIHUN goreng yang MAK DIA MASAKKAN (capital locks untuk zul…tipah tertipu sangat).
so decide bihun goreng itu kita makan tengah hari aja.
tepat jam 11am dah naik bus dan bergerak. well tak ada apa nak diceritakan sebab tido baik punya dalam bus…

wit dak wana, edisi menangkap gambar bila perjalanan bermula sebelum mata tertido*

afta sejam perjalanan lebih kurang… dalam jam 12pm kita kami sampai di genting skyway,
kena beratur panjang panjang panjang untuk naik ke dalam cable car aka gondola~
nasib la banyak cable car nya jadik tak adalah kami menunggu lama sangat…
dalam 10-15min gitu dah boleh naik.

*ni masa nak naik*

dari skyway ni memakan masa hampir setengah jam jugakla kat atas ni….
sebab cable car dia lembab tahap gaban berjalan. konon nak suh hayati pemandangan….
cehhh tak ada yg menarik pon kat bawah tu masalahnya… hutan hujan khatulistiwa katanya….
kalau boleh tido mau je aku tido dalam gondola tersebut.

kul 1pm baru la sampai ke kemuncak genting… sampai sampai je terus cari jalan ke outdoor games, disebabkan dah berzaman aku tak datang genting memang aku tak ingat jalan nak keluar.
nasib ada zul leh jadik tukang gps kami. har har har.
akhirnya sampai dan bersedia untuk masuk ke taman permainan luar….

*bersiap sedia memakai tag masuk*

ohya! PERINGATAN… hanya cerita seja yang ada… gambar teda ye.
sebabnya aku tak bawak handphone aku… simpan dalam loker.
tak berani aku nak bawak letak dalam poket sebab semua permainan bagi aku adalah extreme,
tak memasal jatuh handphone aku. lagipun memang tak ada masa nak bergambar,
terkejar kejar kesana dan sini sebab masa adalah sangat terhad, dan nak bermain semua permainan…

mula mula masuk tu mencarik roller coaster dulu..
hahaha gila semangat nak men tercari cari macam orang gila, sekali dia ada kat atas rupanya.
pergi sana kena tutup pulak sebab kabus tebal katanya tak dapat nak bukak lagi,
tunggu kabus kurang baru boleh naik. terpaksa lah beransur main benda lain dulu.
dak wana dah tarik tarik tangan aku, hajatnya nak main space shot kalau tak salah aku nama dia…
gila punya ngeri.. aku memang mati mati tamau main benda tu… tapi dah semua mentarikkan diri untuk kesana, terpaksa lah aku turuti walaupun paksa tak berapa nak rela la jugak.
cuma gambar disini je yang sempat diambik… lepas ni memang tk sempat dah….

*space shot yang gila extreme… dipaksa dan terpaksa naik…*

masa naik benda ni dah start debar debar, nampak macam tak tinggi sangat kan?
tapi hadap la engkau masa nak turun. macam jantung ko jatuh dalam perut dah memang tak ada jantung.
gila punya kecut. tobat tak nak naik dah tapi kena paksa jugak. tak shuker! tak shuker!
cubalah korang naik, memang gila lah… aku rela naik roller coaster dari naik benda ni… cubalah!

tapi sementara naik benda ni sempatlah amek gambo satu dua…. tu pon sebab bosan sangat beratur menunggu giliran….

*muka muka orang yang kebosanan menunggu giliran*

*bila dah bosan mari kita buat muka annoying gila… hewhewhew errrr tapi macam aku je yang buat muka annoying tu. kehkehkeh*

habis je membuat sesi debaran di dada merasakan jantung jatuh ke dalam perut
terus berlari-larian ke roller coaster semula nak tengok boleh naik dah ke belum,
tapi masih tutup jadi kami terus ke kapal lanun (pirate ship)…. tade gambar sudah…huhuhu…
teruja nak naik sampai lupa nak ambik gambo… yang ni kurang extreme cuma rasa geli perut je… harharhar… yang bestnya sampai giliran kami tepat kapal itu sudah penuh jadi kami kena tunggu dan itu maknanya dapat pilih tempat paling belakang… terbaek!

afta that terus berlari lagi ke roller coaster tapi masih tutup, disebabkan nak sangat sangat naik beratur je tunggu, lantak la engkau buka ke tak buka ke tetap kami nak beratur jugak.
hulubalang lelaki kami pergi simpan beg beg kami kat loker sebab nak naik go-kart nanti tak boleh bawak beg katanya. lama jugak menunggu lebih kurang 20-25minit.
baru bukak sebab kabus dah tak ada sikit. nasib baik hulubalang dah sampai… boleh menaik bersama sama. tapi memang gila la naik roller coaster ni… dia juz tarik besi keselamatan tu tanpa ikat pape tak macam kat space shot. bayangkan kalau benda tu terbukak?? gila sangat… ngeri doh!
nak nak lagi time roller coaster tu terbalik kepala kita kat bawah, aku hanya mampu pejam mata,
memikirkan kalau benda itu terbukak…. woohh memang gila…. tapi best!
maybe sebab aku tak suka sukan extreme jadi jantung aku berdegup lebih kencang dari orang lain….

lepas je hazab main roller coaster terus kami berlari lari lagi pergi kat go-kart….
beratur sikit punya panjang. emm permainan ni aku kurang gemar sebab aku tak pandai memandu,
lesen tak ada… kohkohkoh… lagipun sikit sangat jalannya, pusing2 tempat yang sama je…. tapi waktu mencabar adalah bila berada di selekoh kedua…
terbaek punya selekoh macam aku nak terbalik je. ada sorang adik tu tersangkut disitu kesian beliau….

afta go kart kami turun ambik beg di loker, sebab masa hanyalah jam 4.30pm.
lagipun masa tu perut dah berkeroncong jadi eloklah kami melantak bihun yang dak wana bawak dulu…
cari port terbaek terus duduk empat beranak kat situ melantak sampai habis.
perghhh gila kenyang sebab aku orang yang kena habiskan makanan dalam tu….
dah jadi macam tong sampah menghabiskan sisa sisa… kehkehkeh!!

then kami berlari lari lagi pergi main buai… buai bukan sebarang buai oke…
gila rasa berangin diatas itu.. layan je… hahahahaha walau pun hati debar debar macam nak jatuh bila buai kita makin senget

*sempat snap masa mula mula check in kesini*

habis je main buai ni, jam dah pukul 5.30pm… waktu turun kami adalah jam 6pm sebab bus jam 7pm.
ada setengah jam lagi. boleh pulak dak wana ni tarik aku pegi beratur untuk main space shot lagi. gila tak?
si KN pulak boleh bersorak riang ria di hari raya kan sebab dapat naik sekali lagi itu kan permainan kegemaran dia… dia ni semua benda extreme dia suka,
aku rasa kalau roller coaster tu lagi panjang jalannya lagi dia suka…..
seyes macam nak pergi bunuh diri sendiri pulak. aku dan zul, redha jelah dapat kawan macam ni

*zul n KN, masa ni dah turun dah… tak sempat nak amek gambo masa mereka naik tu… kalau tak boleh tengok muka cuak sensorang, ni dah muka lega dah ni*

tamat je kami terus berlari-larian nak kejar cable car…
sebab takut tak sempat naik nanti tak memasal ada orang balik dari genting jalan kaki… huhuhu.
terus berlari-larian, beratur sikit punya panjang tau…. so apa lagi marilah kita menangkap gambo kebosanan…

*eh? kenapa posisi hampir sama dengan gambar atas kt space shot tadi?*

*gondola*

*ini masa nak turun*

alhamdulillah sebab sempat turun dan masih ada masa menunggu bus…
lebih kurang dalam 10 min kemudian baru bas sampai. tercipta satu pengalaman yang indah.
memang tak pernah terfikir untuk keluar berempat begini, sebab kat ofis pon kami sebenarnya tidak lah begitu rapat macam dengan budak budak koir lain.
tapi entah macam mana boleh merancang perkara sebegini dan berakhir dengan kenangan yang terindah. kalau ada masa kita naik lagi ya, kali ni mari kita mentangkap gambar bebanyak.
nak ajak dorang sekali dengan budin, ina dan abam wafi pulak, har har har kita tengok siapa yang lemah jantung. keji sangat. 

harapnya persahabatan ini terus begini sampai bila bila, walau sebelum ni kita tak rapat…
engkau orang anggap aku sombong atau apa. dan katanya ada yang terasa segan dengan aku.
well, aku cumalah manusia biasa tiada apa yang perlu disegankan.
masih boleh berlawak gila gila… so simpan perasaan tu mari kita enjoy sesama selagi masih ada ni ya.
lepas ni kita rancang holiday lain pulak… 


13 thoughts on “…GENTING HIGHLANDS, KOTA KERIANGAN…

    • ::Ena::

      tiket genting tu ena kena turun bawah… jalan yang kita nak pegi monorel tu, tau tak? berhampiran pintu and tiket ERL. then ena turun tangga terus ke sebelah kanan, ada banyak2 bus genting, ada kaunter kat situ…..

  1. hehee..sy xpegi pon kat kl sentral..sy g kat lrt gombak.de packagee yg rm58 tuu jgk..wuuu..xsabau nak pegi…

    • ::ena::

      haruslah ramai. hari cuti kan, beratur nak naik satu satu mainan pon dah sejam… paling payah roller coaster sbb kena tunggu kabus tak ada. beratur sepanjang panjang alam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s