…PASAR RAMADHAN…

Tarikh:: 29 Julai 2012

Masa:: 2pm

Lokasi:: Sentul –> The Mall –> Taman Dato’ Senu

 

Hari Sabtu dan Ahad bukan lagi masa senggang untuk aku,
sebab setiap sabtu dan ahad ada aja kerja yang nak kena aku buat….
ke supermarket mencarik barang barang nak buat raya dan baju puan emak serta inche ayah.
rumah pon dah macam tongkang pecah dilanda tsunami. kemas jap lagi bersepah balik.
dah! kosserr la nak kemas pagi petang siang malam kan?

So ri ahad ritu g da Mall, saja jalan jalan katanya…
nak survey baju sambil sambil tu mata ni meliar la jugak survey cardigan…
hurmmm got it ada kedai jual cardigan, sok sok leh la g rembat kat kedai tu.. shukerr!!

yang bestnya hilang nak survey baju carik barang, aku pulak yang terembat baju kurung kain cotton kat situ, murah hokey… rm50 je… kalau kain pasang dah rm35 4meter, nak upah menjait lagi,
sekarang ni upah jait lagi mahal dari harga kain….
Cik kakak lak beli kasut kerja… ada berkenan kat kasut tu tapi masa tu lom cukup duit…
takpe bertabah… nanti mesti leh beli nyer….

settel survey barang, aku dan cik kakak terus jelah balik..
lagipun pusing pusing pon bukan ada apa yang menarik dikala kocek kering ni
sebab asyik duduk belanja bukan bukan sekali baru tersedar kocek dah kering…
gitewww sajak sangat bunyiknya….

tapi we olls tak terus balik sempat singgah pasar/bazar ramadhan kat taman dato’ senu,
kira pasar terbesar la kat area sentul ni… cuma masa kami pergi tu awal lagi so kedai banyakla tak bukak lagi.. kiranya ni lah pes time aku ke pasar ramadhan untuk puasa tahun ni….
sebab aku ni jenis manusia yang tak suka sesak sesak,
aku rimas dan bila berbuka makanan utama dah cukup,
tak perlu kuih kuih tambahan sebab gerenti tak kan habis punya!

aku yang mengidam nasi kukus ayam berempah dari hari tu lagik dok meroyan kan?
akhirnya tercapai jugak hasrat ku. walau rupa dia tak indah, tapi harap rasa dia sedap la…
bagi aku setakat ni siapa siapa pun masih lom boleh cabar nasi kukus ayam berempah
kakak yang jual kat pasar malam bukit beruntung tu, nasi kukus dia memang power,
ayam berempah dia besar gedabak rempah pon banyak dah tu sos cili api dia memang terbaik!!
murah rm 6.50 kalau tak salah aku, nak dibandingkan dengan yang aku beli ni rm5.50,
peha ayam pon dah macam kepak ayam! kering tak ada rempah….
dan yang paling tragis NASI DIA MENTAH oke… bukan sesenduk ke, sesuku ke tapi kesemua!!
macam ko amek beras, basuh pastu makan…gitewww……

wahhhh, hangen oke… yelah aku taulah engkau tu puasa…
semerang pon puasa tapi pe jadah engkau puasa nasi engkau lak yang mentah,
engkau tak leh rasa nasi tu pakai jari je, cuba patahkan la… itupun nak kena ajar ke?
kalau dah patahnya tu senang gila dan tak ada halangan, sah sah la nasi engkau mentah!
kalau kuah ke ayam ke rasa tawar, aku boleh la accept lagi sebab benda tu engkau kena rasa pakai lidah…
ini nasi hoiiiihh kau nak kena makan sepinggan ke baru tahu mentah ke tidak???!! hissss…..

tapi dah disebabkan lapar tahap gila, terpaksa la mentekedarah jugak.
rasa macam nak pergi balik kat makcik tu mintak ganti rugi.
sakit betol hati. pasal ni la aku malas nak membeli di luar.
dahla tobat tamau gi dah! kalau pergi pon tak ada nya nak singgah situ dah. mencik!

tak memasal aku nak hangen di bulan poser ni kan… dah tinggal separuh pahala tu… padan muka!

tak sabarlah nak balik kampung, rindunya dengan suasana kampung… dah 6bulan lupa daratan.
rindu mak n ayah sangat sangat, katanya nak berpuasa kat sini… tapi masih belom datang.
oke ieyza sedih!! uhuk uhuk uhuk…..
manalah mereka ni, tak sabar nak berpuasa bersama…. dah 11 ramadhan kan?
cepat masa berlalu…

tahun ni tema baju raya aku, cik kakak, puan emak dan inche ayah adalah MERAH!!!
ada ongggg laaa!! *sangat!*
tak sabar nak mam kuih raya… satay… wahhhh! gila la asyik ingat raya ni…
puasa pun tak berapa nak sempurna… haishhh…

Korang pulak apa warna tema tahun ni????

notatangan:: ada sesapa tak nak kad raya… nak teruskan tradisi hantar kad raya ni… kalau ada leh la inform, jangan malu malu…hewhewhew

…PEMENANG 2#…

Dulu aku ada gitau kan… setiap bulan aku akan tengok siapa pengkomen terbanyak dan kalau ada perubahan aku akan umumkan siapa di tempat pertama sekali pemenang la kiranya, akhirnya berubah sudah setelah berapa bulan aku mentengok ianya menyepikan diri aja… kesian sungguh nampak nau banyak silent reader yang memang tak mau mengkomen… sedih tau! *lempang*

AND THE WINNER GOES TO ….. *drummmm pleaseee!!!*

dum…dum…dum…… *gitewwww….memang mintak penyepak*

PUAN ESARLI BUDAK BAIK aka SNOWHITE

hadiah…. nanti ai bagi masa kita jumpa k dear… kalau payah sangat nak jumpa ai pos je nanti…. dun wori… hope u like it… ^_^

…REVIEW FILEM:: BRAVE…

Tarikh:: 18 Julai 2012

Masa:: 10pm

Lokasi:: MBO Ampang

 

Sinopsis::

An impetuous princess discovers that her reckless choice has put both her family and her father’s kingdom in peril in this animated adventure from Pixar films. As a toddler, Merida (voice of Kelly MacDonald) saw her father, King Fergus (Billy Connolly), do battle with one of the fiercest animals in the kingdom — a horribly scarred hulk of a bear named Mordu. Though Fergus lost his leg defending his family, Merida and her mother, Queen Elinor (Emma Thompson), managed to escape the beast before it vanished back into the forest. Years later, Merida has grown up to become not just a skilled archer, but also a beautiful princess who inspires a competition among the eligible bachelors in the land. But Merida has little interest in getting married, and the harder her mother pushes the issue, the more fiercely she resists it. When the tournament for her hand gets under way and a deep divide opens between mother and daughter, Merida makes a wish that threatens the future of both her family and the entire kingdom. Now, with only a brief window of time to set things right, Merida must summon the courage to atone for her mistake and prevent a past tragedy from destroying any hope for a peaceful future.

Review::

Oke, baru reti nak buat review bila dah masuk bulan Ogos gitu… dasar! Sebab sekarang tengah syok gila men game, layan je tu yang pemalas gila nak update tu.
Bagi aku cerita dia boleh tahan… mengenai seorang puteri yang pandai memanah, tidak mengikut courtesy keluarganya. Dia ni nak memecah tradisi keluarga, tidak mahu berkahwin dalam usia muda walaupun ibunya dah menjemput tiga orang jejaka dari negeri berlainan untuk dipilihnya, dia pula mencari idea untuk mengelak. 
Bila sedang melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin, dia terjumpa cahaya biru yang membawanya berjumpa nenek tua dimana dia ingin menyihir ibunya supaya menukar fikiran tentang perkahwinan. Namun, ada kesalahan yang berlaku.
Dan dia juga dapat merungkaikan sihir seekor beruang buas bernama “mordu”

Part klaka tak hengat tu kurang la rasanya. Tapi bab sedih tu ada bila dia nak rungkaikan kembali sihir keatas ibunya… menangis mendengar kata-katanya. adess…malu sayer inche mentengok saya menangis… pastu tak habis habis beliau membahan saya. Bagus! -..-”

Aku bagi 3 bintang… sebab aku tak minat sangat cita kartun/animasi pemenda segalak ni… hewhewhew…

notatangan:: bulan poser terpaksa hentikan segala aktiviti tak berpaedah ini. bistu takkan engkau nak berbuka puasa dalam panggung gitu, kanns?

…OUHH BARULAH AKU TAHU, PATUTLAH RIUH JER…

Tarikh:: 24 Julai 2012

Masa:: 9.30am

Lokasi:: Opis yang membosankan…

Semalam kecoh kecoh je kat dinding facebook tu pasal nak tengok payslip.
Aku pon agak kepelikkan pesal la kecoh semacam,
hangin hangin tak lepas lepas nak nengok payslip katanya.

Rupa rupanya gaji bulan ni sekali dengan tunggakan.
tu pun mujur kawan yang bagitahu kalau tak sampai kesudah la aku kepelikkan.

Seriously, aku agak ketinggalan dalam benda benda macam ni. means yang melibatkan gaji. 
Sebabnya aku tak pernah ambik tahu pon pasal gaji aku. Tunggakan ke bonus ke kenaikan ke.
Bukan…..bukan sebab aku berlagak kaya ke gaji banyak ke… gaji aku kecik je wei..
baru 4tahun berkhidmat, apa yang engkau harapkan kan? gaji pegawai? 

Tapi bagi aku…. aku tak kisah dapat berapa, lebih ke kurang ke…
bagi aku itulah rezeki aku… kalau rezeki tak ada, kurangla… kalau rezeki ada…. alhamdulillah….

Sebab tu payslip aku, jangan harapla aku nak print out ke nak tengok ke on dat date kan.
tunggulah 6 bulan ke kalau aku bosan tak ada kerja baru la terasa nak bukak n print kan…
kalau tak, biarlah situ.

Aku tak mengharapkan pape…cukuplah aku ada gaji…. ada duit unutk tampung makan pakai aku…..
tak kisahla banyak mana pon.
Tamaula dikatakan hamba duit pulak kan… pantang dengar, terus bergelojak gembira mentengok.
Syukur atas rezeki yang ada.

Dulu mungkin la, tapi sekarang… semenjak ada orang ambik duit aku
dan hutang dia aku yang tanggung..aku belajar sendiri, belajar untuk hidup sederhana.
biarlah orang nak kata apa pun, berbuih mulut pon orang tak kan faham masalah aku.
kawan kawan terdekat pon selalu pelik aku guna duit ke arah mana, walau dah diberitahu,
tapi siapa nak ingat kan? so lantak pi situ. tak kisah janji aku makan tak pernah mintak duit korang…
kecuali korang nak belanja, its not my fault la… 

Sebab tu jugak, semalam agak kebenggangan Mr Her dengan aku bila cerita sal gaji ni.
aku tak berapa nak faham, pastu dia marah suruh aku fokus apa yang dia cakap techik hati aku kena marah, tak fokus katanya…. padahal dia yang tak paham cakap aku….tak ada pulak aku nak angin.
Aku cerita pasal bulan kenaikan, dia cerita pasal kenaikan gaji, boleh?
nasibla aku ni tak mengamuk sama, bertabah je aku bulan poser ni,
dah tu engkau boleh buat muka tak bersalah kan MR Her sebab marah aku atas salah faham diri sendiri??? -..-” sabo jelah dia ni.
eh biarlah naik berapa pon, aku tak kisah…. janji orang dah kasi terima jelah kan, syukur jelah.
kang orang tak bagi lagi nak angin…. 

Klah, tu je nak cakap… benda sikit je tapi bila dah nama ieyza yang menaip
sependek pendek tulisan pon boleh jadi sepanjang panjang alam….