…YANG NI TAK ADA SAPA NAK SHARE KAT FB KE??…

Tetiba nak share satu pendapat islamik. senanya ramai yang dah tahu kalau baca belog Kereta Mayat, sebab ini pon aku copy dari belog beliau. 
Tapi catatan ini ditulis oleh saudara Suhaimi Ramly (untuk bacaan penuh)…
Walau ramai dah baca, dah tahu aku copy paste kan jugak untuk peringatan diri aku sendiri. Sebab aku memang sokong pada pendapat beliau pasal “share2 benda mengarut di FB”…

***********

Segelintir orang Islam suka sebar cerita bohong. Pada masa saya aktif dengan gerakan Islam di kampus UiTM dahulu (tahun 2000-2001), saya pernah mengikuti aktiviti di mana beberapa orang pelajar menyuruh pelajar-pelajar jangan terlalu sibuk dengan belajar kerana Imam Mahdi akan keluar pada tahun 2005. Ada versi yang mengatakan tahun 2006. Macam-macam dalil yang mereka keluarkan.
 
Seorang rakan yang saya hormati, seorang ustaz pernah menghantar email forward yang panjang lebar kepada saya pada tahun 2005 supaya bersedia untuk menghadapi kedatangan Imam Mahdi pada tahun 2006 dan suruh simpan stok makanan untuk setahun.
 
Sekarang sudah 2012. Mana pergi Imam Mahdi, ustaz? Mana dia pertumpahan darah di Mina tahun 2006? Mana bai’at Imam mahdi pada Hari Asyura? Ustaz dah tipu saya.
 
Yang lebih teruk, Ustaz telah tipu menggunakan agama. Ustaz telah berdusta terhadap agama kita sendiri, kerana mengikut ajaran Islam, tiada siapa yang tahu tarikh-tarikh tanda besar kiamat melainkan Allah s.w.t. Kenapa ustaz menipu, dan kenapa ustaz menyebarkan kisah2 palsu ini? Budak tadika pun tahu menipu berdosa.
 
Adakah untuk memberi keinsafan? Tak cukupkah Al-Quran yang penuh dengan kisah2 Nabi terdahulu dan cerita2 kiamat untuk memberi keinsafan? Perlukah merekacipta kisah2 palsu mengenai Nabi Ibrahim pergi Kampuchea dan Imam Mahdi muncul dari Nusantara untuk memberi keinsafan?
 
Apa yang saya nak tanya ustaz ialah:
Berapa anak muda dan orang dewasa yang percaya cakap ustaz bahawa tahun 2006 imam mahdi dan dajjal akan turun, lantas mereka berhenti kerja dan berhenti dari pengajian kerana kononnya nak sertai tentera Imam Mahdi?
 
Apakah dalil yang ustaz bawa untuk menyokong kisah palsu tersebut? 
Ustaz belajar dari kitab mana?
Apakah hukum menyebarkan berita palsu yang tak dikaji kesahihannya?
Apakah hukum menyebarkan pada manusia tarikh Imam Mahdi akan turun sedangkan Rasulullah pun tak tahu tarikh tersebut?
Ustaz dah taubat ke belum?
Kalau belum cepat sikit ya.
 
Begitu lah juga dengan kisah Sai Baba yang dianggap Dajjal. Siap keluar buku lagi bertajuk “Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan”, mengenai Sai Baba ini.

 
Buku ini dijual di toko2 buku agama, diterjemah dari bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia, dan menjadi bestseller (“buku panas”, tertera di cover buku ini).
 
Dalam buku itu banyak gambar2 Sai Baba, yang tak banyak ialah ayat Al-Quran dan Hadith Sahih. Yang lebih authentic bagi penulis buku ini ialah Sai Baba bukannya kata-kata Allah s.w.t. Yang lebih dipercayai ialah magic2 Sai Baba, bukan mukjizat Al-Quran. Nauzubillahi min zaalik.
 
Sekarang Sai Baba dah mati. Adakah Dajjal sudah mati? Kalau Dajjal dah mati, adakah akan keluar Dajjal kedua? Kalau Sai Baba itu dajjal, mana pergi tentera dajjal yang katanya beratus ribu orang tu? Sai Baba ada tentera ke? Kalau Sai Baba itu Dajjal, kenapa Sai Baba nampak dua2 mata elok je? Bukankah Dajjal buta sebelah?
 
BBC, satu syarikat penyiaran milik kerajaan UK yang bukan Islam itu pun lebih arif mengenai Sai Baba — mereka dedahkan bahawa Sai Baba ialah seorang con man, bukannya seorang ahli agama yang suci. Rajin2 lah cari video di Youtube pendedahan mengenai penipuan dan hoax yang dibuat oleh Sai Baba.
Orang Kafir pun tahu Sai Baba penipu, orang Islam yang kononnya ulamak, tulis buku mempercayai Sai Baba ada kuasa ajaib. Astaghfirullah. Kalau ini bukan namanya menyesatkan umat, apa lagi?
Semua ni penipu. Penipu yang berselindung di sebalik agama. Laknatlah kamu semua.
 
Tapi mereka ni senang sahaja nak tutup kesalahan mereka. Mereka akan kata “saya khabarkan kisah2 ini supaya iman kamu meningkat. tak kira lah betul atau tidak, bukankah elok kita menyediakan diri untuk hari kiamat? Bukankah Al-Quran menyuruh kita berfikir mengenai hari kiamat?”
 
Ini lah kata-kata yang sering diujarkan mereka untuk menutup penipuan yang mereka buat pada umat. Dengan selindung agama, mereka menjustifikasi kan penipuan besar mereka. Menipu jadi halal sebab dibungkus dengan agama.
 
Saya bukan kata semua orang penipu, bukan semua ustaz menipu. Yang buat ini beberapa kerat sahaja. Saya tak nafikan bahawa ramai umat Islam dan ulamak Islam yang berfikiran waras, tidak sebodoh ini. Semua itu saya mengaku. Jangan lah kata saya menyapu semua orang islam dengan tuduhan ini. Saya kata kepada sebahagian sahaja, bukan semua.
 
Mereka yang suka menipu ini tak habis2 menipu. Antara penipuan lain:
 
1. Dalam Pepsi ada darah pesakit HIV, jadi jangan minum Pepsi dan minuman2 lain untuk beberapa hari.
Ini diberitahu oleh seorang rakan saya beberapa minggu lepas. Apabila disemak menggunakan Google, rupa2nya penipuan ini dah bertahun2 dibuat. Kadang2 kena pada Coke. Kadang2 brand lain pun turut masuk. Ntah apa yang mereka ni dapat aku pun tak tahu lah.
 
Bila benda ni di”share” dalam Facebook Wall oleh budak hingusan, maka berduyun2 lah si mangkuk menulis di bawahnya:
 
Terima kasih akhi. minta kebenaran untuk share.
 
Wahhh…takutnye ana nak minum Pepsi lepas ni. Jazakallah akhi. mohon kebenaran untuk share.
 
Ana kena share maklumat ni dengan para muslimin dan muslimat. ana mintak kebenaran untuk share ya. JZKK
 
Nak kata bodoh, nanti marah pulak. Tapi takpe, marah le kat aku. Korang seme memang bodoh.
 
2. Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.
 
Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger mengandungi Babi.
 
Saya doakan semoga siapa yang memulakan fitnah ini, akan merasai cemeti di dalam kubur barang sedas dua.
 
Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.
 
Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan Islam sekalipun).
 
Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam produk mereka.
 
3. Dunia akan kiamat 2012.
 
Barangsiapa percaya dunia akan kiamat pada 2012, mereka ini lebih percaya kepada Mayan prophesy daripada percaya kepada kitab Allah. Kitab Allah mengatakan bahawa tiada siapa yang tahu masa kiamat melainkan Allah sahaja, walaupun Rasulullah pun tak tahu. Siapa percaya konspirasi Mayan ini cuba check balik iman dalam diri anda. Apa dalil yang digunakan untuk percaya benda ni? Tiada apa-apa berunsur Islam melainkan fiksyen2 Barat sahaja.
 
Dan macam2 lagi penipuan dibuat atas nama agama. Kalau nak tulis satu persatu memang tak habis.
Biasanya penipuan dibuat oleh orang2 yang ada latarbelakang agama, tapi hatinya jahat. Alasan mulutnya ialah untuk kebaikan orang Islam. Ingat, menipu jadi halal kalau dibalut dengan agama. Kemudian disebarkan melalui usrah2 dan ceramah2. Kemudian sampai kepada masyarakat umum.
 
Yang kemudian menyebarkannya melalui FB wall, SMS, email fwd, blog, twitter, dan cara2 yang lain.
Orang lain menggunakan teknologi untuk memperbaik kehidupan dan untuk memajukan manusia, kita menggunakan teknologi untuk hebahkan bahawa imam mahdi keluar tahun 2006, dunia kiamat tahun 2012 dan Sai Baba adalah dajjal. Dan produk itu dan ini ada babi.
Patutlah tak maju-maju.
 
Sekian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s