…*HI-TEA at PAYA SERAI, HILTON PEE JAY…

Tarikh:: 14 Julai 2012

Masa:: 1am

Lokasi:: Sentul –> Pee Jay –> Sentul

Akhirnya tertunai jugak impian nak makan dengan inche aka Mr Her kat hotel Hilton.
Oke lempang diri sendiri… jakun tak hagak-hagak.
5star hotel? mungkin la… entahla aku tak kaji tapi setahu aku Hilton Hotel ni 5 stars punya hotel
maklumla empunya si bapak Paris Hilton tu kan terus pulak bagi kat si anak..
wahhhhhh *pe aku merepek ni?*

*ihsan pokcik google*

so call reservation ambik hari sabtu for 2 pax…
pergi tu kecut perot nak masuk hotel cenggitu, terasa diri begitu kerdil… ouhh….
terus kaki mencarik dimana letak nya Paya Serai Restaurant tu.
Ouhh rabun sebelah tempat aku berdiri je rupanya…. pergi kat penyambut tetamu,
check nama dan tempat sekali. sekali engkau panggil orang ni, aku panggil orang tu….
pastu pergi sana sini… oke kompius. las las duduk kat tempat luar tu, bersantai jap.
pening aku tengok dorang ni… Mr Her bertabah je sedangkan perot tengah lapar tahap gaban.
Haaa itu yang aku takut. Mr Her ni penyabar sangat tau, tapi jangan uji dia time dia lapar.
engkau takkan menjangkakan apa situasi yang akan engkau hadapi… so apa-apa perut dia kena isi dulu.
sekali cik receptionist tu datang bagitahu ada segorombolan manusia datang meeting,
dorang ni main duduk je… so mintak tunggu atau makan diluar dulu, nanti dorang blah kami boleh masuk… well not proper pulak kan.. dah engkau makan kat sini nanti nak pindah randah bagai…
so aku choose to wait sebab dia kata tak lama.
serious aku dah cuak la time tu tengok Mr Her, dalam hati berdoa doa cepatlah kami dapat makan….
nasib la cik receptionist tu baik.

terubat sikit kepanasan dihati sebab engkau dah buat reservation jam 1am engkau tak dapat makan…. hurmmm… tapi dah nama engkau pon macam rusa masuk kampung, di hotel lima bintang…
tak yahla nak berover berlagak sangat kan. so biar jelah.
nasib memang sekejap je terus dah dapat masuk.

*ihsan pokcik google*

serious, aku malas plus segan nak amek gambo.
asik lupa lupa lupa jadi gambar adalah tidak banyak and disebabkan malu sangat….amek pon nak tak nak je. jadi kualiti gambar adalah tidak memuaskan plus pengcahayaan adalah tidak elok sbb tempat aku duduk adalah gelap *konon2 romantik la tuh? ceh!!*

first appetizer… aku amek segala jenis pemanis mulut sebab aku takut nak makan nasi
lagi nanti kekenyangan tak sempat nak merasa makanan yang lain.
Mr Her pulak terus je amik nasi… nasi beriani yerk Mr Her??? aku pon dah lupa…
lupa jugak untuk ambik gambar… pengsan!! otak tahap nyanyuk tak leh bawak berbincang!

*kek semua tak sedap… pencuci mulut pulut n durian boleh kasi aku muntah… cupcake blueberry keras…. Mr Her kata nasi dia oke*

second baru aku teruja nak ambik nasi, aku mam nasi ayam hainan.
memang mabeles dia punya kuah cili… masam masam pedas. terbaik!
ayam dia pon sedap sebab tak keras, just nice! Mr Her amek satay ayam, dia kata oke.
*dia ni semua oke tolak batu kayu je kot*

third aku amik satay pulak… oke la not to0 bad…tekak boleh terima.
Mr Her pulak amek buah-buahan and pulut panggang.
Kira tema makan tengah hari itu adalah ikut suka, tak ikut peraturan makanan pon.
hahahhaa….. main bantai je tekak nak makna apa.

Fourth aku amek jeruk, apple salad and tembikai susu.
Mr Her amik jagung susu kalau tak salah aku…. emmm………entahla… silalah tanya dia sendiri….
hahahaha pening @.@

*jeruk sedap! apple salad tak boleh terima tekak, tembikai susu…..lembik gila*

akhirnya MR Her, makan sendiri2. Tak larat dah perut aku nak menerima,
Mr Her amek satay daging pulak…. lepas tu amek ABC…. aku like…… whattt???
sebab apa, hotel lain (bukan 5 stars) sediakan icecream bagai oke…
sangat mabeles engkau sediakan es tacang je?????

Kesimpulan, agak kecewa la sebab aku memang menaruh harapan yang tinggi datang sini
dah nama pon hotel ternama katanya kan.
tak ada makanan menarik pon cuma banyak makanan melayu…
kuih muih, well aku espek datang sini boleh rasa makanan barat ke…kan?
dah engkau memang terang lagi nyata tak payah nak bersuluh memang orang melayu lahir kat malaysia pepagi buta breakfast dengan kuih tradisi tiga ketul, apa yang engkau harapkan datang tempat macam ni. haruslah lain dari apa yang pernah engkau makan kan???? so agak kiciwanya.
maybe aku datang tu tak kena hari kot. tataulah. tapi servis memang tiptop!! aku salute….

4 thoughts on “…*HI-TEA at PAYA SERAI, HILTON PEE JAY…

  1. kelassss kau jah.. hikss hiksss..
    tp menu dier hampeh yerks.. sabar jerk lah.. gah atas nama jerk yerks.. isk3..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s