…PASAR RAMADHAN…

Tarikh:: 29 Julai 2012

Masa:: 2pm

Lokasi:: Sentul –> The Mall –> Taman Dato’ Senu

 

Hari Sabtu dan Ahad bukan lagi masa senggang untuk aku,
sebab setiap sabtu dan ahad ada aja kerja yang nak kena aku buat….
ke supermarket mencarik barang barang nak buat raya dan baju puan emak serta inche ayah.
rumah pon dah macam tongkang pecah dilanda tsunami. kemas jap lagi bersepah balik.
dah! kosserr la nak kemas pagi petang siang malam kan?

So ri ahad ritu g da Mall, saja jalan jalan katanya…
nak survey baju sambil sambil tu mata ni meliar la jugak survey cardigan…
hurmmm got it ada kedai jual cardigan, sok sok leh la g rembat kat kedai tu.. shukerr!!

yang bestnya hilang nak survey baju carik barang, aku pulak yang terembat baju kurung kain cotton kat situ, murah hokey… rm50 je… kalau kain pasang dah rm35 4meter, nak upah menjait lagi,
sekarang ni upah jait lagi mahal dari harga kain….
Cik kakak lak beli kasut kerja… ada berkenan kat kasut tu tapi masa tu lom cukup duit…
takpe bertabah… nanti mesti leh beli nyer….

settel survey barang, aku dan cik kakak terus jelah balik..
lagipun pusing pusing pon bukan ada apa yang menarik dikala kocek kering ni
sebab asyik duduk belanja bukan bukan sekali baru tersedar kocek dah kering…
gitewww sajak sangat bunyiknya….

tapi we olls tak terus balik sempat singgah pasar/bazar ramadhan kat taman dato’ senu,
kira pasar terbesar la kat area sentul ni… cuma masa kami pergi tu awal lagi so kedai banyakla tak bukak lagi.. kiranya ni lah pes time aku ke pasar ramadhan untuk puasa tahun ni….
sebab aku ni jenis manusia yang tak suka sesak sesak,
aku rimas dan bila berbuka makanan utama dah cukup,
tak perlu kuih kuih tambahan sebab gerenti tak kan habis punya!

aku yang mengidam nasi kukus ayam berempah dari hari tu lagik dok meroyan kan?
akhirnya tercapai jugak hasrat ku. walau rupa dia tak indah, tapi harap rasa dia sedap la…
bagi aku setakat ni siapa siapa pun masih lom boleh cabar nasi kukus ayam berempah
kakak yang jual kat pasar malam bukit beruntung tu, nasi kukus dia memang power,
ayam berempah dia besar gedabak rempah pon banyak dah tu sos cili api dia memang terbaik!!
murah rm 6.50 kalau tak salah aku, nak dibandingkan dengan yang aku beli ni rm5.50,
peha ayam pon dah macam kepak ayam! kering tak ada rempah….
dan yang paling tragis NASI DIA MENTAH oke… bukan sesenduk ke, sesuku ke tapi kesemua!!
macam ko amek beras, basuh pastu makan…gitewww……

wahhhh, hangen oke… yelah aku taulah engkau tu puasa…
semerang pon puasa tapi pe jadah engkau puasa nasi engkau lak yang mentah,
engkau tak leh rasa nasi tu pakai jari je, cuba patahkan la… itupun nak kena ajar ke?
kalau dah patahnya tu senang gila dan tak ada halangan, sah sah la nasi engkau mentah!
kalau kuah ke ayam ke rasa tawar, aku boleh la accept lagi sebab benda tu engkau kena rasa pakai lidah…
ini nasi hoiiiihh kau nak kena makan sepinggan ke baru tahu mentah ke tidak???!! hissss…..

tapi dah disebabkan lapar tahap gila, terpaksa la mentekedarah jugak.
rasa macam nak pergi balik kat makcik tu mintak ganti rugi.
sakit betol hati. pasal ni la aku malas nak membeli di luar.
dahla tobat tamau gi dah! kalau pergi pon tak ada nya nak singgah situ dah. mencik!

tak memasal aku nak hangen di bulan poser ni kan… dah tinggal separuh pahala tu… padan muka!

tak sabarlah nak balik kampung, rindunya dengan suasana kampung… dah 6bulan lupa daratan.
rindu mak n ayah sangat sangat, katanya nak berpuasa kat sini… tapi masih belom datang.
oke ieyza sedih!! uhuk uhuk uhuk…..
manalah mereka ni, tak sabar nak berpuasa bersama…. dah 11 ramadhan kan?
cepat masa berlalu…

tahun ni tema baju raya aku, cik kakak, puan emak dan inche ayah adalah MERAH!!!
ada ongggg laaa!! *sangat!*
tak sabar nak mam kuih raya… satay… wahhhh! gila la asyik ingat raya ni…
puasa pun tak berapa nak sempurna… haishhh…

Korang pulak apa warna tema tahun ni????

notatangan:: ada sesapa tak nak kad raya… nak teruskan tradisi hantar kad raya ni… kalau ada leh la inform, jangan malu malu…hewhewhew

16 thoughts on “…PASAR RAMADHAN…

    • ::ieda::

      ini pon tk beli apa lagi ni tau… kuih biskut semua tk buat lagi, bizik la.. tk tau la sempat ke tak, lau tk kita makan biskut kering jelah… hahahha

  1. aisehh..dtg dato senu xhabaq…majok ar cenggini…len kali jgn beli nasi kukus ayam berempah kat bazar ramadhan tu…beli kat gerai tp gerai burger ujung deret kedai tu…ayooo…..5 hengget tp rs bleh tahan๐Ÿ™‚

    • ::Kak Q::

      yeke kak? kat mana ek? tk pasan lak ada kedai burger…. iskk! jom kak kita pegi bersama… *tetiba*, masih kempunan lagi ni sebab tk dapat yang sedap ritu…

      • bazar sblh kedai yg gerai ni sebalah sn lot kedai tu…ujung yg bertentangan dgn gerai ‘tenggek’ tepi restoran mamak๐Ÿ™‚

          • hahaha tu la psl ckp cam kamu dpn mata tunjuk2 kai tgn muncung2 mulut bagai kih3…sebelah yg bertentangan lor…bazar belah sinun gerai tu di sblh sini errr bkn di kwsn bazar ramadhan tu

          • ::kak Q::

            wakakakaka i pong tatau ni…pening dah… yang ai cakap ni bazar yang nak menghala ke k4 pemenda semua tu kalau tak salah la… yang jalan dia beso gila tu….

          • aiyarkkkkk…tu bazar ramadhan bandar baru sentul la syg…bukan dato senu…adeiiii ~tepok2 dahi =P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s