…LADY IN RED…

red tak mana pon senanya. hahaha.
raya dah berkurun lama kan, orang buat ucapan pon raya pertama ritu dah,
dan aku macam biasa rasanya jadik orang paling last nak buat ucapan…
sibuk beraya plus malas plus letih plus tak sempat plus……
ermmm raya ni terlalu banyak benda yang berlaku antara aku dan MR HER…
namun, suka duka tu tak perlu la diceritakan disini….
biar diri sendiri telan pahit dan manis semua perkara…

tahun ni beraya ni kampung halaman tercinta, Terengganu…
dan MR HER beraya di Johor… betul pepatah kata, jauh dimata akan jauh juga di hati…
selalu aku ingatkan dia tentang perkara ni, tapi dia nafikan…
katanya tak kira dimana pon berada yang penting antara kami saling mempercayai, jujur dan saling menyayangi… JUJUR…?? hanya mampu telan nafas ini sedalam dalamnya…
manusia memang mudah berkata-kata, namun andai sampai masa………

oke, bukan nak cerita pasal dia… aku nak cerita bertapa tunggang langgangnya life aku beraya kali ni,
3 buah family balik beraya… memang haru biru… nasibla rumah mak besar… kalau sekangkang kera??
acaner tu…. beraya kali ni memang tak ada masa la aku nak merasa duduk didepan…
hari jumaat pagi balik lepas tu dengan jammed selama sejam sebab kemalangan,
jammed lagi setengah jam sebab penuh maknosia nak isi minyak di Muktafi Billah Shah….
akhirnya selamat sampai jugak petang tu then terus buat kerahan tenaga siapkan apa yang patut dengan pulut panggang, ketupat, satay. esoknya buat rendang pulak sampai la raya pon
sempat ke depan bersalam je pastu dah kembali ke ceruk dapur dengan cik kakak…
hilang tu kena melayan anak anak sedara pulak… sampai aku tak ada masa nak online lelama.
bermesej atau kol sesaper.
so kalau ada yang terasa dan beralih arah kerana aku tiada masa untuk mereka waktu itu
sesungguhnya aku faham. malah lebih dari faham.

seminggu beraya di kampung sempat jugak bertandang ke rumah kawan
yang melangsungkan perkahwinan pada hari sabtu ritu.
tapi pergi pon dah lewat petang sebab aku tumpang kenderaan orang…
jadi redha jelah tak ada gambar dengan pengantin. dahla yang kahwin tu kawan baik aku…
takpelah… janji datang jugak aku menjenguk dan mendoakan supaya kalian bahagia sampai syurga…

esoknya, pagi pagi subuh dah bertolak balik ke KL, takut jem katanya…
alhamdulillah tak ada apa apa yang menghalang perjalanan… selamat sampai juga.
penat tak payah nak cakaplah, 6 jam duduk dalam kereta. leper jugak la montot agaknya…
yang bestnya sepanjang perjalanan adalah aktiviti tido secara berjemaah..
sebab tak ada boleh dibuat, tak ada orang mesej tanya khabar…
tak ada orang kol langsung tanya macam mana perjalanan…. hebat!

isnin dah start keje semula… oke rasa nak sambung cuti gamaknya.
penat melampau! klah tu je. tak ada idea and tak ada mo0d. papai.

*kuarga asas aku…*

*adik beradik dan ipar*

*anak anak sedara*

notatangan:: ketika kamu terlalu menyayangi seseorang dan harapan padanya setinggi gunung, apa perasaan mu bila orang yang kamu percaya dan berharap itu yang mengecewakan kamu?

…FILEM REVIEW:: TOTAL RECALL n STEP UP REVOLUTION…

juz a quick and simple update…

dari sehari ke sehari nak hapdet tak jugak lepas lepas sebab tahap kemalasan memang hebat… kali ni juz a simple update untuk filem yang aku dah tonton sebab dah lama sangat aku peram… mo0d menulis pon sebenarnya masih tiada, tak tau dia lari kemana. cuba kejar tapi masih tak dapat dapat. hurmmm…

TOTAL RECALL

review:: so far bagi aku cerita dia oke, boleh tahan la sebab banyak jugak aksi lawan lawan gitu… tapi agak kebengangan la sebab naper hero dia cam lembik je… tak reti lawan leklok ke? dengan pompuan pong leh kalah. camne tu… cerita ni dua dua perempuan adalah chantek, so amat suka melihat bila ada hero or heroin heroin yang chantek itu… ngeee. aku bagi 3 bintang…. kate dalam citer ni chantek gila walaupun jahat.

sinopsis:: A factory worker, Douglas Quaid, begins to suspect that he is a spy after visiting Rekall – a company that provides its clients with implanted fake memories of a life they would like to have led – goes wrong and he finds himself on the run.

STEP UP REVOLUTION

review:: okies, boleh tahan jugak sebab tarian yang dipertaruhkan dalam filem ni memang mabeles, yang boleh diterima pakai dalam 2-3 tarian… paling aku suka tarian dorang pakai baju kot kat opis tu, serious mengkagumkan. rasa cam nak join menari sama, boleh? nape la tak dibuat kat mesia ni. sah sah orang pertama isi borang pastu orang pertama jugak yang kena reject…kehkehkeh… yang lain lain macam tak best sangat sebab biasa biasa je. aku rasa kalau dari awal lagi tarian dia dapat menarik setiap minat dan kekaguman penonton mesti aku boleh kasi 4 bintang or 4 setengah bintang….sayangnya banyak tarian yang agak merapu macam tarian jalanan tu… ermmm, tak best… tapi aku boleh terus lekatkan punggung dikerusi sebab tarian berbaju kot tu.. satu lagi aku tak ingat yang mana. hahaha. aku bagi 3 1/2 bintang.

sinopsis:: Emily arrives in Miami with aspirations to become a professional dancer. She sparks with Sean, the leader of a dance crew whose neighborhood is threatened by Emily’s father’s development plans.

notatangan:: kalau itu semua lakonan. memang hebat lakonan engkau.

…MOHON AMPUN DAN MAAF…

rasa banyak gila nak hapdet dan memang sebenarnya macam macam cerita yang aku nak tulis tapi tak sempat seterusnya dah jadi cerita basi… tak pelah basi pon basi lah later later akan ku hapdet. hader aku kisah?? janji aku hapdet jugak kan walau dah berkulat…

aku terlalu sibuk, banyak sangat benda nak buat dalam seminggu dua ni maklumlah nak raya dah kan… (eh esok la raya… malam ni sempat pulak buat short update)

dikesempatan ni nak ucapkan terima kasih kepada kalian yang setia berkunjung di belog yang tak seberapa ni… walau pun hanya menjadi silent readers mahupun stalkers… tak kisahlah… terima kasih banyak banyak. tanpa kalian mungkin belog ini akan lebih membosankan… aku nak mintak maaf andai ada salah dan silap disepanjang pertuturan di belog mahupun dikomen…. aku ni cakap main lepas je dengan harapan korang tak terasa la, senanya tak ada niat pape pun. dan mohon halalkan semuanya jika aku ada terambil apa apa dari korang.

later akan ku hapdet seboleh yang mungkin cerita cerita basi itu…. sekian SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… 19 August 2012
sayang korang ketat ketat….

notatangan:: rindu sangat pada MR HER yang tengah bergumbira beraya di Johor sekarang… doa saya, semoga awak sentiasa berbahagia dan bergembira…. semoga raya kali ini lebih bermakna dari tahun tahun yang sebelumnya.

…MISI MENGHANTAR…

Tarikh:: 07 Ogos 2012

Masa:: 10.40am

Tempat:: Opis yang kurang sejuk beku (bagus!)

*sudah selesai akhirnya… so akan hantar tengah hari ni*

*weeeeeee!!* 
sila lempang…. hahaha…
untuk MR Her

akhirnya setelah berminggu tertangguh nak tulis, siap jugak semalam… mekasih sebab masih ada yang sudi nak terima kad raya dari diri ini..hiksss! walaupun setakat 5 orang je… hohoho… entah nape org zaman sekarang dah tak minat nak hantar dan terima kad raya… aku sorang je yang teruja. adesss!

…EH! SERONOK LA MACAM NI…

Tarikh:: 03 August 2012

Masa:: 10.10am

Lokasi:: Opis sejuk beku

Sekarang kat opis tengah galak menjual biskut raya… ermmm biskut ke kuih?? entahla… gasakla mana-mana pon janji dua dua pon kita akan makan masok perot kan? ngeee….

Seyes seronok tau… bukan hak aku pon, kawan kakak punya biskut/kuih tu, aku ni tolong menjual je… sebab seronok pulak rasa harharhar… gatal tak hagak! senanya aku ni memang suka segalak jenis perniagaan ni… restoran ke, kedai ke, booth ke, pasar malam ke, online ke or jual cenggini la… sebab aku suka membeli jadi suka menjual jugak *pe kena mengena entah* dari dulu lagi aku memang suka berniaga, walau bukan yang aku sendiri, suka suki offer diri nak tolong orang… tapi benda yang paling lemah adalah aku amat pemalu, bila nak jumpa customer edarkan segala jenis sample itula kelemahan aku. aku tak kisah lau orang datang kat aku tapi nama nak mengedarkan untuk orang yang tak dikenali tu susah hamat!! cisss! camne tu?

*ini nama dia batang buruk sabah… daripada kacang hijau*

*kasik close up sikit… batang buruk sabah ni sumpah sedap oke… aku dulu tak minat tapi dah lama gila bertahun tak makan, sekali aku makan ritu nak test memang sedap!! sampai serdak pon sedap lagi!*

*ini popia simpul sira… cehh pandai je aku bagi nama*

ini semuanya homemade tau dari jiran tetangga aku kak maria, dia ni asal dari sabah… semua dia buat sendiri memang la hebat.. senanya banyak lagi kuih/biskut dia buat sendiri, tapi dua jenis ni aja yang aku terlarat nak jual… banyak banyak kang pening, lagipun yang lain dah biasa sangat orang makan kan, yang ni jarang la nak jumpa…

tapi ni aku jual sekitar opis aku je itupun aku hadkan pada HQ sahaja. sebab apa? aku malas nak amek order luar nak kena carik kotak pastu bungkus tak kasi pecah hancur berderai segala…kosserrr la…. so kalau satu opis senang kan aku pergi ambil pastu delivery je… kecuali ada yang nak datang amek kat rumah, haa yang tu takpe.. kalau nak sila la pick up sendiri. nama aku nak pergi hantar tu tak adalah sebab aku tak ada kereta… tu pun terhad pada yang tahu rumah aku kat mana je. yang tak tau tayahla kot, aku tak reti nak mapskan jalan untuk korang. sebab aku buta jalan jadi malaslah nak leceh leceh kan?

dan yang paling best nak kongsi, akhirnya aku dapat jugak biskutkegemaran raya yang dah bertahun tak ada dalam list biskut raya aku, sebab susah gilanak cari yang sedap dan berkualiti sekarang ni… kat pasaraya pun macam susah je nak dapat. dahla tu… kalau ada pun kenit gila plus mahal nak mampus! 

*Tat Nenas Homemade by kak Maria jugak! nampak sedap kan??? shukerrrr*

Notatangan:: rindunya nak mentengok wayang dengan MR Her sesambil memakan pop corn… *rindu nak mam popcorn senanya* hahahaha keji kan??? sebab bila mam popcorn dalam panggung wayang feeling dia sumpah lain kan?? rasa dia jadi sedap gila tapi bila makan sesaja tak ada lam panggung wayang, ko akan rasa betapa tak sedapnya popcorn tu betul tak???