…EH! SERONOK LA MACAM NI…

Tarikh:: 03 August 2012

Masa:: 10.10am

Lokasi:: Opis sejuk beku

Sekarang kat opis tengah galak menjual biskut raya… ermmm biskut ke kuih?? entahla… gasakla mana-mana pon janji dua dua pon kita akan makan masok perot kan? ngeee….

Seyes seronok tau… bukan hak aku pon, kawan kakak punya biskut/kuih tu, aku ni tolong menjual je… sebab seronok pulak rasa harharhar… gatal tak hagak! senanya aku ni memang suka segalak jenis perniagaan ni… restoran ke, kedai ke, booth ke, pasar malam ke, online ke or jual cenggini la… sebab aku suka membeli jadi suka menjual jugak *pe kena mengena entah* dari dulu lagi aku memang suka berniaga, walau bukan yang aku sendiri, suka suki offer diri nak tolong orang… tapi benda yang paling lemah adalah aku amat pemalu, bila nak jumpa customer edarkan segala jenis sample itula kelemahan aku. aku tak kisah lau orang datang kat aku tapi nama nak mengedarkan untuk orang yang tak dikenali tu susah hamat!! cisss! camne tu?

*ini nama dia batang buruk sabah… daripada kacang hijau*

*kasik close up sikit… batang buruk sabah ni sumpah sedap oke… aku dulu tak minat tapi dah lama gila bertahun tak makan, sekali aku makan ritu nak test memang sedap!! sampai serdak pon sedap lagi!*

*ini popia simpul sira… cehh pandai je aku bagi nama*

ini semuanya homemade tau dari jiran tetangga aku kak maria, dia ni asal dari sabah… semua dia buat sendiri memang la hebat.. senanya banyak lagi kuih/biskut dia buat sendiri, tapi dua jenis ni aja yang aku terlarat nak jual… banyak banyak kang pening, lagipun yang lain dah biasa sangat orang makan kan, yang ni jarang la nak jumpa…

tapi ni aku jual sekitar opis aku je itupun aku hadkan pada HQ sahaja. sebab apa? aku malas nak amek order luar nak kena carik kotak pastu bungkus tak kasi pecah hancur berderai segala…kosserrr la…. so kalau satu opis senang kan aku pergi ambil pastu delivery je… kecuali ada yang nak datang amek kat rumah, haa yang tu takpe.. kalau nak sila la pick up sendiri. nama aku nak pergi hantar tu tak adalah sebab aku tak ada kereta… tu pun terhad pada yang tahu rumah aku kat mana je. yang tak tau tayahla kot, aku tak reti nak mapskan jalan untuk korang. sebab aku buta jalan jadi malaslah nak leceh leceh kan?

dan yang paling best nak kongsi, akhirnya aku dapat jugak biskutkegemaran raya yang dah bertahun tak ada dalam list biskut raya aku, sebab susah gilanak cari yang sedap dan berkualiti sekarang ni… kat pasaraya pun macam susah je nak dapat. dahla tu… kalau ada pun kenit gila plus mahal nak mampus! 

*Tat Nenas Homemade by kak Maria jugak! nampak sedap kan??? shukerrrr*

Notatangan:: rindunya nak mentengok wayang dengan MR Her sesambil memakan pop corn… *rindu nak mam popcorn senanya* hahahaha keji kan??? sebab bila mam popcorn dalam panggung wayang feeling dia sumpah lain kan?? rasa dia jadi sedap gila tapi bila makan sesaja tak ada lam panggung wayang, ko akan rasa betapa tak sedapnya popcorn tu betul tak???

16 thoughts on “…EH! SERONOK LA MACAM NI…

  1. wah…dh lama x makan kueh batang buruk 2..popia simpul sira 2 sedap tp bl malas dtg melanda, tukar jd popia susu jer..hehe :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s