…YANG TERLUPA…

Tarikh:: 31 Oktober 2012

Masa:: 10.00 am

Tempat:: Peti Ais Sejuk Beku

perghhh rupanya ada aja cerita yang aku tertinggal. lupa nak review.
banyak sangat sampai aku sendiri dah tak terkejar nak tulis.
baru nak rangka untuk cerita ni dah datang cerita lain pulak.

ini semua inche punya pasal. sila salahkan beliau. muahahaha…. inche aku adalah tidak boleh dipredict.
sesuka hati dia wat keputusan. sekali dia wat gila. menghadap la engkau panggung tu tetiap hari. hahahaha. tak pe aku suka! sebab dia yang belanja bukan aku. kehkehkeh!!
aku cuma belanja popcorn je, feveret popcorn adalah TGV
walaupun pembungkus dia amatlah mengkasihankan~

oke lets review filem berzaman yang aku dah tertinggal.

HOUSE AT THE END OF THE STREETS

matik-matik la ingat cerita hantu kononnya. rupanya cerita saiko. gila saiko oke.
bagi aku cerita dia oke sajork. tak de lah besh mana pon.
sebab yang jadik boleh tahan tu bila aku tak dapat nak agak sangat endingnya.
sebab aku fikir dia memang ada adik dan adik dia gila. rupanya….
cuma bila dia cerita adik dia yang punyai mata yang biru bak berlian.
itu yang buat aku rasa macam dah boleh jangka sikit.

part memboringkan sangatla banyak dalam citer ni sebab bercakap 24jam tanpa henti.
tade bunuh2 ke haper ke…. bercaaakaap je. terrer sangat penulis skrip dia. hohoho…

aku bagi 2 1/2 bintang. 

*aku suka tagline dia*

PARANORMAN

cerita kartun animasi, Norman yang boleh tengok semua makhluk yang dah meninggal,
siap boleh bertegur sapa lagi dengan beliau. Tak kira la binatang ke, manusia ke…
semua dia boleh berkomunikasi. siap manusia yang mati zaman jahiliah dulu pun dia boleh nampak.
mujurlah muka tak buruk, memanglah happy je engkau boleh berkomunikasi kan?
cuba muka cam hantu kak limah balik rumah…. huisshh~ kosserr aku nak bertegur sapa.

Bagi aku cerita dia oke. not bad. klakar and tak de lah membosankan.
Cerita dia berkisarkan Norman yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan roh
sama dengan bapa saudaranya dan dia juga diamanahkan untuk menghapuskan sumpahan bandar
yang mereka duduki itu supaya kembali aman.
Daripada seorang budak yang penakut dan sering diejek gila oleh rakan sekolah
dan penduduk disitu dia akhirnya menjadi wira penyelamat kepada semua penduduk bandar itu
(aku tak ingat apa nama bandar dia, hahahaha)

Aku bagi 3 bintang 🙂

notatangan:: harap harap tak ada yang lupa lagi kecuali satu cerita tu. seyes aku lupa sebab aku tertidur, cerita dia bosan gila… animasi.

Advertisements

…CINTA BERSATU by LIYANA JASMAY…

Arigato Anata (inche) !!

Lagu ni walau jiwang gila tapi suka sangat lirik dia. buat saya rasa terharu gila dengan kata katanya itu…. *nanges*
terima kasih sebab bagi lagu ni kat saya tau tau tau!!

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

beliau chantek kan?

…ENTRI KHAS BUAT BEKAS INCHE CHENTA HATI…

Kalau kalian tertanya tanya untuk apa lagi aku buat entri berkaitan beliau, jawapan aku…
memang dah lama aku nak buat, cuma aku perlukan masa bertenang dan berhenti berdendam…
belajar menjadi matang dan rasional. Alhamdulillah telah boleh menerima.
Lalu sebab inilah aku menaip entri ini, jangan risau ini entri last kepada beliau.
Lagipun bukan ke aritu ada orang meminta2 sangat aku buat entri bersyukur…kenzz?

Kepada Bekas Inche Chenta Hati aka Nazri

Saya sejujurnya ingin berterima kasih pada awak.
Awak banyak mengajar saya erti kehidupan, erti sebuah percintaan-
pahit manis, suka duka dan bahagia di dalamnya.
Walau berkali awak nafikan dan tidak mahu terima, tak apa saya tetap ingin mengatakannya.

Dari awak saya banyak belajar, awak guru terhebat saya…
awak dapat membentuk saya dari pelbagai sifat mazmumah ke pelbagai sifat mahmudah
*wah tak tahan ko ayatnya*.
Dari awak saya sudah dapat bertolak ansur, saya sudah jarang marah marah,
saya dapat buang sifat egois ini, saya semakin mudah memaafkan dan saya semakin tahu menghargai.
Lihat bertapa banyaknya saya dapat dari awak? Tentu awak sendiri tak sangka kan?

Ada orang kata saya tak tahu bersyukur… kalau dia jadi saya dia bangga.
Emm… manusia memang pandai bercakap kan awak? Sama macam awak kata kan?
Tapi perlu ke saya cerita wak? Riak?
Tapi dah kalau orang itu nak sangat… biarlah saya ceritakan.
Sememangnya saya bangga pernah dapat kasih sayang dan banyak perhatian dari awak,
saya bangga pernah jadi milik awak dan awak milik saya.
Tak pernah sekali pun awak tinggikan suara dan menengking saya.
Tak pernah sekali pun awak marah saya. Siapa tak bangga hoiiii!
Rajuk awak tak pernah panjang. Jika saya pujuk, awak akan cepat sejuk.
Ingat tak lagi saya ke Johor semata mata nak pujuk awak? Kelakar sangat! Terima kasih awak!
Yang paling saya hargai dan terharu awak sanggup berhenti merokok DEMI SAYA!! sumpah terharu!

Sepanjang setahun bercinta dengan awak, memang saya bahagia sangat sangat.
Terima kasih banyak banyak awak.
Setiap tempat yang saya nak pergi mesti awak bawakkan, sebut aja mana? tahu tahu dah jadi realiti.
Awak sentiasa ada disaat saya memerlukan seseorang, kalau saya sakit awaklah yang paling susah hati. sampai sanggup pos ubat… tak pun awak je yang datang terjengul depan mata.
Bukan setakat tu, sepanjang hari ada aja leteran awak suruh saya makan ubat. Bahagia.
Waktu saya exam, awak yang susah payah datang dari Johor ke KL untuk hantar saya…
awak menyempurnakan saya sepertimana awak katakan saya menyempurnakan awak.
Terima kasih.

Untuk pengetahuan awak, saya sudah buang dendam ini…saya sudah buang marah ini.
Yang tersimpan hanya perasaan berterima kasih sangat sangat pada awak…
saya tahu awak block kakak awak dari saya sebab awak tak nak saya tahu alamat rumah awak
untuk saya beri balik semua barang awak kan? awak tak pernah benarkan saya balas budi awak…
saya tahu niat awak baik. tak apalah 🙂

Sekarang saya benar tiada simpan perasaan apa apa lagi mahupun buruk atau baik…
saya cuma anggap awak sejarah dan guru yang mematangkan saya.
Saya tak kan pernah lupa mendoakan awak dipanjangkan umur, diberikan tubuh badan yang sihat dan dimurahkan rezeki, saya harap rezeki awak sentiasa murah sebab……………. xpelah.
Saya doakan awak akan bahagia tidak kira dengan siapa awak kelak
sama ada dengan dia atau perempuan lain, saya cuma harap siapa pun dia, dia akan membahagiakan awak. bukannya hanya tahu berkata “dia tak bergantung dengan awak”.
Ini sahaja yang mampu saya tulis. Terima kasih atas segala galanya.
Awak dan saya, moga kita bahagia di jalan hidup masing masing.
Harapnya kita sudah tidak berhutang apa apa lagi antara satu sama lain.

Jika mampu, kita boleh berkawan selepas ini.
Menjadi kawan lebih elok dari bermusuhan kan? Moga tiada lagi dendam antara kita.
Jika ada terhutang budi, mohon halalkan segalanya. Saya sudah halalkan juga.
Jika awak mahu menjadi kawan saya… saya dengan lapang dada menerima.
sudahnya kita sudah terlalu akrab dan mengetahui antara satu sama lain.
Saya harap awak juga mendoakan kebahagiaan saya.

 

notatangan:: ada yang saya akui kebenaran kata-kata awak tentang dia, setelah saya sendiri pon dah kenal dia… rupa-rupanya begitu perangai dia. sungguh tak sangka. betul apa yang awak khabarkan selama ini.

…MEDIA PLAYER THREE?…

Tarikh:: 23 Oktober 2012

Masa:: 10.25am

Tempat:: Opis sejuk beku telah kembali -..-”

aaauchhmm!! aaauuuchhmm!!
haiyohhh selsema dah kembali menyerang.
hujan panas, hujan panas…. ekon lagik… memang pakej untuk selsema and demam…

yeahh semalam membeli hadiah dengan MR HER,
sebenarnya hadiah itu dari puan emak tercinta tapi puan emak sekadar bagi rm200,
pergilah engkau memilih sendiri barang kegemaran.

jadik semalam, ajak MR HER pergi Digital Mall sebab MR HER pon nak membeli hadiah untuk adik beliau, jadik marilah kita membeli hadiah secara berjemaah.
dengan erti kata lain sila belikan untuk saya sebab saya haram tatau pape… kah kah kah!
buta warna betul! 

Then MR HER syorkan… jenama sony ericson sebab tu je jenama yang terbaik…

jadik ini lah hasilnya……..

 

cantik tak? cantik tak? 
hewhewhew~

notatangan:: mana adiah korang… eh? lalalalalla

…REVIEW FILEM:: TIGA SEKAWAN LAGIK…

HANTU KAPCAI

Bagi aku cerita dia tak best…hohoho… tak lawak, zizan tak menjadik lawaknya.
juz part yang boleh aku gelak pon masa dia texting kawan baik dia “lupa smiley”,
yang lawak dalam citer ni kebanyakkan daripada Fizz Fairuz. Aku bagi 2 1/2 bintang untuk filem ni.

TAKEN 2

Cerita ni cam banggang pon yea jugak… memang best tengok anak dia cam bijak je ikut ayah dia ajar dia.
tapi yang aku tak puas hati pesal la nak hina islam.. kenapa perlu hina orang islam?
dia buat islam ni penjahat sebab liam nelson bunuh anak dorang, dorang nak balas dendam
tapi pada masa yang sama anak dorang ni jahat senanya. motif???
apa engkau memang tak boleh buat orang putih versus orang kafir kat istanbul tu???
or orang islam versus orang kafir tu??? tak bolehhh?? mengapa kena buat islam jahat???
buruk betul tanggapan korang orang putih pada kami yang islam ni kan.
kuang ajar tu je aku boleh kata. mungkin bagi org lain, tade pape setakat cita ke apa ke.
tapi bagi aku ini tak adil la, asal jahat je orang islam. ntah pape.
padahal iraq tu bukan ke orang kapir yang jadi bunuh, rogol pemenda semua….banggang lah! nyesal tgk….

aku bagi 1 1/2 bintang. 1 untuk anak dia yang pandai, 1/2 untuk cerita. settel!

SINISTER

Cerita dia oke… agak menakutkan dan ngeri. banyak gila buat aku terkejut terkejut.
nasib la aku tak campak semua popcorn tu. gila la… seyes gila banyak menda yang mengejutkan.
paling ngeri masa pembunuhan cara kelar leher tu… gila hoiihhhh!!

sayangnya hantu dia tk menakutkan. boogeyman dia je yang boleh menakutkan. seram.
aku bagi 3 setengah bintang…. boleh tahan tak delah terlalu bagus. boleh tonton. besh!