…ENTRI KHAS BUAT BEKAS INCHE CHENTA HATI…

Kalau kalian tertanya tanya untuk apa lagi aku buat entri berkaitan beliau, jawapan aku…
memang dah lama aku nak buat, cuma aku perlukan masa bertenang dan berhenti berdendam…
belajar menjadi matang dan rasional. Alhamdulillah telah boleh menerima.
Lalu sebab inilah aku menaip entri ini, jangan risau ini entri last kepada beliau.
Lagipun bukan ke aritu ada orang meminta2 sangat aku buat entri bersyukur…kenzz?

Kepada Bekas Inche Chenta Hati aka Nazri

Saya sejujurnya ingin berterima kasih pada awak.
Awak banyak mengajar saya erti kehidupan, erti sebuah percintaan-
pahit manis, suka duka dan bahagia di dalamnya.
Walau berkali awak nafikan dan tidak mahu terima, tak apa saya tetap ingin mengatakannya.

Dari awak saya banyak belajar, awak guru terhebat saya…
awak dapat membentuk saya dari pelbagai sifat mazmumah ke pelbagai sifat mahmudah
*wah tak tahan ko ayatnya*.
Dari awak saya sudah dapat bertolak ansur, saya sudah jarang marah marah,
saya dapat buang sifat egois ini, saya semakin mudah memaafkan dan saya semakin tahu menghargai.
Lihat bertapa banyaknya saya dapat dari awak? Tentu awak sendiri tak sangka kan?

Ada orang kata saya tak tahu bersyukur… kalau dia jadi saya dia bangga.
Emm… manusia memang pandai bercakap kan awak? Sama macam awak kata kan?
Tapi perlu ke saya cerita wak? Riak?
Tapi dah kalau orang itu nak sangat… biarlah saya ceritakan.
Sememangnya saya bangga pernah dapat kasih sayang dan banyak perhatian dari awak,
saya bangga pernah jadi milik awak dan awak milik saya.
Tak pernah sekali pun awak tinggikan suara dan menengking saya.
Tak pernah sekali pun awak marah saya. Siapa tak bangga hoiiii!
Rajuk awak tak pernah panjang. Jika saya pujuk, awak akan cepat sejuk.
Ingat tak lagi saya ke Johor semata mata nak pujuk awak? Kelakar sangat! Terima kasih awak!
Yang paling saya hargai dan terharu awak sanggup berhenti merokok DEMI SAYA!! sumpah terharu!

Sepanjang setahun bercinta dengan awak, memang saya bahagia sangat sangat.
Terima kasih banyak banyak awak.
Setiap tempat yang saya nak pergi mesti awak bawakkan, sebut aja mana? tahu tahu dah jadi realiti.
Awak sentiasa ada disaat saya memerlukan seseorang, kalau saya sakit awaklah yang paling susah hati. sampai sanggup pos ubat… tak pun awak je yang datang terjengul depan mata.
Bukan setakat tu, sepanjang hari ada aja leteran awak suruh saya makan ubat. Bahagia.
Waktu saya exam, awak yang susah payah datang dari Johor ke KL untuk hantar saya…
awak menyempurnakan saya sepertimana awak katakan saya menyempurnakan awak.
Terima kasih.

Untuk pengetahuan awak, saya sudah buang dendam ini…saya sudah buang marah ini.
Yang tersimpan hanya perasaan berterima kasih sangat sangat pada awak…
saya tahu awak block kakak awak dari saya sebab awak tak nak saya tahu alamat rumah awak
untuk saya beri balik semua barang awak kan? awak tak pernah benarkan saya balas budi awak…
saya tahu niat awak baik. tak apalah🙂

Sekarang saya benar tiada simpan perasaan apa apa lagi mahupun buruk atau baik…
saya cuma anggap awak sejarah dan guru yang mematangkan saya.
Saya tak kan pernah lupa mendoakan awak dipanjangkan umur, diberikan tubuh badan yang sihat dan dimurahkan rezeki, saya harap rezeki awak sentiasa murah sebab……………. xpelah.
Saya doakan awak akan bahagia tidak kira dengan siapa awak kelak
sama ada dengan dia atau perempuan lain, saya cuma harap siapa pun dia, dia akan membahagiakan awak. bukannya hanya tahu berkata “dia tak bergantung dengan awak”.
Ini sahaja yang mampu saya tulis. Terima kasih atas segala galanya.
Awak dan saya, moga kita bahagia di jalan hidup masing masing.
Harapnya kita sudah tidak berhutang apa apa lagi antara satu sama lain.

Jika mampu, kita boleh berkawan selepas ini.
Menjadi kawan lebih elok dari bermusuhan kan? Moga tiada lagi dendam antara kita.
Jika ada terhutang budi, mohon halalkan segalanya. Saya sudah halalkan juga.
Jika awak mahu menjadi kawan saya… saya dengan lapang dada menerima.
sudahnya kita sudah terlalu akrab dan mengetahui antara satu sama lain.
Saya harap awak juga mendoakan kebahagiaan saya.

 

notatangan:: ada yang saya akui kebenaran kata-kata awak tentang dia, setelah saya sendiri pon dah kenal dia… rupa-rupanya begitu perangai dia. sungguh tak sangka. betul apa yang awak khabarkan selama ini.

5 thoughts on “…ENTRI KHAS BUAT BEKAS INCHE CHENTA HATI…

    • ::Sasha Alisha Yaakob aka Paling Jelita kononnya tp muka mcm hanjeng kurap::

      Kau ke bitch tu?? alahai dah tau diri tu bitch tak payah la nak bagitahu org dear…. dendiam sudah….simpan sendiri2 oke🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s