…CHALLENGE ACCAPTED…

Tarikh:: 30 November 2012

Masa:: 3.45pm

Tempat:: Opis

semalam tetengah menghapdet belog di blogspot napok la puan kawan ni update blog dia jugak…
terus jelah memblogwalkingkan diri ke NICKI PUNYA BELOG ni haaa…
rupanya beliau nak cabar diri sendiri untuk sertai 30 DAYs BLOG CHALLENGE.
hurmmm sedang diri ini pon rasa cam menarik je tu…
sesambil mengkomen beliau pon menjemput aku join together gether,
tengah bersemangat ni eloklah engkau mensuruh kannn, memang aku terima dengan hati yang terbuka. sebab memang tetiap hari pon aku update blog ni sebab
banyak cerita dah aku ketinggalan rasanya nak diceritakan.
jadi sebenarnya memanglah aku tak tau apa motip aku nak ikut challenge ni sedangkan aku tengah rajin. hahahaha…. 

selalunya kan ke orang buat benda ni sebab memang dah dalam kepala otak beku
tak ada idea nak tulis pasal apa (orang lain aku tatau tapi kalau aku memangla benda ni selalu jadi)
sooo lantak pi situ, tade sape pon kisah kan… aku nak buat apa… mohla kita buat jugak challenge tu… termasuk dengan update harian aku.

korang pong kalau nak follow, amatlah dialu-alukan.
jom accepted de challenges! wink!! aku pulak akan stat esok… weee~ 

 

30-day-blog-challenge

Advertisements

…KORANG TAK NAK KE? THIHIHIHI…

Aku pernah mention akan pick satu pengkomen terbanyak sebagai pemenang kan…
cara and kekerapan akan ikut suka hati aku la kan… hahaha…. haritu dah ada pemenang bertuah jugak. 

bolehla rujuk sini PEMENANG 2#

so hadiah pon dah diberikan, by hand.. sebab aku kenal je puan comel ni.
masa perjumpaan pergi mentengok baby ritu bawak sekali adiah…
adiah tak ada la seberapa sangat…. tak mampu iolls ni nak bagi yang branded,
ratus ratus riban riban tau… jadi ni lah hadiahnya..

 

 MIDNIGHT FANTASY by BRITNEY SPEARS perfume~

 

hope puan esarli sangatlah menyukainya pon kan…
sebab aku ni bukannya reti pilih perfume tapi tahap gedik aku nak membeli tu tak boleh la nak dipertikaikan tu yang aku beli jugak tu, tanya orang sedap tak sedap.
bila dah survey and ramai yang suka bau dia, ada la kekondifenan sikit nak bagi kat beliau…
harap sangat beliau suka. finger cross#

midnight fantasy ni bau dia manis, macam bau buah… hot selling katanya.
macam aku, aku tak minat perfume bau manis/buah ni… aku suka yang bau wangi bunga…
ini yang saja yang aku mampu bagi 🙂

thanks for dropping by here and tinggalkan komen yang banyak-banyak-banyak.
sebagai penghargaan meluangkan masa korang menghadap blog ni,
ada lagi hadiah misteri yang akan diberi…….

jangan tanya aku kenapa aku ni rajin and baik hati sangat nak bagi hadiah.
aku pon tatau kenapa. mungkin sebab aku ni sangatlah suka membeli,
membungkus dan memberi hadiah.
boleh masuk dalam list hobi baru :p

tapi tiadalah paksaan untuk memblogwalking ke sini, like FB Page aku, membaca entri-entri aku…
kalau kau rasa kau tak suka, meluat dan hanya tahu mengkeji, sila berambus dari sini.
tak hadap pon aku kau datang membaca. reti?

yang ikhlas blog walking tu, thank u very much….. 

…QUESTION MARK…

Sleep with or without clothes?
Haruslah with clothes, aku sangat tidak reti nak tido tanpa baju….. errrr….. tak rela…

Prefer black or blue pens?
Black opkoz… kakitangan gomen kan? ohhoiii

Dress up on halloween?
Puteri gunung ledang. boleh?

Like to travel?
Opkoz ai do… nak nak lagi tempat bgambar yang chantek2… shopping dengan ribu riban…. macam tayah pk pape dah….

Like someone?
My inche lahhh…. bistu watpe kapel lau aku tk suka dia… iskkk!!

Do they know?
Merujuk kepada apakah they itu? mereka yang disukai atau orang sekeliling.. kalau disukai haruslah dia tahu……. orang sekeliling, some of them~

Who sleeps with you every night?
My Sistah

Think you’re attractive?
Sangat!

Want to get married?
Ada ke yang tak nak? nabi tak ngaku umat tau. sedang mentunggu inche masuk minang. hahahaha~

To?
Andy Lau Tak Wah. gitewww~ tapi dah jadi ayah orang pon dia tu. kosserr la.

Are you a good student?
Akulah student yang amat mematuhi peraturan sekolah rasanya. skema melampau.

Are you currently happy?
Tak happy tapi BAHAGIA…..BAHAGIA…..BAHAGIA….. *ikut lagu najwa latip and sleek*

Have you ever cheated? been cheated on??
Sape je yang tak pernah menipu kan? menipu untuk menyelamatkan keadaan. Ditipu? dah namanya semua orang pun pernah menipu, haruslah…. tapi macam baru je terjadi… DITIPU oleh SI PENIPU tapi terkantoi~ aisehhhh kesian.

Birthplace?
HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Christmas or Halloween?
Both…. sebab akan ada citer best best kat tibi dan panggung. ngeh ngeh ngeh.

Coloured or black and white photo?
Coloured opkoz….

Do long distance relationships work?
Nope! i’ve been through all of this and strikely difficult… sekarang diri ini tidak menaruh sebarang kepercayaan dan harapan utk PJJ. no no no….

Do you believe in astrology?
Nope. nak membaca pon malas apa ntah lagi percaya. aku cuma suka bandingkan karakter saja.

Do you believe in love at first sight?
Nope. aku susah nak tengok terus jatuh chenta. kalau suka mgkn ya, tapi this love thingy…. i said no.

Do you consider yourself the life of the party?
Tak… aku ada ke tak ada ke party is party….. tak ada mende pon kan? bukan orang penting~ hewhewhew…

Do you drink?
Semua orang minom la….. nak mati ke haper? peberet neskopi ais, tapi semenjak MR HER membuat larangan keras untuk tidak menyentuhnya… aku dengan berat hati memandang neskopi ais itu perlahan lahan pergi dari ku…. uhuk uhuk uhuk!

Do you make fun of people?
Aku ni jenis penjaga hati orang kalau orang pon jaga hati aku… errr menjawab soalan tak? hahaha

Do you think dreams eventually come true?
Dreams yang mana ko nak tu? kalau mimpi tidur toksah la mengharap… tapi kalau angan angan…In Shaa Allah its will come true, tapi kenalah usaha kan. pe jadah kah engkau duduk tercongok dibawah rimbunan pohon mengharap semuanya jadi kenyataan?

Favourite Fictional Character?
Fictional yang macam mana tu? Charmed One masuk list tak??? i love forth of them…

Go to movies or rent?
Sejak kenal dengan inche, movies adalah keutamaan…. rent? aku tak minat kecuali beli sendiri.

Have you ever moved?
Move? apa move? moved on? eh lantaklah…. kedua dua pon aku pernah. berpindah randah mcm orang nomad tu dah selalu… berpindah cari kehidupan baru, bangkit dari kegagalan pon selalu. eh?

Have you ever stolen anthing?
Mr Her heart~ kuikuikui….

How’s the weather right now?
Sejuk gegel gegel, sebab aku dalam opis…. luar opis pong sejuk gegel gegel sebab hujang secara marathon.

Last time you cut your hair?
Early of this year, potong pendek terus pastu meroyan nak rambut panjang balik cepat sikit. padan muka!

Last person you talked to on the phone?
Eh, aku lupa lah dengan manusia mana aku cakap semalam… jap nak cek diari minda dan hati…. laaaa dah terdelete pulak nama orang tu dari kehidupan. amp00n… NEXTT!

Last time you showered?
Showered will not be last~ agaggagaga

Loud or soft music?
Errr… aku tak paham. yang aku tahu aku suka soft music tapi aku suka buka kuat2. hahahha ikut pangai mak~

McDonalds or Burger King?
Kentucky Fried Chicken.

Night or Day?
Both….

Numbers of pillow?
Three~ dua kepala satu peluk… maklumlah blom ada yang sedia nak jadi bantal peluk…

Piano or Guitar?
Piano.

Future Job?
Suri rumah tangga sepenuh masa. dok umah goyang kaki. duit masuk hari2. terbaik!

Current Job?
Suri rumah tangga separuh masa.

Current Love?
My Inche Biey~ Mr Her…..

Current Loging?
Huh???

Current dissappoiment?
Seseorang yang dah kenal aku tapi masih nak menyalahkan aku atas semua sebab…

Current annoyance?
Seseorang yang tak mau ngaku salah tapi asik mencari salah orang. apa kau ingat kau malaikat?

Last thing you ate?
Roti telur… Harap la tak menjadi makanan terakhir aku hoihhhh!

Last thing you bought?
Barang dapor untuk masak kepada diri sendiri 

Most recent thing you are looking forward to?
Baju…. baju…. baju……. hewhewhew~

What are you hearing right now?
Suara dua orang perempuan yang sedang berbincang untuk satu agenda jabatan. tapi sebenarnya ada tiga orang, kenapakah suara wanita ketiga itu tidak kedengaran? jengjengjeng.

Plans of the weekend?
Nothing, tunggu ketibaan mak ayah and kakak dari kampung kot. 

What did you do today?
Jadik macgyver jap pagi ni. cungkil tombol pintu sebab kunci tertinggal dalam rumah. gud job! masuk opis…keluar lunch…masuk opis then balik…. masak… makan… tido… menarik tak?

Pick a lyric, any lyric or song?
Matilah kauuu….. di dalam hatiku…

Pick a movie qoute?
aku tak pernah nak hapal hoihhh, kosser la. jadik satu kerja aku nak hapal kan?

p/s:: diambil dari blog kak D, tade keje aku kan. jadi sesuka hati aku pick soalan dari blog orang n jawab kat sini.. har har har

…REVIEW FILEM:: TED…

Tarikh:: 28 November 2012

Masa:: 10.20am

Tempat:: Suka hati memana pong.

Weho! review citer yang terlupa
(tarikh release adalah 18 oktober tapi 18 november pon tak reti reti nak update)
bila tengok blog reramai baru teringat.

“Eh! aku dah tengok la cita ni, aisehhhh lupa pulak nak review”
lepas tu cecepat buka ini belog, add new post…
macamkan review aku penting sangat boleh menumbangkan negara kalau tak ada.
ntah pape laaaaa…..

dah! tengah semangat and sangat rajin nak update blog…
sila tawakal supaya kerajinan aku ini bertahan lama… muahahaha!

Apakah Yang Aku Paham aka Sinopsis:

Apakah cerita ini…. seyes aku blur…. hahahha.
rupanya anak patung yang boleh bercakap… senanya TED ni anak patung biasa je
dan dihadiahkan kepada seorang budak lelaki yang memang tak ada kawan disekolah mahupun dirumah. dia ni jenis lone ranger je…. akhirnya dia dapat seorang kawan iaitu Teddy Bear pemberian ayah
and mak dia. well said… lelaki main teddy bear? apakah ini?
so kengkawan pon banyakla yang memperlekehkan. sampai satu masa, ada laluan bintang siarah
(tahi bintang jatuh laaar tuh) then budak lelaki (John) pulak kebetulan ngah cakap dengan Ted tu,
dia “wish” Ted tu boleh bercakap, sebab dia kan tak ada kawan.

Akhirnya hajat dia tu ditunaikan…
Ted menjadi barangan hidup yang boleh bercakap dan bergerak macam manusia biasa.

Sejak dari hari tu mereka ni jadi kawan baik. kemana saja akan bersama.
masing masing dah jadi sebahagian daripada hidup masing masing~

Sehinggalah John meningkat usia ke 35 Tahun, dia bercouple dengan Lori
*bukan lori sampah mahupun lori angkut barang ya, ia nama orang :p*

Tapi walaupun dah berusia dan mempunyai teman wanita,
John tetap mengikut perangai Ted yang suka berhibur dan gila gila,
sehingga sampai satu tahap dia telah mengabaikan kerjaya dan teman wanita nya sendiri.

Lori yang benggang dengan sikap John akhirnya meminta John untuk memilih
antara  dirinya atau pun Ted. Dan pastinya ia membawa masalah yang besar pada John. 

Dan dalam perpisahan antara dia, ted dan lori…
banyak cabaran yang berlaku sehingga ted hampir terkorban.

Nak tahu? silalah mentengok… dimana mana aja yang anda suka. ngeee.
haruslah panggung dah tak ada kan? 

Review Aku::

Bagi aku, filem ni menghiburkan… banyak adegan yang mampu membuat aku tergelak walaupun tak ada lah kelakar sangat, tapi humor dia tu agak oke dan agak berunsur 18sx… cuma jalan cerita nya agak kurang menyengat dan endingnya… aku tak suka…. kenapa ted perlu hidup? kalau aku… aku matikan aja watak tu….. sekali sekala biarlah lain dari yang lain kan? ehhh tercerita pulak…. hahaha

Ted is not as sweet as you think my dear, ia lari dari tanggapan anak beruang comel ,sweet…..
ia adalah anak beruang yang suka marah marah menggunakan kata kesat, lawak dabel meaning dan kaki perempuan, which means “sila jangan bawak budak budak menonton filem ini” amatlah tidak sesuai oke. 

Aku bagi 2 1/2 bintang sebab aku kurang suka akan jalan ceritanya. 

p/s:: wahhhh kali ni sinopsis adalah panjang…. itu menunjukkan tahap kerajinan yang melampau……

…FAMILY TRIP 2:: KELANTAN…

after mandi manda menyegarkan diri… we olls anak beranak terus la gerak mencari makanan.
tempat pilihan adalah yang berdekatan sebab malas nak jalan jauh jauh plus masa itu adalah emas.
jap lagi nak berjimba di pasar malam wakaf che yeh katanya. jadi carik yang dedekat sudah.
akhirnya dapat medan selera…. apa menda nama ntah.. aku tak ingat la pulak….
sebab masa tu panas melampau jadi mo0d untuk mengingat adalah minimum kot.
yang aku tau… air air air…. burok betul perangai.

gambar apa pun aku tak amek, tak tau la kenapa mo0d bergambar
adalah sangat merundum masa datang sini… jadi engkau orang janganlah mengharapkan pape gambar dari aku… semua nya aku ambik dari pakcik GOOGLE je… hehe… 

*medan selera yang tatau nama*

kedai dia memang banyak… acu pilih je kau nak lepak kat mana.
kami ambik kedai kedua dari depan, sebab dia je yang nampak macam
bersungguh sungguh nak bagi makan. hohoho…
sesambil tu kau pun boleh beli makanan gerai kecik kecik tu makan kat situ. macam macam ada.
tapi agak terkujat sebab resit untuk empat orang makan agak tinggi,
tak menjangkakan harga yang sebegitu bila kau ada di kelantan.
tak pelah nak buat macam mana kan, dah itu rezeki dia. 

habis makan kami terus jenjalan di pasar malam wakaf che yeh.
perghhh tudung dia boleh buat gila oke… dengan baju baju lagi…
cuma harga adalah tidak semurah macam mana membeli di rantau panjang…. agak mahal sikit… kesudahannya tak membeli apa pun sebab dah banyak memborong di rantau panjang.
insap insap sikit….. apa kau nak habiskan seriban?

*masa kami pergi tu masih siang jadi banyak kedai tak bukak, rugi pulak rasanya*

habis berjalan kami terus pulak ke Pantai Timur Mall, still tak ada apa kat situ.
cuma baju kerja adalah murah, aku baru berhajat nak beli
sepasang dua baju crocedile untuk MR HER, tapi sayangnya semua size L, XL, XXL…
kalau inche aku pakai harus la boleh muat sorang lagi dalam tu…
bapak besar…. so tak dapekla nak membeli.
cuma kat situ aku beli baju untuk si kecik Nuha yang baru lahir tu…..
anak BFF aku Puan Eby Safiah~

Kendian, tekak memasing pon dah kering sebab cuaca panas walaupun malam,
jadi singgah kedai roti yang ada cafe sekali~ minum minum kat situ.
Me order Cappucino… bapak besar gelas dia and murah…

after minom terus pulak shoot ke KB MALL, apa ya yang istimewa?
entahla sebab aku sendiri pon tak membeli pape kat sana. sekadar pergi window shopping sajork.
tak ada yang besh kot. cuma beli beberapa barang yang aku rasa murah berbanding Key Ell.
ohya! aku ada beli satu kain ni…. seyes chantek jenis sari 6meter…
katanya kain ni memang eksklusif la, tak ada beb orang dalam mesia pakai kain ni sebabnya dia sendiri ke India untuk buat corak dan tempahan.
perghhhh memang cantik berbaloi baloi… retail price is RM200

badan pun dah penat gila, mata pon dah ngantok.
so terus balik ke hotel, mandi manda and bo00ooom tido ar….
simpan tenaga untuk hari esok pulak…. lena sungguh tido.
pes time aku berjalan dan bertukar tempat tido aku selena ini
dan alhamdulillah tak demam macam pengalaman pergi melaka tahun lepas,
asikla melepek atas katil sebab tak larat nak jalan dah.

esoknya bangun mandi manda lagi..naaasssibbb sangat aku bangun awal sikit dari selalunya….. gila ar. habis aku mandi je terus air tak ada… perghhhh kalau tak….
haruslah serabai aku berjalan hari tu…. tak mandi tak apa,
sebab aku tak mandi seminggu pon still wangi dengan harapan tidak berpeluh la. hahaha!
pagi tu kami bekpas kat bilik je, beli nasi berlauk yang mahal nak mams~ tu and buat air neskopi sendiri. kesian tak? then siap je makan, kami dah packing packing barang bersedia untuk check out….

sebelum balik sempatlah kami menyinggah dulu kat tempat paling femes kat kelantan ni,
apa lagi la kan kalau bukan Pasar Siti Khadijah….. sekali lagi gila! 

memang aku memborong tudung di sana, yelah tahun depan dalam pertengahan tahun
dah nak start pakai tudung katanya kan…. haruslah agenda utama memborong tudung dulu buat stok. habis tudung and selendang aku kaut. semuanya below rm10.
tak kisahla belian ke tak ke, pelangi ke, tone ke haper ke….. mana ko nak dapat weyh!

selesai bershoppin disitu kami terus ke Bazar Tok Guru, berkhubah hijau gitu…..
kat sana tak ada apa kecuali kain and tudung…
sempat jugak aku rembat kain batik pasang untuk buat baju…. hewhewhew… nikmat nikmat.
habis lagi rm1++ kat sini. gila oke! batik yang bukan sebarang batik katanya.
memang kat kelantan je pon ada batik macam ni. susah la nak cari kat tempat lain.
tataula kalau tetiba ada je kan… tak pernah pulak aku jumpa.

done! kami melepak pulak di kampung kraftangan…
kat situ aku beli hadiah untuk inche… wau bulan…. minat sangat beliau dengan wau tu,
maka nahhhh hambek kau sekali yang besar aku bagi.
dengan keychainnya sekali……

lepas membeli terus sapedek, kenyang pewot mehla kita kembali ke pangkal jalan.
selesai je kami terus shoot balik ke terengganu.
alhamdulillah akhirnya selamat sampai walaupun banyak sangat halangannya masa nak balik tu. 

tu jelah ceritanya… apa yang aku nak cakap kalau korang datang kelantan
silalah ke tempat tempat yang aku sebutkan tu, In Shaa Allah tak menyesal …
nak nak lagi korang memang wajib ke Rantau Panjang (kalau korang gila kain baju macam aku)
dan silalah kumpul duit banyak banyak memang rambang mata la… 

pesanan yang aku dapat dari blog kelantan tu…
kalau korang pergi ke sebuah kedai dan mintak kurang tapi tokey dia kerek semacam,
silalah jangan membeli disitu, sila ke tempat lain sebab
banyak lagi kedai kat situ yang sama je dengan kedai sebelumnya yang mana
boleh menawarkan lagi harga murah pada kita.
kecuali engkau anak tan sri aku tak payah cakap pape la kan.
tapi untung wat rm 500 kau habis kan dengan macam macam barangan,
berbanding dengan 4-5 barangan je kan? so pilihlah dengan bijak oke.