…FAMILY TRIP 1:: KELANTAN…

Tarikh:: 13hb November 2012

Masa:: pagi ke malam ke pagi ke malam balik

Tempat:: Terengganu–>Kelantan–>Terengganu

Cuti sekolah kakak, bermakna aku pon akan dan telah bercuti. yelah dengan sape je lagi aku nak balik kalau bukan dengan cik kakak…
alhamdulillah, perjalanan pulang pada haritu smooth je, tak ada aral yang melintang… cuaca sangat redup syiokkk!! yang tak besh bila dah masuk terengganu, panasnya mula terasa. alhamdulillah belom hujan dan banjir lagi. sape yang duk bising bising kata pantai timur banjir tu? sape? sape? meh aku geletek sampai kejang…. buat orang risau nak balik tau. padahal panas je semedang… tapi nasibla kan sebab dapat jugak teruskan rancangan cuti cuti mesia kami se family yang memang dah wajib diadakan setiap tahun.

kali ni destinasi kami adalah negara jiran. ooo no no no… bukan singapura, bukan thailand… bukan bukan bukan…… ianya adalah KELANTAN… hehehe… *ohhh sepatutnya negeri jiran kan? oke geo fail..ampun*

disebabkan dekat je and memakan masa 3 jam *untuk orang tatau jalan macam kami ni ha* so kami bertolak lewat la sikit. dalam jam 12 pm gitu dah sampai kelantan and terus shoot ke Rantau Panjang~ perghhhh rasa macam nak gila pergi sana oke. aku rasa nak duduk tamau balik balik….. mata adalah sangat rambang. BAJU, KAIN, TUDUNG semuanya adalah MURAH GILA VAVISSSS…… perghhhh aku macam nak kaut semua yang ada. nasibla poket tak berapa nak tebal dengan duit riban. engkau bayangkan mana nak dapat tudung bawal manik harga rm12? mana? mana? gila orang tamau bagi… paling paling murah rm15. tudung bawal 3 tone pon baru rm8… mau aku tak gila nak memborong tudung temudung disana. baju baju pon sangatlah chantek oke. boleh dapat rm10 sehelai untuk cardigan, engkau mampu?

*seyesnya membeli… takut orang kedai tu… dia tamau kasi kurang pulak*

*masih sesi tawar menawar…. jomla kita blah*

cuma apa yang tak beshnya pergi sana adalah cuaca panas yang amat, perit tahu. aku pon dah macam udang kena bakor. merah dari muka sampai ke lengan….. sepanjang dua hari disana memang panas yang amat. kot kalau mendung ke tak pe dah kan… sampai basah satu baju tahu, tapi kesemuanya tak mematahkan semangat aku untuk membeli. hahaha. bukan sebab pe… bila aku check wardrobe aku, rupa rupanya tak banyak pon baju aku jenjalan ada dalam 5-6 helai. so pe lagi kan. misi merembat apa yang patut la….

*panas oke… sumpah panas… senyum pon kena paksa tu… habis basah baju dek peluh*

setelah habiskan about 500 ringgit malaysia. kami pun bergerak ke Wakaf Che Yeh untuk cari penginapan. Sebabnya kat situ memang banyak sangat hotel dan semuanya lenggang… apakah? Cik Kakak walk in je and for the first time terus dapat bilik. amazing huh? sebab selama ni kami akan tanya 2-3 hotel baru ada yang kosong, ni tanya tanya terus dapat. rezeki.
kami duduk di Ombak Boutique Hotel… Sebelah dia adalah Boutique of Batik, no wonder la kan.

DSC05989
kali ni kami cuma duduk 2 hari 1 malam je, yelahkan dah nama pun negeri jiran. wat pe nak merendek lelama, lain kali boleh je nak datang lagi… so kami ambik family room, cost about RM220 something… perghhh mahal siot… ini kelantan kot… bantai jelah, orang dah belanja lagi mau banyak songeh kan?

apa yang besh:
1- bilik adalah seyesly besar…. 2 Queen Bed

2- ada Balkoni besar. sesuai untuk ayah pergi merokok. sebab aku ni jenis tak boleh terlintas pon asap itu surely kepala aku akan kena migrain…. 

3- bersih and sedap mata memandang. without bau bauan yang tidak sepatutnya.

4- jauh dari orang sebab duk ujung sekali. which is engkau nak cakap macam hotel tu bapak kau yang punya pon tak pe.

apa yang tak besh:

1- remote tv adalah tidak boleh diguna, puas pergi tukar… tak mau jugak. tengok la engkau seharian channel tu.

2- bilik air agak sempit and sabun mandi (gel) pun cukup cukup makan je, dah mintak dia letak yang baru but nothing happen.

3- instant tea sajer yang ada with sugar, no coffee and no creamer. tedekut sangat oke.

4- air is tak ada…. nasib ar aku bgn awal and terus mandi. pastu terus air tak ada. terbaik sangat oke… memang langsung tak ada usahkan kata setitik setitik macam air kencing, langsung kencing tak lawas pon tak ada. grrr. end up basuh tangan and masak air pakai air mineral botol tu ha.

dan amatlah mengejutkan, pergi beli nasi berlauk which mean nasi putih and gulai ikan tongkol with vege and kuah…. balik hotel nak mam, yang ada hanyalah nasi putih sejemput, kuah and isi ikan tongkol… sayur pemenda tak ada… 3 hengget mesia!! sekian, terima kasih.
cekik darah tu makcik ni meniaga. haishhhh nak kata pelancong, kami cakap terengganu kelantan elok je.

bersambung……….

2 thoughts on “…FAMILY TRIP 1:: KELANTAN…

    • ::Snow::

      ai pong baru tahu yunk… kan ke baru pergi membeli…. nnt u ajakla inche asben pergi sana… besh tau yunk! tp u kena bawak guide dr kelantan senang nk tawar menawar. org luar dia susah nk bagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s