…DAY 4:: UR FEVERET PHOTOGRAPH OF YOUR BESTFRIEND…

Tarikh:: 04 Disember 2012

Masa:: 4.05pm

Tempat:: Nowhere but here

Challenge kali ini adalah pasal gambar seorang kawan baik.
aku ada beberapa nak letak, tapi tengok kerajinan dulu, kalau rajin aku letak tiga boleh?
tak kisahla kan… kata blog aku, panjang berjela pon aku sorang je yang baca.
ko apa kisah? 

IMG_1307

kenalkah anda siapa gerangan gadis chantek ini??
haruslah korang tak kenal, BFF aku bukan BFF korang pon. muahahaha….
ya inilah sahabat sejati sehidup semati aku… kami buddyz, kami takkan terpisah…
*tetiba masuk iklan*
kenapa aku suka gambar kat atas, sebab akhirnya mereka bersatu walaupun terlalu banyak halangan yang mereka tempuh pada permulaannya, namun sebab cinta mereka utuh, jodoh mereka kuat, akhirnya… aku hanya mampu tersenyum bahagia melihat gambar ini.
rasa ralat kerana tak dapat hadir majlis persandingan kawan baik sendiri…. serious aku rasa tak besh!!

lets me story about her and our friendship…

nama dia Nur Juaini Najwa Johari nicknamed Joned tapi aku tatau kenapa aku lebih selesa panggil dia Leo (Cynta Irish Leona) and dia panggil aku Eeva (Qaseh Eeva Natasha) padahal semua tu hanyalah nama masa aku buat novel, jadikan mereka ni karakter dalam novel aku…

aku kenal dia masa tingkatan 4 kemanusiaan (aliran sastera) di Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, boleh dikatakan salah satu sekolah elit kat Perlis. tapi masa tu belom rapat. macam yang korang tau aku ni susah nak rapat dengan orang, mesra mesra dengan orang baru is not my type la plus muka aku kan muka budak sombong berlagak nak mampuih! and garang katanya. ceh!

kami stat berbaik masa tingkatan 5, siap tubuhkan satu group JIWEI (Joned, Iemah, Wanie, Ella, Ieyza) curlass tak? ouhhh group ni bukan group bujet cun ke, bujet hot ke, bujet pandai ke apa oke. tapi memang sesaja wat group tanpa ada sebarang motip terselindung. 

akhir tahun baru aku dan joned berbaik baik, masa tu masing masing luahkan isi hati (cehhh ayat macam nak kapel pulak) apa yang suka dan apa yang tak suka. sebab masa tu kami berdua je yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kami berdua je yang rasa terpinggir….maklumlah kami kan budak tak cun, tak bijak, tak kelakar and tak seglamer ahli yang lain. masa tu group JIWEI dah berpecah hanyalah tinggal me and joned yang cuba nak rapat sebab nasib kami sama, bahkan kami ni langsung tak pernah bertegur sapa. macam macam yang terjadi oke…. salah paham antara kami banyak sangat. sampai ada satu masa rasa macam nak putus sahabat sebab masing masing cuba mencari salah masing masing padahal kecik hati and terasa dengan diri masing masing. nak berkawan baik tapi malu. ko pernah jumpa orang macam ni? sesama pompuan pun nak malu? haiyaa….maklumlah kami berdua dilahirkan dengan penuh adat ketimuran. mihmihmih. banyak cerita suka dan duka kami kongsi bersama masa dalam group tu. yang paling besh cerita pakai surat oke…. mujur dia bukan laki, kalau tak memang sah kami kapel…. padahal satu sekolah tu boleh kau main passing surat kan…. sebab apa? nak sembang segan plus tak ada masa sebab dikelilingi manusia manusia yang akan menjadi bahan umpatan.

masa tu sesama pelik apalah yang mereka dengki sangat dengan kami berdua ni, sampai layan kami macam tu… bukanlah terhangat dipasaran pon. tak macam orang lain siap kapel dengan anak dato’, aku??? anak hekan pon tak pandang…. *masa sekolah ai is buruk*

tak sempat habiskan tingkatan 6, aku berpindah ke terengganu dan joned ditawarkan masuk UiTM, masa tu surat jelah jadi penghubung. sampai satu masa masing masing sibuk dan adalah terlost contact tapi alhamdulillah macam mana pun persahabatan tu diteruskan. banyak sangat suka duka yang kami kongsi bersama, dari hal kawan sampai hal kapel… terlalu banyak petualang, terlalu banyak salah faham dan terlalu banyak kegembiraan. 

and yes, it almost 10 years we never seeing each other…. rindu tu tak payah nak cakaplah…. terlalu… tapi tuhan lebih tahu apa yang terbaik. mungkin kalau kami bersama sekarang, kami takkan jadi kawan baik kerana bila dekat kita betah untuk melukakan hati seseorang kan, asalkan masih baik dan saling mengingati berjauhan itu bukan satu alasan.

seriously dia sahabat aku dunia akhirat, dia banyak mengajar aku erti persahabatan. banyak menasihatkan, banyak memberi tunjuk ajar…. tak pernah jemu jemu menghadap aku sebagai sahabatnya yang terlalu banyak kekurangan ini…. aku bahagia bila dia akhirnya berkahwin dengan cinta pertamanya… terlalu banyak halangan mereka berdua, pernah hampir berpisah, menangis dan ketawa bersama… tapi Allah itu tahu yang terbaik… alhamdulillah, sekarang dah pregnant pon…. 

Ya Allah, besarnya kuasa Allah🙂

itu je yang termampu aku taip, kang panjang panjang aku sendiri malas nak baca usahkan kata orang lain…. banyak lagi benda nak dicerita, tapi lenkali jelah…. aku memang tak pernah bercerita pasal Joned, sebab itu adalah salah satu cara untuk aku tidak terlalu merindui seseorang, tak nak la idop sedih sedih ni…. kalau boleh biar memasing bahagia. jauh dimata dekat dihati itu sudah mencukupi.

Alhamdulillah~

p/s:: aku malas jadi aku letak satu jelah dulu… lenkali aku update yang betul2 tiga

11 thoughts on “…DAY 4:: UR FEVERET PHOTOGRAPH OF YOUR BESTFRIEND…

  1. Waaahh rasa terharu seyh dgn entry ni.leo xdak blog nk citerkn betapa btuahny ada kwn mcm eva.huhu apapn thanks alot sb sudi letak gmbq kawen leo kt ur blog.n i hope our frenshp will nver end.eva shbt sjati dunia akhrt.moga ada jodoh n rzki kta untk bjumpa kn.huhu

    • ::Leo::

      oleh itu silalah buat blog, boleh letak gambar eva banyak2 dalam blog tu… hahaha senanya eva lupa nk tulis… gambar kita tak ada… see bertapa peliknya kita, mana ada gambar berdua. hahaha. me to0 my dear. biarlah psahabatan ni sampai kita pon dah dipanggil menghadap Illahi. In Shaa Allah, pasti kita akan bertemu nanti.

      • Leo mang trgn nk ada blog gak tp leo kn pmls nk update ape2.2 mslhnya.eva sgtla rajin kn update.mlm ni br leo ada mood nk surf.kbtln blog eva leo pnh bka so trus tekan ja.syok lak tgk eva update.mcm2 kegemaran boleh share kn.trgt sgt dlu eva ska bg
        soalan2 menarik untk djwb.dlu jwb dlm kerts ja skrg dh leh upload dlm blog.mcm2 soalan y best2 kn kta tny dlu.mcm hobila,cita2la.impian,angn2,
        .kgmrnla,lelaki idaman

        • ::Leo::

          itulah tu, eva egat kalau kita masih macam dulu eva nak buat blog kita berlima, tapi macam hampaaaa je…. tapi mungkin akan buat suatu hari nanti… cuma gambar tu den pening mana nak cari. dan isi dalam blog tu adalah soalan dan jawapan yang eva bagi dulu tu🙂
          tapi yang leo, leo dah pulangkan ke erk? eva lupa lak…….

  2. sian kat you all kan..np you all rasa tersisih….? dorang tu wat camtu coz nak tumpu dlm study kot..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s