…REVIEW FILEM:: LIFE OF Pi…

Tarikh:: 12 December 2012

Masa:: 8.00pm

Tempat:: GSC Mid Valley

menakjubkan! walau berminggu ditayangkan, panggung adalah full house! gila hebat citer ni. so sangatla melonjak lonjak inche nak tengok, dahla semua penonton bagi 4 ke 4.5 bintang. lagilah hati bergelora nak tengok kan? besh sangat ke? makanya pergi la membeli tiket, yesss sold out! yang ada cuma sit depan. terpaksa la tengok 3D, itu pun yang tinggal tempat duduk tak besh. redha jelah. nak sangat tengok kan? 

apa yang tak beshnya menonton 3D kali ni, kerusi adalah betul betul dekat laluan masuk jadi cahaya cerah dari tangga masuk tu adalah tidak besh, tak rasa la 3D dia tu. silau and faktor tempat duduk (belakang) jugak buat aku rasa tak dapat nak menghayati 3D tu… dahla mahal… rugi rugi…. tak pe learn from mistake, ye dop?

MV5BNTg2OTY2ODg5OF5BMl5BanBnXkFtZTcwODM5MTYxOA@@._V1._SY317_

REVIEW AKU::

serious besh masa tengok mula CGI dia chantek wehhh, rasa tenang and damai je tengok alam yang dia tunjukkan tu, sambil ada lagu2 hindi sikit jadi latar. burung burung berkicau, perghhhh damai!! 

and awal cerita memang besh, jarang kot nak jumpa awal awal citer dah besh selalu awal yang membosankan. aku punyalah kondifen duduk tak gerak gerak nak menghayati cerita dia. besh and kelakar. gelak je. cuma agak rasa janggal bila kau pertaruhkan agama islam untuk dianuti sesuka hati la kan. dahla kau anut agama hindu, pastu agama kristian and boleh pulak anut islam jugak. tapi takpelah.. nak buat camne. kang komen lebih lebih kata sensitiviti sangat leww pulop.

apa yang tidak besh, bila dah sampai belakang citer, bila dia dah jumpa pulau untuk diduduki, mula aku rasa bosan sangat sangat. rasa nak tido pon ada. dahla kesejukkan ekon tahap maksima. gila ah. ngantuk siot nengok ending dia yang lembs~ masa tu dan dan terfikir, napalah orang boleh kata cita dia besh? aku rasa awal dia je. tapi atas pendapat masing masing yelah dop… 

so aku dapat bagi 3 1/2 bintang je.

Life-of-Pi-4 life-of-pi02*seyes chantek!*

SINOPSIS aka APA YANG AKU PHM::

Seorang lelaki yang didatangi seorang mat salleh untuk tahu kisah hidup dia and belajar untuk mempercayai tuhan sebab mat salleh ni tak ada agama kot. jadi dia terjumpa dengan mamaji dan mamaji ni suruh dia jumpa dengan hero. hero ni diberi nama Piscine Molitor Patel, sempena nama sebuah kolam renang. tapi disebabkan nama dia tu jugaklah, dia dikutuk orang rakan rakan di sekolah sebagai “Pissing Patel”. akhirnya dia menukar namanya kepada Pi (carta Pi) dan melakukan sesuatu yang ajaib dengan menghafal semua nombor dalam carta Pi tu, so stat dari situ semua orang kagum and nak kawan dengan dia. dia pun jadi terkenal.

bila dah remaja dia bertemu dengan cinta nya, tapi tiada kesudahan sebab ayahnya nak berpindah ke Kanada dan menutup zoo mereka, binatang semua tu nanti akan dijual kepada orang Kanada. mereka pun belayar dengan kapal besar. tapi malam tu ada ribut taufan dan laut bgelora dan disitulah bermula segalanya. kapal mereka karam, cuma Pi sorang je yang mampu selamatkan diri.

Dia pulak terpaksa berkongsi sampan dengan Kuda Belang, Orang Utan, Dubuk dan Harimau. So nak tau cita selanjutnya silalah saksikan sendiri. Malas aku nak cerita sebab aku dah stat mengantuk masa tu. 

life-of-pi04*bergelut dengan harimau utk meneruskan hidup*

p/s:: nak cari satu agenda untuk tahun baru untuk dirai bersama inche tetiap tahun. apa ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s