…DAY 23:: 20 FACTS ABOUT YOU…

doploh je? aku rasa macam banyak je aku nak bagitahu ni… motip?

1 – aku harini berumur 27 tahun 2 bulan 6 hari (masa entri ini ditaip konon pada 23hb) dan tahun depan aku 28 tahun.

2 – 28 tahun dan belom berkahwin dan tak ada anak dan….. adakah bakal bergelar andartu? eh? *panggggg!! melalut ke laut! *

3 – ada empat beradik dan aku adalah anak bongsu, yang lain semua dah kawen cuma tinggal aku dan cik kakak *dah engkau kenapa asik cerita sal kawen ni?*

4 – disebabkan aku anak bongsu makanya aku adalah manja dan cepat sensitip. hati aku ni jenis mudah tersentuh walau pun agak kebal la jugak. cepat terasa. aku dah cuba untuk jadi kebal. maka sila la doakan aku.

5 – even aku manja, aku adalah seorang yang berdikari. mak ajar anak sama rata. kasih sayang juga sama rata. jangan kata aku manja, aku tak pernah kena pukul…….

6 – aku adalah penggemar makanan pedas. weho! tapi janganlah pedas sampai terburai bijik mata aku makan hoihhhh! agak agakla… aku tak tahan pedas tapi aku suka cabar diri aku untuk makan pedas!

7 – aku ada kepantangan sendiri iaitu; tolong jangan nak keluar arini baru arini bagi tahu, memang taklah aku nak keluar. sila buat janji temu awal awal. kalau aku keluar pon moncong pasti sedepa.

8 – janji adalah janji. janji begitu maka begitu lah jadinya. jangan nak ubah ubah pada hari sepatutnya berlangsung. aku tampa kang.

9 – aku jenis tak suka amek tau hal orang. nak mengumpat pon sendiri sendiri je tak ada nak jaja cerita kau sampai satu malaysia. tapi jangan pernah engkau amek tahu hal aku dan mengata aku kalau ko tak nak muntah dan sakit mata nampak muka aku…. contohnya, lagi kau menyampah tengok aku. lagi aku nak tergedik gedik manja depan mata kau. biar kau muntah darah sekalipun. ada aku kisah?

10 – jangan cari pasal dengan aku, sebab kau tak kan suka cara aku cari pasal dengan kau. kalau ada tak puas hati meh berdepan dengan aku. cakap depan depan. tayah nak bacul sangat sindir sindir atau mengumpat belakang belakang.

11 – aku tak paham kenapa ramai sangat nak menjeles dengan aku? laki kau suka aku ke sampai abaikan kau? kalau begitu sila padan muka sendiri. yang pasti aku tak de kena mengena dalam cerita ni. cuma aku bangga sangat sebab kau menjeles dengan aku. hahaha!

*kenapa semuanya makin berunsur kejahatan ni? hahahaha*

12 –  aku adalah kacukan cina dan india. moyang kepada moyang aku dulu *mungkin la* adalah berketurunan india. memang diterbangkan khas dari negara india. dan ayah aku adalah cina. moyang dia orang cina beijing ke taiwan aku tak pasti.

13 – aku adalah seorang seorang puteri lilin sebab cepat berpeluh. bila panas. muka aku adalah seperti berendam di dalam air plus udang kena bakar. kulit aku memang mudah terbakar. sebab tulah orang kata kulit putih mudah kena kanser kulit kan? simpang la hoih! dan bila keadaan sejuk melampau kaki dan tangan aku pula akan berpeluh.

14 – aku seorang yang pending. kadang kadang aku lambat nak catch up apa yang orang maksudkan. blur memanjang. inche pon fedup nak cakap dengan aku kenkadang. miahahaha. tapi kadang kadang aku memang suka dan sengaja buat pending :p

15 – aku tak suka tempat yang sesak, bising dan busuk… Grrr… aku kan pencinta kedamaian. mihmihmih! tapi kalau YES tu terpaksa la ku redah jugak. ye dop?

16 – seafood adalah pilihan utama dan kegemaran aku. tapi ayam kfc adalah pilihan fastfood aku. spicy and thai flavour. apa agaknya dorang letak dalam tu ye? jengjengjeng.

17 – aku suka makan makan makan dan akan gemuks gemuks gemuks. pastu bising sesambil meroyan nak kurus balik…. makan tak hengat donia, bila gemuk baru kecoh… kebodohan apakah ini?

18 –  aku adalah seorang yang cute dan chantek dan suka perasan chantek. wakakaka. apa??? kau nak muntah? silalah…. ada aku kesah? kau nak kutuk? silalah jugak…. janji jangan menyemak disini.

19 –  aku tak suka cari pasal dengan orang dan tak suka mulakan pergaduhan kalau orang tak mulakan dulu cari pasal dengan aku. apa kau ingat aku gila sesuka hati nak istihar perang?

20 – aku suka sangat memasak. tapi biarlah di rumah sendiri dan rumah itu dilengkapi barang barang dapur dengan sempurna. baru mo0d masak adalah membuak buak.

21 – aku sangat teliti dan kerja aku. bersih dan teliti. kerja aku biar perfect. sebab aku dah tak perfect maka hasil dari aku biarlah sempurna. aku tak suka orang sibuk masuk campo kerja aku. jadi biar aku sorang siapkan.

22 – aku jenis tak berkira kalau kau pun tak berkira. aku senang sayang orang kalau orang tu baik and sayang aku. dan aku senang benci orang kalau orang tu cukup sekali buat aku benci dia. 

23 – aku sangat susah nak marah. semua orang kata aku ni sangat baik hati. tapi mungkin sebab aku ni tak suka sangat nak sakitkan dan lukakan hati orang. jadi orang pulak suka nak pijak kepala aku. aku tak retilah nak marah orang. mak aku tak ajar aku nak marah orang agaknya.

24 – tapi inche adalah mangsa kemarahan. iskkkk! kesian inche. selalu kena marah. mungkin betul orang kata, makin kita sayang orang tu makin kita rasa nak marah. kita tend to hurt orang yang paling kita sayang kan? nape? haishhhh. tapi saya cepat sejuk sebab inche pandai pujuk. saya rasa bertuah sangat dapat inche…  
*tetiba saya pulak, nampak ayu lah sikit kan?*

25 – insyaAllah akan berhijab tahun depan. bila? tungggu jelah….

 

ehhhh dah terlebih lebih pulak…. amacam panjang tak fakta aku? nama fakta tapi penerangan dah macam bukan fakta. aku kan memang murai, potpet memanjang tak reti diam. maka semua entri adalah panjang….. itu baru sikit. aku ingat nak cukupkan lagi 50, boleh?

2 thoughts on “…DAY 23:: 20 FACTS ABOUT YOU…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s