…DAY 26:: THINK BACK TO HOW YOU WERE 5 YEARS AGO. HOW HAVE YOU CHANGED SINCE THEN…

panjangnya tajuk. aduii nya pon kan~ 5 years back…. oke lets start!

2007

masa ni umur aku berapa ya? jap jap nak kira…… oke dah dapat. masa tu umur aku 22 tahun baru…. auwwww! mudes remajessss sangat u ollsss!! masa tu aku baru berhenti kerja jadik sales girl untuk kraftangan kaca yang berhubung dengan Noor Arfa Batek, Terengganu. Biasalah. aku ni cepat bosan dalam buat kerja kerja macam ni…. asal keje 3 bulan je berhenti. padahal lumayan jugak tu pendapatannya. Pendapatan ikut hasil jualan.

masa ni tengah bengong bengong lagi. dan ada kenal dengan mamat ni. well tak hensem pon. mak kata muka macam antu raya. aduiii! yelah aku suka pon bukan secara rela meh. dia “guna gunakan” aku. kata orang ilmu agama itu, dia guna melalui asap rokok and air minuman. hambik kau. sekali pakej dia kasi. nasib kau tak masukkan nasi kangkang untuk aku. aku ni sampai pernah la bergaduh and derhaka kat mak ayah sebab dorang tamau terima mamat ini. bodoh sengal!!! pasal dia guna gunakan aku, aku dah tak reti hormat orang tua and lupa diri. Grrrr!!! tapi tak lama. puan emak dan cik kakak cari orang untuk ubatkan aku dari jauh. sebab aku ni berubat pon tak nak tau. dasat gila penangan dia ni. dia ni dah kahwin tau ada dua orang anak. masa mak dah tolong berubat tetiba aku tak boleh pandang muka dia. buruk yang amat plus benci gila tengok dia. then break off siap dia ugut ugut aku lagi nak buat itu dan ini. tapi Tuhan tu ada. Dia Maha Mengetahui. takpelah kau nak buat apa pun, kot mana balasan Dia pasti ada. kau ingat kau boleh lepas?

2008

photo has been removed 

muka matang untuk budak berusia 23 tahun T.T

photo has been removed

aku tak paham kenapa aku nak kena senyum cam jongang. motip? ni kat dataran syahbandar kuala terengganu.

tak ada yang menarik, masih menganggur cuma akhir tahun tu adalah hepi! aku dapat panggilan untuk duduki exam Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dekat INTAN WILAYAH TIMUR (INTIM). exam trengkas, dimana kau kena amik minit dan taip dalam masa yang diberikan. dengan format yang betul. dalam sebulan macam tu aku dipanggil interview pulak. sekali lagi hepi. terus pergi. masa ni aku dah tak ingat kat mana ntah. tapi aku ada jumpa sorang budak kelantan ni. chantek siot!! then akhirnya dalam bulan 11 macam tu aku diterima masuk sebagai penjawat awam. masa tu tayah cakaplah weiii. rasa nak buat kenduri besar besaran!! 
we olls kena kursus 2 minggu di IKWAS pulak (INTAN WILAYAH SELATAN) iaitu dekat Kluang, Johor. Oke itu seksa!! tak mampu la aku nak lupakan penyeksaan kami dapat selama dua minggu tu. macam nak pergi masuk berperang sebab yang ajar kami adalah askar. matik weiiii!! nak kena cita? me is malas. sekian terima kasih. cukuplah korang tahu we olls dah lembik kena dera masa bersukan kat sana. 
yang paling besh akhir penutup persembahan berkumpulan. kumpulan aku menang weho! oh ya masa kursus ni aku sekali dengan budak kelantan yang gojes ni tau. nama dia CKEEN~ sekarang dah jadi beshhhfrenggg aku dah pon. sayang ko ketat ketat keen. dia ni la tempat aku mengadu nasib. sobsobsob.

photo has been removed

my roomates, my beshfreng~

yang paling tak besh masa penutup menerima watikah, aku seorang je yang tercampak di KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI dan INOVASI (MOSTI) yang lain semua dapat mahkamah. nanges aku sebab tak ada kawan. lasss sesi salam salam peluk ciyom…. nanges lagi. 

then aku ditempatkan di MOSTI, Putrajaya sementara dalam seminggu tu untuk tunggu slip penempatan. masa ni aku kenal ramai pegawai yang kepala tingtong! besh!! dan masa ni jugak aku kenal seseorang. then awal bulan 12, aku officialnya menjadi pekerja dan warga JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA as a Personal Assistant

one of my beloved freng~ miss u so much!! sobsobsob

2009

terlalu banyak onak ranjau duri yang aku harungi selama berada di MET. aku pernah diberikan surat amaran untuk tindakan tatatertib sebab aku tak dapat buktikan kehadiran aku sebab biometrik tak boleh detact jari jemari ku yang halus dan mulus ini. mihmihmih. aku ditengking-diherdik-dimarah oleh inche bos aku. sebab yelah… budak baru kan…. manakan reti apa pun, megong kuasa tenuk. serious terlalu banyak benda yang terjadi. sampai aku tensen hari hari, nanges hari hari. sampai satu tahap aku rasa macam nak berhenti. tak main la tukar tukar kan berhenti terus senang. tapi mak ayah aku? sape nak tanggung? bukan cukup kakak aku sorang yang tanggung… aku tamau lagi mak ayah hidup dengan kekurangan. aku nak dorang rasa mewah. 

masa ni aku kenal sepaku.net. dan kenal ramai kawan dalam tu. dan yang paling kekal adalah berlima sekarang. PUAN NICKI, PUAN SNOW, CIK QASEH and CIK DANIA. tak sangka perkenalan dari forum boleh menjadikan kami kawan baik sampai sekarang.

puan nicki tengah membaling boling agaknya masa ni *bukan gambar 2009*

ini dia puan nicki… hehehe… teruk kan muka shayer masa ni…. *bukan gambar 2009*

pertengahan tahun 2009, aku berkahwin dengan jejaka pilihan yang sangat kurang diketahui latar belakang. yang aku tahu beliau dah bercerai dan mempunyai dua orang anak. perkahwinan yang aku sendiri tak sangka.

2010

aku rasa ini la gambar 2010. lupa la pulak. mihmihmih

kerja masih macam tu, tiada perubahan. cuma lebih tahu apa yang perlu apa yang tak perlu dan sebagainya lah. kurang kawan sebab aku kan sombong. mana nak kawan dengan orang. jadi alone ranger la masa tu. tak ada apa yang menarik tahun ni… semuanya hanya duka. 
bila end of this year, aku bercerai. sekali lagi aku rasa diperbodohkan. berkahwin kerana “guna-guna” apa ke engkau tak ada kerja lain ke nak buat ha lelaki lelaki sekalian, selain dari guna guna kan orang? suka pakai ilmu? aku tak paham pe masalah kau. kau tak mampu nak ada daya tarikan ke apa ni? 
oke ini dia sendiri mengaku dengan aku, yang dia ada baca baca masa aku tengah minum dengan di genting highlands. terbaik?

lagi besh dia ada bekas bini yang meroyan sampai anak dia pon meroyan. tak paham aku. dia tahu aku nak kawen dengan bekas laki dia, ehhh dia pon tergedik gedik nak balik kat bekas ni tapi laki dia tak nak. bistu? ko nak suruh aku buat apa? yang beshnya dia pandai menipu, cerita dia boleh buat satu mesia percaya tahu? dasat dasat. dahla malas nak cerita pasal dia. kosserrr~

akhir cerita ni yang boleh sampai penghujung adalah sebab beliau adalah panas baran. kalau bergaduh habis rumah tunggang langgang. itu aku tak menjawab tu kalau dia marah. kalau aku menjawab? dengan aku aku sekali patah riuk. kesudahan barang barang rumah akan sentiasa bertukar yang baru. bagus tak? 
pernah sekali masa tu dah selesai makan dan aku berbincang dengan dia. dia marah yang bukan dan aku cuba betulkan apa yang dia salah paham. suara aku masa tu selembut lembutnya dah. tak tau nak lembut macam mana lagi. siap terang kan elok elok dan akhirnya dia melenting, aku tatau sebab apa. dia ambik pedang pendek dan letak di leher… pedih! serious tinggal nak berdarah je lagi kalau dia tolak sikit lagi…. aku dah agak mesti aku mati macam ayam kena sembelih. mati macam tu terus takpe. kalau gelupur terseksa camne? aisehhhh tak dapat bayangkan bukan?

mujur mak aku ada kat KL masa tu, aku mintak tolong mak untuk buat report dan failkan penceraian. dia cari aku sampai ke opis oke nak heret bawak balik. kau tahu tak betapa keciknya hati aku bila dia buat amukan kat opis aku. tahu tak?? nak lagi besh memang aku dah dapat instinct ni awal awal lagi dah. mak datang settelkan hal ni semua dan dia lafaz cerai dalam telefon.

naik mahkamah kes jadik panjang sebab dia tamau lepas dan dia tak hadirkan diri. tapi datang merayu di opis aku hari hari adalah tak apa pulak oke. 

2011

apa ya yang berlaku sepanjang tahun ni, aku dah lupa pulak. tetiba aku jadi hilang ingatan. sori laaa….
yang aku ingat aku berjumpa dengan dua manusia penipu, suami dan isteri. yang paling bagus isteri sangat pandai berlakon teraniaya oleh aku. alahai….. kalaulah ada award. dahla malas nak cerita. lagipun aku dah hilang ingatan la pulak pasal hal hal ni, siapa ntah yang hadir dalam hidup aku ni sepanjang tahun ni aku dah lupa. apa kenangan manis pahit semua aku lupa.

yang aku tahu. kerja aku semakin oke. inche bos pon dah oke jugak. buat perangai jugak tapi alhamdulillah aku mampu bersabar dan telan segala pahit yang ada. kaki ku masih teguh berdiri disini. walau dalam masa yang sama cuba cari peluang kerja di tempat lain. dan aku pes time buat passport antarabangsa untuk melancong ke singapore semata mata. mihmihmih

kenal seseorang yang lain tapi masa ni masing masing kecelaruan identiti. mihmihmih!! so takpe let alone situ. pening orang baca aku ni ramai sangat dengan orang itu dan ini kan? iskkkk

2012

 

tahun ni…. alhamdulillah… walau terlalu banyak kepahitan tapi kemanisan tak pernah lupa untuk singgah. saat menyukarkan adalah melupakan seseorang yang terlalu kau sayangi. tapi aku beruntung dalam kelukaan ini, ada seseorang yang lain cuba tolong aku lupakan kesakitan yang ada. 
tahun ni terlalu banyak teruji, ya tahun yang betul betul menguji. dengan serangan bertubi tubi manusia yang masih tak puas hati walau semua sudah jadi miliknya, dengan pertengkaran dengan beliau itu dan salah faham dengan adik beliau. 

akhirnya, lewat tahun ini aku mampu tersenyum bahagia. kerja pon semakin oke. semakin selesa di tempat ni. tapi masih mengintai tempat lain untuk bertukar. cuba rezeki belom ada. In Shaa Allah tahun depan mungkin? 

semua masalah telah selesai, cuma aku dengan manusia berlakon teraniaya tu jelah yang blom selesai kot. tapi disebabkan aku malas semakkan otak aku dengan beliau yang tak berfaedah so aku abaikan kewujudan beliau. lantak pi situ kan? bukan beliau yang tanggung aku pon selama ni. so bye bye.
aku dan mr her aka inche pon dah berbaik and kapel balik bulan 6 haritu…. cuma…… jengjengjeng, ada something wrong somewhere raya tahun ni adalah paling tak besh…. aku tak tau dimana silapnya. inche balik johor dan berjumpa dengan ex beliau makanya cinta lama terjalin kembali. aku tak tau kenapa instinct aku selalu betul. aku tak suka tau!!

merdeka tu kami ambik kata putus untuk berpisah dan biarkan dia memilih haluan dia. alhamdulillah tuhan itu penyayang bukan, dia tahu apa yang sebenarnya. inche minta peluang kedua, dan ya aku berikan dia peluang kedua. aku maafkan dia dan alhamdulillah, sampai sekarang aku bahagia dengan dia. banyak sangat perkara berlaku antara kami, dan banyak sangat yang kami lalui bersama setahun ni. aku sayang dia dan biarlah apa orang nak kata. sebab hanya aku dan Dia lebih mengetahui. sayangnya kenapa perempuan itu perlu menipu aku? aku tak paham. tak boleh ke engkau berterus terang?? kenapa perlu menipu?? kenapa perlu memaki hamun inche dan kemudian menerima dia kembali?? seriously aku tak suka attitude dia, dulu aku hormat dia sebab dia pernah menjadi insan kesayangan inche tapi bila dengan aku dia maki inche, terus aku terkesima dan blur……

dan aku juga sedang bertabah kerana inche sedang melalui frasa untuk melupakan seseorang yang paling disayangi. siapa yang tak tercuit? tak terasa? tak sedih? bila ini berlaku pada diri kau, tapi aku cuba belajar untuk bersabar dan bertenang. aku anggap ini semua ujian dari Allah…. dia menguji untuk aku kembali kepadaNya. aku tahu Dia takkan pernah hampakan aku.

akhir tahun ni jugak inche bawak aku jumpa keluarga dia di johor.
alhamdulillah aku dan cik adik dah berbaik🙂

biar lah… cukup sampai sini saja… biar semua cerita hanya aku, inche dan DIA saja yang tahu tak perlu aku beri keterangan lanjut. tak perlu menambah kepedihan dihati.

apa yang aku harapkan aku dapat ubat mata emak yang semakin pulih. In Shaa Allah berkat usaha, tawakal dan doa kepadaNya aku rasa mata mak boleh sembuh. sekarang masih cuba ubatkan mak, suruh mak makan ubat tanpa henti. 
mak… eza sayang mak sangat sangat. apapun yang berlaku, eza akan ubatkan mak. ikut mana pun eza akan cari duit untuk rawatan mak. In Shaa Allah mak, kita ada Allah yang maha penyayang, Dia pasti bantu🙂

8 thoughts on “…DAY 26:: THINK BACK TO HOW YOU WERE 5 YEARS AGO. HOW HAVE YOU CHANGED SINCE THEN…

    • ::aweksopan::

      pengalaman mendewasakan kan??? alhamdulillah… kenal mana kaca dan mana permata. mana baik dan mana jahat. siapa penipu dan siapa ditipu

    • peduli haper kah aku?????
      bukannya aku nk buat cerita pasal dirimu, jadi ada ku kesah bila aku kenal dirimu???? reti??
      sila jgn cari menyibuk di blog ku, boleh??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s