…MISI MEMBONGKAR RAHSIA…

baca balik Kak D punya entri blog yang lama…. tiba tiba ternampak sesuatu yang terlalu rajin nak dibuat. gitu…….. daripada dok bergossip, mengumpat, memaki menghamun orang baiklah buat benda benda yang berfaedah sikit kan. 

A – Age: 28. Ye aku dah tua tapi wajah still jelita kan? kahkahkah!

B – Band Listening Right Now: One Direction ~ One Thing… boleh la… layankan aja..

C – Career: Penyimpan mohor mohor besar.

D – Drink or smoke: Both… muahaha… eh haruslah aku drink… nak mati tak minum, kalau tak makan tu tak pe ar lagi…

E – Easiest person to talk to: My Third Sistah and Mr HER~

F – Favourite song/s at the moment: Ku Akui~ Hafiz.

G – Gummy bears or Gummy worms: seyes aku tak paham pe yang kau nak.

J – Junk food you like: chipsmore… thihihi…. roller coaster kot.

L – Longest car ride ever: KL to Singapore, Singapore to KL… errrr tapi bukan aku yang drive pong, hahahaha~ tapi jauh ke?? macam tak je.

M – My favourite sport/s: Badminton yg pukul angin. Boling yg masuk longkang -..-  

N – Number of relationship you’ve had: errr relationship yg camne ko nak?

O – One wish you have: RICH

P – Phobias: Tangga and Darah.

F – Favourite Qoute: Dah ko kenapa? Jadah apa ntah… hewhewhew~

R – Reason to smile: Sbb hidup aku dikelilingi kebahagiaan, ada family yang bahagia, kawan2 yang baik dan Inche yang penyayang.

S – Song: Kerna Ku Sanggup~ Agnes Monica, Zombie~ Cranberries.

T – Time you woke up: 5.45am for subuh prayers. kalau hari bekerja terus la mandi2 bersiap pe semua, lau hari cuti… harus aku sambung tido balik… hargai hari cuti anda oke.

U – Unknown fact about you: i oso dunno….

V – Vegetables/fruits you hate: Kobis, sebab aku dah bosan mam kobis. kalau fruits is Ciku…aku tak makan… tak payah susah2 nak bagi kat aku.

X – Xray you had: Masa first time dapat kerja gomen, kena buat medical checkup.

Y – Yummy foods: Laksam…oh goshhh! shedap hoihh mengidam ni.

Z – Zodiac sign: I’m Libra Girl The Balance.

p/s:: thanks for calling me, asking my condition…paksa makan ubat jumpa doktor. takpe, t awak tak perlu risau ya ^_^ thanks

Advertisements

… JALAN JALAN SAMBIL SESAT SESAT…

Tarikh:: 19 Januari 2013

Masa:: Pagi ke Malam

Tempat:: KLCC — Bank Negara

Seperti yang dipersetujui. we olls berjumpa dekat KLCC. bila semua dah sarapan tu terus ke lapangan Aquaria. Jauh gila rupanya berjalan. Sampai je terus ambik tiket, kebetulan masa tu tak ramai orang. so tayah beratur pepanjang.
Masuk masuk je dah jumpa ikan Pirana u olls, uihhhh baru telan sorang manusia lak tu sampai dah tinggal tulang. kesian tahu!

DSC06212ikan pirana namanya

DSC06217seumpama… rama rama… terbang bebas… oke yang ni tak terbang bebas…

DSC06224tarantula~

DSC06222comelkan katak bumble bee ini ^_^
nak bela boleh?? puihhhh!!

DSC06223oke yang ni aku tanak. hahahha… tak sanggup. pe nama ntah kodok ni

DSC06226ini telur katak… eeeuuiii!!

DSC06227ini berudu ya anak anak

DSC06262

oke dah tunjuk gambar dorang. dorang?? meh daku tunjukkan gambar  manusia biasa pulak…. kesian la nanti tak glamer..

59506_524389857581428_593136744_nni bukan manusia…. ehh takkk maksud aku ini manusia tapi ni pintu masuk… eh lantak la kat situ… senanya nak tunjuk ini pintu masuk… berdiri aja atas kaler brown2 tu nanti dia gerak sendiri, ko tayah susah2 jalan. curlasss jah!

jalan

untitled

untitled

dsc06268ini kak long, kakak kawasan… muahahaha

DSC06267ini ayahanda and abang long… tyco kampung dusun!

apa aku nak kata, senanya tak besh pon pegi aquaria ni, tak ada gempak macam orang dok cita tu kan. biasa biasa je pon… tak ada pape. macam aku masuk taman rama-rama kat perak tu je… ehhh ke melaka?? oke hilang ingatan. dahla mahal tahu! sabo jelah… tapi tak pelah yang penting ada la pengalaman pergi aquaria ye dop, tak adalah aku macam jakun sangat bila orang cita kan… bolehla bahan “aquaria bukan beshh pongggg” gitewww~

selesai pemenda semua we olls gerak ke kl sentral sebab nak amek komuter bank negara untuk ke Tugu Negara… lepas lepas tengok ikan muncul semangat patriotik dalam diri gittuuu…. aku pon tak paham apa kena mengena ikan and semangat patriotik, khennn~

bila smpai KL Sentral, ada lah pulak minah saleh ni tak pandai nak beli token pergi KLCC, jadi mari lah kita membantu beliau berdua. kesian pulak aku tengok… satu apa pon tatau, lantas daku mentolong apa yang termampu. so mahapla daku kawan2 terlewat kesampaian…. tolak campur darab bahagi sampaila stesen bank negara. oke ini hazab… menderita berjalan selama 20-25min aku rasa tapi aku rasa macam 30-45minit je??? dahla jauh nak mampuih jalan, sampai sampai tak jumpa jumpa tugu negara nya yang jumpa memorial tunku abdul rahman. hambekkk, alang dah sampai masuk jelah tengok kan….. salah jalan rupanya. lantak pi situ. aku dah malas nak patah balik ke pemenda…. tak pelah janji dapat jugak tengok benda lain…. nasib la….

550523_524393017581112_1861681500_nengkau nampak kasut aku tu, nampak????? engkau mampu nak pakai gitu jalan dari bank negara ke memorial ni?? mampu??? JALAN oke…. fuhhhh!!!!! *lap peluh di dahi*

p/s:: sekarang ni siapa yang tergila gilakan siapa?? *tepuk berjemaah* 

…MOOD:: TAK TAHU NAK CAKAP APA…

oke, mo0d adalah sangat tidak baik dalam seminggu ini sebab aku demam melampau. mula mula sakit tekak yang seriyes melampau sebab kalau telan ailio aku rasa macam aku amek kaca je telan, pedih gila!! dalam pada masa yang sama dah agak mesti kena selsema lepas ni, yelah dorang kan merpati dua sejoli mana boleh dipisahkan.

tup tup hari ahad badan dah seram sejuk… hidung pon dah rasa tak sedap sangat. tak bersin tapi tak selesa.
esoknya, yesss! kompem demam selsema… ditambah pakej batuk, sakit tekak dan sakit urat, gittewww, ko mampu dapat pakej macam aku??

tak kisah pon nak demam kan, lantak la… yang pastinya aku tak kan makan ubat dan aku tak kan pergi klinik… aku tak takut cuma aku malas. kalau klinik tu pree, belom kena demam dah tentu aku pergi. mihmihmih. nak mintak MC je lebey senanya. tapi memandangkan Mr. Boss aku pon tak ada, sedang bermesyuarat di luar makanya tak payah kau gatal gatal nak pergi ambik MC, sape nak jaga opis?? sape??? 

cuma apa aku tak suka demam je mesti tersumbat hidung, tak selesa oke…. rasa nak ambik hidung campak tepi…. tak leh nak bernapas dengan sempurna, tido pon amat lah payah kena napas kot mulut…. yang lain lain aku tak kisahla, orang kata sakit tu salah satu cara Allah nak hapuskan dosa dosa kecil jugak kan, so biarlah cuma tak suka hidung tersumbat macam ni. belakang aku habis sakit sakit aku boleh chillex lagi tapi kalau tak boleh bernafas….ouhhhhh…… rasa nak koma kejap, bila boleh bernafas baru nak bangun balik. boleh?

dahla, mood memang tak ada langsung sekarang. kerja melambak lambak pon pandang tak pandang je, aku juz rasa nak tidur….. huhuhu. boleh tak nak bentang toto kat partion aku ni then tido dengan lenanya, siap selimut tebal sebab sejuk melampau.

…DUA LAGIK DAN MASIH PENDEK PENDEK…

HERE COMES THE BOOM

apa ke susah benar tajuk filem yang aku nak kena ingat ni. berbelit saraf saraf tunjang, medulla oblongata, sereblum dan serebrum aku nak ingat bagi.
akhirnya -__-”
seksa hooihhh! nasib citer kau besh tak ada la aku rasa cam nak campak je PC ni ha.

sinopsis::

A high school biology teacher looks to become a successful mixed-martial arts fighter in an effort to raise money to prevent extra-curricular activities from being axed at his cash-strapped school.

images

review::

seriyes aku suka cita ni, besh! klaka santai… dari seorang guru dia kena masuk arena boxing sebab sekolah dia sedang menghadapi krisis kewangan dan terpaksa singkirkan seorang guru muzik sekaligus tutup kelas muzik tu. dari awal cerita memang sangat lawak. yang paling besh partner dia si guru muzik tu, klaka gila.
jalan cerita dia sangat smooth, kau tak kan rasa bosan sebab lembab atau kau tak kan rasa pending sebab jalan cerita laju sangat nak catch up. memang besh dowh!
selain tu cita omputih mana la yang tak terapkan nilai nilai murni kan? sebangang mana pon cerita mesti kau akan dapat la tengok nilai nilai murni dalam ni.

sebab lain aku suka tengok filem ni adalah…. CHARICE PEMPENGCO (Charmaine Clarice Relucio Pempengco) budak filipino yang fasih berbahasa omputih and ada suara yang superb mantap!!

charice-pempengco-profile

Dia ni penyanyi dari tv realiti (tak salah aku American Idol) dan dia ni setiap kali berlakon dia akan bawak watak asal dia, seorang budak filipina yang berhijrah ke negara omputih dan terpaksa belajar bahasa omputih melalui lagu dan filem sebab mak ayah dia tak ada duit nak masukkan dia ke kelas bahasa and dia pon tak ramai kawan (lebih kurang macam tu lah)

aku bagi tiga setengah bintang 🙂 

PARENTAL GUIDANCE

sinopsis::

Artie and Diane agree to look after their three grandkids when their type-A helicopter parents need to leave town for work. Problems arise when the kids’ 21st-century behavior collides with Artie and Diane’s old-school methods.

Parental_Guidance_2

review::

satu lagi citer klaka yang besh! gelak dari awal sampai habis jugak, memang terbaik! cerita pasal nenek dan atuk yang kena jaga cucu cucu dia sebab mak dia kena ikut ayah dia pergi kerja yang berada di luar kawasan, sesambil tu dorang pergilah berjalan, sebabnya mak and ayah budak budak ni dah lama tak berjalan berdua.
serious kelakar oke. tak henti henti gelak aku mentengok cerita ni. budak kecik tu sangatla menjengkelkan. rasa nak cubit cubit gitu, kesalahan tu kelihatan pada maka ayah budak budak ni sebab dia terlalu memanjakan anak anak dia tapi pada masa yang sama paksa anak anak untuk studi memanjang. dorang ni macam tak berusaha untuk hiburkan anak.

saat paling sedih bila anak lelaki kedua dorang tu gagap and at the end dia mampu bercakap atas pertolongan atuk dia ni. nanges la jugak nampak dia boleh cakap laju, budak ni sangat pandai bawak watak. big thumbs up!
yang aku tak suka dalam cerita ni cumalah mak budak budak ni. dengan orang tua sendiri tak percaya, habis tu kau nak percaya siapa. dulu kau pandai merangkak berjalan makan berak bercakap sendirikah?? grrr… teremo jap aku tengok. meluat bertimpa timpa.

aku bagi tiga setengah bintang jugak 🙂

p/s:: kalau hidup kau memang dah tak bahagia, tak payah la nak menjeles kehidupan orang lain. reti? pity u~