…CUTI CUTI MESIA PART 1:: JOHOR…

Tarikh:: 22- 23hb December 2012

Masa:: Pagi ke Malam

Tempat:: Sentul –> TBS –> JOHOR

Rasanya cam tak ada benda menarik untuk aku cerita hari pertama aku bertolak tu sebab aku dah pon cerita kat entri ni kan :: BULLET YOUR WHOLE DAY. so semua dah ada. jadi malas la nak cerita ulang ulang, nak baca kalu klik je kat tajuk.

esoknya… lepas sarapan pemenda semua tu.. aku, inche and wany (adik inche) terus bersiap siap nak berjalan. tapi sebelum tu we olls pergi amek inche Nazri dulu. sebab beliau sorang je yang tau jalan tempat yang kami nak pergi ni (itu pon sesat sesat).
bila dah amek beliau masa pemanduan bertukar tangan, suruh Nazri je yang bawak we olls. tujuan utama adalah TROPICAL VILLAGE, ayer itam.
serious dah lama aku mengidam nak pergi tempat ni, tapi tak pernah sekali pon tertunai. alhamdulillah, tahun ni inche dah menunaikannya sebab aweks dia ni selalu sangat nyanyi nyanyi tepi telinga buat request ini sampai dia naik menyampah. mujur tidak dilempang saja sedas.

sesat barat jugaklah tapi alhamdulillah sampai🙂
lepas park kereta masing masing menapak ke kaunter untuk beli tiket. rm10/ person (adult).

DSC06162

perghhhh besar gila tempat dia weyyy!! tapi sayang la…. semuanya chantek chantek cuma tidak dicat, semua dah luntur. pesalla korang tak nak jaga tempat tarikan pelancong macam ni. semua dah pudar warna dia…. sangatla mengkasihan kan tahu? so kepada warga Johor sila la report itu MPJ yea (pepandai je MPJ, suka suki kau nak letak nama kan?)

jadi marilah kita mulakan sesi photoshoot kaku dari kami berempat. welll…. biarlah gambar berbicara. ye dop?
tapi sebelum tu aku nak bagitahu, masa we olls pergi fullamak cuaca, “sejuk gila” macam antartika -..-”
silalah tengok gambar untuk mentengok tahap kesejukkan nya itu ye. serious sejuk sampai berpeluh peluh, berlumuih!

oke mari perkenalkan pelakon pelakon dahulu

pelancong warga korea selatan sesat

IMG_20121223_121923pelancong warga kazakshtan *camne nak heja ek?*

IMG_20121223_121943pelancong warga amarica-latin

IMG_20121223_122033pelancong warga cina hongkong

ada yang berkenan? tak leh! sebab semua dah berpunya. tok sah mimpi. eh?

IMG_20121223_121332sayangkan? kecantikkan yang dikaburi kepudaran dan kelunturan. kalaulah dorang jaga dengan betul. apa kekdahnya masuk sini rm10 sorang kalau tak menjaga dengan elok?

 

DSC06102errrrr???? model toilet?? berkoyan koyan la orang nak pegi toilet lepas ni. tak mau kencing pon buat buat teran sampai nak terkencing. model chantek sangat. servis layanan mesra alam. 80 kali orang nak pegi toilet.

we olls ada kat tembok besar china u olls, jangan jeles…. kau mampu???? mampulah kalau kau datang tempat ni jugak😛

gerhana matahari di Paris….. errrr statue of liberty kat paris ke weyh?? kahkahkah ai buta geografi, hampun kanlah yeap.

DSC06111Taj Mahal yang tercemar dek vandalisme

dunia…. kian berubah, perubahan melingkari….melaksana hasrat hati…… 
eh? motip kau nak nyanyi lagu patriotik tetiba?

IMG_20121223_124515

IMG_20121223_124455Eiffel Tower yang aku tak berani nak join. tangga dia menakotkan hoihhhh. mekasih jelah…. *apa ke slacknya pokok sawit kat belakang tu??? buta landscape la orang ni*

tempat yang aku idam idamkan…. egypt!! bila aku boleh sampai ke sini? tak real langsung atas simen -..-”

Langkawi, nak gambo dengan burung ori dari langkawi bapok besor, maka marilah kita bergambar dengan anaknya sahaja.

aku tak paham apa masalah kau Naz, memanjang muka mintak penampo. 

tamat sudah cerita kami~ penerbangan untuk balik ke negeri masing masing sudah tiba, maka marilah pulang ke pangkal jalan.

senanya ada banyak gila gambar and ada dua video jugak, kang aku letak semua habislah space jawabnya. maka gambar lain adalah khas di dalam FB sahaja. sesapa fren dengan aku bolehlah mentengok. sesapa tak fren tu hamponnn la. sila pergi sendiri. dan ada banyak lagi cerita yang tak mampu aku nak taip sebab tak aku kang korang yang pengsan nak membaca. makanya biarlah dulu…. kita sambung di part 2 pulak… 

so, stay tunned~

p/s:: kalau nak tengok gambar gambar lain pergi kat belog budak rajin ni….. aku pemalas. mihmihmih ——> HuKuM KaRMa

12 thoughts on “…CUTI CUTI MESIA PART 1:: JOHOR…

  1. eh, saper kate ur itam tuh.. bute kot dier.. ahaksss.. jeles aii, ur putih melepak.. huhuhuu

    • ::mama aisy::

      besar gilak oke…. sila pakai selipar je jgn berangan kai kasut tumit… tu byk yg tk menapak sbb panas nk mampuih so biarlah janji dah pegi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s