…MOHON DIJAUHKAN BILA AKU JUGA BERGELAR ISTERI…

542192_492155827494115_206916908_n (1)

suka gila aku baca apa yang ustaz azhar idrus ni tulis… rasa nak gelak guling guling pon ada. bukan sebab apa. sebab aku dah pernah menyaksikannya. aku rasa cam loser gila orang ni oke. pathetic sangat. 

ini kes bukan setakat rindu sayang cinta update kat status ni, ini siap apa je aktiviti dia dengan inche suami semua nak diberitahu. aku rasa kalau orang macam ni menghadap fb 24jam la kan… mau je dia update status::

1. Bangun tido – (tag) with inche suami tercinta gunung berapi

2. Ke Pasar Beli Ikan Tenggiri dengan inche suami saya (tag) Sipolan bin Sipolan

3. Balik nak masak untuk suami saya yang tersayang (tag) Tet Bin Tut, I love U Sayang… Emmmuahhh!!

4. Inche Suami (tag) Manusia Bin Orang tolong gorengkan keropok lekor. Sweet sangat. Sayang kamu ketat ketat.

5. Beriadah sambil tengok Drama Binimu Binimu Jua Bukan Biniku – (tag) Inche bin Encik

6. Mau tydo sudah, nite semua… nite sayang (tag) Suamiku Bin Suami Ibu Mertuaku.

7. Eh Lupa! malam ni nak buat projek besar-besaran dengan inche suami (tag) suami bin ayahnya, jom mulakan! 

eh? kannnsss… bengang betol. dahla tu setiap hari kot. sampai loya aku baca. last last sekali marilah kita memblock, tenang hidup aku… apa kau ingat kau sorang je ada laki hoihhhh!!

bukanlah nak menjeles sebab aku tak ada laki kan… tapi fikir la perasaan orang lain sama. meluat oke. kalau kau ada laki dia pon ada pakwe, kalau dia update 5-6 kali status macam tu kau meluat tak agak agak??? suci benar la kau kalau tak meluat ye dop? nak hapdet macam tu tak salah tapi tak yahla selalu sangat.

ini dengan wallpostnya engkau dah hapdet berbagai rasa cinta kat situ, nape? kredit tade ye yunk? alololo keciann dier… suh la suami kau topupkan, tak berduit kah??? itu belom campo lagi semua gambar, status yang dia like and komen. asal ada gambar laki… miss u sayang… esok laki update lagi gambar; love u… heh???? ko ni memang ada penyakit rasa insecure aku rasa… kau agak agak kalau tak tulis benda benda itu orang tatau itu laki kau kot. nak tunjuk satu dunia ni kau sweet ke der??? bolehhh…. tapi biar btempat la… setiap benda engkau nak menyibuk, orang meluat jugak. kalau dah sampai kawan kawan laki kau komen status kau yang tak ada kena mengena datang menyibuk tolong jawabkan bagi pihak pon masalah jugak. 
Jom pekena teh tarik *gambar*
kawan suami “amboiii lepak sorang nampak, cuci mata ke?”
suami “mana ada dowhh, aku ngantuk sangat keje syif malam. lepak kejap”
si isteri “mana ada, suami kita baikla…. tak suka nowat2 ppuan, dia setia tau”
terus suasana sunyi sepi….. tapi kalau jenis kawan oke. dia bolehla melayan kau.
kawan suami “yeke baik… cayer ke?”
si isteri “mestilah, suami kita ni baik. sayang kita”
oke bunuh diri!
kalau aku? tak de der, aku tolong kondemkan lagi ada. wakakaka kejam……

even aku pon, ada je update aku dengan MR HER, tapi jarang la sangat nak tulis kat status. sebulan sekali je kot. itupon just tulis status biasa biasa. tak ada la nak gedik muahhh muahhh bagai. geli tahu? memang la itu fb kau suka hati kau la kan? tapi kau tu fren dengan sape? landak??? 
kalau dah begitu caranya, fb kau suka hati kau apa kata kau unfriend je semua orang… haaaaa masa tu memang ko boleh gunakan fb kau suka hati kau. kalau ada orang pertikaikan boleh la kau bagi pelempang sedas dua.

seriously tolong la hormat orang lain juga. apa kau tak malu ke update status macam tu tetiap hari? tak malu ekkkk??? kalau kau tak malu, meh aku yang tukang baca ni tolong malukan untuk kau. semua benda engkau nak gitau… pekehal. *inche buat lempeng untuk saya, alaaaa hangus laaa encik. tapi takpe hangus hangus pon saya tetap sayang inche ketat ketat* 
seriously??? rasa nak bagi penyepak boleh? habis tu tak kanla pasal lempeng hangus engkau nak mintak cerai, kot macam mana pon dia laki kau, haruslah kau sayang kan??? cuba fikir logik la derrr…
alang alang kau nak buka cita pasal kau dengan laki kau pekata kau buat blog terus, hari hari kau update apa yang kau buat dari pagi sampai petang. atleast kalau orang menyampah dia tayah baca… ni nak tak nak terjojol jugak depan bijik mata status kau tu.

dahla, malas aku nak cakap banyak. aku pon ada buat tapi aku boleh fikir, apa aku buat sampai tak tahap orang meluat….kalau kau fren aku, boleh la tengok sendiri berapa kerat je nama dia aku sebut…. kau dah besar, pandai fikir sendiri.  

p/s:: semoga aku tak berperangai begitu bila dah kahwin nanti. matikla~

10 thoughts on “…MOHON DIJAUHKAN BILA AKU JUGA BERGELAR ISTERI…

  1. yup..i setujuuu dgn u 200%..tu x masuk lagi ayat gedik+manje=baby bushuk, bucuk hapak semua ada la..agak2 la..mcm kat rumah x jumpa.. seriously..terbca kdang rasa nak muntah hijau…hope lepas kawen kita x mcm tu kan..:)

    • ::sitomgumok::

      ha’ah tulah, tapi dh mengenangkan kawan hadap jelah. cuma sekarang hide kan apa yang dia post. so tak nampak dah…mula2 tu block tapi macam kejam gila, last last hide je yang termampu ku buat.
      susah nak nasihat kalau kawan sendiri, nanti tacink la apa la sampai boleh gaduh. haishhhh… terpaksa la senyap je.

  2. nak buat macam mana…dia sorang jer ada couple..couple dia jer yg ada pesbuk…couple orang lain takde kennn..itu yang bertagging2..poking2…liking2…hal2 personal cerita dalam kain tak perlu kot share kat open cenggitu..orang tengok pong mmg nak termuntah hijau kuning semua lah…bak kata ustaz azhar kat dlm ceramahnya..”kita baca rasa nak termuntahlah..” ngeee~~~

    • ::nicki::

      yg ada kapel tu dah satu hal mmg nampak sangat la miangnya. inikan dah jadi laki bini ponn masih nak feeling2 miang kapel ke haper??? udah2 la tuh rentikanlah…….
      tula malas nak cakap banyak, elok dihide mahupun diunfriend je org mcm tu

    • ::mama aisy::

      kan? tak menahan betul org macam ni… ai tak muntah tapi ai kesian tengok.
      kurang kasih sayang rupanya sebab tu kena menunjuk depan orang ramai, konon bahagia. padahal…..
      pathetic and insecure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s