…SEBAHAGIAN….

TANPA MU PASTI KU TAK MAMPU UNTUK HIDUP….!! 

cesss ayat mintak penampo!  hanya sebahagian dari koleksi.
konpius dengan diri sendiri kenapa suka sangat beli minyak wangi
beli untuk diri sendiri dan orang lain

inche selalu jadik mangsa, sebab minyak wangi aku dah penuh koleksi 
tapi keinginan membeli adalah membuak buak, maka beli untuk beliau berbotol botol jugak.. adoiii parah ni!

DSC06323

…TABITA SKINCARE…

okeee lama sudah rasanya blog ini ku abaikan…. mengabaikan blog sendiri dengan tidak menulis dan mengabaikan blog kenkawan dengan tidak membaca mahupun mengkomen. sebab apa?? no….no…. kali ni bukan sebab aku malas tapi sebab aku kena berkursus wajib kerajaan, 7hari setahun…. alhamdulillah dah lepas kursus, lega gila tayah fikir pe dah lepas ni.

and aku pon ada je janjikan untuk update pasal tabita tu kan? tapi lama tidak berhapdet sebab diatas dan satu lagi aku tunggu feedback dari kakak sorang ni untuk jadi dropship beliau. tapi tulah tak ada jawapan, dah dekat dua minggu last-last aku sendiri pon dah fadeup sehh. aku tunggu dia bukan apa, sebab ternyata original yang dia, aku yang pakai tabita dia so aku tau la kan ori ke tidak. hurmmm payah payah….. takpelah orang tak mau jual beli tak kan engkau nak paksa paksa kan? aku pon malas dah nak bertanya lagi macam kan aku ni dah kategori merayu lak untuk jadi dropship dia.
so aku pon ambikla dengan kakak yang sorang ni pulak… so far aku pakai ni oke sangat… jadi aku mampu katakan dia punya original jugak… 
jadi aku ambik dengan dia jelah senang.

so kat mana dan dimana korang boleh dapat? aha! korang boleh order dengan aku… 
aku dah jadi pelanggan tetap beliau so boleh la kot nak dapat harga murah murah barang lima-seploh hinggit mesia, ye dok??? yang bestnya dia ni ada buat travel set, so far dari feedback orang ramai memang tak ada masalah.

boleh order tru my FB or my email, ieyza.azmiey[at]yahoo[dot]com
tapi ini semua pre-order ya. kalau korang dah order baru aku leh call supplier aku… sebab aku just tolong belikan untuk korang la kiranya, kang lau barang ada dengan aku, tapi tak ada yang membeli, aku lak yang rugi….

so grab cecepat ya…. aku sediakan gambar and harga sekali::

EXCLUSIVE SET – RM 330/set with postage
(siapa yang beli lebih dari tiga set, dikurangkan rm10/set. so sila pakat pakat dengan kenkawan untuk order)

416875_411491128920041_844727660_n

REGULAR SET – RM 290/set with postage
(siapa yang beli lebih dari tiga set, dikurangkan rm10/set. so sila pakat pakat dengan kenkawan untuk order)

531058_411491142253373_185281028_n

kalau anda return customer pon akan diberi diskaun jugak. so meh order bebanyak.
sila sila sila. 
kenapa murah? sebab kakak ni katanya ambik dari orang tengah yang tak mencekik darah and kakak ni beli secara borong yang melampau… yelaaa dah terkenal kan tabita ni so permintaan adalah banyaaakkkkk sangat….. so tak rugi kalau dia ambik secara borong borongan.

perlu ke aku terangkan lagi sal tabita ni ye??? ramai kot dh tau kan??? dah pemes pon tabita ni. pemes mengalahkan tukang jual sendiri. eh? hahaha
tapi kalau ada yang nak jugak tau, nanti next entri akan ku cerita kan….

DARE TO BEAUTY??? jangan lupa pm aku di FACEBOOK atau boleh ke emel ku ieyza.azmiey[at]yahoo[dot]com ye. 

 

…KECANTIKKAN HAK MILIK SETIAP INSAN…

Seriously…. malas nak menaip…. malas nak ligatkan otak olah ayat… malas nak log in…. malas nak cerdikkan diri……
Semua MALAS! MALAS! MALAS!!!
Akibat kena kerja tanpa henti, tanpa sebarang cuti. ohhh sungguh tak besh.

Ramai dah yang mintak up kan entri ni. tapi macam ku kata la. aku malas. fullstop!.
Tapi adik sorang ni dah bising. mengenangkan dia tu ibu-ibuan sudah… dari dia pregnant sampaila dah selamat melahirkan dok mintak up entri ini. so for you dak atun isnor… nahhh ku hapdet akhirnya… kau tak baca, siap!

Seme orang sibuk bertanya, apa yang aku pakai di muka…. nampak ayu dan jelita. puihhhh!!! oke itu orang tak kata, aku yang puji diri sendiri. 
dulu kulit muka aku is teruk… berjerawat, berbekas jerawat and kusam. Segala jenis keburukan la yang ada, senang nak cita.

kusam

kusam*KUSAM*

jerawatjerawat*BERJERAWAT*

then raya tahun lepas adalah paling teruk, sebab yelah makan tak jaga. dah raya kan namanya…. maka mentekedarah tak hinggat donia adalah nikmat! then naik la dengan teruknya….

horror*HANTU KAK LIMAH*

haaaaa horror tak muka aku??? jangan bawak sampai ke mimpi udahla yea

lepas je 3 hari beraya dengan muka yang tak boleh blah tu, aku pon tryla produk yang dah lama aku beli….

Tabita SkinCare*TAKEN FROM GOOGLE*

yesss TABITA. rasanya dah femes kot jenama ni. ramai je orang pakai kan…. Blogger… ehhhh perasan diri blogger kah??? blogger picisan je pon….. sobbsss!!

TABITA ni dijual secara online… ada je yang jual kat butik butik artis katanya, tapi pada lah kan mahai nak mampuihhh, satu set lengkap pon mau rm500 something… maka baiklah beli online saja. tapi kena hati hati k, banyak yang tiruan.

pengalaman aku pakai? 
bulan pertama rasa nak matik! boleh? masa hari pertama tu lek2 dulu la kan… tade pape… masuk hari kedua, usahkan kata pakai toner tu pedih masa basuh muka pon dah pedih. macam orang toreh muka kau pastu letak cili. menjerit dalam bilik air sensorang. gila ar. then dah start mengelupas lepas je 3-4hari aku pakai.

bulan kedua still rasa pedih tapi masa basuh dah oke cuma masa pakai toner. still mengelupas tamau henti. and muka masih sama la tak ada perubahan lagi. mula tu rasa cam putus asa la kan. tak jadi pape. orang lain ramai yang kata, pakai sebulan pon dah nampak kesan lepas tu kulit dah tak mengelupas, pakai toner pon dah tak pedih. rasa nak give up je. tapi mengenangkan RM yang ratus tu. maka ku pendam kan je sebuah duka….

bulan ketiga dah nampak sedikit perubahan (masa ni aku dah beli tabita dengan orang lain, sebab yang aku ambik first and seken tu fake baq hanggg), ramai orang tegur muka aku dah lain…. nampak lebih cerah and tak kusam macam dulu…. aku macam dah tak dikenali… wahhh gitu. ini kisah benar ye bukan rekayasa. seronok tak yah cerita la kan, tiga bulan hoihhh penat aku istiqamah tau…. akhirnya membuah kan hasil… muka dah tak kusam, nampak lebih cerah :))

tabita1*BULAN KE-3 ~~ WITHOUT MAKEUP. DAY CREAM TABITA JE*

bulan keempat dan seterusnya jerawat dah mula hilang sampaila sekarang. lau ada pon naik la seketul dua sebab nak piyed. itu dah wajib la kan. tak leh nak lari dahla. cuma parut jelah yang ada pon. itu pon dah beransur ansur hilang. bekas jerawat tu aku pon sedia maklum memang susah sangat nak hilang, makan masa yang lama. takpelah aku oke je.. janji boleh hilang. 

sape sape yang nak kulit kembali cerah aku syorkan sangat guna produk ni. memangla dia buat kulit kau menggelupas kan, tapi setakat tu jelah, dia hanya nak buang sel kulit mati and dia tak nipiskan kulit sebaliknya kembalikan kulit and kaler kulit kau yang asal. 

tapi sebelum kau pakai sila pastikan diri kau betul betul bersedia la. 
1. kau kena hadapi rasa sakit yang amat sangat. serious tak tipu. memang pedih nak mampuih!! so kau kena tabah. jangan pakai sebulan pastu tamau dah. rugi oke.
2. kau kena hadapi hari hari yang ntah pape *aku tak reti nak describe* sebab kulit kau menggelupas, orang ramai akan pandang. malu or not. terserah la pada kau. bagi aku sebulan dua je pon. nak cantik kan?
3. kau kena hadapi hari mu tanpa makeup. start kau pakai tabita, tiada lagi istilah bedak muka untuk mu. memang kau akan natural beauty. kau tidak dibenarkan pakai bedak buat masa sebulan ke tiga bulan. ikut ketetapan hati kau. lagi lama lagi bagus. sebab masa tu kulit masih dalam proses pembaikan. makanya jangan cemarinya dengan bahan kimia.

tu je yang mampu aku khabarkan. lau ada yang tertinggal nanti aku update, itu pon lau ada yang nak tahu la. lau ada pape musykil leh ar komen ke apa ke kat aku. yang mana aku leh jawab aku akan cuba ar jawab. in shaa Allah. ini dah masuk 7 bulan aku pakai. alhamdulillah, kulit muka dah semakin oke….

nak tau harga and camne nak beli? next entri aku cita. panjang gila dah rasanya entri aku ni….. ku sudahi disini dahulu. tade gambar terbaru sebab aku malas nak ambik. hohohoho~~

notatangan:: terpaksa buat gambar semua jadi horror sbb aku dah berhijab sekarang

… LONDON WEIGHT MANAGEMENT…

hoho! setelah entri sebelum ini tidak melepasi tapisan, takut ada yang tersinggung… yang tersuper sentap makin sentap, bukti yang mengaibkan seseorang… maka tidaklah dapat dipamerkan disini….
ehhh tapi…. akan ku pamerkan suatu hari nanti. bukan sekarang…. sekarang masing masing teruskanlah bergegak gempita, riang ria di hari raya. tak kisah… Allah itu Adil. Buat jahat akan ada balasannya~

hari ahad minggu lepas, MR HER ada dapat voucher dari london weight management. makanya beliau pon memaksa la aku untuk buat treatment kat situ… terasa ai tau, nak cakap ai gemukkss la tu kan? fine!! 
dalam masa yang sama terfikir jugak mesti dia ada akan cuba sedaya upaya jual produk dia ni. mana ada orang nak rugi kan buat voucher pemenda semua tapi customer tu akhirnya tak ambik pon.

CIMG1166*credit to google*

so, ai pon pergi jelah kat London Lot10 Bukit Bintang tu dengan MR HER. memula dia buat sesi perbincangan la kan, kenalkan produk pemenda semua… and yes terambil  jugak pakej dia… RM2,200… marilah menjulingkan bijik mata. gila hoihhh mahal! takpelah demi inche…cess~~ haha.
so abis bincang pemenda semua tu.. dia suh aku ikut dia.

bagi bilik untuk aku salin baju pakai panties tong dia je tahu! malu iolls!! pastu berkemban. barang yang lain silalah disimpan di dalam loker..

P6020046-225x300*credit to google*

lepas tu pergi timbang berat 57.6kg. whatttt!!!!!!!!!!! really?? aku tengok kat rumah 55kg. tetiba bertambah ke 57.6kg???? OMG! tatau la betul ke tidak kan. kalau dia nak tipu pon apa yang aku boleh buat. tawakal jelah, mungkin aku kena beli scale baru kot. scale  rumah tu rosak kali~ takpe nanti aku timbang kat kedai yang berbayor tu. hewhewhew….so aku malas la nak peningkan kepala fikir percaya atau tidak. cuma tak tinggi tu aku tak puas hati. sebab selama aku ukur ni 160cm. apa kejadah kah tetiba jadi kurang kan. so lantakla pi situ. serious aku malas nak fikir.

then aku di masukkan ke dalam bilik sauna atau nama lainnya Aroma steam bath for 10minutes… oke… nampak macam… “alaaa 10minutes je pon…. tak ada pape laa” oke, cuba kau pergi duduk dalam tu tengok, duduk 2 minit pon kau rasa nak keluar tahu. mungkin sebab aku ni tak biasa dengan keadaan panas. tapi memang aku rasa panas dia melampau oke. tapi disebabkan riban, makanya takpelah ku gagahkan jua walau aku dah macam kucing nak beranak dalam tu. dan dan tu jugaklah cerita i still know what u did last summer la, final destination la muncul lam kepala otak aku.

P6020040-300x225*credit to google :: sauna room*

cukup 10minit dia panggil keluar, suruh masuk dalam satu bilik. oh ya sebelum steam tu dia ada ambik gambar iolls la dari pelbagai sudut. dalam bilik tu (lepas steam) dia suruh baring terlentang atas tilam dia. aku pon macam pelik semacam, kenapakah tilam ni berasa panas?? atau aku ni yang panas sebab keluar dari bilik steam. then dia datang, untuk buat body massage/letak oil/scrub. siap depan belakang.. dia balutkan aku dengan plastik kendian dia letak tuala and letak blanket… oke aku dah gabra semacam dah masa tu… panas gila oke… rasa cam ko pergi berdiri tetengah terik matahari jam 12 tu… macam betul2 terpacak atas kepala kau matahari tu (haishhh kat padang masyar nanti camne la ea, matahari sejengkal je dari kepala, panas macam ni pon dah tak sanggup). serious panas gila vivas la…. pastu yang paling besh peluh macam air hujan turun… siap ada lecak lecak lagi kat belakang badan. wakakaka. ohhh ada 4 sesi lagi camni. matikla!!

IMG_1277-223x300*credit to google*

lepas sesi blanket yang panas nak mampuih ni, dia suruh aku rehat kejap dulu dalam 5 minit, kasi hilang panasnya tu. sekali bangun tengok dah macam tasik dah…. melimpah ruah air peluh yang terhasil. cesss~~ gilos!

then pergi la memandi kan diri, syampu pemenda semua tu. siap semua pergi keringkan rambut. kemudian marilah kita mentimbangkan diri…. sesi pertama aku mampu turun 1.6kg. sesi kedua pulak aku turun 2kg… yesss!!! sudah hampir mencapai matlamat penurunan ke 45kg… agaagaga. mampo0 nk sampai 45kg???? berangan je lebih.

P6020049-300x225*picca taken from google*

kendiannya, dibawak pulak aku ke satu bilik ni dimana wayar wayar mesin berselirat sana sini…ohhhh sangatlah hyperbola ayatnya. dia ambik measurement pemenda semua pastu suruh baring sambil sapu pemenda ntah namanya….. then dia pasang la wayar segala jenis mak nenek wayar kat badan….
masa mula mula buat tu, aku rasa nak menjerit je… dahla sakit nak mampuih geli pulak tu, alangkan aku ni tahu malu je. kalau tak mang riuh oke aku menjerit!
tapi the second time tu aku dah boleh terima sikit. sikit jelah tak banyak…. sakit dia memang sakit sebab arus eletrik tu macam masuk dalam badan and dia tekan tekan badan kau untuk hancurkan lemak…. tawakal jelah.

main*picca taken from google-the machine*

lebih kurang 30minit sesi mesin ni. habis tu ambik lagi measurement di setiap inci badan, ada la penurunan disana sini.
selesai, pergi pakai baju balik and pergi jumpa consultant balik untuk tengok result.

so begitulah sampai 6 sesi treatment ni habis…. huhu. penat tu memang penat la, tapi nak cantik punya pasal sesambil memandang deduit yang beriban itu. haishhhh~~~ sedang meredhokan diri jelah.

ramai je yang tak berpuas hati dengan pihak london ni, tapi entahla mungkin aku ni bernasib baik pon, aku pergi ke London Bukit Bintang, and layanan dorang sangat mesra and baik. buat kerja pon lembut sangat. rasa selesa la. nak mintak kerja sini boleh? agagaga..
mungkin ada pihak london yang selalu diceritakan tu, tapi tak semua. and alhamdulillah layanan mereka so far ni oke je ^_^

tulah jelah mampu aku ceritakan, ini pon makan masa dua minggu nak siapkan… punyalah pemalas!

p/s:: aku tau itu engkau, tak payah nak berselindung di fake id yang berlambak tu. kenapa kena guna fake id? takuit kah???? atau pun malu sebab tergedik gedik nak kawan dengan kawan aku???? cesss kesian! padahal dulu kau jugak yang gung gang gung gang mengata kawan aku…… shame on you. lantak kau lah, aku malas nak kisah janji tak kacau hidup aku sudah. aku tak keji macam kau, sampai nak berunfriend siap block bagai. ko nak kawan itu hak engkau la kan….cuma pakaila id engkau tu, tayah penat penat nak create fake id.