… LONDON WEIGHT MANAGEMENT…

hoho! setelah entri sebelum ini tidak melepasi tapisan, takut ada yang tersinggung… yang tersuper sentap makin sentap, bukti yang mengaibkan seseorang… maka tidaklah dapat dipamerkan disini….
ehhh tapi…. akan ku pamerkan suatu hari nanti. bukan sekarang…. sekarang masing masing teruskanlah bergegak gempita, riang ria di hari raya. tak kisah… Allah itu Adil. Buat jahat akan ada balasannya~

hari ahad minggu lepas, MR HER ada dapat voucher dari london weight management. makanya beliau pon memaksa la aku untuk buat treatment kat situ… terasa ai tau, nak cakap ai gemukkss la tu kan? fine!! 
dalam masa yang sama terfikir jugak mesti dia ada akan cuba sedaya upaya jual produk dia ni. mana ada orang nak rugi kan buat voucher pemenda semua tapi customer tu akhirnya tak ambik pon.

CIMG1166*credit to google*

so, ai pon pergi jelah kat London Lot10 Bukit Bintang tu dengan MR HER. memula dia buat sesi perbincangan la kan, kenalkan produk pemenda semua… and yes terambil  jugak pakej dia… RM2,200… marilah menjulingkan bijik mata. gila hoihhh mahal! takpelah demi inche…cess~~ haha.
so abis bincang pemenda semua tu.. dia suh aku ikut dia.

bagi bilik untuk aku salin baju pakai panties tong dia je tahu! malu iolls!! pastu berkemban. barang yang lain silalah disimpan di dalam loker..

P6020046-225x300*credit to google*

lepas tu pergi timbang berat 57.6kg. whatttt!!!!!!!!!!! really?? aku tengok kat rumah 55kg. tetiba bertambah ke 57.6kg???? OMG! tatau la betul ke tidak kan. kalau dia nak tipu pon apa yang aku boleh buat. tawakal jelah, mungkin aku kena beli scale baru kot. scale  rumah tu rosak kali~ takpe nanti aku timbang kat kedai yang berbayor tu. hewhewhew….so aku malas la nak peningkan kepala fikir percaya atau tidak. cuma tak tinggi tu aku tak puas hati. sebab selama aku ukur ni 160cm. apa kejadah kah tetiba jadi kurang kan. so lantakla pi situ. serious aku malas nak fikir.

then aku di masukkan ke dalam bilik sauna atau nama lainnya Aroma steam bath for 10minutes… oke… nampak macam… “alaaa 10minutes je pon…. tak ada pape laa” oke, cuba kau pergi duduk dalam tu tengok, duduk 2 minit pon kau rasa nak keluar tahu. mungkin sebab aku ni tak biasa dengan keadaan panas. tapi memang aku rasa panas dia melampau oke. tapi disebabkan riban, makanya takpelah ku gagahkan jua walau aku dah macam kucing nak beranak dalam tu. dan dan tu jugaklah cerita i still know what u did last summer la, final destination la muncul lam kepala otak aku.

P6020040-300x225*credit to google :: sauna room*

cukup 10minit dia panggil keluar, suruh masuk dalam satu bilik. oh ya sebelum steam tu dia ada ambik gambar iolls la dari pelbagai sudut. dalam bilik tu (lepas steam) dia suruh baring terlentang atas tilam dia. aku pon macam pelik semacam, kenapakah tilam ni berasa panas?? atau aku ni yang panas sebab keluar dari bilik steam. then dia datang, untuk buat body massage/letak oil/scrub. siap depan belakang.. dia balutkan aku dengan plastik kendian dia letak tuala and letak blanket… oke aku dah gabra semacam dah masa tu… panas gila oke… rasa cam ko pergi berdiri tetengah terik matahari jam 12 tu… macam betul2 terpacak atas kepala kau matahari tu (haishhh kat padang masyar nanti camne la ea, matahari sejengkal je dari kepala, panas macam ni pon dah tak sanggup). serious panas gila vivas la…. pastu yang paling besh peluh macam air hujan turun… siap ada lecak lecak lagi kat belakang badan. wakakaka. ohhh ada 4 sesi lagi camni. matikla!!

IMG_1277-223x300*credit to google*

lepas sesi blanket yang panas nak mampuih ni, dia suruh aku rehat kejap dulu dalam 5 minit, kasi hilang panasnya tu. sekali bangun tengok dah macam tasik dah…. melimpah ruah air peluh yang terhasil. cesss~~ gilos!

then pergi la memandi kan diri, syampu pemenda semua tu. siap semua pergi keringkan rambut. kemudian marilah kita mentimbangkan diri…. sesi pertama aku mampu turun 1.6kg. sesi kedua pulak aku turun 2kg… yesss!!! sudah hampir mencapai matlamat penurunan ke 45kg… agaagaga. mampo0 nk sampai 45kg???? berangan je lebih.

P6020049-300x225*picca taken from google*

kendiannya, dibawak pulak aku ke satu bilik ni dimana wayar wayar mesin berselirat sana sini…ohhhh sangatlah hyperbola ayatnya. dia ambik measurement pemenda semua pastu suruh baring sambil sapu pemenda ntah namanya….. then dia pasang la wayar segala jenis mak nenek wayar kat badan….
masa mula mula buat tu, aku rasa nak menjerit je… dahla sakit nak mampuih geli pulak tu, alangkan aku ni tahu malu je. kalau tak mang riuh oke aku menjerit!
tapi the second time tu aku dah boleh terima sikit. sikit jelah tak banyak…. sakit dia memang sakit sebab arus eletrik tu macam masuk dalam badan and dia tekan tekan badan kau untuk hancurkan lemak…. tawakal jelah.

main*picca taken from google-the machine*

lebih kurang 30minit sesi mesin ni. habis tu ambik lagi measurement di setiap inci badan, ada la penurunan disana sini.
selesai, pergi pakai baju balik and pergi jumpa consultant balik untuk tengok result.

so begitulah sampai 6 sesi treatment ni habis…. huhu. penat tu memang penat la, tapi nak cantik punya pasal sesambil memandang deduit yang beriban itu. haishhhh~~~ sedang meredhokan diri jelah.

ramai je yang tak berpuas hati dengan pihak london ni, tapi entahla mungkin aku ni bernasib baik pon, aku pergi ke London Bukit Bintang, and layanan dorang sangat mesra and baik. buat kerja pon lembut sangat. rasa selesa la. nak mintak kerja sini boleh? agagaga..
mungkin ada pihak london yang selalu diceritakan tu, tapi tak semua. and alhamdulillah layanan mereka so far ni oke je ^_^

tulah jelah mampu aku ceritakan, ini pon makan masa dua minggu nak siapkan… punyalah pemalas!

p/s:: aku tau itu engkau, tak payah nak berselindung di fake id yang berlambak tu. kenapa kena guna fake id? takuit kah???? atau pun malu sebab tergedik gedik nak kawan dengan kawan aku???? cesss kesian! padahal dulu kau jugak yang gung gang gung gang mengata kawan aku…… shame on you. lantak kau lah, aku malas nak kisah janji tak kacau hidup aku sudah. aku tak keji macam kau, sampai nak berunfriend siap block bagai. ko nak kawan itu hak engkau la kan….cuma pakaila id engkau tu, tayah penat penat nak create fake id.

6 thoughts on “… LONDON WEIGHT MANAGEMENT…

  1. wow…curlass kau jahh…london weight management lagi…
    haihh bila la mampu nak menguruskan diri di situ…
    juling mata tgk angkanya…huhuhuhuhu
    total berapa turun kg u itu ari?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s