…KECANTIKKAN HAK MILIK SETIAP INSAN…

Seriously…. malas nak menaip…. malas nak ligatkan otak olah ayat… malas nak log in…. malas nak cerdikkan diri……
Semua MALAS! MALAS! MALAS!!!
Akibat kena kerja tanpa henti, tanpa sebarang cuti. ohhh sungguh tak besh.

Ramai dah yang mintak up kan entri ni. tapi macam ku kata la. aku malas. fullstop!.
Tapi adik sorang ni dah bising. mengenangkan dia tu ibu-ibuan sudah… dari dia pregnant sampaila dah selamat melahirkan dok mintak up entri ini. so for you dak atun isnor… nahhh ku hapdet akhirnya… kau tak baca, siap!

Seme orang sibuk bertanya, apa yang aku pakai di muka…. nampak ayu dan jelita. puihhhh!!! oke itu orang tak kata, aku yang puji diri sendiri. 
dulu kulit muka aku is teruk… berjerawat, berbekas jerawat and kusam. Segala jenis keburukan la yang ada, senang nak cita.

kusam

kusam*KUSAM*

jerawatjerawat*BERJERAWAT*

then raya tahun lepas adalah paling teruk, sebab yelah makan tak jaga. dah raya kan namanya…. maka mentekedarah tak hinggat donia adalah nikmat! then naik la dengan teruknya….

horror*HANTU KAK LIMAH*

haaaaa horror tak muka aku??? jangan bawak sampai ke mimpi udahla yea

lepas je 3 hari beraya dengan muka yang tak boleh blah tu, aku pon tryla produk yang dah lama aku beli….

Tabita SkinCare*TAKEN FROM GOOGLE*

yesss TABITA. rasanya dah femes kot jenama ni. ramai je orang pakai kan…. Blogger… ehhhh perasan diri blogger kah??? blogger picisan je pon….. sobbsss!!

TABITA ni dijual secara online… ada je yang jual kat butik butik artis katanya, tapi pada lah kan mahai nak mampuihhh, satu set lengkap pon mau rm500 something… maka baiklah beli online saja. tapi kena hati hati k, banyak yang tiruan.

pengalaman aku pakai? 
bulan pertama rasa nak matik! boleh? masa hari pertama tu lek2 dulu la kan… tade pape… masuk hari kedua, usahkan kata pakai toner tu pedih masa basuh muka pon dah pedih. macam orang toreh muka kau pastu letak cili. menjerit dalam bilik air sensorang. gila ar. then dah start mengelupas lepas je 3-4hari aku pakai.

bulan kedua still rasa pedih tapi masa basuh dah oke cuma masa pakai toner. still mengelupas tamau henti. and muka masih sama la tak ada perubahan lagi. mula tu rasa cam putus asa la kan. tak jadi pape. orang lain ramai yang kata, pakai sebulan pon dah nampak kesan lepas tu kulit dah tak mengelupas, pakai toner pon dah tak pedih. rasa nak give up je. tapi mengenangkan RM yang ratus tu. maka ku pendam kan je sebuah duka….

bulan ketiga dah nampak sedikit perubahan (masa ni aku dah beli tabita dengan orang lain, sebab yang aku ambik first and seken tu fake baq hanggg), ramai orang tegur muka aku dah lain…. nampak lebih cerah and tak kusam macam dulu…. aku macam dah tak dikenali… wahhh gitu. ini kisah benar ye bukan rekayasa. seronok tak yah cerita la kan, tiga bulan hoihhh penat aku istiqamah tau…. akhirnya membuah kan hasil… muka dah tak kusam, nampak lebih cerah :))

tabita1*BULAN KE-3 ~~ WITHOUT MAKEUP. DAY CREAM TABITA JE*

bulan keempat dan seterusnya jerawat dah mula hilang sampaila sekarang. lau ada pon naik la seketul dua sebab nak piyed. itu dah wajib la kan. tak leh nak lari dahla. cuma parut jelah yang ada pon. itu pon dah beransur ansur hilang. bekas jerawat tu aku pon sedia maklum memang susah sangat nak hilang, makan masa yang lama. takpelah aku oke je.. janji boleh hilang. 

sape sape yang nak kulit kembali cerah aku syorkan sangat guna produk ni. memangla dia buat kulit kau menggelupas kan, tapi setakat tu jelah, dia hanya nak buang sel kulit mati and dia tak nipiskan kulit sebaliknya kembalikan kulit and kaler kulit kau yang asal. 

tapi sebelum kau pakai sila pastikan diri kau betul betul bersedia la. 
1. kau kena hadapi rasa sakit yang amat sangat. serious tak tipu. memang pedih nak mampuih!! so kau kena tabah. jangan pakai sebulan pastu tamau dah. rugi oke.
2. kau kena hadapi hari hari yang ntah pape *aku tak reti nak describe* sebab kulit kau menggelupas, orang ramai akan pandang. malu or not. terserah la pada kau. bagi aku sebulan dua je pon. nak cantik kan?
3. kau kena hadapi hari mu tanpa makeup. start kau pakai tabita, tiada lagi istilah bedak muka untuk mu. memang kau akan natural beauty. kau tidak dibenarkan pakai bedak buat masa sebulan ke tiga bulan. ikut ketetapan hati kau. lagi lama lagi bagus. sebab masa tu kulit masih dalam proses pembaikan. makanya jangan cemarinya dengan bahan kimia.

tu je yang mampu aku khabarkan. lau ada yang tertinggal nanti aku update, itu pon lau ada yang nak tahu la. lau ada pape musykil leh ar komen ke apa ke kat aku. yang mana aku leh jawab aku akan cuba ar jawab. in shaa Allah. ini dah masuk 7 bulan aku pakai. alhamdulillah, kulit muka dah semakin oke….

nak tau harga and camne nak beli? next entri aku cita. panjang gila dah rasanya entri aku ni….. ku sudahi disini dahulu. tade gambar terbaru sebab aku malas nak ambik. hohohoho~~

notatangan:: terpaksa buat gambar semua jadi horror sbb aku dah berhijab sekarang

3 thoughts on “…KECANTIKKAN HAK MILIK SETIAP INSAN…

  1. Dear it can be better.Insya Allah ada penyelesaian tu nanti macam akak dulu pun muka macam ni jugak .Yang penting setiap produk tu mesti selamat,berkesan dan semulajdi .Jemput datang blog yer.Semoga terjalin ukhwah .Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s