…BESHHHTIESSS…

Tarikh:: 27 April 2013

Masa:: 6.45pm

Tempat:: GSC, Mid Valley

IRONMAN 3 BESHHH!!!!

oke itu je nak gitau. malas nak buat review. sila tonton sendiri. 

untung inche beli on9, full house weyhhh!! gila punya penangan….

gambar di je yang ada, gambar dari fb… sebab semua gambar ada dalam tab inche. tak transfer sebab malas.

malas. malas. malas.

Advertisements

…ORANG KETIGA…

bukan hubungan suami isteri saja yang ada insan ketiga rupanya,
hubungan persahabatan pun ada ya…
hadirnya insan ketiga yang memecahkan belahkan persahabatan.

as for me, dah banyak kali berlaku. kenal beliau dah almost 3 year… tapi ada nya insan ketiga yang berhati busuk, dengki, jeles dan gedik ni…. hancur la persahabatan itu. menyedihkan bukan bila persahabatan itu terbina tiga tahun tapi sahabat kau memilih orang yang baru dikenalinya sebulan or less.

tapi tak pe, as the time fly, ai pon dah redha sangat. biarlah dia. buat apa saja yang dia suka. sesungguhnya diri ini tidak pernah goyah dengan dia. alhamdulillah… 
apa yang ai tanam insan ketiga ni sebenarnya lagi menyedihkan dan kekurangan kasih sayang sebab tu kena menyibuk dalam hubungan orang.

so biar jelah dia….. life must go on!! yeahhh!! apapun dia buat ai tetap mampu tersenyum bahagia =)

550042_486505484724693_1999024786_n

…THE DAY IS TODAY…

today lah sangat… padahal semalam… 

HEPI SECRETARIAT DAYS TO ALL SEKSIS TERI!! aummm!

(berzaman dah tidak ku gunakan perkataan aumm aumm itu.. ehem!)

24 APRIL 2013 

itu tarikh sebenarnya, tapi disebabkan pemalas tak payah cakap pape la. ni pon malas senanya tapi ngantuk plus lapar maka baiklah aku buat benda yang berfaedah.

apa yang perlu ku karutkan disini ya? karutkan oke bukan carutkan…

sekarang ni bukan senang nak dapat kerja kan? ramai gamaknya penanam anggur diluar sana… aku pon pernah lalui frasa itu. bosan? ehhh tak.. aku lagik suka dapat lepak lepak kat rumah mengajahkan badan. tapi tula, fulus tak ada kan? tu sebabnya usaha tangga kejayaan jugak cari kerja.

sekarang nak keja jangan memilih, itu je nasihat aku. apa yang terlintas depan mata, grab je dik non. tak kiralah swasta or goverment ke… rembat saja dulu. sebab once kau dah mula kerja, mata kau akan terbuka luas untuk cari peluang pekerjaan lain. Apa yang penting, kau ada pengalaman. Sekarang mana mana pun nak pengalaman. Kerajaan pon. 

kalau nak diikutkan aku mana layak dapat job P.A ni, tak ada latar belakang dik oi. tapi masa aku kerja swasta itu adalah tugas sampingan aku, menjadik seorang P.A
well kau mampu, selain tugas hakiki kau dapat tugas P.A jugak.
so aku belajar dari situ dan ambil segala pengalaman yang ada.

hidup ni satu je falsafah dia. kau takkan dapat apa yang kau nak. lets say kau cakap kau tak suka or tak minat kerja tu… kau nak kerja yang kau nak. kau takkan dapat sayang, takkan……. kecuali kau terima job tu dan maybe lepas tu kau dapat kejar cita cita kau. so, jangan memilih… kerja dulu. janji duit masuk. gila tak nak duit kan?

dulu aku pun tak rasa aku dapat kerja ni. tak terlintas langsung lahai. tapi entahla, aku kerja macam macam, cita cita aku stewardess and police. aku pernah masuk kelas stewardess, dari situ aku belajar jadi manusia yang percaya pada diri, anggun dan cintai diri. belajar makeup. belajar buat tiket. tapi susah woihh nak mintak! pastu isi polis.. ahahaha tak de nyer nak dapat kan. 5 tahun aku isi SPA setiap tahun akan isi dua kali. sementara tu aku main kerja je apapun, asalkan aku ada duit dan ada pengalaman.

akhirnya aku dapat job sekarang. alhamdulillah. mula mula macam tak boleh nak terima la sebab tak ada minat, tapi once aku dah ada dalam kelompok ni, aku jatuh cinta sendiri dengan kerja aku. sebab tu aku tak pernah menyesal dapat kerja ni dan tak mungkin berganti kerja. i luv my job. selama lamanya aku akan begini sebab aku dah berasa selesa duduk ditempat begini.

nak kerja jangan asyik fikir nak yang senang, tak ada kerja yang senang wahai sayang. tukang sapu pon tak mudah oke kerjanya. penat dan rumit. orang akan nampak kerja aku ni besh la kan, duduk depan pc, lepak lepak goyang kaki… duit masuk… men fb, update blog. 
yeaaa memang mudah sangat! -_- sumpah bosan.

sampaila satu waktu, kau sibuk baru kau tahu sibuk kau mengalahkan orang lain. ha ambik nak sangat kan! as a P.A kau tak dapat nak jangka masa kau, sebab kau tak ada tugas hakiki, tugas kau bertindak mengikut arahan dan tugas kau kena bersedia dengan benda benda urgent, dengan erti kata lain pukul 8pm pon belum tentu kau dapat balik. 
kalau kau ada tugas hakiki, kau boleh chillex bahagikan tugas kau. “yang ni buat esok. yang ni settel lusa…haa yang ni lambat lagi… bulan depan boleh buat”
tapi job macam aku, cuba kau buat macam tu tugas kau. nak matik bolehla cuba. sebab kerja aku melibatkan orang lain.

katalah tak update minit fail kan, kang kejap kejap ada la makcik makcik datang bertanya “nuriza, u dah siap ke, ai nak guna fail tu” “nuriza, mana fail tu, ai nak”
mampoo kau nak tangguhkan kerja? semua arahan kau kena siapkan, no tangguh tangguh….
itu bahagian aku la, bahagian lain aku tak tau.

tempat aku, ko kena deal dengan orang luar. luar jabatan, dalam jabatan, luar negeri, dalam negeri…. so kau akan sentiasa ada kerja. tapi bila kau rehat kau mampu rehat dengan sepuasnya.
tengok je macam semalam, pukul 7pm baru aku dapat balik. office dah sunyi sepi… aku kena settelkan satu jemputan ni.

paling tensen bila icnhe bos nak buat mesyuarat dengan orang luar. itulah hari paling kelam kabut dalam hidup aku. 
time kena key in data hujan or data biasa, time kena buat bujet…. oooo juling bijik mata iolls!

apa yang aku nak kata, selagi kau diberikan kerja, terima saja kerja tu tak kisahla kau suka atau tidak, asalkan kau terima semua perkara akan jadi mudah selepas itu. kerja dahulu dan cari peluang lain sambil sambil tu. kerana hidup tak selalunya indah sayang~

k, harini hari indah aku sebab dapat parcel dari sugarscarf!! thanks!! suka sangat! 

DSC06458

p/s:: emmm kenapa laki kau baik tapi kau tak baik ek??? eh? lalalallalalala

…REVIEW TAK REVIEW SANGATLA:: OBLIVION…

thehehe… kenapa tajuk macam tu? sebab aku bukan nak buat review pon. aku cuma nak bagitahu kenapa aku minat cerita ni… 

haaaa….pasal dia….

Oblivion - UK Premiere - Red Carpet Arrivals

oh no no no…. bukan pasal dia. simpang tau… aku tak minat sangat dia ni, sejak dia berpisah dengan nicole kidman, aku dah tak minat sangat, ntah la kenapa. padahal tak ada kena mengena dengan hidup aku pon kan? maybe sebab dia dah tua maka dia dah tak hensem. wakakaka. boleh gitu ea?

mula mula aku tak suka sangat bila dapat tau inche nak mentengok citer ni. tapi at the end of time *gituuuu, ayat tak kena mengena langsung* aku dah jadik tersuka gila kat citer ni.
sebab apa…?? 

yaaa…. sebab dia ini…..

olga kurylenko

sesapa yang dah mentengok cerita oblivion ni, kenalkah anda siapa dia ni? seriyes dia adalah cantik. walau bermuka biasa, tak cun… tapi bagi aku dia ada kecantikkan yang tersendiri. plus muka dia cam pelakon yang aku minat Catherine Zeta Jones and muka ala ala asia Liyana Jasmay… kanns??

untitled

sama tak? sama tak?? samaaaaaa…….. !! google gambar lain… sama oke!

tak tau kenapa tapi ku suka perempuan ni….

citer ni pasal dunia pada tahun 2077 dimana semua dah musnah and tinggal beberapa orang je terselamat kononnya. 
antaranya tom cruise dan sorang perempuan ni, victoria/vika (andrea riseborough)

oblivion-2*seyesly aku tak suka perempuan ni, tak suka! tak suka! tak suka! dah tau mamat tu ada bini, ko gatal lagi kan nak ciyom2 amik gambo dengan laki orang, ku tampo kanggg… bini dia ada kat belakang pesawat kot… dahla ko tak cun, kalau cun boleh la aku maafkan.
eh?*

dorang ni dah di brainwash kan otak masing masing, so memang dah tak ingat pape sal diri memasing, yang dorang tahu hanya pasal dorang berdua ni. tapi si jack harper 49 (tom cruise) ni selalu mimpi dia jumpa dengan sorang perempuan ni, and perempuan ni selalu tersenyum pada dia plus dia mimpi dia jalan jalan kat menara dengan perempuan ni.

sampaila satu masa mereka jumpa sekumpulan makhluk asing or alien?? lantakla kan…. dan jack 49 ni jumpa dengan perempuan yang aku suka tu julia (olga kurylenko). dari situ la semuanya terbongkar and sikit demi sikit dia dapat balik ingatan dia.

bagi aku cerita dia superb besh, sebab kena pikir… hahaha… kadang kadang bosan jugak tengok citer terlalu santai kan, so bila layan cerita kena fikir ni rasa cam seronok gak la. dan segala tekaan ku adalah benar, itu je yang tak besh. sebab bila teka je betul. menyampah iollsss.

tapi ending adalah tahap bangang sangat oke! bencik! dari elok elok aku nak kasi 4 bintang terus tak tahu nak bagi berapa dah. benci benci benci!! kalaulah yang keluar tu 49 dan bukan 52….
*ataupun memang dia 49 tapi pakai 52??? ohh tak mungkin la kan? atau aku kena tengok sekali lagik -_-* tapi ku yakin dia bukan 49, dia adalah 52.

sape yang belom tonton, dipersilakan tengok and meh share dengan aku apa korang rasa. bagi aku besh. bagi korang tataula pulak kan.

adh6cMRMg7Sl