…ANOTHER LIFE THAT HAD BEEN LIVE…

Hai! HOi!! *tajuk diatas adalah sangat merepek -_-*

Gila malas nak update. tapi kena update jugak. tapi akan jadik tidak berkualiti kalau update tanpa aura seronok. tapi kalau tak update akan lupa.
hoihhh berapa banyak tapi kau ni!! tampa kang!

30hb March 2013

Berangkut-angkut ke rumah inche kawan yang dah selamat pon diijabkabulkan. inche Hasbul Wafi….
Tahniah Abam Wafi!!

Kononnya nak bertolak jam 8am la dari sentul ni ha. sekali ambik kau pukul 10am baru sedar diri memasing dah lambat. 9am tu pergi mam mekdi bekpas dulu lepas tu habis sejam melepak santai macam tak ada misi dan visi *visi kau!* lantas terus la gerak.
Sungai Sipot, here we comes!!!!

kenduri*kualiti gambar agak kureng, kerana ku pakai tablet samsung sajork, cesss*

Sekali lagi ambik kau, jauh nak meninggal hooihhh!! selama ni ingat… “alaaa perak tu 3 jam je laaa, boleh ulang alik” kata lah si riak bongkak sombong dan takabur aka aku. ye akhir cerita 5 jam atas jalan raya. hebat!!! serious montot aku kebas gila aku rasa, siap pekej leper terus tak ada montot tau. pejam celik pejam celik masih ditempat yang sama….

5 jam sebabnya lalu jalan bandar, tak ikut highway, yeayy!! kami bijak kan??? -_-”
maka marilah berkesesakkan lalu lintas disitu. Grr!! nasibla kereta besa. kalau kancil mau aku turun je dari kereta jalan kaki, maunya tak, sangatla tak selesa beramai ramai dalam kereta sambil panas panas peluh peluh. serious, Perak is panas gilaaaa!!!! cuma panas kat Perak tak sama bahang macam kat KL. nasibla tak hujan jugak, kalau tak ada yang duk 8 jam dalam kereta. 5 jam tu kalau diikutkan aku dah boleh sampai terengganu tahu!

sampai je pengantin dah santai dah, siap bukak butang baju, buang tengkolok. kusi pon orang dah susun susun. kesian tau! nasib ada lagi nasi and lauk pauk. lau tak ada jugak ku bedal nasi tuan rumah masak. 

tema pengantin silver (kelabu) pink…. tapi pinknya sikit je…. majority kelabu and putih la… encem laaa kawan saya! semat sangat walau dah berpeluh peluh sebab cuaca panas nak meninggal.

IMG_20130330_160443

habis makan makan pengantin ajak bergambar. wahhhh!!! rejeki jangan ditolak. kok mula mula tu malu lah sangat kan, masing masing berat montot nak gerak. sekali sorang bangun semua bangun macam mak and anak anak ayam. lepas amek gamba dengan photographer professional, terus tak ada segan silu dah hocey. sila buat pelamin tu macam pelamin engkau sendiri! cesss…..tadi kenkonon malu la sangat kan.

kenduri1*with da pengantin… hasbul wafi and syamimi! congrate!!*

IMG_20130330_154715*pengantin dan bakal pengantin….weho!*

kenduri 2*close up sikit… suka nengok muka dak wani sbb dah macam paten liyana gitu*

IMG_20130330_155445*cik kawan and cik adek pulak*

lupa nak gitau sampai dalam jam 4pm, by 5.30pm tu kami dah beransur pulang. takut malam sangat lak sampai. kali ni request guna highway je sebab ku memang dah tak mampu nak bertahan another 5 hours dah. by 8pm dah jejak bumi selangor and hujan rerenyai. nasib!

p/s:: eza doakan wafi bahagia dengan isteri tercinta. bahagia sampaila ke syurga. jatuh bangun dalam perkahwinan adalah biasa. ianya asam garam kehidupan. jadikannya untuk maju setiap tapak kehadapan. semoga menjadi pemimpin yang unggul pada isteri dan anak anak kelak. in shaa Allah. janji Allah itu pasti.

4 thoughts on “…ANOTHER LIFE THAT HAD BEEN LIVE…

  1. aminnn.. trima kaseh iza n kwn2 yg dtg umah.. wlaupn jauh kn hehe.. wafi doa kan iza cpat2 kawen gak ye..🙂

  2. cantiknyaa =) semoga dipanjangkan jodoh dari dunia sampai akhirat, insya Allah. orang yang menulis tu bilerrrr lagi =p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s