…A LOTS…

a lot of things want to share… want to stories… want to tell ya…. 

but… 

really busy with my own life… my work… 

plus,

me is sick!! grrr…… 

D.E.M.A.M – S.E.L.S.E.M.A

aku kan mana boleh kena panas, puteri lilin sangat uolls! sekarang pulak musim panas kan… hujan tu hujan tapi panas dia tetap berbahang.
lepas tu marathon kat Festival belia… wahhh pakej lengkap untuk demam…

maka selsema la sepanjang minggu… ni pon sebab terjangkit inche jugak…

sampai keja pon ku pandang sebelah mata, tak larat nak buat…. nak cuti… need to take holiday…. really need it!

macam mana pon akan cuba update semua entri yang tertinggal jauh nun dibelakang. harap2 semua ada dalam ingatan. maklumlaaa……..

setakat ni memang aku masih belum mampu nak menaip. tak larat sangat sangat

till then… live a gud and happy life!! daaaa muachhhxx xoxo

…MY FAKE TABITA T_T…

Bila dah berada dalam dunia perniagaan sendiri baru dapat rasa apa yang orang lain rasa.
baru dapat rasa kemeluatan dan kepenatan para peniaga lain rasa.
tapi kepenatan ni lebih lagi berbanding perniagaan biasa. lebih meluat pon ye jugak.

Jual produk sangat jauh bezanya dengan jual barangan biasa
such as barangan kahwin, baju selendang dan segala yang berkaitan.

Jual produk lebih banyak cabaran nya.
Cabaran untuk tetap sabarkan diri supaya kau tak rasa meluat dan hangen maka customer tu akan kena maki.

Grrrr!!!

Well sekarang, ramai la yang dah sedia maklum aku pakai produk apa kan.
yes it is, tabita. alhamdulillah dah nak masuk 10 bulan dah aku bertahan dengan produk ni,
rasa besh sangat and hasil dia tak sia sialah habiskan ratusan ringgit.
dan tak sia sia menahan sakit. beauty is pain oke.

so ramai kawan kawan yang datang bertanya aku pakai produk apa and pengalaman aku.
yang mana datang personal tu boleh la aku cerita face to face dengan panjang lebar,
mana yang tak dapat jumpa, aku cuba cerita di blog ni. walau tak sepanjang lebar mana la.
tapi aku sedia je jawab kalau ada soalan soalan kenkawan yang jauh nak tahu itu ini.

apa yang penting dah tahu aku guna produk ni dah 9 bulan lebih. buktinya sudah ada di depan mata.

apa yang aku nak cakap sekarang.
ianya amatlah menyeksakan bila ada orang tanya kau setiap masa setiap saat setiap detik
waktu sama ada barang yang aku guna atau jual ni fake ke tidak.

oke, kalau kali pertama bertanya, ya aku boleh terima.. sekali dua bagi aku is oke la kan.
tapi tiap kali bersembang, berjumpa or berinbox ke bermesej ke kau nak tanya benda sama,
kau rasa aku patut tak bagi penampa?? kot la kau teringin sangat nak rasa kan???

kang nak maki……. aku tak sampai hati,
aku bukan jenis manusia yang sesuka hati nak maki orang tak ada sebab kan.
nak marah…… kang kau yang kecik hati, lantas sentap dan terus merajuk dengan aku.

aku ni jenis fikir je perasaan orang, tapi boleh tak kalau orang tu fikir perasaan aku sama?
rimas tau tak rimas??????

asyik laaaaa dok risau yang aku jual ni tak original.
serious aku nak bagitahu, kalau kau rasa aku jual ni tak original.
kau boleh stop beli dengan aku, and beli dengan orang yang kau rasa yang jual original. yang kau takkan was was.
senang. aku tak marah malah aku alu alukan la kau pergi beli dengan orang tu.
untung untung kau pakai sari terus elok muka kau, flawless lebih dari siti nurhaliza. kan?

aku tak paham manusia ni apa yang ada difikiran dia. kau nak bukti???
nih depan mata kau kot aku tepek gambar aku besar besar.
kalau yang face to face datang bersembang, kau boleh lihat sendiri muka aku macam mana. perlu ke kau was was?

aku jual apa yang aku pakai. motip la aku pakai yang original tapi bila kau nak beli dengan aku,
aku cari dealer yang fake bagi kau. kebodohan apakah itu??? satu kerja pulak kan?
dah tentu tentu dealer yang aku ambik ni senang aku urus niaga.
plus aku boleh dapat murah dari biasa. jadi perlu ea aku amek dengan dealer lain?
padahal jual pada harga yang sama?

9 bulan kot aku pakai, bukan 9 hari…

penat laaaa…. betul aku penat, tak tipu. penat nak jawab soalan…
“betul ke yang ni ori akak?”
“kalau yang fake macam mana awak???”
bila cerita “ehh takkanla, saya nampak krim siang awak pun ada gelap gelap ni”

“kawan saya beli dengan orang ni, tapi krim malam dia lain tau, silver… yang awak putih.
pastu toner dia gelap sikit, awak cerah je?? tapi yang dia ori”

“akak, orang risau ni. ni muka kak, kalau hancur tak ada ganti tau. takut la yang fake”

ohoiii mintak nyawa aku tau. boleh tak aku nak jawab “kalau gitu stop pakai and jangan beli lagi.
pergi cari yang awak rasa ori”

aku rasa kalau orang tu jual ori pon, dia boleh tipu kata fake sebab menyampah tahap dewa lapan belas tahu!
kalau kau rasa tak ori. stop using it. pergi beli tempat yang kau rasa ori.
tak perlu nak merempan kat aku tanya soalan yang sama. letih laaa.
kang aku cakap tak ori baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.

ouhh aku tak boleh berniaga macam ni, sungguh tak ada kesabaran dalam diri.
ujung ujung ada jugak yang kena pekikan amukan aku nanti.

untuk set trial, dah berbuih aku bagitahu, dealer/agen aku amek tu packing sendiri,
dia ada salun sendiri… jadi semua dia packing sendiri….

dia ambik dari pek besar dia masukkan dalam pek trial then dia buat semua sendiri.
kebersihan is terjamin. so aku rasa kau adalah cerdik untuk fikir fake atau tidak bila aku kata dia repacking… R.E.P.A.C.K.I.N.G sendiri dari set dia yang besar. so sila fikir sendiri.

cukup la korang tahu aku jual apa yang aku pakai. fake ke tak fake ke korang nilai la sendiri.
cukup la korang tahu aku dah terkena dua kali tabita fake.
aku faham lebih dari apa yang korang paham, aku rasa lebih dari apa yang korang rasa.

if someone keep asking me the same question, sila jangan menyesal dengan jawapan yang akan aku berikan.
seriyes aku dah penat and bosan jawab soalan yang sama.
sila fikirkan soalan yang baru. kalau rasa was was tak payah beli oke

sekian, terima kasih.

notatangan:: matiklaaaa, garang gila nak menjual. hahaha…. 

…BLOGSPOT YG BLOCK…

oke. tengah superb tensen. jangan kacau. grrr!

tensen dengan blogspot aku. ntah apa kena dah seminggu tak boleh buka. tatau apa masalah dia.
katanya ada malware dari blog ni, aku dah buang pon blog tu dari link blog aku. tetap jugak dia kata malware datang dari blog tu di bloglist aku.

oke tensen… rasa nak buang semua bloglist… sekian terima kasih!

*camne nak buat ea, ada yang pandai tk? aku nak update blogspot aku ni.

cerita lain, juz to inpom… hati hati dengan Tabita Trial and Travel Set baru ni, sebab ada fake. Dealer yang aku selalu ambik stok Tabita ni kata ibu Desi tu cakap dia tak pernah keluarkan trial set mahupun travel set tabita. so beware oke dearies semua.

kalau nak cari yang bebetul original, yang dipacking sendiri. bukan yang dalam beg bewarna warni tu. 

3587_471798699557921_1268200507_n*image from google*

memangla ada sesetengah boleh je kata, “alaaa lek lek aarr.. aku pakai fake tabita tak jadi apa pun muka. tatap flawles…”
ye memang la… sebab ko tak alami apa yang aku telah alami. kalau kau dah rasa, baru kau tahu erti penyesalan.

apa yang aku alami? nantilah kalau rajin aku cerita. ahaha. k bai.

…STAR TREK INTO DARKNESS…

yuhuuu… entri pendek pendek dari aku. takpelah kan. malas nak menaip pepanjang… sesikit sudah. nak tahu lebih lanjut sila ke pawagam berdekatan. habis cerita.

aku bukanlah peminat tegar cerita animasi 3D or-what-ever-it-is ni… ampoon laa aku nak layan star trek ke star wars ke harry potter pon jangan lah harap. apatah lagi superman, spiderman, batman and semua laaa… memang tak la aku nak tengok. tak minat. 

tapi since dorang dah baharukan cerita cerita lama ni, ditambah dengan 3D and CGI yang sangat mabeles, aku boleh la terima. itupun sebab inche nak tengok, makanya tumpangla kaki, betis dan peha ku yang bak seladang ini. sobsobsob.

semalam dia nak tengok cita STAR TREK… hoihhh tolong laaa nyah! kosserr la makk kan nak tengok cita mengarut macam tu, dengan manusia pelik rambut tempurung tu, ohhh plissss!!

tapi itu tanggapan pertama la. sekali tengok nah hambekkk ko berlagak sangat tadi kan,
siap aku boleh “perghhh terbaikk”
“perghhhh”
“fulamak” “hebat!”
“eh banggang la dia ni” haaa kau….
yang lebih tragedis adalah. menangis di akhir cerita, okeh sangat bongoks.

macam aku cakap awal awal tadi lah kan, aku mana lah tahu cita ni. tak pernah tengok kan. dan inche cakap cita ni dia awalkan balik, Kapten Kirk tu masa muda. jadi dah namanya tak tahu awal ujung cerita, bila ada part sedih tu, apa lagi bantai nanges la dalam tu. berjurai jurai air mata ku tahu. sekali…. cesss habiskan air mata je…

seriyes cerita star trek ni adalah sangat besh and ohsem. aku dah suka gila. jalan cita dia pantas and ending dia kau tak jangka siapa musuh sebenarnya. mula mula kau akan ingat marcus, tapi ada kehadiran khan… pastu ehh nampak macam marcus jahat balik… ehh khan ni pon… tapi khan baik nak tolong dorang plus dia ensem. *wink wink*

pape pon, aku sangat syorkan korang, sila la pegi tengok. memang besh oke, tak rugi. sila ambik set tengah. and yeahh its heaven sbb tak ada manusia annoying semalam. besh gilak!

plus aku minat 3 manusia ensem dalam cita ni. minat dorang dari dulu kecuali khan tu baru aku nampak semalam.

Star-Trek-Into-Darkness-Captain-Kirk~~Chris Pine aka Captain James T. Kirk~~

startrekintodarkness05~~ John Cho aka Hikaru Sulu ~~

STAR TREK INTO DARKNESS~~Benedict Cumberbatch aka Jim Harrison/Khan~~

star-trek-into-darkness-releases-seven-new-character-banners-133107-a-1366731644-470-75

hensem tak?? thehehe.. tapi khan ni dalam ni jelah hensem, luar dari cita ni huduh je… dengan rambut putih, ouhh sangat tak sesuai dengan beliau. aku tak adalah minat sangat dia tapi aku suka sangat lakonan dia dalam cita ni, dengan suara dia. sangat besh!

John n Chris tu memang dari dulu aku minat ^_^

p/s:: ehhh pendekla sangat entri aku ni kan?