…CARA N SYARAT PAKAI TABITA…

wahhh dah update entri berdegang degang cerita pasal tabita, ini baru nak update cara nak pakai dan syarat syaratnya…. sungguh ju on (cerita depan ke belakang, belakang ke depan)

sebab ramai sangat yang bertanya iolls camne tu nak pakai tabita dengan betul… bagi kulit flawless cam aku… eh?? oke perasan, sila abaikan sebab belum flawless lagi.  saja nak perah-santan. aku tak larat nak ajar sorang sorang panjang cenggini, better aku tulis di blog saje.
nak kata aku boleh bagitahu cara yang betul tu idokk lerr. cuma aku boleh ajar cara nak pakai cara aku dan yang disarankan.

cara-caranya:: 

1- basuh muka guna Facial Wash Tabita, picit sekali je. tak payah guna banyak banyak, jimat uolls! buihkan ditangan dan usap dimuka *ayat apa laa yang aku guna ni…. lantak kan disitu, who cares?*

images*picca from google sajork. malas nak snap sebab aku kt opis*

2- lepas dah basuh, please jangan lap *untuk pengguna kali pertama* no no no…. just keringkan dibawah kipas biar lembap2 gitu, jangan terlampau kering pulak. sebab apa? sebab nanti lau kau keringkan, kau nak boh toner adalah pedih… sebab kulit kau kan tengah mengelupas. itu yang first trial la. kulit dah elok, lap kan je. no hal. so jangan lap oke. nak lap jugak? ehh lantak ko lah. perlu ku kesah?

3- dah lembap2 sikit, picitkan Smooth Lotion Tabita dalam sekali atau dua kali sahaja. tak payah banyak banyak. jimat!. cara nak guna kapas n smooth lotion dengan betul… kapas tu kau lipatkan biar ada 4 bahagian. satu bahagian kapas tu satu bahagian muka. like pipi kiri lain, pipi kanan kapas yang lain. jangan campo… oke, benda ni aku ada terbaca kat satu majalah, ot tertengok kat tv. ai is lupa. kapas utk toner jangan campo… sebab kau akan bawak sekali kekotoran tu nanti… paham?? 

4- Smooth lotion tu kau usap pelan pelan je kat muka ye. jangan tenyeh or what-ever-words-is-it… sebab kulit kau kan tengah mengelupas… nanti makin sakit…. so tepuk2 manja je.

Tabita-Smooth-Lotion-Toner-100ml-225*picca taken from google also*

5- bila dah lembap2 tu, sapulah Daily Cream Tabita pelan pelan kat muka. be nice oke its your face…dia pun tau sakit. secalit dah memadai. tak perlu banyak banyak, nanti jadi berminyak and cepat habis. once again, jimat! usap pelan pelan sampai rasa tak berminyak dah… settel. boleh keluar dan pergi berjalan. dah namanya daily cream haruslah untuk siang hari. daily cream ni utk lembapkan kau punya kulit dan menghalang sinar UV.

tabita-skin-care-daily-ekslusif*from google. ai is pemalas*

6- ulang langkah yang sama 1-2-3-4, lepas tu pakai Night Cream Tabita untuk malam. sama jugak macam daily cream. letak secalit je kt setiap bahagian and usap pelan pelan sampai dah rasa tak berminyak. night cream ni katanya untuk bantu buang minyak dalam kulit muka and mencerahkan kulit. agen pengelupas la kiranya. so jangan letak bebanyak je. 

921683_ab64b258-b533-11e1-a555-d4c4dd765184*google*

oke itu je cara pakai dia, tak susah pon cuma cerewet. aku ni kalau tak bertabah nak kulit elok, memang koser la aku nak pakai.
mengenang duit yang ratusan jugakla yang buat aku bertahan.

syarat::

1- for first month for the beginner, sila jangan pakai bedak. bedak apa pun jangan pakai. semua bedak ada chemical. jadi bila masa nak baik kalau kau pakai kan? nanti susah la nak pulihkan kulit kau. its sokay lau pakai, tapi lambat la nak eloknyer. even bedak baby pon, stop using it for a while. 

ala sebulan je pon bukan setahun, ye dop. tak matiknya tak pakai bedak… ngee… macam aku, aku bertahan sampai 3 bulan tak pakai bedak hanya untuk elok kan balik kulit ni ha. 

sape kenal aku taula kulit aku dulu camne…

itu je syarat and pantang larang nyer… tak ada yang lain. 

result adalah berbeza bagi setiap orang sebab darah lain, kulit lain. ada yang tak pedih, tak ngelupas, ada yang sehari pakai dah rasa cam nak matik.. aku la tuh! ada cepat ada lambat. so kalau ada pape. boleh contact aku terus. in shaa Allah, yang mana aku boleh tolong, aku akan tolong la.

tapi aku hanya berani bagi pendapat or ptolongan kalau kau beli dengan aku. kalau kau purchase dengan orang lain, sori…. no money no talk… cewah! aku tak pasti kau beli tu ori ke tak. so aku tak leh nak cakap pape…. better kau tanya orang tu sendiri.

oke…. for order boleh wassap/mesej aku 018-3242373 _ieyza azmiey
atau boleh emel kat ieyzaazmiey85[at]gmail.com
atau pm aku di fb ieyza azmiey (kalau korang boleh cari la)

Trial Set:: RM 150
Exclusive Set :: RM 330 

 

64349_459884714083358_1090272935_n (1)

20130615_173858*ehem!!*

…PART 2:: SHARING IS CARING, CARING IS LOVING…

Okeh… sambung cerita. 

Then sonok tak terhingga ada kakak ni willing nak tolong. Tanya dia sempat tak dapat sebelum 29hb sebab masa tu iolls dah balik kampung la.
Then dia kata sempat… dia akan hantar sendiri kat iolls.
Pastu aku ni terus la masukkan duit lam akaun dia. Dia janji baju akan sampai dalam 5 hari bekerja. Orite!

Pastu aku gitau dia, aku nak ambik by hand jelah senang kan incase susah sangat. tu yang dia beriya iya nak hantar kat aku. oke takpelah, aku ni juz nak tolong memudahkan kerja. tapi dah kau tak nak. aku oke je.

pastu cerita la kat dia sal butik first online yang aku ambik ritu, dia pon katanya banyak dengar cerita tak besh tentang butik online tu dari pembeli2 dia lah.
aku ni pulak meluahkan la perasaan kat dia.

May 14 aku order, 5 hari bekerja kan.. so sepatutnya May 21 tu dah ada kat tangan dia.  So May 22 dah boleh serah by hand kat aku.
Tapi???? nan hadoooo…
May 23 aku tanya dia dah sampai belum. Dia kata tunggu skynet. oke fine. tunggula dulu.

May 25 pon tarak jawapan, mesej inbox pemenda semua tak balas. 
May 26 senyap
May 27 tarak jawapan
May 28 baru mesej panjang lebar bagitahu aku yang baju aku tu dia buat dua batch dari indonesia. 
Batch pertama dah dipos dari sana. Batch aku yang kedua belom lagi. Lambat dipos katanya sebab tak pakai skynet ke pemenda ntah la.

Oke, aku is hangennnn!!!!!!! kenapa tak bagitahu aku dalam 25,26,27 tu??? kenapa senyap???? dan kenapa tak boleh profesional??
aku dah gitau baju ni penting untuk tunang, then tak boleh ke kau buat nota untuk baju aku dihantar dulu?????
senang je alasan kau bagi. pastu dia cakap dia akan cuba cari butik lain yang ada ready stok.
Berdegang degang janji dengan aku, tapi???

Serious aku tak paham macam mana menjual kalau ni caranya? kenapa langsung tak ada inisiatif?? ntahla, aku dah cakap panjang lebor. ambikla sikit dari apa yang aku cakap. ini tetapp…… kau buat tak tau.

Pastu tak ada orang yang jual, aku mintak dia refund la. aku nak pergi cari kat kedai lain baju nya.  pastu aku bagi dia akaun cimb aku. tapi dia kata dia ada maybank je. lau transfer makan masa sehari oke takpe aku kasik akaun maybank inche… dia kata oke. pastu smpai ke petang tak ada duit tu. sampai ke malam pon tak de. oke i is pelik…
maybank ke maybank bukan on da spot ke?

tanya dia… lamaaa….. baru jawab dia kata hasben dia masukkan dari maybank2u dia ke cimbcliks aku. Grrr!!!!!!!!!!!!!!
habis tu akaun maybank aku kasik buat apa? hiasan????
memang kena ceramah dengan aku. lantak la ko nak dengar ke tak nak ke. pedulikkk!

esok petang baru masuk duit tu rm180.
malam terus gegas pegi tesco ampang dengan inche carik baju tunang. tesco pong tesco laaa.. lagik senang hati.
Gila kaw, esok nak balik malam ni pergi mencari baju???

Serious aku gitau, siapa2 yang nak bertunang atau akad nikah, kalau anda beli baju sendiri dan online… aku sangat2 la sarankan sila jangan memberi harapan 100% pada online tu. even baju online tu cantik berganda dari yang ada dipasaran. tapi sila beli baju standby. habis duit sikit takpe, asal senang hati. jangan ambik mudah. takut terkena macam aku. saat2 akhir orang buat aku camtu. gelabah oke.

masa tu kau dah tak fikir mahal ke murah ke, cantik ke tidak. kau akan main grab je sebab dah kesuntukkan masa. aku bersyukur la sebab aku dah survey baju cantik cantik sebelum ni, so bila jadi macam ni terus la pergi tempat yang dah survey tu. tapi untuk korang, sila la beli baju standby, takpe… tak rugi. boleh pakai buat raya, pergi majlis, pergi kenduri n pergi keje. 

baik macam tu dari susah hati. itu je lah pengajaran yang aku boleh bagi kat korang.
jangan percaya online… siasat dulu page tu baru beli, lebih baik korang beli dengan butik online yang dah terkenal… yang tentu tentu kau dah tau reputasinya. biar mahal asal hati senang.

oke itu je pesan aku. harap diterima apa yang aku cerita dari pengalaman. supaya korang tak terkena macam aku.

sekian. 

972127_320238798106530_328676697_n 6836_320239188106491_1247101255_n

yellow mustard and tea orange rose. matching? 

ini bukan sebab salah beli or whatever, ada yang gelak sambil tanya nape tudung lain dan baju lain… owhhh ini kaler block namanya sayang. tak ada dah orang pakai satu warna dari atas ke bawah. sekarang orang matchingkan ikut suka hati. memang boleh ahkak nak cari baju sama. tapi dah macam dinding bergerak jadinya nanti. so why not trying this colour block. yes, its matching = )

yellow mustard peplum (size S) by tesco ampang ~ rm150

tea orange rose halfmoon shawl by sugarscarf ~ rm 85 + rm 10 postage

63030_10151393680219576_1944330697_n

notatangan:: gambar adalah kelabu… cik kakak komen “sensitip betul tepon ko ni, pegang dah tangkap sendiri gambonyer…” tensi beliau

 

…PART 1 :: SHARING IS CARING, CARING IS LOVING…

Btw, THANKS for da wishes olls = )

Sebenarnya macam macam kejadian berlaku sebelum dan semasa berlangsungnya majlis tu.
Ujian demi ujian. Kalau tak sabar ni harus semua kena rasukan ablasa aku ni. 
Macam macam hal sangat semua orang ni. 
“Orang yang terlibat dalam majlis ni sebenarnya”
Orang lain tu no hal la.

Okey, meh stori da mori sikit pasal ni. 
Untuk renungan bersama dan pengajaran pun yea jugak.

Majlis pertunangan ni sebenarnya patut berlangsung pada 26 Mei 2013. Tapi akhirnya terpaksa tunda sebab Cik kakak aku tak dapat balik. Ada kelas.
So tunda la jadiknyer ke 2 June 2013. Tak kisahla kan majlis tunang je pon.
Kang kalau kenduri kahwin camni… tatau la aku nak cakap.

Pastu aku ni dah tempah baju awal bulan April (1 April), tunang bulan 6, tempah baju bulan 4… sebulan lebih oke! 
Aku ambik baju ni

72603_345746952197922_748818751_ncantikkan?? seriyes jatuh cinta pandang pertama aku nengok bajunya.  aku ambik dengan akak ni secara online. 
Dah bayar rm175 for this. tak de hutang hutang. terus je transfer ke akaun beliau. Sebulan aku bagi masa. 
Awal bulan 5 terdetik ar hati nak tanya, even aku mintak dia gitau aku lau ada pape masalah.
Tapi senyap. so takpe, aku tanya dulu status baju aku.
Dia kata warna tu susah nak dapat. mintak aku pilihkan baju lain….
ehhhh hellooooo!!! aku dah beli tudung untuk baju ni sebab masa beli janji kau tu manis sangat, 2-3minggu baru stok sampai katanya….. tak cakap la if ada stok ke apa ke. “IN-SHAA-ALLAH” tu tak lepas la dari sebutan ni.
in bracket, boleh tak jangan nak gunakan in shaa Allah sangat dah kalau kau rasa nak menipu or what_so_ever. tak baik tau kau taruhkan kata kata macam tu.

aku suruh jugak dia dapatkan baju tu. tak kira ar camne susah pon. itu pun ayat aku still berlembut lagi la, tak ada nak marah pemenda. even aku tanya 6 May tu dia senyap, 7 May aku tanya still senyap…. 9 May aku tanya baru reti nak jawab.

Then senyap….. sampai aku tanya lagi 13 May tu, ni tak tahu lah berniaga jenis bangsa apa nak kena tanya tetiap hari. tak reti nak bagitahu sendiri. then dia pon cakap memang warna tu tak ada. dia kata amek warna terbalik boleh?? ehhh rabun warna ea kak?? itu coklat bukan merah bata! grrr….

Oke takpe, aku mintak baju kaler pink. Sebab merah bata+orange masuk la dengan kaler pink kan?? oke la tuh…

401936_368235353282415_91177841_n

then dia kata dia nak try jugak cari baju yang aku nak tu. oke takpe, silakan. tapi aku ada bagitahu dia siap2 aku akan try cari kat kedai lain jugak. dia pon oke.

seriyes, walau aku sakit hati sangat sangat memang aku tak ada la nak marah ke apa ke. aku cakap leklok je.
sampai satu tahap kemarahan aku memang dah memuncak sangat sebab kau bermain mempertaruhkan nasib orang kat tangan kau.

May 15, aku suruh dia masukkan balik duit aku kat cimb/maybank sebab aku dah jumpa satu kedai online yang boleh dapatkan baju tu… oke settel masalahkan.
Dia pun jawab “oke dear”
amboihhh madah oke nak dear dear…..
Tapi nan hadooo. takpe lets sabar.

May 16, seken time mintak dia masukkan duit. dari pagi aku mintak dia masukkan sebab aku nak booked dengan akak sorang ni pulak nak pakai duit tu. 
dia jawab dia akan bank arini.
aku pon dengan baik hati cakap oke, tenkiu.
Petang tu still tak ada progress, aku cek duit still blom masuk.
Oke hangen! tapi sabar……
Suruh dia gitau lau dah masukkan.
dia kata oke. itu je.
Malam tu aku dah tak leh sabar, sebab tak masukkan jugak…
Aku dah suruh dia masukkan esok tengah hari… last aku bagi masa.
Bagi number acc lengkap bagai. Atau aku bawak perkara ni ke tengah.

May 17, third…. baru dapat reply dari dia ni.
Ni ayat dia 
“sorry dear,semlm sis dh gi bank mesin tue problem bukan sis xnk refund..so today sis promise nk refund k..nanti sis minta tlg org antarkan sis keluar now xde sape kat umah nie..hope percaya kat sis”

Oke aku blurrrr! kau orang berniaga in bracket eventhou ko menipu. apa ko tak ada cimbcliks?? maybank2u?? transfer jelah… no point nak kata tak ada orang nak anta ko pergi CDM??? 

jawapan dia
“bukan dear,mmg sis xde nk tipu..maybank 2u sis tue kena block sbb slh password..cimb click pun xingat.promise sis akan bank in hrnie k..fhm situasi u..”

oke sekali lagi aku fikir, apakah aku ni bodoh atau apa? kau tak de abang adik kakak, sedara, kawan, laki/bopren/tunang ke untuk mintak tolong. atau kau memang jenis forever alone? tak boleh ke kau mintak sedara ko ke transfer duit kat aku. lepas tu ko transfer la duit ko kat dorang lak. 
masalah????

aku bagi sampai tengah hari. 

petang… duit aku masih belum masuk. syabass!!! pandai amek duit orang, pandaila bayar balik. aku mintak duit aku yang ada dalam akaun kau. bukan mintak duit kau pon. tak adanya. aku mintak duit aku je. dah kau kata tak ada. takpelah pulangkan duit aku. yang susah sangat kenapa? melainkan kau guna duit aku???

then mesej last aku malam tu. aku akan bawak perkara ni ke tribunal pengguna. 

esoknya memang aku nak ajak inche pergi buat laporan kat tribunal. tapi masa sarapan tu… aku dah try tengok lagi cimbcliks aku. alhamdulillah… duit dah masuk. thanks kaka. saya tak mintak apapun. saya mintak duit saya aje.

sangat malu oke RM175 kau nak naik court bagai. lainla rm17,500 ke kan?

sebelum tu aku terpaksa guna duit inche untuk beli baju first yang aku nak tu dengan sorang lagi kakak. 
masa dah kian suntuk. kakak ni pon willing untuk tolong aku. 
oke bagus sangat. syukur sebab ada orang baik nak tolong….

*bersambung…*

panjang sangat ceritanya……

…FESTIVAL BELIA UNTUK ORANG YANG BELIANYA DAH SENJA…

Cik adik datang hari sabtu malam. Lepas entri abang burn tu. esoknya (ahad) we olls keluar lagi, nak ke festivel belia (lah sangat).
malu iolls oke ke festivel belia sebab umur dah senja…. cukup sebulan dua, iolls dah 3series tau hadik2. grrr…
senja nan indah sangat oke.

ni pon perginya sebab nak menteman cik adik nak pergi mencari kerja katanya.  sesambil mencuci mata. giteww. 

pepagi dah keluar pergi mentengok wayang dulu, sebab cik adik request nak pergi petang. boleee je… iolls oke je sebab iolls duduk sebelah pemandu tengok alam terbentang je kan. habis habis bosan, aku memekak la dalam kereta tu membiarkan penghuninya mendengar suara lunak merdu berkrim dan dsukai ramai ni. 

so, pagi tu pergi festival city. moh kita makan dulu. lapau oke. dari bangun tido tak makan apa. masukla ciken rice shop anak banak.

IMG_20130526_111326*mine!!! yummmehhh*

lepas kekenyangan, terus je pergi carik baju cik adik idam idamkan. tapi ya ampunnn mahal nak meninggal bajunya pon. tabah je la nengok harga.

then pergi tengok wayang… EPIC… boleh tahan la citernya. tak adalah besh sangat.

after tengok terus la shoot pergi putrajaya, humannggg aiihhhh parking penuh kaw! gila memusing sejam cari parking. last last letak yang kena bayo. aman damai cikit. takpelah kena bayo pon kan… janji dapat parking. sekali la humaanggg aihhhh jauh gila nak menapak, panjang betul dia bukak booth… dahla panas berbahang, basah satu baju dengan peluh. ni kalau duduk dalam besen, mau satu besen penuh air peluh. gila ar…

kalau aku tahu nak panas berpeluh gini, dari dalam sampai luar aku bawak spare… grrr… tak selesa.
masa jalan jalan tu macam banyak je baju yang berkenan tapi tulah. tak mampu nak memiliki sebab malas nak berenti beli. hahaha.

nasib la, malam sebelum pulang dapat ini 

DSC01207*peneman malamku… bulu dia gebus gebus ngat!!*

dah itu je cerita. aku pon tatau motif pergi sana, hahaha. saja nak cabutkan kaki kot :p

notatangan:: ada banyak gambar! tapi semua tak leh dimasukkan sebab aku tak bertudung… theheehhe~~ mahap!

…MARI KITA BAKOR…

wehoo!! lama iolls tak hapdet kan? rindu tak? rindu tak??  oke takkk.. fine. takpelah tak rindu pon, buat buat rindu pon boleyla uolls.

sebulan yang lalu kan ramai sangat buat entri burger bako abang burn tu.. sekali, dua blogger pemes lak tu yang up entri.
ini tak boleh jadikk kan. harus la aku bernyanyi nyanyi lagu dondang dendang di gegendang telinga inche untuk bawak aku pegi makan situ.

then inche carik tempat mana yg paling senang nak pegi. siap bincang pemenda semua set… hari sekian sekian akan pergi. yang penting pas gaji ar kan. ambik keputusan makan kat cawangan ampang tu. itu cawangan ke HQ?? ahh lantak kan. tak dulik la!

sekali cik adik kata nak turun KL. okehh! bagus mari kita makan secara berjemaah. konon sedap sangat kan. 
tapi by the time nak makan tu, waktu pon dah lewat sangat kan. malam dah. and aku pulak sedang berdiet “no karbo after 2pm” makanya aku tak dapekla nak merasa buger bako tu.

takpe, cik adik willing nak try sebab sangat kelaporan katanya. aku ambik meatballs sajork sebab ramai kata meatballs dia memang besh terangkat angkat gitu. untuk inche pon ambik meatball jugerk.

masa pergi tu beratur tak adalah panjang sangat. nasib la. tapi yang jaga cashier tu… engkau boleh tak cakap bagi orang paham dik? aku ni dahla bangsa pekak… even blom badak lagi tapi tak dengar oke… dahla engkau cakap laju, slow pulak tu suaranya… lemah semangat mak jemah nak kena tanya 3-4kali tahu! last last tak paham jugak. lantak engkau la.

konklusi? cik adik kata burger dia langsung tak sedap! seriyes tak sedap and makan pon tak habis. banyak sampah sarap.
inche pon kata meatballs dia tak sedap… tak rasa apa…
aku??? sodappp oke meatballs nya… ehhh aku, ko kasi la apapun semua aku bantai sedap… hahaha. tapi bagi aku meatballs dia tu sedap je, oke la… mungkin sebab ni first time aku makan meatballs kan. selama ni macam pelik je tengok benda alah tu. ni baru start mencuba and bagi aku sedap je.

tekak memasing la. so keseluruhan mereka kata tidak sedap. kami sudah, anda pula bagaimana? *panggg sedas!*

DSC01204