…PART 2:: SHARING IS CARING, CARING IS LOVING…

Okeh… sambung cerita. 

Then sonok tak terhingga ada kakak ni willing nak tolong. Tanya dia sempat tak dapat sebelum 29hb sebab masa tu iolls dah balik kampung la.
Then dia kata sempat… dia akan hantar sendiri kat iolls.
Pastu aku ni terus la masukkan duit lam akaun dia. Dia janji baju akan sampai dalam 5 hari bekerja. Orite!

Pastu aku gitau dia, aku nak ambik by hand jelah senang kan incase susah sangat. tu yang dia beriya iya nak hantar kat aku. oke takpelah, aku ni juz nak tolong memudahkan kerja. tapi dah kau tak nak. aku oke je.

pastu cerita la kat dia sal butik first online yang aku ambik ritu, dia pon katanya banyak dengar cerita tak besh tentang butik online tu dari pembeli2 dia lah.
aku ni pulak meluahkan la perasaan kat dia.

May 14 aku order, 5 hari bekerja kan.. so sepatutnya May 21 tu dah ada kat tangan dia.  So May 22 dah boleh serah by hand kat aku.
Tapi???? nan hadoooo…
May 23 aku tanya dia dah sampai belum. Dia kata tunggu skynet. oke fine. tunggula dulu.

May 25 pon tarak jawapan, mesej inbox pemenda semua tak balas. 
May 26 senyap
May 27 tarak jawapan
May 28 baru mesej panjang lebar bagitahu aku yang baju aku tu dia buat dua batch dari indonesia. 
Batch pertama dah dipos dari sana. Batch aku yang kedua belom lagi. Lambat dipos katanya sebab tak pakai skynet ke pemenda ntah la.

Oke, aku is hangennnn!!!!!!! kenapa tak bagitahu aku dalam 25,26,27 tu??? kenapa senyap???? dan kenapa tak boleh profesional??
aku dah gitau baju ni penting untuk tunang, then tak boleh ke kau buat nota untuk baju aku dihantar dulu?????
senang je alasan kau bagi. pastu dia cakap dia akan cuba cari butik lain yang ada ready stok.
Berdegang degang janji dengan aku, tapi???

Serious aku tak paham macam mana menjual kalau ni caranya? kenapa langsung tak ada inisiatif?? ntahla, aku dah cakap panjang lebor. ambikla sikit dari apa yang aku cakap. ini tetapp…… kau buat tak tau.

Pastu tak ada orang yang jual, aku mintak dia refund la. aku nak pergi cari kat kedai lain baju nya.  pastu aku bagi dia akaun cimb aku. tapi dia kata dia ada maybank je. lau transfer makan masa sehari oke takpe aku kasik akaun maybank inche… dia kata oke. pastu smpai ke petang tak ada duit tu. sampai ke malam pon tak de. oke i is pelik…
maybank ke maybank bukan on da spot ke?

tanya dia… lamaaa….. baru jawab dia kata hasben dia masukkan dari maybank2u dia ke cimbcliks aku. Grrr!!!!!!!!!!!!!!
habis tu akaun maybank aku kasik buat apa? hiasan????
memang kena ceramah dengan aku. lantak la ko nak dengar ke tak nak ke. pedulikkk!

esok petang baru masuk duit tu rm180.
malam terus gegas pegi tesco ampang dengan inche carik baju tunang. tesco pong tesco laaa.. lagik senang hati.
Gila kaw, esok nak balik malam ni pergi mencari baju???

Serious aku gitau, siapa2 yang nak bertunang atau akad nikah, kalau anda beli baju sendiri dan online… aku sangat2 la sarankan sila jangan memberi harapan 100% pada online tu. even baju online tu cantik berganda dari yang ada dipasaran. tapi sila beli baju standby. habis duit sikit takpe, asal senang hati. jangan ambik mudah. takut terkena macam aku. saat2 akhir orang buat aku camtu. gelabah oke.

masa tu kau dah tak fikir mahal ke murah ke, cantik ke tidak. kau akan main grab je sebab dah kesuntukkan masa. aku bersyukur la sebab aku dah survey baju cantik cantik sebelum ni, so bila jadi macam ni terus la pergi tempat yang dah survey tu. tapi untuk korang, sila la beli baju standby, takpe… tak rugi. boleh pakai buat raya, pergi majlis, pergi kenduri n pergi keje. 

baik macam tu dari susah hati. itu je lah pengajaran yang aku boleh bagi kat korang.
jangan percaya online… siasat dulu page tu baru beli, lebih baik korang beli dengan butik online yang dah terkenal… yang tentu tentu kau dah tau reputasinya. biar mahal asal hati senang.

oke itu je pesan aku. harap diterima apa yang aku cerita dari pengalaman. supaya korang tak terkena macam aku.

sekian. 

972127_320238798106530_328676697_n 6836_320239188106491_1247101255_n

yellow mustard and tea orange rose. matching? 

ini bukan sebab salah beli or whatever, ada yang gelak sambil tanya nape tudung lain dan baju lain… owhhh ini kaler block namanya sayang. tak ada dah orang pakai satu warna dari atas ke bawah. sekarang orang matchingkan ikut suka hati. memang boleh ahkak nak cari baju sama. tapi dah macam dinding bergerak jadinya nanti. so why not trying this colour block. yes, its matching = )

yellow mustard peplum (size S) by tesco ampang ~ rm150

tea orange rose halfmoon shawl by sugarscarf ~ rm 85 + rm 10 postage

63030_10151393680219576_1944330697_n

notatangan:: gambar adalah kelabu… cik kakak komen “sensitip betul tepon ko ni, pegang dah tangkap sendiri gambonyer…” tensi beliau

 

2 thoughts on “…PART 2:: SHARING IS CARING, CARING IS LOVING…

  1. hmmm.. same cam kite. tp kite order brg. kite order selasa, then khamis kite mnx tracking numb, dye kata da pos. tp dy kat lua, nanti balik bru bg.. okkk~ jumaat mesej dye nak tracking numb. sebab ari selasa pos, nape jumaat tak sampai. then die kata, oh barang awak 2nd batch, sebab posmen anta parcel balik. and i is like cam nak hangen.. kenapa posmen nak pos balik kat u, die boleh ckp mybe sbb xde org tuntut.. OMG! bukan ke lepas 2 mggu bru posmen akn anta balik if xde tuntut. ni van posmen pon xde.. alasan~ geram iolsss..

    eyhhh! datang sini nak tgk tabita sebenarnye.. da lepas geram plak.. hahaha

    • ::nurhasnatunabila::

      hamboiih panjangnyer nama. hehe.
      kan? pelik2 sungguh, motip la posmen tu nak anta balik. kesian kt posmen tak bersalah tetiba nak jadik mangsa. lau menipu tu biar logik sikit.
      dah tu camne? dpt ke barang or dia pulangkan duit….

      oo yeke.. sila2 tgk, kot2 rasa nak cuba tabita leh je order dengan saya = )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s