…TERASA, MERASA DAN DIRASA VERSI IEYZA AZMIEY…

tetiba sangat kan ada versi segala. haha. sbb ritu puan jue ni  ada buat entri sal tajuk diatas.
dah lama entrinya, baru teringat nak balas balik… cam besh je soalan yang diutarakan tu….

nak baca versi JULIA JUKOGYU yang comel lote tu sila klik nama beliau.

okeh! aku ni sangat senang terasa. very da sensitip one. kadang aku boleh terima dan kadang aku terasa. hormon tak stabil ke apa ntah aku ni. tapi jenis aku, lau aku serious sila serious jugak… lau aku men2 ko nak cakap apa pon aku leh terima. sebab aku bukan jenis happy go lucky memanjang. aku ada waktu serious dan waktu bergurau slumber.

dulu waktu muda mudi *oh sedar diri dah tua, syukur!* aku ni lagi teruk. species tacink tahap tertinggi. takleh kena kata sikit terus masuk ke lubuk hati yang paling dalam. maklumla masa tu pergaulan aku kurang.

since dah bekerja, dah jumpa ramai jejantan bermulut celupar, gegadis yang sama mulut longkang, aku dah macam boleh terima la cuma still ada rasa tu.
sometimes, aku sendiri keliru camne nak buat orang paham waktu tu aku betul2 terasa atau aku main2.

mungkin aku lau betul2 terasa aku akan diam seribu bahasa. kalau aku cakap tu kira aku main main la…. so aku harap sangat orang paham aku, sebab aku pon susah nak pahamkan orang pasal diri aku sendiri.

kalau dengan inche lagilah. beliau sangat tidak dapat nak membezakan aku ni terasa men men ke bebetul. kadang tu sampai boleh bawak gaduh sebab dia akan ambik serious semua perkara sedangkan aku kiranya majok majok manja ar waktu. dari majok majok manja dah jadik majok betul.

dengan inche, kau kena gitau terus terang kalau kau terasa, kadang dia ni tak paham. aku diam means aku terasa la kan. leh dia dok ulang tanya “nape diam, nape diam? sebab apa marah?” eeeeiiii geram betullll… makin sakit hati jadinya.
aku malas nak bukak mulut, nanti lau aku bukak makin teruk jadinya. baik diam kan. tapi memang dia tak kan penat tanya ko kenapa diam, padahal dia tahu ko tengah marah ke apa. sakit tak hati?

kadang gaduh melebihi had tu, dia kan species hati kering, tak reti pujuk. ko majok sila la ko pujuk diri sendiri. dia takkan pujuk. kena leter kena marah lagi ada. so lupakan niat suci murni mu itu.

kalau dengan kawan; tengok pada keadaan. mcm aku kata benda yang serious aku cakapkan sila take it serious. jangan anggap memain, jangan anggap remeh. sebab remeh bagi kau, tidak bagi aku. so watch ur mouth, watch ur word… 

dulu aku tak garang macam ni, dulu aku is lembik…. penakut… tapi sekarang tak lagi. dah terlalu tua untuk jadik macam dulu.
tapi selagi mana aku boleh sabar aku akan sabar. bila aku dah marah, cuba la kau tanamkan dalam diri, itu sudah sampai kemuncak kesabaran aku. jangan ingat kau semua betul, tak ada yang salah sebab tu aku tak marah… tak takk takk… aku tak marah sebab aku sabar. tiada manusia yang tak buat salah. depends pada orang tu nak tunjukkan kau memang banyak salah dengan marah aja atau pendam macam kau tak ada salah, pastu sekali meletup then kau rasa manusia tu paling teruk.

kawan kawan aku ramai budak2… aku susah nak in dengan orang yang sebaya atau orang yang lebih tua.
tapi camne muda pon ko, aku tetap respect. aku respect setiap orang.
dan tolong respect aku sama. tak bererti ko adik, ko boleh buat sesuka hati, cakap lebih kurang dengan aku. even aku kawan, aku tetap kakak. so please hormat, ko tak nak panggil aku kakak… aku sokay je tapi tolong simpan rasa hormat. 

aku tak boleh terima bila ada masa aku perlu ko serious dalam hal aku utarakan dan kau cakap lebih kurang, ayat ko “ko tak nampak apa salah or masalahnya” yea memang tak nampak pada ko sebab bukan ko alami. serious aku tak boleh terima “biar jelah kak…. saya tak nampak masalah pon kalau akak layan dia” gitu la ayat contohnya. 
kang aku bagi contoh bebetul ada lak yg terasa.

aku memang cepat terasa. what to do? terima lah seadanya. kalau kau tak boleh terima, its ur problem not mine…. sebab seburuk2 perangai kau aku boleh terima, takkan kau nak lepas tangan bila tiba seburuk2 perangai aku kan? selama ni lau aku terasa aku akan diam… sampai satu tahap aku tk leh diam aku akan bagitahu. itu bila perangai ko dah makin teruk la.

im opened, bila kau terasa dengan aku sila bagitahu… aku akan cuba ubah. sama jugak bila aku terasa aku bagitahu, aku harap kau terima lah. ni tak… marah2… tak boleh terima kenyataan ke apa ini?

kalau dengan family pon sama, aku suka pendam smpai masa aku luahkan. tapi bila aku luahkan kau nak marah marah aku pulak. apa selama ni kau ingat aku diam tu aku tak marah??? marah oke cuma lebih suka diam. tapi terima lah bila tyme aku pulak yang buat ko terasa. sebab kau tu bkan malaikat oke, semua betul. ko manusia. banyak salah dari yang betul. 
sila terima jelah dengan lapang dada.

tapi lau macam mak ayah memang diam jelah aku, pe lagi aku nak cakap. terasa ke apa ke diam je. buat buat tak ada apa. biarlah dorang. buat apa nak terasa bagai. ye dop.

tu jelah yang aku boleh repekkan. setakat dengan manusia la.

dengan tumbuhan ke haiwan ke blom ada lagi julia! itu mental disorder namanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s