…ENTRI SEORANG MANUSIA BOSAN…

esok in shaa Allah last puasa.
di akhir akhir puasa ni aku pulak terkena demam selsema. adoyai….
rasa cam nak cuti terus tamau kerja dah.
tak selesa sangat demam demam camni ada kat opis.

oke tu citer siang tadi. sekarang dah malam. tpaksa benti menulis sebab diri rasa tak selesa….
pening kepala, hidung tersumbat….malam ni dah oke sikit. penangan inche tunang ajak aku jalan tengah hari tadi la ni…

raya ni aku raya kat KL jerk. selang setahun inilah rutin aku.
setahun di kampung terengganu dimana anak anak mak ayah semua boleh balik
dan setahun di KL dimana anak anak mak ayah keje shift tak dapat cuti.
lepas ni kena la buat giliran terengganu—johor pulak….
no more KL maybe.

bercerita sal raya. semua persiapan dah ada. walau raya tak macam raya sebab dok KL
tapi persiapan tu ada adakanlah yang mana boleh.
kuih raya pon dah beli. men tunjuk tunjuk je. tak semangat la nak beraya
baju raya pon dah ada. hantaran tunang haritu.
tahun ni family aku tak ada tema.
tapi aku buat tema diri sendiri…. kaler brown.. kasut pon dah beli awal2 kaler merah
brown plus merah… lantak situ… kaler block la konon….

cuma hari sabtu lepas pergi beli kasut keje/jalan sebab dah tak ada kasut aku ni ha
tak banyak pilihan la kat sogo tu, mebi semua dah dirembat kot.
aku pilih sentini je, sebab kasut tahan lama. inche bagi dulu dah setahun baru rosak
harap yang ni pon sama.

duit raya pon dah setel untuk anak buah…. anak buah 8 orang, tolak sorang dah keje tinggal 7 orang
matik maksu tau… pokai… kalau dah sorang puluh2…
takpelah setahun sekali la kononnya….

aku tak ingat hari apa. sabtu or ahad??? lupa pulak… bila entah….
aku semenjak dua menjak ni asyik lupa je keje.
benda remeh dah susah nak ingat
zaman single dulu pemenda je semua ingat
ni banyak sangat kot nak fikir kan.
sambung balik… aku dengan inche pergi berbuka char kuey teow kat malee’s corner tu area setapak
bebetul sebelah festival city.
cik adik yang sarankan tempat ni. sodap n pemes katanya.
maka pergilah mencuba, dah alang alang ada kt festival city kan.

hasrat memula nak berbuka kat ciken rice shop sekali penuh dah….
maka disitu la….oke la not bad, aku amek special punya….
harga rm7.50… tadekla sodap sangat tapi oke…. boleh diterima tekak…
sebab aku lagi prefer CKT kerang…. yang ni campo udang….
tapi tobak banyak la CKT dia…..

999707_347933042003772_1364760320_n

klah itu je nak cerita…. tak ada apa sebenarnya tapi tahap bosan melampau. cerita jelah.

SELAMAT HARI RAYA KORANG!!!!!

notatangan:: promo tabita habis malam 7 hb ea korang~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s