…SETELAH KEMARAU…

perghhh boleh buat novel tak tajuknya??
sekarang ni, jarang sangat nak hapdet sal diri sendiri.
asik2 pasal tabita jek laaa ye..

dah lama simpan semua cerita sebab rasa masa sangat tak sesuai…
jadi biarlah dulu…
belum jadi hak milik aku, tak payah ngebang laju2..
lagipun aku jenis tak suka nak guna nama *inche pakwe/boipren/ect2*
rasa cam… alahaiiii geliiiiii!!, dahla tak ada ikatan kan…
aku lebih suka guna kata ganti diri; kau, aku, saya, awak, dirimu, dirinya, anda….
dan yang sewaktu dengannya lah yang banyak merujuk kepada inche tunang sebenarnya

so pada masa yang sama, aku rasa cam tak sesuai nak hapdet lebih2 pasal kami dan dia
aku takut kang lau guna ganti nama berbagai rupa macam tu ada pulak orang perasan yang hamat!!
jap lagi keluar cerita aku mengata dia, sahabatnya, keluarganya, laki nya, tunangnya, boiprennya, bekas nya….
dan semua pasal dia lah. kira aku hapdet ni semua ada hubung kait dengan hidup dia….
macam aku takde life sendiri nak kena menepek je kan?
padahal…. cerita pasal orang lain, tapi kalau dah nama perasan, what should i do???sila terjun lombong~

so sekarang masa pon dah makin hampir, sesuai dahla kot.
untuk abadikan semua cerita silam aku; read cerita aku dan inche tunang…. bukan dengan sesapa, tapi tunang aku sendiri
kalau rasa tak paham bahasa jugak, macam aku kata tadi, sila terjun lombong~

kisah aku dan inche tunang tak semudah yang disangka.
bukan cerita; KENAL-KAPEL-TUNANG-KAWEN…
nop! tak semudah tu…. banyak sangat halangan dan ketabahan yang aku kena ada…
nasib la pengalaman sebelum ni mengajar aku erti sabar, tabah dan percaya pada DIA
terima kasih ALLAH!
DIA (read; ALLAH) banyak bagi aku ujian… untuk aku belajar bersabar, tabah dan redha….
sampai aku dapat lalui semua dengan lapang dada, walau sakit perit menyiksa…
cinta aku dan dia (read; inche tunang……ishhh penat aih nak tulis bagi orang perasan.. dahla, lantak situ)
cinta segi tiga, empat, lima…. waaaa nampak? nampak???

tapi bukan sekarang ceritanya, di lain entri la… kat sini dah panjang sangat berceloteh
aku menulis bukan untuk sesiapa, tapi untuk kenangan diri sendiri. sebab diri ini selalu lupa, selalu alpa…
in shaa Allah, setiap yang pahit akan ada manisnya~

Advertisements

…TABITA :: FAKE vs ORIGINAL, PILIHAN DI TANGAN ANDA…

last post 6 sept… now 18 sept….
tengok… bertapa rajinnya aku update blog sekangkang kera ini..

sekangkang kera???dasar!

semenjak tak boleh buka dkt chrome, aku dah malas nak bukak blog ni and nak komen blog orang yang kena pakai ID wordpress ni…. serious gua malas. maka edit2 gambar pon aku jadik malas…
apa nak jadikla dengan aku ni?
sebab aku rasa cam masa aku sangat berharga, berkualiti kalah emas berlian skrg.
tu yg nak bazirkan masa edit gambar macam tak berbaloi… ehhh?? berbaloi oke, saham akhirat tu!

benda yang baik, banyak betul nates tak kasi buat…
takpe.. slow2, satu hari edit satu entri… in shaa Allah…

oke, ramai…. alotttttt of people tanya aku camne nak bezakan FAKE TABITA and ORIGINAL TABITA

woha!! tetiba aku rasa cam aku ni lak Ibu Desi, Pengasas Tabita dek nunn!
walaweh pecah peluh nak jawab ni
aku bukan terel pon… seyes tak terel langsung bab2 fake ke tak fake ni…
aku lebih kepada belajar dari pengalaman dan kesilapan.
2 kali kena fake… twice on da road.. eh betul ke?? kehkehkeh…

susah jugakla nak tau fake ke idok sbb skrg ramai dah terel buat yg fake nampak ori….
aku hanya mampu kongsikan apa yang aku tau

since tabita dah new packaging so aku tak boleh sgt nak buat perbandingan untuk pencuci n toner
hanya boleh buat untuk krim malam and siang, sbb yang tu belum ditukar.

 

1 – FACIAL SOAP
:: ada serat2 halus pada sabun, sebab buat daripada papaya.

:: ramai cakap, kenapa awak punya cair… ori tabita pekat taw! ~ ehhh tau kak… apa pulak tak tau. 2 kali kena fake, setahun saya kekal dgn tabita, harus saya tahu. tapi cuba la pk secara logik wahai sayang, tabita ni (aku jual) di order terus dari Ibu Desi, Jakarta sana… so apa ko espek?? naik jet ke bot ke kapal ke.. tentula berhujan berpanas… berhari jugak nak sampai. apa kau ingat pagi ni order kang tengah hari sampai???? pintu doremon mampula dik.
so mestilah tekstur dia dah tak sama, akan cair kena panas, beku kena hujan ke apa ke kan, maksud aku cuaca sejuk panas la…
letak dalam suhu bilik air, sejuk… in shaa Allah akan pekat balik.

2 – SMOOTH LOTION:: tak bewarna pekat, hitam atau kicap atau coklat… warna dia cam kuning2 cair gitu…. disimpan lama pon ia tetap kaler cair, tidak akan jadi hitam atau coklat

3- DAY CREAM

IMG-20130602-WA0006

::  yang KANAN is ORIGINAL. tekstur day cream tabita yang original adalah lebih halus, tidak begitu berminyak.. kecuali ko pakai banyak2 and sari suntuk harusla minyak muka tu yang keluar dan pekat. terdiri daripada tumbuh2an, sayur and i think a little bit of “kunyit”?

:: yang KIRI is FAKE. tekstur nya lebih berkilat dan kerana mineral oil yang tinggi, tapi bukan sebarang mineral oil, its chemical derived. bahan dia gua tarak tau… yang pastinya semua adalah bahan chemical terlarang.

4- NITE CREAM

IMG-20130602-WA0005

:: yang KANAN is ORIGINAL, warna tidak terlalu putih, sort of mutiara maybe? and tidak hitam. tekstur tidak berubah walau lama mana pon korang simpan. its still putih mutiara. neither dark nor black.

:: yang KIRI is FAKE. the colour look obvious is it?? TERLALU PUTIH! ini kerana merkuri yang tinggi dan dicampur tretinon. and some sort of barang terlarang la yang aku sendiri tak pasti la kan. tapi fake ni, kalau korang simpan lelama sikit, its will became darker and darker.. mula akan berubah ke warna cokolat dan akan terus jadi cokolat pekat…

so… yang mana pilihan anda? tepuk dada tanya selera….
people always asking me, why cream awak tak putih melepak macam saya tengok dalam gambar orang lain…. well dear, macam mana lagi cara saya nak beritahu “percaya saya, kerana saya pernah terkena, sangat banggang diri ini kalau dah terkena pastu masih nak pakai n jual yang fake lagi, seriously gua banggang kalau buat macam tu”
and macam mana cara saya nak kata “itu fake”, tak semudah itu sayang…. umpama menutup periuk nasi orang pulak.
anda pengguna? so perlu bijak menilai.

aku bukan main jual je, tapi aku pun pengguna… apakah motip aku menjual tapi tak guna??? tak tahu pape, so apa yang aku nak sembang dengan customer kalau dia tanya???so, harusla aku beli yang ori dan jual yang ori, sangat tak ada kerja aku nak beli ori utk diri aku and jual yang fake.
itu banggang kuasa duabelas namanya.

so, pengguna diluar sana. hati2 lah dalam menilai barang, kaji dan tanya pada diri… mahu terus beli yang fake tapi at the same price of the original one???kalau mahal sikit pon, it worth.. its ur face…
jangan hanya mencari yang murah dan akhirnya sesal pendapatan

oke… for order, kindly wassap me 018 3242373. TQ

notatangan:: moga terjawab soalan pada yang bertanya… mahapla dik, ahkak tatau nak tulis, kecuali adik tanya satu persatu. kehkehkeh

 

…BANNED…

nak merempan jap ni… nak buat rasukan ablasa sekaligus. boleh???
wahhhh dah berzaman tak update blog, tetiba update nak melahar kan….
ape jeklaaa perempuan ini….
seyes tengah bengang dengan post office UTC Sentul. hangen oke…
aku tatau la orang keje dalam tu pandai menulis ke menaip ke tak ke…..
setahu aku la… semua pandai, ada mata, tangan… lengkap la…
tak boleh ke tampal notis sistem offline?? tak boleh??
tampal besar2 biar 10 batu orang dah boleh baca,
tadek la aku jadi orang bodo sehari dua ni….
semalam ke pos office nak pos barang customer,
since katanya dari 8.30am ke 9.30pm dia buka… bagusla kan.
balik keje teruslah menyinggah.
sebab customer ni pon bagitahu last minit nak pos barang…
lagipun sampul kecik aku dah habis.
jadinya boleh la beli terus kan sekali pos barang.

balik keje pegi tengok… dia tulis 7pm-8pm dia tutup, sebab rehat.
oke takpe… ajak inche pergi makan dulu. baru balik keje kan, penat la.. lapa la… dengan tak mandi, badan tak segar, busuk habuk and debu naik motor.
pukul 8pm naik balik… tak buka lagi. oke takpe. tunggu la sekejap…
lam 5 minit lagi bukakla tu. konon nak berprasangka baik kan…
dah setengah jam… tutup tak bukak-bukak…. kepala otak oke…
rasa nak pecahkan pun ye… dahla dari kul 7 pm menunggu, pastu setengah lagi tunggu… apa ko ingat orang ni tak yah balik solat ke apa???
tak yah mandi…??? buat kerja rumah pemenda semua ke????
kot nak tampal notis apa pun tak ada k.

yang beshnya orang kat dalam tu nampak je dok jalan2 disebalik dinding, pemenda dia buat entah.bunguks oke,
ko ingat pjbt pos tu datuk blah nyang ko punya ke sesuka hati nak tutup bila. bukak bila….. hangen!!
menunggu cam orang bodoh, at the end apa pun tak dapat….. penat ada
aku adalah jenis manusia yang tak suka nak menunggu, masa itu emas.
15minit should be oke. but half an hour, is too muchh….. toooo muchhhh!! macam aku tak de kerja nak buat kat umah.
bentang kain tilam la tido kat situ tunggu senang…. grrrr….

sebab tu aku tak buat COD, cukupla pengalaman yang ada…. aku takkan buat COD dah, penantian itu penyiksaan, bazirkan masa.
selfpickup pon aku kalau boleh tak mau buat. aku tak mau orang kacau masa aku. kalau ko jenis janji tepat takpe… ni… kang 2-3 jam aku tunggu kang naya,
kalau aku mengamuk kata aku meroyan.

esok pagi, sanggup masuk lewat sebab nak pegi pos barang customer pagi tu…. 8am dah tercegat kat situ, katanya 8.30 am bukak kan. tunggu lagi…. macam biasa…. 8.35 baru nampak kakak2 tu lenggang kangkung masuk pejabat bawak bekal sensorang ewahhhh, cantik betul catwalk ko kak, boleh masuk ratu kebaya.

8.45 am still tak bukak…..! kalau korang ada kat tmpt aku, hangen tak??????? kalau tak hangen mesti ko sangat penyabar orangnya sampai boleh pijak pijak kepala that no sooo meee… aku kejar masa… nak masuk opis lagi,
dah banyak masa aku amek tu. bila bukak… masing2 beratur amek nombor
ada sorang brader ni tlg kasi nombor
aku gitau nak pos barang, selamber kasi nombor. oke takpe… aku tunggu… sebelum aku ada 2 orang kakak…
giliran aku, aku serah barang… sekali cik yang chantekkk sgt kat kaunter tu boleh tak dia ckp “sistem kami offline cik. tak boleh nak hantar. maaf ye” gitu………

madah kan.macam “maaf” tu boleh pulihkan keadaan kan???
macam the whole world boleh berjoget riang……
lelaki tu yang cakap tak boleh terima, lelaki yang bagi aku nombor tadi….
so motip ko bagi aku nombor???
memang hangen sangat!!!!
if korang pernah kena, korang akan rasa bertapa sakitnya hati,
bertapa pengorbanan dan usaha tu sia sia je…
sebijik rasa cam orang bodoh sangat2… SEJIBIKK!!!


dengan ini, aku isytiharkan post office UTC Sentul akan ku BANNED dari kamus hidupku. tak kuasa dah aku nak menyakitkan hati kat sana…
baik aku pegi tempat yang boleh bagi aku service yang not bad…  takpelah jauh pon, asal hati senang….. sekian terima kasih.

MUKA STRESSSS!!

Camera 360

notatangan:: kalau ada apa2 encik, mohon laaa encik mesej aje, saya masih boleh membaca, tak perlu nak kol. selagi saya tak angkat encik terus kol. saya mesej tanya kenapa pon kol. tak perlu…. kita bukan lagi yang dulu, yang boleh berbual mesra. yang boleh bergelak ketawa…  jadi sila tinggalkan pesanan ringkas khidmat masyarakat (SMS) pada saya…. saya mudah mengerti dan paham. akan saya tunaikan seperti permintaan. in shaa Allah.